Saturday, April 4, 2009

Kiasu & Luahan Hati

Idea aku untuk menulis macam melimpah ruah pula malam ni. Aku belum habis study lagi ni. Hmmm...

Aku kiasu. Aku mengaku aku kiasu. Aku secara tak sengaja dibesarkan menjadi kiasu. Nak tau apa kiasu ?

Cari sendiri dalam kamus.

Sikap ni aku nak ubah. Kerana aku rasa ia menyebabkan orang ramai akan jadi tak puas hati dengan aku. Aku baru sedar sejak dua menjak ni. Banyak perkara aku baru sedar dalam masa 4 bulan ni. Aku nak patah balik memang tak dapat lah kan. Tapi aku harap sesiapa yang pernah kene dengan ke-kiasu-an aku ni, bagilah peluang kedua untuk aku betulkan yeee. :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak luahkan sedikit perasaan tak puas hati aku kat sini.

Niat aku bukan untuk mendapat balasan/pujian/yang sewaktu dengannya. Aku buat dengan ikhlas. Akan tetapi, perbuatan aku ni macam tak ada sesiapa nampak, atau lebih tepat lagi, HARGAI. Aku pelik lah manusia ni, termasuk aku. Bagi aku setiap perbuatan seseorang itu harus dapat pembalasan, tak kisah lah perbuatan baik atau buruk. Bak kata pepatah, 'Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Tetapi pada mata aku, yang aku nampak, tang nak balas jahat tu lah ramai manusia nak buat. Tang balas baik tu tak ada pula. Macam mana niiii ??

Kadang-kadang tu aku terasa juga kenapa aku diperlakukan sebegini. Mungkin aku bersalah, mungkin tidak. Aku dah cuba sedaya upaya untuk menggembirakan korang, tapi bila masa aku nak gembira korang pula buat tak tau. Apa ni guyss ?? Penat aku nak ambil hati korang tau. Senang-senang je korang ketepikan perasaan aku. Aku bukan jenis yang cakap depan-depan bila tak puas hati. DAN aku juga bukan jenis suka cakap belakang. Cuma, aku TAKKAN cakap bila aku tak puas hati.

Yang paling 'best' tu pula, aku dijadikan kambing hitam. Orang yang bertanggungjawab. Sebab ? Sebab orang yang sepatutnya bertanggungjawab tak nak pikul tanggungjawab tersebut. Dia takut untuk membuat keputusan. Takut orang tak suka keputusan dia. Takut orang benci dia. Tapi bila bahagian dapat nama, nama dia sahaja lah yang keluar. Lupa habis dengan ketakutan dia. Orang yang buat kerja, perah otak, keluarkan arahan, dah nak pecah kepala otak tak pula dapat nama.

Kenapa ? Kenapa kau kene buat macam tu ? Apa salah aku ? Apa aku buat pada kau ?

Aku tak pernah menyisihkan orang lain, walaupun aku kurang selesa dengan perangai seseorang tu tapi aku takkan sisihkan dia. Apa alasan kau sisihkan aku ?

Bila aku minta dihargai, korang akan cakap aku minta balasan. Aku penat lah. Aku kecewa dengan perangai manusia. Silap. Aku kecewa dengan perangai kau.

Aku minta maaf lah kepada sesiapa yang membaca entri ni. Aku dah tak boleh tahan sabar. Kalau aku tahan lagi, memang aku akan kurang ajar dengan orang tu.

No comments: