Thursday, October 28, 2010

Hutang membukit tapi kalau dapat duit menggunung apadahal ?

Kerja sudah aku siapkan. Dah hantar dan mungkin sedang digredkan. Harap-harap aku tak kecundang. Lagi sikit je untuk aku terlepas dari belenggu hutang yang menggunung.

Selalunya aku jarang simpan rahsia pembelian dari ibubapa. Apa yang aku beli lambat-laun aku akan beritahu juga walaupun aku tahu akibatnya telinga aku akan sakit mendengar apa yang Mak perlu cakap. Well, I don't blame her. Aku memang boros sejak dari kecil. Dapat saja duit di tangan memang tak lama kekal dalam tangan. Tapi masa kecil kita ada alasan untuk jadi boros. Bila dah besar........alasan apa lagi yang boleh kita guna ?

Aku baru saja membelanjakan sejumlah wang untuk sesuatu. Dan kedua ibubapa aku masih lagi tak tahu. Emmm, mungkin Abah dah tahu tapi biasalah dia takkan cakap apa-apa jika apa yang aku beli tu tak guna duit dia. Jadi, aku tak berapa kisah jika Abah tahu.

Mak aku pula. Tu lain kisahnya. Kalau Mak aku tau memang berdesing telinga ni dengar semua. Hehehe. Aku boleh tahu apa yang akan diperkatakan dan aku sudah sedia dengan jawapan terbaik. DIAM. Aku cadang mahu biar dia luahkan saja apa yang dia mahu cakap. Tapi nasi dah jadi bubur. Aku dah dapat apa yang aku mahu. Jadi apa yang dia cakap aku hanya perlu terima dan simpan dalam otak supaya lain kali bila aku mahu ulangi semula, aku akan buat dengan kata-kata Mak dalam ingatan. =p

Okay tu gurauan. Tak boleh gurau pergi merayau.

Aku tahu Mak hanya fikirkan yang terbaik untuk aku di masa depan. Duit tu semua pun disimpan untuk hidup aku juga. Ya, aku tahu tu semua.

Hari-hari aku berdoa supaya rezeki aku akan melimpah ruah di masa depan. Aku tak mahu ibubapa aku risaukan kehidupan anak-anak mereka. Dengan izin Allah, aku harap di masa depan aku hanya akan boros untuk kebahagiaan ibubapa dan keluarga.

Amin.




P/S : Tak lama lagi Mak akan tahu lah. Aku tak mahu Mak tahu dari orang lain. Biar dia tahu dari aku sendiri. Siapa yang baca entri ni siap la kalau kau beritahu mak aku !
.

Monday, October 25, 2010

Kebelakangan ni sibuk sikit..

Sibuk menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya disiapkan awal dulu. Daily report masa praktikal dengan SOP. Dah sebulan lebih sejak habis praktikal jadi semua perkara semasa praktikal kelihatan samar-samar. Ditambah pula dengan nota yang disalin tidak berapa lengkap makin sukar kerja aku untuk disiapkan.

Aku cuba untuk tidak menulis apabila tiada perkembangan menarik atau tiada perkara menarik yang terlintas di fikiran aku. Tapi kadang-kadang aku perlu untuk menulis sesuatu untuk mententeramkan diri bila aku bosan.

Ya, sekarang aku rasa bosan.

Tidak, kerja belum siap lagi.

Semakin aku hampir selesai semakin aku malas. Seperti atlit lumba lari yang semakin perlahan lariannya apabila semakin hampir ke garisan penamat. 

Ok nak pergi makan. Selamat.


P/S: Diana tu masih belum terjual. Sesiapa yang berminat sila pergi sini.
.

Sunday, October 24, 2010

Jujur habis dah ni !

Kepada yang berkenaan,

Saya sudah lama memerhatikan awak. Sejak kebelakangan ni saya rasa awak dah berubah. Dan perubahan awak ni saya dapat lihat dengan mendadak sekali. Walaubagaimanapun saya masih tak dapat tentukan sejak bila saya nampak perubahan awak ni. Dan ia membuatkan saya berasa kecewa kerana perubahan yang awak lakukan ini bukan satu berita baik. 

Awak bongkak, angkuh, pentingkan diri sendiri, pemalas, panas baran dan yang paling mengecewakan sekali, EGO !

Padan lah awak tak ramai kawan sebab awak bukan kawan yang baik. Kawan yang awak ada sekarang ni pun mungkin tak suka awak sangat dan mereka tak tunjuk depan awak. Tapi awak masih dengan sikap awak yang tak menghargai orang.

Tolong sedar sebelum awak lebih hanyut dalam dunia awak sendiri. Tak perlu untuk menjadi yang terbaik dan betul dalam segala hal. 

Saya harap awak sudi mendengar nasihat saya. Saya sayang awak sebab tu saya berterus-terang dengan awak. Saya tak mahu awak kehilangan kawan-kawan dan keluarga yang terpaksa bermuka-muka depan awak. Saya mahu awak disayangi oleh semua orang.
.

Friday, October 15, 2010

Pilihan

Gambar hiasan


Sebagai wanita kita sebenarnya yang menentukan hala tuju generasi masa depan macam mana perangai mereka. Kerana setiap permulaan sesuatu generasi adalah daripada generasi lama. Dan jika generasi lama itu betul tindak tanduknya maka, tidak mustahil ia akan terpancar dari tindak tanduk generasi seterusnya.

Isi utama di sini, jika ibu betul-betul mendidik anak mereka dengan cara yang berkesan maka, anak-anak mereka tidak akan menyimpang dari garis panduan yang ada.

Okay mungkin senang untuk kita cakap. Tapi realitinya tidak seindah dan semudah yang disangkakan. 

Seorang ibu adalah manusia yang berkuasa sekali dalam sesuatu institusi kekeluargaan. Tanpa ibu, tak mungkin si ayah dapat fokus semasa bekerja di luar rumah. Tanpa ibu, kebajikan si ayah dan anak-anak takkan terpelihara sepenuhnya. 

Ibu adalah wanita. Wanita mempunyai tarikan yang paling kuat dan paling menarik, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Di dunia wanita mampu membuatkan lelaki tertarik untuk memandang. Lumrah manusia, mahu memandang yang cantik. Di akhirat wanita mampu membuatkan kaum Adam terjerumus ke dalam neraka. Bagi si suami, sang isteri akan menarik beliau apabila sang isteri tidak taat dan melanggar perintah si suami. Bagi si ayah, sang isteri dan anak-anak perempuan mampu menarik beliau apabila aurat tidak dijaga dihadapan lelaki bukan mahram. Begitu juga dengan si adik-beradik lelaki serta pakcik. Dosa yang dilakukan oleh seorang wanita sekurang-kurangnya akan menarik seorang lelaki ke dalam neraka.

Renungkan betapa berkuasa seorang wanita itu.

Dalam hal ni si ibu memainkan peranan paling penting dalam mendidik anak-anak. Bagi anak lelaki si ibu perlu memastikan anaknya diajar cara-cara menghormati wanita dengan betul dan didik beliau cara memimpin keluarga di dunia dan akhirat. Bagi anak perempuan, si ibu perlu mengajar mengenai maruah seorang perempuan yang begitu berharga dan didik mereka cara mentaati seorang ketua keluarga.

Jika seorang ibu telah melakukan tugas dengan baik mendidik anak lelakinya, tidak mustahil anak lelakinya itu mampu untuk membimbing keluarganya di kemudian hari di atas landasan yang betul.

Jika seorang ibu telah melakukan tugas dengan baik mendidik anak perempuannya, tidak mustahil anak perempuannya mampu menjaga keharmonian rumahtangga beliau dan mendidik anak-anak beliau sebagaimana yang dilakukan ibunya.

Tetapi untuk si ibu mendidik anaknya dengan baik beliau memerlukan kerjasama daripada si ayah. Sebagai ketua keluarga si ayah bekerja untuk memberi nafkah kepada keluarga beliau. Tetapi itu tidak memberikan beliau kebebasan untuk lepas daripada tanggungjawab mendidik anak-anak. Dalam tugas mendidik anak, si ayah hanya bertindak sebagai pembantu kerana (seeloknya) si ibu meluangkan lebih masa bersama anak-anak di rumah. Itu yang sepatutnya.

Sekali lagi, ia tidak semudah yang disangka. Atas kertas semua nampak mudah, tapi untuk menjayakan sesuatu perkara dalam dunia sebenar adalah sebaliknya. Zaman sekarang sukar untuk seorang wanita menjadi suri sepenuh masa dek kerana tekanan keadaan yang memerlukan wanita itu bekerja untuk membantu sang suami mencari rezeki untuk keluarga. Dan sedikit sebanyak ia memberi lebih tekanan kepada wanita untuk menjalankan tanggungjawab beliau dengan tahap kualiti yang tinggi.

Berat tanggungjawab menjadi ibu. Tapi aku rasa itulah pekerjaan yang paling mulia dalam dunia. Seburuk mana pun seorang ibu di mata anaknya beliau tetap ibu yang mengandungkan dan melahirkan beliau ke dunia ini. 

Mungkin aku tak mengerti lagi segala tindakan Mak selagi aku tak bergelar ibu, tapi dalam hati aku tahu yang tiada siapa pun boleh menggantikan kehadiran Mak.

Aku pilih untuk terima seadanya walaupun kadang-kadang berbisa.


Sekian.
.

Thursday, October 14, 2010

Bukan senang nak memilih

....bukan senang juga untuk dipilih.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.

Maka, berkawanlah dengan mereka yang tinggi agamanya dan bukan mereka yang umpama racun, yang hanya membawa kita kepada kebinasaan serta mendekatkan kita kepada neraka.

Nauzubillah.



Ada 3 jenis kawan : kawan seperti udara, kawan seperti ubat dan kawan seperti racun.


Udara tidak memberi kesan sampingan kepada kita. Udara memberi kita kesegaran dan kesenangan apabila kita bersama dia. Kita memerlukan Udara sebagai keyakinan bahawa kita berhak untuk bahagia setiap hari di dunia. Udara sentiasa berada bersama kita, tak kira ketika susah atau senang.


Ubat hanya perlu diambil sekiranya perlu. Sama ada ketika kita sedih, marah, sakit, malah gembira. Kita hanya mencari Ubat apabila kita memerlukan dia. Kerana kita tahu Ubat akan menghilangkan segala kerunsingan yang ada dalam diri kita. Sayang, apabila hilang semua itu Ubat juga kita 'hilangkan'.


Tidak perlu untuk merungkai panjang lebar mengenai Racun. Tiada kebaikan yang hakiki datang daripada Racun, hanya bencana. Racun menyebabkan kita hidup sambil lewa tanpa memikirkan hal lain. Racun membawa kita ke arah kehidupan yang sangat menyimpang dari yang dituntut agama.


Kita yang mana satu ? Macam mana pula penilaian kawan-kawan kita ? Harap-harap aku bukan racun kepada sesiapa.


Aku terasa rindu pula untuk berjumpa dengan kawan lama aku tu. Dah berapa tahun kami terputus hubungan. Perkembangan hidup dia juga susah untuk aku tahu kerana tiada sumber untuk aku bertanya. 

Okay dah terlebih perasaan pula. Selamat malam !


P/S1 : Susun atur gambar tidak melambangkan apa-apa. Baik aku jelaskan sebelum ada yang salah faham.

P/S2 : Feel free to be honoured because that's what I feel right now.
.

Wednesday, October 13, 2010

Diana F+ Tokyo Rising Jual ! Jual ! Jual !


Nak, mummy tak mampu dah nak jaga dan didik kau. Mummy takde masa dan takde duit untuk tengok kau melakarkan kejayaan di muka bumi ni. Jadi, mummy terpaksalah melepaskan kau pergi.


Kepada sesiapa yang berminat, berikut adalah details yang perlu diambil kira:

  • Price : RM250
  • Condition : Dah setahun beli (boleh check dalam blog ni, aku ada tulis bila aku beli) tapi condition barang-barang semua tip top lagi.
  • Items : Diana F+ Tokyo Rising camera, hotshoe, flash, 12 and 16 shot adapter, user manual, buku Diana F+. Colour gel filters are not included
  • Bought fromlomokidS.SHOP. Boleh check kat website mereka. Aku beli masa Trip 2 dengan harga RM404.


Berminat ? Boleh komen kat entri ni, email terus : elephantoons@yahoo.com.my, atau hantar message di Facebook. 

Hope to hear from you ! :)



Di edit pada 4 - 11 - 2010

Aku dah fikir semasak-masaknya dan buat keputusan untuk tidak menjual kamera ni. Aku nak simpan sebab terlalu sayang ! Maaf kalau ada yang berminat. Kat luar sana tu harga jualan sekarang RM410 untuk Diana F+ clones.
.

Tuesday, October 12, 2010

Dunia dan Akhirat saling berhubung

Dalam beberapa tahun kebelakangan ni aku hanya ada dua impian/cita-cita/keinginan, apa saja nama yang kau gelarkan lah.

Pertama,
Aku mahu jumpa seorang lelaki yang boleh membimbing aku di dunia dan di akhirat. Seorang yang biasa-biasa tapi luarbiasa pengetahuan agamanya.

Kedua,
Aku mahu dikurniakan zuriat selepas impian pertama tercapai. Tak kisah sedikit atau ramai.

Mudah tapi susah. Mudah untuk diimpikan tetapi susah untuk dapat jika tidak disertakan dengan usaha yang setimpal.

Susah untuk mengimbangkan duniawi dan akhirat. Susah bagi yang tidak kuat iman. Susah bagi yang cetek ilmu agama. Susah, susah dan susah. Tuhan bagi jalan yang luas untuk kita menikmati kehidupan di muka bumi. Luas dan lurus. Terpulang pada kita bagaimana mahu membentuknya. Cuma satu permintaan Tuhan selepas Dia berikan kita nyawa. Jangan lupa Dia dalam setiap nafas dan setiap pergerakan kita. Jangan lupakan Dia. Mudah sekali permintaan Dia. Mengapa begitu susah untuk kita kabulkan ?

Semalam HBO tunjuk cerita I Love You, Man. Kadang-kadang aku pernah rasa apa yang Peter rasakan. Dan bila sampai masanya aku harap ketika tu aku ada seorang kawan untuk dipilih menjadi yang kedua penting. Aku bukan seperti Peter yang hidupnya sentiasa berpasangan. Aku ialah Peter yang tiada kawan yang rapat, memahami dan boleh ngam dalam keadaan susah atau senang.

Aku ada beberapa kawan yang memang aku boleh menjadi diri sendiri. Dan aku suka bila kami dapat berkumpul. Tapi pergaulan kami terbatas. Agak susah untuk aku bila aku perlu menurunkan kadar sympathetic nervous system activation.

Dan satu-satunya kawan yang aku boleh ngam ketika susah dan senang telah hilang tanpa sebarang khabar berita. Walaupun dia mempunyai banyak kekurangan tapi aku tetap boleh terima dia seadanya. Cuma keadaan yang memisahkan kami.
.

Kata Kunci: Mungkin

Atas nasihat dari seorang rakan.

Selepas nasihat itu aku baru sedar, bila aku tak menulis (atau cuba untuk menulis) emosi aku lebih menjurus kepada depresi. Bila aku menulis sekurang-kurangnya emosi berada di tengah-tengah. Tiada terbuku dalam hati dan menanggung seorang diri.

Kadang-kadang bila difikir balik mengapa kita memendam sesetengah perkara. Mengapa tidak kita hanya jujur dan berterus-terang apa yang kita rasa ? Mungkin dengan berterus-terang berlaku kurang salah faham. Mungkin juga kita akan kehilangan seorang kawan. Entah. Semuanya mungkin yang kita tak berani untuk jadikan ia realiti.

Aku cukup kagum dengan mereka yang mampu untuk jujur kepada diri sendiri dan orang lain. Mereka yang tidak takut untuk melantangkan suara dan bertindak terhadap apa yang mereka tidak suka. Kadang-kadang (bila berjumpa dengan orang semacam ni) membuatkan aku ingin berada di dalam diri mereka. Apa yang mereka rasakan ketika itu ? Bagaimana mereka dibesarkan ? Kenapa mereka tidak takut ? Persoalan yang susah untuk dijawab jika aku tanya secara berdepan. Dan persoalan yang tak mungkin akan terjawab kerana adalah mustahil untuk aku berada dalam diri mereka, secara logik akal.

Bukan tak bersyukur atau tak cinta diri. Cuma terkadang perasaan ini datang tanpa diundang. Dan aku tak cukup kuat untuk menidakkan perasaan ini. Aku hanya hamba Dia yang diselaputi dengan kekurangan.
.