Thursday, August 26, 2010

Kau dah kenapa ?

Bila orang cakap buruk secara berdepan aku senyum sambil mengiakan apa yang diperkatakan, jika ia benar. Masa tu aku takkan rasa macam kena batang hidung. Rasa macam kena sipi-sipi je kat muka. Tapi bila aku dah berseorangan dan ditinggalkan dengan kata-kata tersebut terngiang-ngiang dalam kepala, kelenjar airmata dengan secara semulajadinya akan merembeskan cecair dan seterusnya cecair tersebut akan mengalir membasahi pipi kerana masa tu lah batang hidung aku akan rasa sakit.


Ya, semua manusia tak sempurna. Aku tak terkecuali. Majoriti kenalan akan cakap aku ni sombong. Bagi mereka yang aku baru kenal, tak mudah bagi aku untuk berbicara/berbual seperti aku berbual dengan kawan yang dah lama kenal dan selalu jumpa. Mungkin juga aku takkan bercakap dengan orang asing. Ini kelemahan aku. Bukan saja orang yang tak (dan baru) kenal, tapi kawan pun ramai yang mengatakan begitu.


Kadang-kadang perkara kecil dan remeh dah cukup untuk mengguris perasaan. Walaupun pada kita ia kecil, namun pada orang di sebelah sana menganggap ianya besar. Bila perkara kecil dibesarkan ia mengundang bencana. Maka, seeloknya yang kecil itulah kita hapuskan sebelum ia membesar dan membentuk satu ruang yang tidak mampu ditutup. Masa tu, segala usaha untuk menutup ruang tersebut sia-sia saja.


Rasa macam nak kembali masuk belakang tirai hitam.
.

Friday, August 20, 2010

Kalaulah boleh jerit tanpa orang pandang semacam.

Dalam tak sedar dah seminggu kita berpuasa tahun ni. Lagi 3 minggu dah nak raya. Lagu raya pun dah makin banyak berkumandang. Semua tak sabar nak raya dah (tak sedar kot ada lagi 3 minggu nak kena puasa). Kalau dah masuk minggu ketiga sesuai la kot dengar lagu raya. Biasalah tu ragam manusia macam-macam. 


Pada firasat aku, rasanya tahun ni raya akan diraikan dengan agak kurang memberangsangkan. Bukan kerana lokasi diubah, tapi kerana dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dalaman berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lagi hebat untuk dihadapi, dan lagi besar untuk ditanggung. Bila dah jadi macam ni semangat nak beraya pun dah luntur walaupun belum masanya lagi. 


Macam penyakit berjangkit, penularan dia agak susah untuk dikawal jika manusia disekeliling tak kuat. Alhamdulillah, setakat ni manusia tersebut boleh tahan tahap iman dan takwa untuk menangkis serangan penyakit tu. Cuma ada kadangkala virus tu terlepas masuk dalam badan juga. Kesan sampingannya berlanjutan sampai beberapa hari.


Kenapa melankolik sungguh tahun ni ?



Kalau bukan kerana kau, budak cerdik, makin tertekan lah jiwa aku.
.

Thursday, August 19, 2010

Anakanda.

Takeshi
Dia dah dihantar ke hospital untuk merawat penyakit dia yang sekian lama dia bertarung. Dan dia ditahan di wad selama 3 minggu. Dalam masa tu terpaksa la aku menahan diri dari tahap kerinduan yang melampau. Harap dapat beraya bersama Takeshi bulan depan. Kasihan Takeshi. Dia terpaksa menanggung sakit tu selama beberapa bulan. Nasiblah dia tabah. Tapi, kos rawatan dia pun boleh tahan tingginya. Cuma kali ni rezeki berpihak pada poket, maka tak payah keluar duit dari poket sendiri. Lepas ni kalau Takeshi sakit lagi terpaksa la keluar duit untuk kos rawatan.


Junior
Dia tak ada di rumah. Dah berapa minggu tinggal dengan kawan-kawan dia kat Kota Damansara, sejak sebelum Takeshi masuk hospital lagi. Aku bagi kebenaran dia tinggal sana sekejap. Yelah, Takeshi pun sakit. Kalau Junior ada pun bukan dia boleh bermain dengan Takeshi. Baiklah dia pergi bermain dengan kawan-kawan dia kat KD tu. Dapat cergaskan badan sikit.


Ayano
Raya tahun ni kalau boleh nak bagi Ayano aktif sikit la. Dah setahun dia diam je. Masa awal-awal dulu je dia aktif sikit. Hmm, salah aku jugak. Tak menggalakkan dia untuk aktif dalam kehidupan. Aku sedar kesilapan aku. Tapi kalau aku rasa Ayano ni tak boleh nak aktif terpaksalah aku melepaskan dia kepada mereka yang boleh aktifkan dia. Kalau aku tak lepaskan, rasa kasihan pula pada dia. Nanti jadi lembam, siapa susah ? Aku jugaaaa..


Paco
Anak kesayangan ni. Tanpa dia, susah untuk aku mengharungi kehidupan seharian. Keadaan kesihatan dia pun tak berapa memberangsangkan. Beberapa bulan lepas baru je mendapatkan rawatan bagi jangkitan virus. Alhamdulillah, kurang sikit sakitnya walaupun tak sepenuhnya sembuh. Sehingga ke hari ni Paco masih mampu bertahan lagi.


Walaupun mereka tak hebat dan tak sempurna tapi aku tetap menerima dengan seadanya.
.

Wednesday, August 18, 2010

Genggam bara hingga jadi api. Terbalikkan.

Saat ini aku masih lagi menunggu keberanian untuk datang menjelma dan masuk ke dalam tubuh. Aku tak larat  nak menyimpan apa yang terkandung dalam kepala ni. Cuma sesekali aku cuba untuk lupakan, tapi gagal. Ia akan datang menjelma semula dan mendiami setiap sel hati dan sel otak.


Kau ibarat aku. Punya keinginan dan minat yang sama. Kau memahami, mungkin kerana kau juga telah mengalami situasi yang sama atau corak pemikiran kita hampir serupa. Namun yang penting, kau memahami. Mungkin atas dasar itu, aku tertarik.


Tapi aku perlu siram dan padamkan api tersebut sebelum ia membakar diri. Mungkin cukup sekadar ia menjadi bara, tak perlu api yang semarak.
.

Tuesday, August 17, 2010

Sod ba ro.

Apabila tiba bulan puasa, umum ketahui kita perlu lebih banyak bersabar dalam menempuh segala dugaan. Apa yang berlaku kita dituntut untuk tidak berperangai seperti di bulan-bulan lain. Apa guna puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga jika menyakiti hati orang ?


Setiap kali tiba bulan mulia ni semacam ada satu suis yang tertutup dan satu suis yang terbuka. Suis HANGIN TAK KIRA TEMPAT dibuka, suis SABAR ditutup.


Yang peliknya, ia hanya berlaku dalam bulan puasa SETIAP tahun. Orang lain pun berpuasa juga, bekerja juga, tapi masih lagi boleh kawal perasaan. Walaupun pertanyaan remeh diasak bertubi-tubi, masih lagi gagah untuk menghalang nafsu amarah dari melangkaui sabar. 


Berikanlah kesabaran dan ketenangan kepada beliau, ya Allah, agar tidak sia-sia segala ibadah yang dilakukan.

Wednesday, August 11, 2010

Yang pertama.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (al-Baqarah[2]:183)

Selesai sudah hari pertama di bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Perut tak meragam, badan tak lesu. Cuma mata dan otak tak cukup rehat. Biasalah dalam bulan puasa. Harap keadaan ni kekal sampai bila-bila.


Aku cuba untuk singkap kembali pengalaman-pengalaman manis pada bulan puasa tahun yang dah berlalu. Dan apa yang aku mampu ingat adalah betapa banyak dosa yang dilakukan (walaupun dalam bulan puasa).


Sepanjang 24 tahun hidup, tiada satu ketika yang membuatkan aku rasa aku layak ke syurga-Nya.
Sepanjang 24 tahun hidup, aku selalu rasa aku memang dah layak untuk ke neraka-Nya.


Tapi, siapa yang mahu ke neraka dipanggang dalam kepanasan dan kehangatan apinya ?


Semoga Ramadhan kali ni kita semua terselamat dari melakukan perkara-perkara syubhah.
Semoga Ramadhan kali ni amalan kita dapat dipertingkatkan dan amalan tersebut berkekalan walaupun setelah Ramadhan berlalu.
Semoga Ramadhan kali ni kita lebihkan perasaan untuk merasa nikmat syurga daripada nikmat dunia.
Semoga Ramadhan kali ni kita dipelihara daripada syaitan dalam diri.
Semoga Ramadhan kali ni kita tak membazir apabila membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan.


Amin.


P/S: Masih tak dapat membuang apa yang dirasa. Makin hari makin teruk. Dah berlanjutan sehingga berasa rindu. Nak nangissssssss ;(
.

Monday, August 9, 2010

Misteri muka depan.

Baru perasan yang blog ini akan di-update setiap 3 hari. Jadi, untuk meneruskan kesinambungan tersebut, diadakan satu entri mengenai hidup ku yang tak kurang juga hebat dan AWESOME !


Hidup ni sentiasa diselubungi misteri yang sentiasa kita mencari jawapannya. 


Kenapa langit berwarna biru dan rumput berwarna hijau ?
Kenapa bila nak bulan puasa cuaca bertukar menjadi sangat panas lagi memanaskan ?
Kenapa banyak keluar status update yang berunsur kejiwangan sejak kebelakangan ni ?


Selain misteri ketiga, misteri-misteri lain aku tiada jawapan. Heeee... ;D


Seorang kawan (berlawanan jantina) pernah menyuarakan pendapat mengenai rupa paras aku, pada pandangan dia. Menurut beliau, rupa aku tak comel tetapi ada sesuatu yang menarik minat dan membuatkan dia suka tengok. Masa dia cakap tak comel tu aku dah siap-sedia nak tumbuk. Ok tak, tipu je. Entah apa yang sesuatu tu pun aku tak tau. Dia tak terangkan dengan lebih mendalam dan aku pun tak tanya lebih-lebih. Aku kurang selesa dalam keadaan tersebut. Nak senyum nampak macam perasan, nak berkerut nampak macam tak cintakan diri sendiri. Maka, jalan terbaik adalah tukar topik perbualan.


Dari ingatan aku yang tak berapa kuat ni, itulah kata-kata terbaik yang pernah keluar dari mulut dia mengenai aku. Yang tanpa diminta dia beritahu, dan tanpa berselindung dia luahkan. Kira ikhlas lah tu kan ? 


Terima kasih, ex-husband ! 8D
.

Friday, August 6, 2010

Deep bermaksud dalam.

Dua perkara yang memang aku impikan (over -.-) terkeluar dari benak fikiran ku dan di-project ke dalam mimpi.


Kisah ini boleh bikin filem di mana majoriti penonton adalah mereka yang memilih untuk menonton filem tersebut kerana filem itu saja yang ditayangkan pada masa yang sesuai. Ah, apa aku cuba tulis ni ?!


Babak dramatik seharusnya tidak perlu dibuat secara melebih, seperti yang kita dapat lihat dalam kebanyakan drama-drama Melayu yang disiarkan di saluran Astro Ria, Prima dan saluran sewaktu dengannya. Cuba buat simple but concise. Ni kalau tak meleret sampai 15 minit babak tu memang tak sah. Sangat saks bagi penonton yang tak menggemarkan aksi-aksi sebegitu. Woi, apahal tiba-tiba masuk drama Melayu nih ?!


Dah beberapa kali aku mengalami mimpi yang membawa kepada maksud yang sama. Apa masalah ni ?


We go deep ?


Kalaulah ungkapan tersebut akan dapat didengari di alam realiti ni, alangkah indah dan bahagia hidup. Buat seketika. Kerana aku tau laluan tersebut tidak akan pergi jauh. Ia akan berakhir dengan jalan penuh berduri dan lubang hitam di penghujungnya dimana lubang itu jauh terperosok sehingga ke teras bumi. Sakit kalau jatuh.


Tapi aku mahu.
;(

.

Tuesday, August 3, 2010

Keluh kesah bersama Kak Mar.

Badan aku dalam keadaan terkejut. Terkejut dengan suasana. Terkejut dengan suhu. Rasanya dalam masa seminggu ni kalau aku tak jatuh sakit memang satu pencapaian yang membanggakan.


Minggu ni tak dapat lagi rasanya untuk bermalas-malas sambil merehatkan dan mengecas semula badan. Makanya, minggu hadapan akan dimulai dengan badan yang keletihan dan emosi yang suram. Ditambah lagi dengan bermulanya bulan menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari. Oh dugaan yang bakal melanda ! Tuhan, kuatkan semangat aku please.


Kawasan persekitaran kurang memberangsangkan. Ia membantutkan minat untuk belajar. Tiada booster mahupun penaik semangat, malahan pembunuh mood semakin berleluasa. Yang dapat menyelamatkan keadaan hanyalah seorang teman yang ditugaskan bersama-sama. Itu pun sekadar cukup syarat saja. Lebih baik dari berseorangan di medan yang tak tentu politiknya.


Aku rindukan suasana bulan lepas. Lebih relaks dan cukup makan di pagi hari. ;(


Angka 4 menandakan bahawa badan ni tak dapat sesuaikan diri dengan kepenatan yang ada. Itu baru sebulan. Lepas dua bulan ? Tiga bulan ? 


Ada 14 hari lagi untuk ditempuh. Penat siotttttttt !!!
.