Wednesday, March 31, 2010

Kalau

Kalaulah boleh aku lunaskan segala hutang budi yang kau berikan.
Mesti aku buat. Walaupun ianya akan membawa padah pada diri.


Kalaulah boleh aku hilangkan kau dari hidup ini.
Dah lama kau akan hilang. Walaupun akan membawa bencana pada diri.


Kalaulah boleh aku diamkan mulut kau.
Satu patah perkataan dari mulut tu takkan keluar untuk menyakitkan hati.


Kalaulah boleh kau membaca fikiran manusia.
Pasti kau akan masuk hospital sakit jiwa dek kerana tahap kemurungan yang melampaui tahap normal.


Kalaulah boleh hati kau boleh diwarnakan putih, warna suci murni.
Takkan hitam lagi hati kau seperti sekarang.


Kalaulah boleh telinga kau mendengar apa yang diperkatakan.
Pasti dunia akan menjadi lebih mudah dan kurang merunsingkan.


Kalaulah boleh kulit kau menyentuh kulit darah daging kau.
Dapatlah dikurangkan nafsu amarah yang terpendam.


Kalaulah boleh segala yang diatas dilakukan.
Takkan wujud entri sebegini.


Ya, pada saat ini aku begitu membenci kau.

Monday, March 29, 2010

My baby you.

Hari ni genap setahun umur Takeshi berada dalam jagaan aku. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Aku hampir hampir terlupa bila Takeshi datang menyinari hidup aku.


*gelak besar*


Pada yang tak tahu siapa Takeshi, atau lebih tepat lagi apa, sila baca kembali di sini.


Tapi sekarang Takeshi tengah sakit. Kena hantar pergi buat check up dan rawatan. Takeshi sekarang dengan Uncle Zacc jadi terpaksalah tunggu Uncle Zacc hantar Takeshi balik rumah.


Mummy rindu Takeshi. ;(

Sunday, March 28, 2010

Keperluan mengatasi Kehendak.

Aku perlukan pertolongan.


Pada saat ni, aku dapat rasakan fasa sekarang akan masuk ke fasa yang lebih serius sekiranya aku tak mendapatkan pertolongan dari golongan profesional.


Aku tak nak pisang berbuah dua kali.


Bebanan yang terlalu berat bagi orang tersayang untuk menanggung.


Saat ni semua aku rasa macam menolak aku ke satu penjuru. Penjuru yang bersembunyi di sebalik tirai hitam yang tak mampu ditembusi cahaya. Di situ aku cuba untuk gembira, tenang. Teman ? Tiada yang lain melainkan yang Maha Esa. 


Tapi, kehadiranNya aku tak dapat rasa.


Segala prasangka aku cuba buang tapi setakat ni, gagal. Hidup ni semuanya berpura-pura. Tak nampak lagi keikhlasan. Kenapa ?


Aku salah ke orang lain salah ?
Satu jari dituju pada orang, empat jari tunjuk balik pada diri.
Salah siapa ?


Ego ?
Persekitaran ?
Ibu bapa ?
Tuhan ?


Bila tiada sebab untuk hidup, mengapa perlu hidup ?
Bila dikelilingi kawan-kawan, kenapa masih terasa keseorangan ?
Bila mampu bergerak bebas, mengapa masih terasa terperangkap ?

Saturday, March 20, 2010

Orang kaya jahat.

Hari ni sepupu aku tanya soalan yang bernas. Dan sebelum tu, sepupu aku ni baru je 10 tahun.


Kenapa orang yang buat benda jahat mesti kaya ?


Ok, terus-terang aku tak tau jawapan. Mungkin otak aku tak boleh jalan sebab baru lepas tengok wayang 3D (coverline ni) atau aku memang lembab sikit.


Aku pilih yang pertama.

Thursday, March 18, 2010

Kau apahal ?

Aku orangnya simple aje. Tak kompleks mana pun. 


Jadi bila aku bagitau kau, aku tak suka, maknanya memang aku tak suka. Dan bila orang dah tak suka tu dah tak paham paham lagi ? Berhenti la sebelum orang menyampah. 


Benda yang kecil kadang-kadang kalau dilempar kat muka kau selalu mesti jadi rimas kan ? So bila dah rimas siapa yang boleh tahan sabar. Para anbia' sahaja yang mampu bersabar bila diletakkan di situasi begitu. Jangan kata nabi, ustazah pun aku bukan. Jadi dah tentu lah aku rimas bila kau lemparkan kata-kata begitu. Biaq pi la 5 kali ka, 50 kali ka. Bila cheq habaq cheq rimas, maknanya cheq suruh hang stop dan tu juga.


Dan apa maksud kau bila cakap ni semua ujian ? Pfttt. Ayat coverline bila dah kena sound direct dengan aku ? Aku straight to the point je. Tak main la kias-kias. 


Nak melawak pun ada gayanya bang. Bukan main hentam keromo je. Gaya kau melawak tu dah ketinggalan zaman. Budak sekolah tadika je yang melawak gaya tu. Ok ? Umur dah dewasa buat gaya dewasa. Tapi kalau fikiran masih di takuk tadika nak buat macam mana kan. Terpaksalah terima.


Aku tak marah. Cuma menyampah. Ok, sekian terima kasih. Bye.

Wednesday, March 17, 2010

Rawak 1: Ambil gambar sendiri dari pelbagai sudut

*bunyi kamera*


1 saat berlalu.


*bunyi kamera*


1 saat berlalu.


*bunyi kamera*


Aku alihkan pandangan dari skrin laptop. Pandang depan, toleh ke kanan sikit.


Seorang hamba Allah tengah sibuk halakan kamera handphone sambil tekan button untuk ambil gambar........DIA !


Lepas ambil gambar, pusing phone tengok gambar yang baru diambil, buat muka tak puas hati, pusing phone lagi, ambil lagi gambar...............DIA !


Kelakuan tersebut diulang semula untuk beberapa minit (bagi aku berjam-jam). 


Oh, dan bagi setiap ulangan, phone diletakkan di sudut yang berbeza. Contohnya, atas, kiri, kanan, bawah, phone disengetkan sikit. 


Mencari nilai artistik untuk gambar DIA, mungkin ? 
Untuk di-upload ke laman web so-SIAL, dan dimuatkan dalam album ME, MYSELF & I, mungkin ?


Aku memang tak faham dan takkan faham macam mana orang boleh buat macam tu. Untuk situasi di atas, kalau phone tu tak mendatangkan bunyi memang aku tak kisah. Bunyi dari phone tu mengganggu aku dan kelakuan dia memang tak dapat aku ignore. Bilik tu kecik oiii.


Aku faham kalau kita tak angkat bakul sendiri, siapa nak tolong angkatkan bukan ? Tapi agak-agak lah weh. Hadoiiiiiii....


Teknologi dah buatkan kita menjadi malas, pelupa dan PERASAN !


Aku rasa.

Monday, March 15, 2010

Fikir tajuk je dah sampai 40 minit.

Aku masih lagi belum buat keputusan. Hadiah apa yang aku perlu beri kepada diri sendiri. Apakah barang terbaik untuk aku hadiahkan diri aku sempena tahun ke-24 aku hidup di muka bumi ini ?


Dah dua bulan berlalu tapi aku masih fikirkan apa yang terbaik. Nak tangguh sampai ke tahun depan rasa macam lambat sangat pula. Nak tak nak sebelum sampai tahun depan (Insyallah) aku mesti dapatkan sesuatu.


Idea tu ada. Idea-idea. Lebih dari satu. Lebih dari 100 mungkin. Tapi perlu cari satu perkara yang memang sebati dengan jiwa.


Kalau pergi bercuti tip top jugak. Tapi bendanya aku tak nampak. Dan aku masih dalam semester. Celah mana pula aku nak cari time pergi bercuti kan ? Dengan final year project aku tak jalan lagi. Opss, pasal tu kena masuk dalam entri lain. Heheeee.


Jadi, idea terbaik aku untuk cari gajet-gajet terkini yang berada di pasaran. Hangat atau tak lain cerita. Apakah ?


Bajet ? Mesti mau ada. Aku bukanlah anak tokey balak atau anak Benjy. Gajet bawah RM500 kira ok lah. 


Apa ada bawah RM500 ????

Sunday, March 14, 2010

Hakcipta terpelihara

Pernah tak kau rasa ada orang yang sedang cuba jadi diri kau ?


Apa kau buat semua dia nak buat. Kau buat ni, dia pun nak buat. Kau buat tu, dia pun nak buat. Senang cerita, semua benda kau buat dia pun nak buat. Semua benda kau ada, dia pun nak ada.


Memanglah dalam dunia ni bukan ada satu benda yang boleh dimiliki oleh seorang je (melainkan nombor-nombor pengenalan diri). Tapi, kau mesti dapat rasa bila ada orang cuba tiru ikut kau. Gerak hati manusia sepatutnya dipercayai melainkan kau memang ada masalah personaliti macam paranoid, schizo dan lain-lain.


Bukan niat untuk riak dan mendabik dada, tapi aku pantang lah orang buat macam tu. Kerana aku percaya setiap perkara yang kau buat ada sebab. Dan 'sebab' itu patut diberi penghargaan walaupun sekelumit. Unless kau ni memang jenis bimbo yang tau ikut je arus perdana. BIMBO ! Urgh, aku sedang mendiskriminasi. Bimbo juga manusia.


Just be yourself. Maybe you haven't found out who you are yet. Keep looking. But in the meantime, please stay away from me !


P/S: Aku tak ada gambar latest untuk dikongsi bersama di sini. Adik aku bawa Takeshi pergi pulau. Damn, Takeshi dapat pergi, aku pula terpaksa tinggal. Roar !

Saturday, March 13, 2010

Hampa untuk orang lain

Selalunya perkara pertama yang aku buat selepas log masuk ialah baca blog-blog yang aku follow. Orang kata untuk dapatkan sedikit mood. Bukan aku cedok idea dari blog-blog tu punnn. Plagiarism tak main la beb !


Patutnya masa aku tulis ni depan aku tak ada katil empuk aku, tak ada bantal aku selalu guna untuk tidur, tak ada gebar yang selalu protect aku dari hypothermia malam malam.


Patutnya aku tak berada di rumah !


Cis.


***

Aku dah terbayang pasir pantai warna putih/krim. Laut hijau/biru. Pokok kelapa beratur berderet tepi pantai. Angin bayu yang menghangatkan suasana. 


Serius potong gila bila aku dapat tau aku takkan dapat rasakan semua tu. Not yet anyway, but still..... ;(


Dengki aku dengan budak sekolah ! Ikut hati nak je aku meng-MC-kan diri. Tapi fikir balik, dah last semester takkan aku nak pedajal pointer kan. Daripada aku ada harapan nak makan duit free, tak pasal je kang aku kena bayor duit PTPTN. Mana ada duit !


***

Cik Naza buat hal lagi ! Kali ni skru bontot dah longgar pulak. Nasib baik sedar masa baru bertolak. Selamat nyawa kami anak beranak.


Cik Naza, silalah sembuhkan diri anda. Anda sahaja lah yang boleh kami harapkan. Jangan sampai aku panggil tok mudim potong segala bahagian kau. NAK ?!

Wednesday, March 3, 2010

Mimpi

Mana lampu hijau ???


Malam tadi aku mimpi benda pelik pelik aja. Lupa basuh kaki sebelum tidur. Balik je dari rumah aunty Chun aku terus tukar baju dan merebahkan diri atas katil. Mengantuk. Sebab aku baru je habiskan masuk data dari 4 bab ke dalam otak untuk test hari ni.


Berbalik kepada mimpi.


Mimpi pertama:

Keluarga aku buat gotong-royong bersihkan kawasan rumah (memang dah sah sah mimpi sebab realiti memang takde maknanya keluarga aku buat gotong-royong). Dah lepas kutip segala datuk nenek sampah yang terperangkap dalam kawasan rumah, aku masukkan dalam beg plastik hitam tu. 


Aku yang terakhir habis masukkan sampah jadi aku lah yang kena letak semua beg plastik tu kat luar. Masa aku sampai luar, aku perasan ada satu beg plastik hitam dah baik parking kat situ. Tapi macam tak banyak isi lagi sebab tak nampak kembung macam beg plastik lain. Aku buka beg tu, selak selak apa isi kat dalam. Mengucap panjang bila aku tengok apa ada kat bawah sekali beg plastik tu.


Mayat perempuan yang dah dikerat banyak banyak macam Kassim Baba tu. Mak datuk ! Punyalah terkejut sampai aku terbangun betul betul. Aku kesat dahi. Nak lap peluh dingin tu, tapi takde. Yelah aku tidur dalam bilik ada aircond (macam riak pulak). 


Lepas tu aku tidur balik. Suasana di luar pun masih gelap, walaupun jam menunjukkan pukul 7 pagi. 


Mimpi kedua:

Mimpi ni memang lari tajuk la dari mimpi pertama tadi. Tak ada kaitan langsung !


Aku keluar dengan member-member, D, A dan Q. D tu aku tak tau mana datang sebab antara watak-watak dalam mimpi aku ni D takde kaitan pun. 


Entah apa kes pergi keluar merayau-rayau dalam kedai buku. Tapi ni bukan sebarang kedai buku. Kedai buku ni besaaaaaaaaaarrrr gileh ! Ada dalam 2-3 tingkat jugak la. Ala ala Borders kat Times Square tu la. Besar kan ?


Jalan punya jalan, kat tingkat jual CD, DVD, album semua, A peluk pinggang aku secara tiba-tiba. PEH. Terkejut tak hengat lah kan. Q tengok dengan muka macam baru lepas nampak orang terjun bangunan dan jatuh terjelepuk depan dia.


Aku rasa scene lepas kena peluk tu di-censored sebab scene beikutnya aku dah kat tingkat lain dengan A. Dan kitorang cuma jalan bersebelahan tanpa sebarang bicara. Cuma aku pandang dia, dia pandang aku. (Dah macam Sembilu pulak aku rasa.)


Yuck.

***

Teringin juga nak tau maksud tersirat di sebalik dua mimpi tu. Hmm, tapi orang tua-tua cakap mimpi ni mainan tidur je kan. Atau syaitan-nirrojim. 


Oh ya, test tadi aku tetap jawab dengan cemerlang, walaupun ada dua soalan aku tak dapat jawab. Apasal lah banyak sangat bakteria yang wujud dalam dunia ni ? Dah tu gatal pulak manusia ni nak bagi nama sedap sedap. Celaru otak aku !


Runut bunyi : Westlife - I Have A Dream.