Thursday, April 22, 2010

Pelukan percuma

Kadang-kadang kita tak perlu berbelanja besar untuk gembirakan hati seseorang. Cukup sekadar bertanya khabar atau senyuman.


Bila hati ini gembira, satu dunia mahu dipeluk dan dicium.
Bila diri ini rasa dihargai, satu duia mahu dibelai dan dimanjakan.


Aku bersyukur dengan anugerah tuhan berbentuk SAHABAT.


Tanpa mereka, dunia ini sukar untuk diduduki.
Tanpa mereka, tiap-tiap hari tiada kekuatan untuk mengharungi dunia.
Tanpa mereka, dunia ni suram.


Dan yang penting,
Tanpa mereka, aku akan jadi katak bawah tempurung.


Terima kasih, Allah.
Terima kasih, sahabat.


Terima kasih.

.

Mulut, apasal kau jahat ?

Kebelakangan ni mulut jadi jahat sangat.
Main lepas je perkataan yang 'indah-indah' belaka.
Takde tapisan langsung.


Kalau ada yang terasa sakit, sila beritahu.
Bagi yang rasa nak lempang selaju kilat di pipi pun, sila beritahu.
Borang permohonan maaf perlu diberikan.
Terima atau tidak ?


Tepuk dada tanya selera.

Tuesday, April 20, 2010

Nak belajar kena ada guru.

Only a life lived for others is worth living

Tu Albert Einstein yang cakap.


Pada aku, maksud ayat tu ada betulnya. Yelah, kita hidup bermasyarakat kan. Bukan seorang je dalam dunia ni. Ada berjuta-juta orang lagi atas muka bumi ni. Bila dah macam tu, nak tak nak, kita kena sesuaikan diri kita untuk hidup harmoni dalam satu masyarakat.


Bukan ke ada pepatah yang berbunyi tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima ? Dua-dua proverb ni tujuan dia satu je. Untuk beritahu kita yang hidup ni sentiasa kena bantu-membantu antara satu sama lain. Bukan kau buat hal kau, aku buat hal aku. Jangan hanya fikirkan diri sendiri sampai tak peduli apa orang lain fikir.


Fikirkan diri sendiri dulu memang perlu, tapi pada masa yang sesuai. Ikut keadaan la kan ? Semua benda yang kita buat kena disesuaikan dengan sesuatu. Masa, tempat, orang. Semua kena disesuaikan. Baru harmoni.


Kurangkan 'SAYA' dalam diri kita dan lebihkan 'KAMI'. Sebab kami tu lebih penting dari saya. Kalau kami tiada, saya juga tiada. Semua hidupan di muka bumi ni berkaitan. Macam rantai makanan yang kita belajar semasa sekolah. Kalau populasi helang melebihi tikus, helang yang akan pupus. Sebab sumber makanan tak cukup.


Tu contoh saja. Aku tau helang makan haiwan lain juga selain tikus. Kau fahamkan apa yang nak disampaikan ?


Hidup ni satu perjalanan. Dalam perjalanan tu kita akan belajar banyak perkara. Dalam perjalanan tu juga kita akan jumpa bermacam jenis orang. Dengan pendedahan macam tu kita dapat kumpul pengalaman. Pengalaman yang tak boleh dijual-beli walaupun dikumpul duit banyak mana pun. Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. 


Proses pembelajaran dalam hidup ni kita tak boleh tentukan berapa lama. Setiap orang lain masanya. Tak ada siapa yang tahu. Tapi kita akan tahu bila ia tiba. Dalam diri kita akan terdetik 'Ooohhh, macam ni rupanya'. 


Dalam hidup tiada yang pasti.
Tiada fakta yang boleh digunakan untuk menyokong sesuatu.
Tiada hitam putih.


Kalau hidup ni hitam putih, tak meriah sangat la. Takde drama. Takde suspen. Macam duduk dalam kotak.


Sebab apa yang kita belajar dalam hidup ni tak boleh nampak. Bukan ada buku teks mengenai hidup. Semua yang kita belajar melalui trial and error. Kalau sesuatu benda yang kita buat tu salah, kita belajar dari kesilapan tu supaya di kemudian hari tak diulangi benda yang sama.


Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan.
Cuma kita boleh kawal supaya pisang tak berbuah dua kali.


Jangan takut untuk terima pengalaman baru. Mungkin dengan pengalaman tu akan buat kita lebih maju dalam hidup, atau sebaliknya. Kita takkan tahu selagi kita tak mencuba. Hidup ni sekali je. Bukan boleh diulang-ulang.


Kalau kita ada banyak impian, teruskan untuk mencapai semuanya. Sebab kita tak tahu impian mana satu yang akan buat kita rasa hidup ni berbaloi. Kita tak tahu.


Orang yang hidup dalam kotak, atau katak di bawah tempurung, selalunya akan tolak pendapat/'benda' baru yang dia tak tahu. Yang dia tak pernah rasa. Dia takut untuk benarkan 'benda' tu masuk dalam hidup dia. Mungkin takut akan disakiti.


Bagi aku hidup ni terlalu berharga untuk kita sia-siakan. Selagi masih hidup, cuba benda baru. Kalau tiap-tiap hari lakukan benda sama je sampai jadi rutin, bukankah bosan namanya ? Takde adventure dalam hidup. Takde thrill.


BOSAN.


Takut untuk disakiti memang perkara normal bagi manusia. Cuma kadang-kadang sakit tu membawa kepada kebaikan. Membawa kepada perubahan dalam diri kita. Perubahan yang elok, dan mungkin juga akan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu.


Orang tak rasa kehilangan sampailah dia hilang sesuatu dalam hidup dia.


Tapi masa tu menyesal pun tak guna kan ? Bukan boleh dapat balik. Lagi-lagi kalau yang hilang tu adalah orang yang kita sayang, terutama sekali ibu bapa.


Hilang sekali tiada gantinya lagi.


Pesanan untuk semua dan diri sendiri. Sekian terima kasih.

Wednesday, April 14, 2010

Kongsi kongsi kongsini !

Semalam masa lunch kawan aku keluarkan cerita. Dipendekkan cerita (entri), cerita kawan aku beralih pada topik berkongsi. Bukan rumah kongsi atau kongsi hidup. Lebih kepada kongsi barang. Material things.


Tak semua orang boleh berkongsi barang. Ada yang boleh, tapi tak semua. Segelintir orang guna hak dia saja, tak kacau hak orang lain. Jenis orang macam ni selalunya akan dicop sebagai selfish.


Mereka duduk satu rumah tapi tak berkongsi segalanya. Ok what. Tak salah pun. Tak semestinya duduk sebumbung perlu kongsi segalanya. In terms of food and that sort of stuff la. Sebab tak semua orang ada duit yang sama banyak. Mungkin kawan kau memang jenis yang frugal bila bab-bab duit ni, so dia beli barang dapur ikut bajet diri dia sendiri. Pulak dah dapat housemate yang jenis tak peduli pasal benda macam ni. Selamba badak je makan dan minum apa kat peti ais/dapur tanpa mengira siapa punya. Dah kawan tu lari bajet. Tak ke kesian ?


Jadi, lagi elok kalau ada peraturan 'kau guna hak kau, aku guna hak aku'. Macam tu semua menang. Takde la nak gaduh, takde la nak tak puas hati bila housemate. Kan ?


Kalau jadi juga, aku tak tau la kenapa.


Bila aku makan luar dengan kawan-kawan, aku tak offer untuk share makanan/minuman aku. Dan aku takkan minta makanan/minuman mereka. Tapi kalau kawan aku minta juga untuk rasa aku takde hal. Keyword di sini ialah RASA. Apa yang penting, kau kena tak malu la untuk minta sikit dari aku sebab aku takkan tanya sama ada kau nak rasa atau tak.


Selfish ? Ya, memang selfish bila tiba bab benda masuk dalam perut aku. Nak kata aku tak selfish bila bab lain.......entah la. Tak pernah jadi pada aku. Aku tak pernah tinggal dengan orang luar. Selama ni hidup aku hanya berkongsi dengan keluarga. Untuk keluarga, aku takde masalah kongsi barang. Pakaian, beg, kasut, duit. Boleh je kasi pinjam. 


Alah benda kongsi ni benda yang sangat remeh untuk kita gaduhkan/tak puas hati. Sebab, perkongsian perlukan keizinan dari tuan punya. Kalau tuan punya jenis tak suka berkongsi, kau hormatilah pendirian dia. Tak perlu susahkan diri fikir kenapa.


Hidup ni mudah je. Kenapa nak rumitkan ?

Sunday, April 11, 2010

Mimpi lagi lah.

Sigmund Freud cakap, dengan bermimpi kita dapat meluahkan kehendak tanpa sedar yang pada realitinya tak dapat diterima, sama ada oleh diri sendiri atau masyarakat.


Paham dak apa aku cakap ni ? *gelak*


Ingat lagi mimpi tak munasabah aku hari tu ? Kalau tak ingat baca sini.


Malam tadi aku mimpi lagi. Mimpi-mimpi aku memang random. Datang bila aku tak fikir langsung pasal apa yang aku mimpi tu.


Aku keluar dengan kawan aku. Pergi mana aku tak tau. Tapi kitorang pergi naik bas. Oh yes, naik bas. Tapi bukan bas yang kat Malaysia ni la. Tak nak kalah, nak naik bas yang luar negara ja. Huh.


Balik pada cerita mimpi tu. 


Dalam bas tiba-tiba dia buat perkara yang memang aku tak sangka dia akan buat. Aku terkejut. Memang terkejut habis ! Tapi aku layankan saje. *gelak besar* 


Terus aku terbangun. Lepas tu sakit kepala ! Cycle of sleep aku terganggu. 


GRRR !

Friday, April 9, 2010

Thanks for the memories

Mood pagi tu memang jadi gampang. Gampang segampang yang boleh. Bila mood dah gampang, emosi jadi kurang stabil dan diri jadi murung.


Ok, malas nak ulang balik kisah murung terburuk dalam hidup aku.


Dalam kelas, presentation mengenai Mood and Anxiety Disorder. Dah murung belajar/dengar lagi pasal kemurungan. Benci betul. Wrong timing pulak mood aku ni. Banyak kali aku terperuk dalam tandas untuk tenangkan fikiran dan bertindak di luar batasan (nangih ler..). Ada sesetengah ayat dari presentation dan juga dari manusia-manusia yang hadir hari tu yang buatkan aku jadi touching sikit.


Tapi aku masih gagah lagi depan diorang. Cuma kening bercantum ja.


Fast forward kepada keesokan harinya.


Lepas test petang tu aku tunggu Abah kat tempat biasa. Tu pun lepas aku kena jalan tengah panas pergi Petronas untuk beli topup. 


Perhatian: Aku masih lagi murung.


Aku kira dalam 15 minit lepas aku talipon Abah aku keluar nak pergi pejabat Bendahari. Nak ambil clearance slip. Keluar ja aku nampak Naza Ria dah tunggu kat port biasa.


Dengan penuh keyakinan dan tanpa menoleh kiri dan kanan, aku pergi terus ke kereta. Sampai depan kereta aku nampak ada bayang perempuan bertudung warna purple. 


'Sibuk pulak budak ni nak ikut amik aku', cakap aku dalam hati.


Aku dah siap sedia nak buka pintu, tapi aku terlihat kelibat manusia lain dalam kereta tu.


'Eh, siapa pulak ni ?'


Aku lihat pada pemandu kereta. Bukan Abah. Dengan kadar segera aku melepaskan pintu tu dan menjauhkan diri dari kereta tu. Untuk coverline, aku keluarkan handphone dan terus dail 1. Speed dial. Aku toleh kiri kanan, dengan harapan takde siapa nampak (except for budak dalam kereta tu la). Fuh selamat, takde orang.


'Eh Azlina. Apasal ?'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'Tak, aku tengah tunggu bapak aku datang ni...' 


Memang aku rasa loser gila hari tu. 
X______________X

Thursday, April 8, 2010

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah

Dunia ini indah. Segalanya telah diciptakan oleh yang berkuasa dan ditaburkan kasih sayang kepada sekelian alam. Jadi, mana mungkin untuk kita, manusia kerdil, mahu meninggalkan dunia yang indah ini untuk ke alam yang tak pasti. Tiada siapa mahu meminta untuk dicabut nyawa. Banyak lagi perkara yang belum selesai.


Malam tadi menyaksikan satu kehilangan buat kawan aku. Dia hilang seorang ayah akibat kemalangan. Takziah diucapkan kepada Sheikh Muhsin dan keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


 Al-Fatihah.

Tuesday, April 6, 2010

Iya..

Kadang-kadang kau tak dapat nak elak dari perasaan syak tu.


Ikhlas ke dak ni ?
Betul ke ?
Macam tak percaya je.


Bila dah sampai tahap nak bunuh diri tu bahaya sikit.

Monday, April 5, 2010

Banyak fikir

Tak tau la apa yang aku kena ni Monday blues ke murung ke apa benda yang berkaitan. Hari ni aku lebih rela diam dari mengeluarkan kata-kata. Walaupun sebenarnya banyak aku nak sampaikan tapi tak terdaya. Orang tanya aku angguk atau geleng. Bila diperlukan jawapan lisan dari mulut aku baru aku bercakap. Selain daripada tu, bibir tak bergerak. 


Ikut kata doktor, orang yang tengah sedih takkan mahu melukis. Pointnya di situ, bila kita sedih sangat kita takkan mahu buat apa-apa. Kalau ikutkan simptom-simptom kemurungan (depression), tak lalu makan adalah salah satu daripadanya. Tapi, setahu aku, simptom ni boleh jadi dua, terlebih atau terkurang. Maksud di sini, kalau cakap pasal selera makan, sama ada kau terlebih rasa nak makan atau kau langsung takde selera makan. Kesimpulannya, kenyataan yang doktor buat tu (mungkin) salah. Kalau tidak, takkan wujudnya art therapy. Art therapy secara amnya digunakan oleh pakar psikiatri sebagai salah satu ruang untuk pesakit yang menderita gangguan emosi/mood. Khususnya, terapi jenis ni digunkan untuk pesakit murung. Jadi, orang murung mahu la melukis walaupun dia dalam kondisi tak memberangsangkan.


Berjela pula. Benda ni apa yang aku nak cakap pada doktor, tapi dek kerana aku pun dalam keadaan tak memberangsangkan aku diamkan saje bila dia keluarkan statement macam tu.



Pagi bila waktu untuk bangun aku semacam rasa badan ni berat sangat. Dalam fikiran aku semua benda yang negatif. Bayangkan, dalam masa beberapa saat lepas aku tersedar, aku boleh fikirkan lebih daripada 10 perkara.


Orang benci aku.
Orang pura-pura baik dengan aku.
Orang takut aku.
Orang sisihkan aku.
Mak aku sebenarnya tak sayang aku.
Aku takde kawan dalam dunia ni.
Semua kawan dengan aku kerana kepentingan.
Perangai aku buat semua orang meluat.
Aku takkan berjaya dalam hidup.
Adik-adik aku tak sayang aku.
Kenapa perlu aku hidup ?
Takde seorang pun yang terima/sayang aku sebagai aku.


Ini hanya sebahagiannya saje yang keluar dalam otak aku.

Semakin hari berjalan, lagi banyak yang bermain dalam kepala aku ni.

Makin banyak yang difikir, makin letih badan aku jadi.


Dan masalah aku sekarang adalah kesulitan aku untuk meluahkan semuanya. Aku tak mampu untuk menangis. Aku nak menangis. Aku nak keluarkan semua benda ni dari otak aku. Aku cuba untuk paksa diri keluarkan air mata. 

Sunday, April 4, 2010

Tekan keyboard tanya selera, nak tengok makanan apa ?


Status aku tadi.


Sumpah rasa nak mengunyah saje. Sebab musabab aku pun tak berapa pasti. Yang penting perut ni sentiasa minta diisi dengan makanan yang lazat lazat.


Melihat laman web Facebook ternyata tak membantu aku menahan dugaan ni. Ramai pula yang post gambar makanan (realiti atau maya). TIDAAAAAKK ! Nasib baik aku tak join main Cafe World. Kalau tak mesti lagi besar dugaan aku. Sekarang tengah tengok gambar makanan kat laman web. Aiyooo sedapnya kalau lidah aku dapat rasa. Macam nak jilat pula skrin laptop ni. (Eww.)



Tak membantu sungguh bila search gambar makanan. Hahaha.


Siapa nak belanja aku makan ?


JOMMMMM !

Saturday, April 3, 2010

Rawak 2 : Kau duduk tapi mak buyung berdiri

Benda ni common sense. Tak payah ada master, tak payah PhD. Budak sekolah pun tak benda ni. Orang buta huruf pun tau.


Lagipun, sudah terang bersuluhkan lampu lagi. Penat orang KTMB buat tanda tu. Bukan saja nak cantikkan interior tren tu. Bukan saja nak bagi penumpang tengok. Mesti kau baca tanda tu. Mesti kau paham, sebab kalau kau tak paham mesti kau ni dyslexic atau pun bodoh piang. 


Kalau tengok luaran ok ja. Baju elok, smart. Kasut pun ok, takde koyak rabak sana sini, tapak kasut masih intact. Beg nampak macam baru. Jadi sudah tentu kau dari golongan terpelajar. At least ada SPM rasanya. Tapi pelik betul kau boleh tengok je perempuan depan kau tu berdiri. Perut dia betul depan mata. Nak kata buncit perut takkan sampai macam gitu sekali besar. Heih...


Pelik betul lah. Mesti pernah tengok iklan Adlin dalam LRT dulu. Mak ayah mesti dah didik dengan nilai-nilai murni. Aplikasikan la dalam kehidupan seharian. Bukan setakat simpan untuk diri sendiri.


Kalau mak buyung tu terjatuh macam mana dengan kandungan dia ? Risiko untuk gugur kandungan tu bukannya 1%. Tu belum kira lagi komplikasi lain. Aiyo dik, aku harap sangatlah kau sedar cepat sikit.


Emotional sikit bila jumpa dengan orang macam ni ! HUH.

Kisah dongeng untuk masa hadapan feat. Lelaki berskirt

Melihat lelaki-lelaki gagah berlawan menggunakan pedang, lembing, busur dan anak panah dengan memakai skirt membuatkan aku tak senang duduk di panggung. In a good way.


HOTTTTTTTT ! *sizzles*


Hanya gambaran tu yang mampu membuatkan aku tahan sakit leher. Barisan ketiga dari hadapan. Bayangkan.


Dari kisah mitos Greek beralih pula ke kisah dongeng kita. Puteri Santubong, Puteri Sejinjang, menjaga gunung negeri Sarawak. Tapi pada fikiran aku Puteri Santubong tu jaga gunung kat Sabah. HAHA. Fail ! Lepas ni aku nak tanya Pak Cik Google pasal kisah dongeng ni semua la. Buat malu je tak tau. Tapi nasib baik bukan negeri sendiri (walaupun sebenarnya kisah Puteri Gunung Ledang pun tak berapa hebat sangat pengetahuannya). 


Boleh teka aku orang negeri mana ?


Yang paling aku nak tau tapi at the same time tanak tau ialah pasal lagu Ulik Mayang tu. Keluar cerita malam tadi pasal lagu ni. Asal usul memang aku tak tau. Tapi yang aku tau lagu ni memang 'keras' sikit. Legend says, kalau ada sesiapa yang nyanyi lagu ni, nanti akan ada yang menyahut. Kalau bakar kemenyan sekali nanti kang mesti blackout. Seram aih aku dengar. Meremang terus bulu roma. Ada pula yang cakap bila dipersembahkan dalam bentuk tarian akan ada lebih seorang penari atas pentas, jadi 7 orang (selalunya). 


Dah la masa tu dah nak pukul 2 pagi. Gila apa cerita pasal ni. Di bawah sinaran bulan purnama (kot) pula tu.  Lagi buat aku tak senang duduk. In a bad way.


Tu nasib baik cerita pasal kuda kepang tak buka banyak. Sebab bila sebut je aku mesti terbayang cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu. Tak sanggup !


***


Bila mata bertentang mata semuanya jadi lain. Lagi lagi bila renungan menusuk kalbu. Dibuang gambaran cara berjalan dan pergerakan tangan. 


Tu belakang cerita. Tak penting.
Yang penting, comel aih muka dia !


Aiyaiyaiyaiyaiiiiii ! -__-"

Friday, April 2, 2010

Tunggu giliran lambat betul nak sampai

Kalau satu perkahwinan tu senang mesti ramai yang dah kahwin.


Takde lah andartu.
Takde lah lelaki takut komitmen.
Takde lah bayi kena buang bersepah-sepah macam sampah.


Aku ada kawan yang dah pasang niat nak kahwin lebih dari seorang. Kata dia, tak salah untuk lelaki kahwin lebih dari satu. Dalam Islam pun benarkan. Nabi Muhammad s.a.w pun kahwin lebih dari satu. Alasan kawan aku, sebab dia suka ramai orang (lebih dari satu) jadi dia kena kahwin dengan semua orang yang dia suka tu.


Lucu kan ?


Tapi dia belum ada pengalaman lagi kot bercintan cintun secara serius dengan seseorang. Tu pasal lah duk pikir macam tu.


Bukan nak cerita pasal kawan aku tu. Aku nak tulis pasal aku.


Aku bukan duk gatal sangat nak kahwin. Tapi tengok orang kahwin rasa macam best je.


Ada orang jaga bila sakit.
Ada orang nak mengadu bila dalam kesusahan.
Ada orang nak share berita gembira.
Ada orang nak peluk peluk.


Paling penting, boleh hasilkan satu ciptaan yang paling berharga dalam dunia ni, ANAK.


Aku tak tau kenapa kuat sangat perasaan nak jadi mak orang. Mungkin sebab banyak sangat baca blog-blog mereka yang baru menjadi ibu. Kak Hidd, LadyNoe, SueAnnaJoe, mereka baru je menempuh alam tersebut. Comel-comel pulak tu anak diorang. Kawan sekelas pun bakal jadi ibu. Hari-hari tengok dia bawa perut besar tu ke hulu, ke hilir pergi kelas, balik kelas. Peh, mesti penat tu.


Bila pula giliran aku ?


Suka ja berangan ! Belajar pun belum habis, ada hati pula aku nak jadi isteri dan mak orang. Hahaha. Doakan lah aku cepat bertemu jodoh dan dapat zuriat. Mak ayah aku pun nampak macam dah tak sabar nak cucu. Adik-adik aku pun dah tak sabar nak manjakan anak saudara sendiri.


Amin.

Thursday, April 1, 2010

Gila ke apa ni ?

Takeshi dah balik. Tapi aku tak sempat nak pegang dan belai dia. Adik aku dah bawa Takeshi keluar pergi tengok budak-budak lompat dan berlari sambil kejar bola.


Bila la nak hantar dia jumpa doktor ni ?


***

Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku rasa tak normal. Semua perkara aku analisis lebih dari sepatutnya. Rasa nak meletup tapi....tak sanggup.


Banyak sangat kata-kata dari orang sekeliling yang menyakitkan hati, tapi aku balas dengan senyuman dan kepura-puraan. Walaupun dalam hati rasa macam ditolak masuk ke penjuru belakang tirai.


Sekarang belakang tirai tu dah ada gaung. Kat bawah gaung tu aku nampak air terjun dan sungai.
Nampak cantik pemandangan kat situ.


Buat aku rasa nak pergi sana.


Sekarang ni tanda-tanda aku dah tunjukkan. Cuma tak ada orang yang nampak lagi.
Harap orang akan nampak sebelum terlewat.


Yang aku perlukan pertolongan.