Saturday, July 31, 2010

Andai ku tahu.

Aku tengah ralat sangat pada masa ni. SANGAT !


Peluang dah ada depan mata, tinggal masa untuk aku sambar saja. Tapi seperti biasa aku biarkan masa melewati dengan harapan akan datang lagi peluang tersebut di kemudiannya. 


Akhirnya, diri sendiri yang menyesal tak sudah. Andai kata boleh diputar kembali masa itu akan aku putarkan. Arghhhh ! Lebih stress apabila memikirkan kembali betapa bodohnya aku kerana tidak bertindak pada masa tu. Sedangkan segalanya sudah tersedia di hadapan mata. 


Bilik yang aku mahu masuk sudah dibukakan pintunya oleh tuan punya, tapi aku tak melangkah masuk.
Bilik yang tiada dalam senarai pula yang aku masuk apabila pintu dibuka.


Mengapa ?
Mengapaaaaaaaaaaa ?!!

T__T
.

Thursday, July 29, 2010

Hi Hi, Bye Bye !

Setiap perkara memerlukan pembuka dan penutup. Permulaan dan pengakhiran. Mula dan berhenti. Tanpa pembuka dan penutup ibarat kau menulis karangan yang tidak lengkap. Karangan yang akan ditulis 'Jumpa saya !' dengan dakwat merah di bahagian bawah mukasurat. 


Jika sesuatu tidak dimulakan dengan betul maka, akhirnya juga tidak akan ada. Jika akhirnya tiada apatah lagi pertengahan. Tak lengkap. Ibarat membina sebuah rumah, asasnya perlu ada sebelum dapat dibina dinding dan dipasang bumbung. Asas tiada, rumah pun tiada.


Semua dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita diharuskan mengucap salam sebelum memulakan perbualan, bukan semasa berbual. Bukankah janggal jika di pertengahan perbualan baru diucapkan salam ? Doa dimulakan dengan ungkapan Bismillahirrahmanirrahim dan diakhiri dengan Amin ya rabbal alamin.


Apabila melakukan sesuatu adakan satu permulaan dan pengakhiran. Mulakan hari, mulakan perbualan dengan ucap selamat dan akhirinya dengan ucap selamat dan mungkin bagi sesiapa yang terlebih mesra boleh diselit dengan terima kasih. 


Jumpa kenalan/rakan/sahabat, cakap good morning, hello, hi, hey ho, let's go ke. Atau memadai dengan sekadar senyuman atau lambaian mesra. Kan lebih sopan daripada datang dengan muka masam atau muka buat tak tahu. Seperti kau tidak meng-'acknowledge' akan kehadiran orang tersebut.


Percayalah, benda-benda remeh dan kecil seperti ni yang membuatkan orang rasa lebih dihargai.


Atau mungkin itu pada aku saja ?
.

Wednesday, July 28, 2010

Tak faham keee ?

Dari awal aku perhati semuanya biasa sahaja. Tiada yang terlalu menarik dan tiada pula yang jelik. Aku lihat sebagaimana aku melihat mereka yang lain. 


Segala perbuatan kecil memberi impak besar pada sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan seseorang. Apa yang kau buat, walaupun hanya mengungkapkan satu perkataan, boleh menghakis sedikit dinding tebal yang ada selama ni. Bahayanya, apabila dinding tersebut terhakis akan ada satu jurang di antara dua bahagian yang menampakkan kelemahan kedua-duanya. Maka, senang untuk menundukkan pihak lawan sama ada mereka bersedia atau tidak. 


Segala tindak-tanduk menunjukkan apa yang dirasakan. Gerak hati manusia seharusnya dipercayai. Bila mana ianya merasakan sesuatu bermaksud betullah ia. Dan kadangkala berada di pihak yang benar tidak seindah suria yang memancar cahaya. Kerana yang betul tu tak semestinya apa yang kau mahu !


Namun masih lagi belum pasti. Yang penting sekarang hanya perlu menjauhkan diri dan tak melakukan perbuatan bodoh yang akan membawa kepada kehancuran.


Sekian.
.

Tuesday, July 27, 2010

Awan kesembilan

Sayang.


Powerful jugak perkataan tu. Hehehe.

Monday, July 26, 2010

Kena tikam tu sakit.

Terlalu banyak yang disimpan sampaikan menimbun-nimbun meleleh keluar dari hati. Dan aku tak tahu jika kau sedar apa yang kau lakukan tu, sama ada secara sengaja atau tidak. Tapi hati aku menjerit-jerit dan meronta seperti orang yang dah hilang akal di hadapan muka kau. 


Suatu ketika jujur aku katakan tapak tangan ni hampir sungguh untuk menyinggah di pipi kau. Hidup ni senang je. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Sesekali masuk campur tiada masalah. Tapi yang mendatangkan masalah tu ialah bila kau cuba untuk hidup dalam hidup aku, TANPA IZIN. 


Mungkin kau jenis perampas yang suka memotong jalan orang lain ketika mereka tidak sedar. Silap besar di situ. What goes around comes around. Satu hari nanti kau jangan nak bising bila apa yang kau lakukan pada orang lain akan lempang balik pada muka kau. Tuhan tu Maha Adil, jangan lupa. 


Apa hak aku akan aku pertahankan walaupun bagi orang lain tak berbaloi untuk dipertahankan. Everything that belongs to me belongs to ME. Melainkan bahagian tersebut memang aku perlu berkongsi, ya aku akan berkongsi. Tiada masalah. 


Makin bertambah sakit hati apabila kau berlagak seperti kau tidak bersalah. Dan kau pertahankan perbuatan kau tu memang tak salah. Ah, memang sengaja cari nahas. Mungkin bagi kau ia perkara biasa untuk menutup periuk nasi orang lain tapi bagi orang lain yang lebih bersifat PAHAM BAHASA ianya tidak. Bukan salah satu daripada norma kehidupan bermasyarakat apa yang kau lakukan tu. 


Ya, bila ada peluang kau rembat. Kau lupa kawan, kau lupa tuhan. Kau hanya ingat diri sendiri. Kau dengar kata syaitan. 


Peluang kau akan tiba. Kenapa perlu dipotong peluang orang lain ? 
.

Sunday, July 25, 2010

Sesekali ku rasa teringin.

Hati ni sentiasa saja ada perasaan yang kurang menyenangkan. Kadang-kadang perasaan tu datang secara tiba-tiba sampai boleh buat sesak nafas. Tak tipu !


Walaupun perasaan tu datang dan pergi secara tiba-tiba, punca masih tak dapat diketahui. Macam rasa gatal kat tangan tapi bila digaru tak lega sebab tak jumpa mana punca gatal tu. Rasa sangat tak best ! 


Aku perlu berterus-terang sekarang daripada tunggu lebih lama. Entah kenapa aku tunggu pun aku tak tahu. Mungkin kerana aku tak mahu dilabel yang bukan bukan. Atau mungkin kerana aku takut ditolak. Mungkin. Tapi makin lama aku sedari fakta ini seakan-akan benar, makin aku jadi takut untuk mengakuinya. Keadaan sedia ada tak mahu aku sukarkan. Aku akan kehilangan.


Tak mencuba tak mungkin diketahui penghujungnya. Aku perlukan sokongan untuk mara ke hadapan. Tapi aku tak pasti sama ada jika aku mara aku akan sampai ke destinasi yang aku impikan. Jika dipandang dari jauh, seperti menyimpang. Atas sebab tu aku perlu mara menghampiri kawasan tersebut supaya aku tahu jika aku menyimpang atau tidak. 


Lihat mereka disekeliling bahagia rasanya. Dan aku akui memang muncul perasaan yang menginginkan ia.
.

Friday, July 23, 2010

Sesi tak puas hati.

Aku tak dapat mengagak apa pandangan orang terhadap aku. Sebaik mungkin aku cuba untuk luahkan apa yang aku rasa melalui perbuatan. Tapi yelah, manusia gaya pemahaman lain-lain. Rambut saja sama warna hitam tapi hati semua lain-lain.


Mungkin bagi aku dah cukup bersopan tapi pada orang lain kurang.
Mungkin pada aku dah cukup berkias tapi pada orang lain aku lancang.


Komen yang kerap aku terima ialah aku perlu rajin bertanya dan bercakap. Aku jenis yang takkan tanya banyak kalau tak berkaitan dengan topik. Sebab aku tak nak share perkara yang tak berkaitan dengan orang lain. Maka, aku beranggapan orang lain juga begitu. Bila kita tanya dan orang tu tak berminat untuk berkongsi maklumat dia akan guna jalan 'tipu putih' (white lies) sebab tak nak lukakan hati kita, si penanya ni. Dah orang tu dapat dosa menipu.


Bagi aku, biarlah orang yang bercerita tanpa aku tanya banyak. Sejujurnya, aku lebih suka mendengar dari berkata-kata. Aku suka bila kawan atau ahli keluarga berbual/meluahkan perasaan pada aku. Bukan niat nak busy body atau jaga tepi kain orang lain, tapi dengan niat untuk melegakan hati orang tu.


Tapiiiiiiii.....


Kadang-kadang tu dengarlah cerita aku jugak bila aku buka mulut !! ;(

Wednesday, July 21, 2010

How late is too late ?

Satu persoalan yang selalu datang menjengah. Aku sukakan sesuatu yang cepat, pantas dan segala perkataan yang seangkatan dengannya.


Bila bercakap ramai yang perlukan aku mengulang kerana terlalu laju aku habiskan ayat.
Bila makan perut mesti akan bekerja lebih keras untuk mencernakan makanan kerana semua masuk dengan saiz cebisan yang besar.
Bila buat sesuatu akan dipastikan aku habis dengan sekelip mata, walaupun ia merupakan proses yang rumit.


Bukan dari segi perbuatan saja, hati dan perasaan jugak.


Aku cepat melabel seseorang.
Aku cepat menghukum orang lain.
Aku cepat marah.
Aku cepat cool down lepas marah.
Aku cepat percaya orang. Oh silap, untuk ni kita kena guna mudah bukannya cepat.
Aku cepat suka sesuatu.
Cepat jugak tak suka.
Aku cepat jatuh hati/cinta/whatever.


Bila dah cepat sangat kadang-kadang akan bawa bencana pada diri. Atas dasar tu banyak perkara yang disesali dalam hidup ni. Nak undur balik masa ? Hanya harapan dalam mimpi. Bila mana kita menyesal akan datang satu janji dalam diri untuk tidak mengulangi kembali kesilapan.


Janji yang selalu sangat dimungkiri.


Macam mana nak keluar daripada fast lane nih ?! Penat ahhhhhh...

Tuesday, July 20, 2010

Edisi maki hamun.

Untuk beberapa hari ni, setiap hari aku dimulakan seawal 6 pagi. Dan untuk kesekian kalinya aku terpaksa menjadi seperti seorang anak yang hidup di perantauan dan menggunakan kenderaan awam. Dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku memang spoiled to the core. Kepada lelaki yang bakal menjadi calon suami aku di luar sana, pandai-pandai la korang adjust diri korang untuk melayan kerenah aku nanti. Hahaha.


Perjalanan ke tempat kerja menaiki keretapi sangat menguji kesabaran aku yang tak berapa nak sabar ni. Jujur aku cakap, semua aku sumpah dalam gerabak tu walaupun ia dinaiki oleh kaum sejenis. Ada jugak yang tak faham bahasa, atau perkataan lainnya, kurang bijak mentafsir keadaan gerabak yang telah mencapai tahap maksima berat penumpang. Tak cukup dengan ke'pandai'an mereka itu mereka cuba lagi memaksa untuk masuk ke gerabak tu. (Padahal pintu keretapi tu dah berapa kali tak berjaya nak tutup). Tindakan mereka ni bagai mancurah minyak ke atas beberapa unggun api (bukan aku saja yang kening bercantum dan mulut muncung).


Aku tau kita semua menuju ke destinasi yang memerlukan sampai awal, tapi tak payah lah nak tolak tolak sampai orang lain sesak nafas ngok ! Macam lah satu pintu je ada keretapi tu. Hangiiiiinnnnn ! Kalau aku puasa memang dah makruh puasa aku tu.

Sunday, July 11, 2010

Just like a wavin' flag !

Sekuat mana pun aku tahankan diri untuk tidak menulis entri mengenai Piala Dunia, hari ni aku tewas. Maklum lah, hari ni merupakan hari terakhir bulan satu dunia tertumpu kepada satu negara. Senang cerita, hari ni adalah hari penentuan siapa jaguh dunia dalam sukan bolasepak. Perlawanan final diantara Sepanyol dan Belanda. (Kedengaran agak lucu bila disebut dalam bahasa ibunda hehehe.)


Aku bukan lah seorang pemain bolasepak tapi aku suka tengok orang main. Bukan sahaja dari segi cara permainan malah rupa fizikal pemain-pemain (sifat-sifat tipikal manusia yang gemarkan benda-benda cantik dan menarik ;p). Jujur aku katakan, aku tak reti langsung main bola. Kaki bangku. Nak sepak bola pun aku kurang mengerti kenapa ada banyak cara untuk tendang. Tendang je lah kan guna kaki ? Susah apa. 


Pada musim Piala Dunia sebelum ni aku hanya tengok gitu gitu je. Tak ada lah dengan serius. Cuma sekadar mengambil tahu pasukan mana yang menang/kalah dan masuk final. Dan masa tu, tengok perlawanan memang untuk cuci mata saja. Hahaha. Tapi aku betul-betul sokong pasukan Jepun. Kalau kau memang kenal aku kau tahu aku memang ada sesuatu dengan apa-apa perkara berkenaan Jepun. Dalam blog ni pun banyak aku cerita pasal Jepun.......walaupun tak pernah sekali pun jejak kaki ke sana. Heh.


Tapi untuk Piala Dunia musim ni, aku terikat dengan pasukan Jerman, Sepanyol, dan England juga. England tu walaupun main takde lah berapa hebat dibandingkan dengan pasukan lain, tapi aku sokong sebab memang dah sebati dengan Liga Inggeris tiap-tiap tahun. Lagi lagi dengan kehadiran Rooney dalam pasukan. Mana boleh tak support Red Devils !


Pada perlawanan separuh akhir, Jerman bertemu Sepanyol. Aku memilih untuk sokong Jerman lebih daripada Sepanyol. Kalau diikutkan aku tak pernah sokong Jerman, tapi aku jadi kagum bila tengok pemain-pemain Jerman main. Lagi lagi hampir kesemua pemain mereka berumur bawah 25 tahun. Memang terbaik lah ! Lepas tu aku terus sokong Jerman 100% dan Sepanyol turun tangga kedua. Hihihi.


Tapi Jerman tiada nasib tahun ni. Separuh akhir mereka tewas dengan Sepanyol dengan hanya satu gol. Aku betul-betul kecewa sampai menitis airmata. Hampa ! Tapi Jerman dapat tempat ketiga jadi terubat sikit la hampa tu. ;)


Malam ni, Sepanyol dan Belanda. Vamos Espanoles ! Viva Espana !



P/S: Cakap pasal bola macam bagus je. Padahal aku tau pasal offside je ! Hahahahaha.

Friday, July 9, 2010

Cuba jugak walaupun tah apa-apa

Kadang-kadang inspirasi untuk menulis tu datang tiba-tiba. Selalunya masa aku di luar kawasan. Dalam kereta, dalam tandas (?), dalam fitting room. Tempat yang sangat random.


Tapi bila aku duduk depan komputer/laptop tak ada pulak idea datang mencurah turun ke jari jemari. Nampak sangat memang tak ada life kalau duduk menghadap skrin je sepanjang masa. Otak pun jadi kosong.


Ada satu artikel dalam suratkhabar, aku baca hari tu. Hari, tarikh, nama suratkhabar semua aku tak ingat dah. Tapi tajuk artikel tu 'Kekerapan melayari laman sosial untuk elak bersosial'. Ala ala gitu la tajuknya. Aku tertarik untuk baca dengan lebih lanjut. Menurut penulis artikel tersebut, kebanyakan mereka yang gemar menghabiskan masa berjam-jam online tak suka untuk bersosial dengan spesis mereka. Bermacam-macam alasan diberi hanya untuk bersosial di alam maya.


Padahal bersosial secara berdepan lebih seronok kan ? Boleh tengok dunia luar, boleh hidup udara (yang boleh lah kata) segar. Kita juga boleh melonggarkan sendi-sendi dan otot-otot yang ada dalam badan. Hahaha.


Tak tau la bagi orang lain, tapi aku kurang gemar untuk chat, SMS, MMS, bergayut di telefon. Aku suka cakap berdepan dengan orang. Tapi aku bukan jenis yang banyak cakap pun. Haha. Maksud aku, aku lebih suka perbincangan atau perbualan dilakukan dengan aku memandang muka dia dan begitu juga sebaliknya. Baru lah terasa sikit bonding tu. Cuma dalam kes aku, perbualan tu akan berat sebelah la sebab aku suka dengar bila dengan mereka yang tak rapat, kecuali kau jenis yang pandai ajak orang berbual. Oh well, aku insecure so aku takkan mulakan atau utarakan topik-topik 'bernas' untuk dibicarakan bersama.


Tapi kalau ada pendengar aku akan mula lupa diri. Hahahaha. 


Sebenarnya, otak dan mulut/lidah/gigi aku tak in sync. Ayat yang aku fikirkan dalam otak selalunya akan keluar berbelit-belit. Kau tengok je lah entri-entri dalam blog nih. Tatabahasa, ayat, perkataan semua tunggang langgang. Kadang-kadang orang sampai tersilap tafsir apa yang aku cakapkan. Poning aih ! Adakah ini tanda-tanda awal bagi sesuatu penyakit atau otak aku ni kekurangan sesuatu untuk jaringan saraf-saraf ?

Thursday, July 8, 2010

Buruk.

Sifat manusia (mungkin) dari zaman batu lagi sangat kompleks. Ada yang boleh faham ada yang tak. Yang tak boleh faham tu selalu akan membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan faham. 


Orang kalau dah terkecil hati memang cepat terasa. Tak kisah lah kau niat bergurau atau niat-niat yang sewaktu dengannya. Apa kau cakap semua dia akan take it personally, walaupun sebenarnya tidak. Dari situ lah wujudnya perselisihan faham. Dari mana ? Dari hati yang terluka. ;(


Aku kurang ingat dari mana aku dengar ayat ni:
'Manusia yang selalu berfikiran negatif memang cenderung untuk makan kawan.'


Makan bukan dari segi literal ya. Dalam erti kata lain, sanggup khianat/belot kawan sendiri lah. Berfikiran negatif dah memang tentu tak elok, tambah lagi dengan sanggup khianat. Double trouble !


Dan aku cukup pantang sekali bila orang menegur dengan cara yang kurang sihat. Nama pun menegur, memang la tak ada cara yang tak menyakitkan, tapi kita boleh tegur orang tanpa menyebabkan dia lebih sakit. Jangan la ambil cakap macam 'Kau ni perangai teruk, aku tegur kau ni maknanya aku lagi bagus dari kau!' Silap kat situ lah. Teguran yang kau bagi tu, walaupun dengan niat ikhlas, akan terus masuk dalam kategori bullshit. Kategori yang takkan dilupakan dan dibawa sampai mati.


I am nicer, therefore I am better. Kita akan merendahkan keyakinan seseorang untuk membuatkan kita rasa bagus tentang diri kita. Aku selalu terfikir mengapa begitu mudah kita melukakan perasaan seseorang. Kenapa tak tumbuk je dia, kurang sikit sakitnya kan ? 


Ini menunjukkan kita sememangnya makhluk yang penuh dengan kekurangan. Jadi jangan lah nak berlagak sangat. Sekali sekala bergurau memang tak ada masalah. Tapi bila dah tak dapat nak letakkan garisan antara gurauan dan hinaan itu sudah melampau. 


Perlu berjanji pada diri untuk tidak bergurau secara kasar dengan orang lain. What you give, you get back.

Friday, July 2, 2010

Caca marba perasaan (ada ke ?)


Makanan banyak oi sebenarnya !


Sebagai ganjaran kepada para senior MLS di salah sebuah universiti tempatan, kami anjurkan barbeku (agak pelik eja dalam BM) untuk meraikan hari terakhir para senior sebagai pelajar sepenuh masa. Hari tersebut berlalu dengan begitu pantas dan penuh tekanan disebabkan oleh seseorang yang bersifat kejam dan sangat mementingkan diri sendiri. Oleh itu, kami, para senior mencuba sedaya upaya untuk berseronok di hari tersebut walaupun bergelumang dengan perasaan bercampur-baur di antara gembira, teruja dan MARAH. 


Walaubagaimanapun, pesta barbeku tersebut berjalan dengan jayanya hasil kepakaran para senior dalam menyediakan juadah hangit. Juadah utama ialah spageti, ayam barbeku hangit dan juga kentang hangit. Juadah sampingan termasuklah nuget, kek coklat dan jajan. Dan sebagai pencuci mulut, tembikai disediakan. Oh, barbeku ini diadakan di lokasi sekitar Shah Alam atau lebih spesifik, di Tasik Raja Lumu yang terletak berhampiran pusat membeli-belah Plaza Alam Sentral. Kami pulang dengan perut kenyang dan hati girang. =D


Malangnya, tidak semua senior dapat menghadirkan diri. Di mana ia sangat saks (terpaksa me-MELAYU-kan ejaan kerana tak dapat cari kata ganti yang sesuai) kerana saya sangat berharap untuk mengumpulkan semua senior pada hari tersebut. Bagi saya, hari tersebut tidak sempurna.


Bila saya ke depan, saya mahu satu kumpulan ke depan. Bila saya pergi bersuka-ria, saya mahu satu kumpulan pergi. tapi bila saya tertinggal di belakang saya tidak mahu sesiapa pun dalam kumpulan menunggu, walaupun saya akan menangis sendirian.


=)

Dalam otak ada lagu California Girls.

Bila kau adalah A, tiada orang lagi yang akan jadi A. Mungkin A1, A2 atau A3 tapi tak mungkin A. 

Bila kau adalah B, tiada orang lagi yang akan jadi B. Mungkin B1, B2 atau B3 tapi tak mungkin B.

Bila kau adalah C.....yada yada yada, you know the drill.



Akan tetapi, tak semestinya bila kau A kau lebih bagus dari A1/A2/A3, begitu juga sebaliknya. Setiap orang lain cara pembawakan diri. Kenapa kau nak berbangga bila sesuatu terjadi kerana kau A ? Ok, mungkin kau self-obsessed, tapi tak perlu la kau menganggap kau ni lebih bagus dari yang lain hanya kerana kau ni A. Tuhan tak suka ! Tak payah cakap tuhan, manusia pun tak suka.



Self-obsession could kill

Sesiapa tahu cara-cara untuk menangani jenis orang begini ?