Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya mengaum sampai Rio Ferdinand pun dengar.

29 Disember 2010. Hari yang membanggakan bagi seluruh rakyat Malaysia. Tak kira kecil, besar, tua atau muda, semuanya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Semua berbangga dilahirkan di bumi yang makmur ni. Okay, mungkin bukan semua kerana ada saja rakyat yang tak bangga dan memperlekehkan kejayaan malam tadi walaupun hanya beberapa minit berlalu selepas Safiq Rahim memegang piala.


Persetankan mereka.


29 Disember 2010. Malaysia menjadi johan atau lebih sedap lagi dikenali sebagai CHAMPION AFF Suzuki Cup setelah 14 tahun menunggu. Terima kasih Khairul Fahmi. Terima kasih Safee Sali. Terima kasih kepada pemain-pemain Malaysia yang lain. Terima kasih kepada jurulatih, K. Rajagobal. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong. Terima kasih kepada bibik-bibik Indonesia yang terpaksa menyokong kerana takutkan majikan rakyat Malaysia. TERIMA KASIH SEMUA !




Macam aku pula yang berhempas-pulas main bola atas padang tadi ucap terima kasih bagai.


Namun, apa yang penting ialah pemain-pemain kita tidak lupa diri selepas peroleh kemenangan ni. Jauh lagi perjalanan. 


Oh, terima kasih jugak kepada Uncle Najib kerana bagi Jumaat ni cuti umum. Wheeeeehooooo~
.

Tuesday, December 14, 2010

Duduk diam kalau tanak kena bodoh.

Ah malam malam begini bila semua orang sedang lena dibuai mimpi dan kau seorang saja dalam rumah yang masih berjaga memang menyedihkan. Tiada siapa untuk jadi teman bicara, tiada siapa jadi teman bergaduh. Membosankan dan menyedihkan.


Hobi terbaru aku setakat ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Tapi aku masih lagi bermain di dalam zon selesa. Tiada yang luarbiasa. Semua yang aku buat adalah yang biasa biasa. Semuanya memang apa yang aku ingin rasa. Tapi semuanya ada melibatkan chocolate ! Tengok saja di sini. Kalau perasan semua tajuk entri dimulakan dengan perkataan yang sama.


Aku jamin dalam masa setahun, kalau aku masih lagi aktif, aku akan layak untuk ujibakat The Biggest Loser Asia musim ke-_____. Confirm !

Wednesday, December 8, 2010

Titik

Aku memang dah jangka perkara ni akan berlaku. Dah banyak kali jadi pada aku. Sampai aku jadi susah hati tiap kali. Tiap kali berlaku apa yang aku jangka memang tepat. Dan selalunya memang tak meleset dari apa yang aku jangka.


Ikatan tu aku rasa macam kuat, tapi aku tak mahu meng-iyakan. Takut pula nanti dilabel perasan atau syok sendiri. Tapi di antara dua titik ni macam ada garis penghubung. Kalau satu titik ada perubahan, titik lagi satu juga akan mengalami perubahan tu. Atau mungkin di alam maya kita nampak apa yang kita mahu lihat. Mungkin realitinya tak seindah apa yang dilihat bukan ?


Dua-dua titik macam perlu bersandaran.


Entahlah. Pendam sajalah perasaan ni seorang seorang. 

Tuesday, December 7, 2010

Dia datang lagi.

Hari ni sudah masuk tahun baru. 1 Muharram 1432 Hijrah.


Tahun baru, buku baru, cerita baru. Tapi aku masih rasa sama. Tiada perasaan untuk mengubah keadaan semasa. Mungkin satu perkara, tapi perkara tu ambil masa. Dengan izin Allah, mungkin boleh dipercepatkan. Tapi itulah....kalau aku tak berusaha bersungguh-sungguh memang lambat laaaa.


Masih ingat lagi aku pernah meluahkan perasaan di sini ? Sampai sekarang aku masih belum berterus-terang dengan empunya diri. Sampai sekarang keberanian masih belum meresap masuk dalam diri aku. Nanti lah. Takut pula kalau berterus-terang akan membawa kepada satu keadaan yang pelik dan janggal bagi kami.




Layan je lah jiwang macam ni. Walaupun rasa tak best feeling seorang-seorang, tapi nak buat macam mana kan ? 


Bruno Mars, teman I okay malam ni ? Kita feeling sama-sama.
.


Thursday, December 2, 2010

Sandarkan pada kenangan.

Dalam tak sedar dah sampai kita ke penghujung tahun. Hanya 30 hari sahaja untuk hari terakhir dalam tahun 2010. Pejam celik, pejam celik, dah sampai tahun baru. Bulan Disember ini lah ramai manusia sibuk memikirkan azam tahun baru.


Tapi tak ramai yang berjaya. Akhirnya, azam tu dibawa ke tahun hadapan. Berkitar lah sehingga beberapa tahun sampailah pada satu tahun mereka sudah mula meninggalkan menanam azam tahun baru. 


Sama juga aku. Sudah bertahun aku tiada azam tahun baru. Baik tiba bulan Muharam, baik bulan Januari. Pada aku, tak perlu mengikut tahun nak lakukan sesuatu. Bila-bila boleh bukan ? 


Macam aku pernah cakap dulu....setiap tahun azam tahun baru aku ialah tidak mempunyai azam tahun baru. Tiap-tiap tahun azam aku tercapai. Hati jadi senang, kepala tak berserabut, tahap tekanan di bawah paras bahaya. Apa ada hal ?


Tadi kata tak ada azam. Eh apa daaaa ???
.