Tuesday, December 14, 2010

Duduk diam kalau tanak kena bodoh.

Ah malam malam begini bila semua orang sedang lena dibuai mimpi dan kau seorang saja dalam rumah yang masih berjaga memang menyedihkan. Tiada siapa untuk jadi teman bicara, tiada siapa jadi teman bergaduh. Membosankan dan menyedihkan.


Hobi terbaru aku setakat ini mendatangkan hasil yang memberangsangkan. Tapi aku masih lagi bermain di dalam zon selesa. Tiada yang luarbiasa. Semua yang aku buat adalah yang biasa biasa. Semuanya memang apa yang aku ingin rasa. Tapi semuanya ada melibatkan chocolate ! Tengok saja di sini. Kalau perasan semua tajuk entri dimulakan dengan perkataan yang sama.


Aku jamin dalam masa setahun, kalau aku masih lagi aktif, aku akan layak untuk ujibakat The Biggest Loser Asia musim ke-_____. Confirm !

3 comments:

Anonymous said...

bosan...ada masa lapang apa kata kaji Al-Quran ke hadis ke buat persedian untuk menjalani kehidupan dunia di jalan yang sepatutnya, bagi kebaikan kehidupan akhirat yang bakal tiba bila-bila masa dari sekarang.

no gemuk ;P

AZ said...

Mula-mula aku repect tiba ayat last tu terus hilang respect.

PS: Akan diusahakan.

AZ said...

*Respect