Wednesday, February 24, 2010

Addiction(s)

How Addicted to Facebook Are You?
Created by Oatmeal


Oh. This does not surpise me. Actually, I was expecting the percentage would be higher than this. LOL.


My day would be incomplete if I did not login. The moment I open my eyes for the day, I think of Facebook. Before I close my eyes, I reluctantly logout from Facebook.


It is bad, I know. And not to mention, pathetic. But, whatever !

Monday, February 22, 2010

Matchmake-r(s)



Few weeks back my classmate set me up with a stranger. ( Oh yes, she did ! ) My momma always tell me to stay away and do not talk to strangers. So this one included, but I am trying not to stay away. I just need to find the right moment to pluck up the courage and turn this stranger into a friend ( or acquaintence, whichever ). 


I did not asked to be set up. My friend likes to see her friends as happy as she is. I appreciate the thought. Soon to be a mother, I guess she is being very thoughtful. And I thank her for that. ( She is the first ever to play matchmaker for me. ) Oh and her husband too. Although nothing is happening at the moment, but your matchmaking thought overwhelmed me.


Sheesh, I am beginning to sound VERY desperate. So I have made my decision to embrace life as it is. Not that I did not before, but this time it is sort of my relapse. It is a wonder sometimes by being alone can make you feel extremely sad. Oh well, life is not fair. What I am going to do now is to channel the negative into positive.


Let's just hope that it is going to work. *peace*

Wednesday, February 17, 2010

Skyrocket graph.




As the saying goes, 'Opposite attracts'. But do they really ? 
In terms of men and women in a relationship.


When I look at the opposite gender, the first thing I noticed was the appearance (of course). But what struck me the most is the smile and the eyes. When you have nice set of teeth and smile, throw in the eyes, you got me baby !


Macam lari tajuk.


Ok. Most girls do get attracted to bad boys. You know, those guys like Puck in Glee or Alex Karev in Grey's Anatomy. Yes, they made us swoon over their sweet words, seductive eyes and perfect body, even if they acted like a total a-hole. You get the picture.


Confirm aku lari tajuk.


I think that opposite does not attract. Maybe. Whatever.


I like you. 

















Please say that you like me too.


Tuesday, February 16, 2010

Kanvas putih dah jadi lukisan buruk.

Tempat lepak best !


I think I have brain tumour.

Somebody saaaaaaaaavee meeee ! (lagu tema Smallville)

Entri depressing aku yang ke berapa pun tak tau (banyak sangat sampai tak terkira mungkin).

Iqra'...


Lately, aku rasa dunia ni dah berubah. Serius aku rasa lain. Semua perkara yang aku buat tak semua menjadi. Tak semua mengikut kehendak hati aku. Semacam ada satu kuasa besar yang sentiasa hendak mencabar kesabaran aku untuk menerima keadaan yang berlawanan dengan kehendak aku.

Well, yea...the world doesn't revolve around me.
But sometimes you can't help the feeling.

Kalau ada sesiapa yang (terbaca) boleh inform aku macam mana nak berubah ? Berubah untuk menjadi lebih baik, semestinya. 

***

Ingat lagi kisah pengembala kambing yang suka menipu orang kampung ?

Dia tipu orang kampung beberapa kali untuk tolong beliau selamatkan kambing-kambing yang (belum) dibaham harimau. Bila betul betul kambing tu semua nak dibaham harimau, pengembala ni minta tolong lagi daripada orang kampung. Tapi orang kampung hanya gelakkan dan tak endahkan pengembala tersebut.

Realitinya ?

Kalau aku, aku pergi tolong juga. Sebab kemungkinan dia berkata benar tetap ada, walaupun 1%.

Jadi apa perasaan korang bila diri dah berusaha rasa nak berubah dan segunung harapan untuk orang terdekat memberi sokongan padu, hanya tinggal harapan semata-mata ? Walaupun ini kali yang kesepuluh ? Kesebelas ? Seratus mungkin ?

Hampa ?
Kecewa ?

Semestinya. 

Please lah. Aku hanya perlukan sokongan dan dorongan untuk maju ke hadapan. Bukan perlian dan lawak jenaka.

Yang lain sentiasa diketepikan dan dipijak-pijak agar 'mereka' yang sama itu nampak lebih kuat. 


Aku benci environment ini.


Notakaki: Boleh kaitkan kisah pengembala kambing dengan cerita aku ? 

Monday, February 15, 2010

Warm up pun penting.

Credit to Nodie


Sambungan cerita dari post sebelum ni.

Selepas berpeleseran tak tentu hala, perjalanan dimulakan. Pit stop pertama, Subang Alam. Pit stop kedua, Putrajaya.

Dari Putrajaya terus ke Semenyih dengan berpandukan alat canggih yang dikenali sebagai GPS. Dengan panduan dari GPS perjalanan berjaya disingkatkan kepada sejam lebih sahaja. Kalau tak, mesti dua atau tiga jam. 

Ok tu dah lebih.

Keadaan sekeliling gelap gelita. Masa tu baru pukul 5 pagi. Orang lain tengah enak dibuai mimpi. Kami berenam tengah menggelabah kena redah ladang kelapa sawit dalam gelap. Nasib baik ada lampu suluh. Tak ada lah gelap sangat masa depan.

Bagi yang tak pernah mendaki (dan tak tidur malam sebelumnya), memang mencabar jugak lah. Banyak kali berhenti ambil nafas. Oh, jangan lupa warm up dulu. Sediakan jantung anda dengan bekalan darah secukupnya.

Bila sampai ke puncak paling rendah, kami berhenti untuk solat. Masa tu dah masuk waktu Subuh dan matahari dah mula menunjukkan diri. 

Masa matahari terbit tu memang rasa semacam dalam diri ni. Tengok sendiri kebesaran Allah depan mata. Perasaan tu lain dari tengok dalam National Geographic atau suratkhabar. 

Allahuakbar !

Aku cadangkan pergi la tengok matahari terbit atas bukit atau gunung. Memang two thumbs up !

Perjalanan turun bukit lebih senang, tapi mencabar jugak. Aku banyak kali tergelincir dan jatuh menjunam cerun tu. Lepas jatuh boleh pula ketawa. Cover malu ! HAHA.

Kasut kena pakai yang sesuai untuk mendaki ye. Penting.

Dalam pukul 9 pagi sampai kat kereta. Terus bertolak ke kedai mamak berdekatan untuk sapdek. Lepas bakar lemak kita tambah lemak lagi. Pastikan seimbang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia punya mengantuk mengalahkan orang tak tidur seminggu. Mengantuk gila tapi tak boleh tidur sebab duduk shotgun. Orang belakang dah lena. Kalau aku lena sekali, mesti driver pun nak lena jugak. Driver pun lena apa nak jadi ?!

So aku gagahkan mata jangan bagi tutup.

Tapi sampai rumah tak tidur pun. Siap boleh update status lagi. Hehehe.

Penangan teknologi.

^^

Sunday, February 14, 2010

Tidur malam tu penting tau.

Hallamak ! Apesal la aku tak pakai coli La Senza tuuuu...


Mereka nikmati hari Ahad dengan menambah berat pada bahagian kiri badan. TAK BEST.

Aku ?

Panjang bukit.
Bukit Broga.
Nottingham.....







di Semenyih. ^^

Malas lah nak ulang balik sejarah silam tempat tu. Pergi tanya Pakcik Google.

Tengok gambar dulu baru layan tulisan kecik kecik ni mmmkayy.















Ok dah. Nak tengok lagi gambar kat Facebook banyak. Tapi korang (orang asing/stranger) tak boleh tengok. HAHAHA.

Pergi ber-enam, bukan berenang. Hehe. A, F, F, N, N, S. Figure out yerself who might that be.

Dengan penuh berlagak aku kata tak nak tidur malam sebelum hari pendakian tu. Yelah, nak pergi tengok matahari terbit. Matahari terbit pukul 6.45 pagi. Nak mendaki dalam 1 jam. Paling lambat pun mendaki kena mula pukul 5 pagi. Nak datang dari Subang Jaya/Shah Alam/Subang Alam/Putrajaya ambil masa 1 jam ++. 

Pendek cerita, 13 Februari 2009 dah bertolak dari rumah. Mendaki 14 Februari 2009 ye tuan-tuan dan puan-puan.

Mula lah ukur jalan di sekitar Subang Jaya. Ramai juga manusia yang tak reti duduk rumah dan lebih prefer melepak di bawah embun malam yang sejuk. Orang bandar. 

*bersambung

Thursday, February 11, 2010

Aku...

Masih dalam kepompong.

Friday, February 5, 2010

Siaran ulangan tak best

Dah lama benda ni tak berlaku. Malam ni ia berlaku semula. Aku kembali dalam kepompong emosi bercampur-baur.


Mungkin ia tidak patut dibangkitkan dalam perbualan. Seperti satu sumpahan. Jika dibangkitkan dan diselang-seli dengan harapan ia tidak akan berulang bererti kau menyumpah perkara tersebut. 


Atau mungkin ia hanya kebetulan. Wallahualam.


Berdasarkan pengalaman dan episod lalu, selepas ni halangan perlu diletakkan apabila perkara ini dibangkitkan. Aku tak mahu terus berada dalam kepompong yang sempit.


Insyallah.

Thursday, February 4, 2010

Dinding sudah roboh


Aku faham betapa susahnya untuk mencari duit bagi menyara keluarga. Aku faham keperitan mengeluarkan kudrat dan menitiskan peluh untuk meng-asapkan dapur kat rumah tu dan pastikan keluarga kau sihat walafiat dan cukup makan minum tanpa perlu rasa kebulur macam kanak-kanak di negara ________ (isi tempat kosong).


Walaupun duit susah nak cari tapi kadang kadang duit tu tak penting. Ada benda yang kita keluarkan duit kita rasa berbaloi.


Dan ada benda yang kita rasa tidak. Tapi hati meronta-ronta untuk keluarkan duit. Akhirnya, duit keluar dan hati puas.


Ada juga benda yang memang kita tak rasa berbaloi keluarkan duit dan hati tak puas. Kes macam ni yang parah sikit. Sebab sampai mati kita akan ingat benda ni dan akan ungkit bila masalah kewangan timbul.


Ada ketika aku memang berharap aku tak dilahirkan ke dunia ni. Kalau aku tak ada kurang sikit beban mak dan abah. 


Kurang duit dibelanjakan.
Kurang masalah untuk difikirkan.
Lebih kasih sayang dan perhatian untuk abang dan adik-adik aku.


Terutama sekali bahagian duit tu.


Macam aku cakap tadi. Aku faham ayah aku penat bekerja untuk sempurnakan hajat anak-anak. Sampai kadang-kadang dia lupakan hajat dia. Pada dia, biarlah dia tak ada baju baru asalkan anak-anak dapat beli apa yang dihajati.


Pernah sekali aku gunakan duit abah untuk perkara yang tak sepatutnya. Sekali tu je aku guna BANYAK duit dia dan akhirnya tak mendatangkan hasil langsung. Dan sampai saat ni abah masih ingat.


Aku menyesal ikut kata-kata orang yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Tapi aku mengaku, aku mengikut kata mereka dek kerana termakan dengan perhatian yang diberikan. Aku ikut kata hati aku yang naif. Aku dapat jumpa semula kawan-kawan lama. Aku jumpa kawan-kawan baru. 


Aku DEGIL.


Sesal kemudian tidak berguna.


Semua duit yang dah dibelanjakan untuk aku tak mungkin dapat bayar balik. Biarpun jika satu hari nanti aku menjadi seorang juta/hartawan. Jasa tak payah cakap la. Dah tentu aku tak terbayar. Sampai aku masuk syurga/neraka pun aku tetap hutang.


Aku bukanlah anak yang bijak seperti Nur Amalina, jauh sekali cantik macam Camelia. Apa aku nak guna untuk banggakan mak abah ?


Maaf...

Wednesday, February 3, 2010

Budak tecik !


Bila bila tengah tension aku rasa perkara yang paling sesuai untuk meng-cool-kan diri kau ialah tengok muka baby senyum.


Pada aku, semua masalah jadi tak penting bila melihat muka baby senyum. Memang rasa bliss gila ! Especially kalau dia senyum lepas kau agah dia. Senyuman paling ikhlas dan tak berpura-pura.


Masa baby mana kau reti nak jadi talam dua muka kan ?


Sebab tu aku faham sangat kalau orang cakap mereka yang baru ada anak ni takkan rela berenggang lama-lama dengan famili, walaupun untuk satu jam. Masa ni lah masa penting untuk kau cherish every moment. Moment yang kau tak boleh nak ulang semula.


Walaupun aku belum ada anak tapi aku dah rasa benda ni dengan anak-anak buah aku. Tapi rasanya perasaan yang aku rasa sekarang tak sama bila terjadi dengan anak sendiri. Confirm ah !


Aku suka baca/tahu mengenai perkara yang berkaitan dengan budak-budak. Dari pasal mengandung sampai kepada cara-cara mendidik anak. Dari segi psikologi sehingga lah ke pemakanan. Pendek kata, semua lah.


Mesti kau macam, " Haaaa...dah nak anak ehhhh ? " atau " Haaaa...dah rasa nak kahwin ehhh ? "

Ni yang kawan aku cakap bila nampak aku membaca majalah di bahagian Parenting kat MPH.


Sejujurnya, YA. Aku memang rasa nak kahwin dan ada anak sendiri sekarang. 
Tapi aku tahu masanya belum sesuai lagi. 
Masanya belum tiba lagi.
Seru belum sampai.
Ya, aku tau.


Jadi, waktu sekarang ni aku suka habiskan masa jaga anak-anak buah aku. Biarlah orang nak kata apa. Walaupun penat tapi puas. Puas melihat keletah baby, puas mendengar gelak ketawa mereka.


Bila tengok ibu mengandung kadang-kadang rasa sayu juga. Dalam hati tu terdetik bila pula giliran aku. *gelak*


Kawan kelas aku sekarang tengah menunggu ketibaan anak sulung dia. Mungkin dalam bulan 5 ni, insyallah, dapatlah dia melihat dunia dan mak ayah dia. Sejak dah membesar perut kawan aku tu, kalau boleh setiap kali jumpa aku nak pegang perut. Nak rasa baby bergerak. Tapi selalunya masa aku pegang dia duduk diam-diam. 


Apa rasa bila baby tu bergerak eh ? Lagi aku nak tau, apa rasa bila baby tu bergerak dalam rahim aku. 


Ayah aku pun dah mula tunjuk ciri-ciri nak menimang cucu. O_O
Mak aku memang dari dulu dah ok dengan baby baby ni. Natural, kata orang putih. ^_^
Adik-adik aku dah sibuk suruh aku kahwin dan dapat anak. -___-"


Satu hari nanti, insyallah.


Doakan aku dapat jodoh dulu yeeee. Insyallah.




Muse aku untuk entri kali ni. Nur Zara Alanna binti Yazid. 5 months ++. 

Aku panggil budak tecik pipi cebol. Kerana dia, aku bangun pagi pada hari tiada kelas. Kerana dia, aku gagahkan tangan menampung kilogram dia. Kerana dia, geraham aku dah feel lain macam.


Kerana dia ~


Monday, February 1, 2010

And the winner goes to...


Pertempuran selama 2 minggu dengan pihak atasan telah berakhir. Nasib menyebelahi golongan yang berada di pihak benar. 


Harus sentiasa begitu. Cuma apa yang penting daya tahan dan semangat yang kuat perlu ada. Jangan cepat putus asa.


Akhirnya, kejayaan berada dalam genggaman.


Sekarang hanya perlu pastikan kejayaan ni diakhiri dengan keputusan cemerlang.


YOSHHHHH !!


Next time, maybe ALL of us can contribute wholeheartedly, instead of just two. 


@@@


Malaysia ada banyak sangat cuti umum. Minta jangan ditambah lagi. Cukuplah apa yang ada. 


Selamat hari Wilayah !