Thursday, February 4, 2010

Dinding sudah roboh


Aku faham betapa susahnya untuk mencari duit bagi menyara keluarga. Aku faham keperitan mengeluarkan kudrat dan menitiskan peluh untuk meng-asapkan dapur kat rumah tu dan pastikan keluarga kau sihat walafiat dan cukup makan minum tanpa perlu rasa kebulur macam kanak-kanak di negara ________ (isi tempat kosong).


Walaupun duit susah nak cari tapi kadang kadang duit tu tak penting. Ada benda yang kita keluarkan duit kita rasa berbaloi.


Dan ada benda yang kita rasa tidak. Tapi hati meronta-ronta untuk keluarkan duit. Akhirnya, duit keluar dan hati puas.


Ada juga benda yang memang kita tak rasa berbaloi keluarkan duit dan hati tak puas. Kes macam ni yang parah sikit. Sebab sampai mati kita akan ingat benda ni dan akan ungkit bila masalah kewangan timbul.


Ada ketika aku memang berharap aku tak dilahirkan ke dunia ni. Kalau aku tak ada kurang sikit beban mak dan abah. 


Kurang duit dibelanjakan.
Kurang masalah untuk difikirkan.
Lebih kasih sayang dan perhatian untuk abang dan adik-adik aku.


Terutama sekali bahagian duit tu.


Macam aku cakap tadi. Aku faham ayah aku penat bekerja untuk sempurnakan hajat anak-anak. Sampai kadang-kadang dia lupakan hajat dia. Pada dia, biarlah dia tak ada baju baru asalkan anak-anak dapat beli apa yang dihajati.


Pernah sekali aku gunakan duit abah untuk perkara yang tak sepatutnya. Sekali tu je aku guna BANYAK duit dia dan akhirnya tak mendatangkan hasil langsung. Dan sampai saat ni abah masih ingat.


Aku menyesal ikut kata-kata orang yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain. Tapi aku mengaku, aku mengikut kata mereka dek kerana termakan dengan perhatian yang diberikan. Aku ikut kata hati aku yang naif. Aku dapat jumpa semula kawan-kawan lama. Aku jumpa kawan-kawan baru. 


Aku DEGIL.


Sesal kemudian tidak berguna.


Semua duit yang dah dibelanjakan untuk aku tak mungkin dapat bayar balik. Biarpun jika satu hari nanti aku menjadi seorang juta/hartawan. Jasa tak payah cakap la. Dah tentu aku tak terbayar. Sampai aku masuk syurga/neraka pun aku tetap hutang.


Aku bukanlah anak yang bijak seperti Nur Amalina, jauh sekali cantik macam Camelia. Apa aku nak guna untuk banggakan mak abah ?


Maaf...

4 comments:

Anonymous said...

Tak bijak tapi pandai, tak cantik tapi sweet. Dont think too much Miss Buat Cerita. Life have a way of balancing out. Have faith.

AZ said...

thank you, anon, for the comment. :)

nak jugak tau siapa so i can give proper thanks. but it's ok. segan kot nak reveal.

Unknown said...

Akak tak tahu la akak punya comment pagi tadi kamu ada terima ke tak.Pagi tadi akak tergesa-gesa nak gi lab.so tak perasan akak hantar ke idak comment tu...takpelah.ptg ni takde buat pape,akak ngomel lagi yeak.hehehe

how i'm going to start.hmm...dalam hidup ni,akak tak nafikan duit amat diperlukan dalam hidup kita.ada duit boleh beri kebahagiaan,tak de duit pun boleh beri kebahagiaan jugak.pucuk pangkalnya,pada diri kita macam mana kita nak mencorakkan duit tu dalam hidup kita untuk lebih bahagia atau lebih menderita.Kalau kamu tak percaya,cuba kamu tanya orang2 kaya...diaorang ketemu ke kebahagiaan hidup berkeluarga.Mungkin ada,tapi peratusnya teramat-amatlah sedikit.

Jangan rase menyesal bila dah kuarkan duituntuk sesuatu,then menyesal plak sebab duit digunakan untuk tu.Akak faham apa yang kamu rase.Akak pernah rase apa yang kamu rase.Like my husband always said 'Jangan sesekali menyesal atas apa yang telah berlaku'..Kamu ambil perkara tu sbg pengajaran.Jangan di ulangi kesilapan yang sama.Dan jangan sesekali ungkit sesuatu perkara,bila masalah kewangan timbul.Its not good.Itu pun akak pernah rase dan akak pernah lakukan.Sangat-sangat tak bagus untuk mengungkit sesuatu perkara yang dah berlaku.Biarkan ia berlalu seperti angin sepoi-sepoi bahasa.Lama-lama ia akan berlalu pergi.

Akak pun pernah rase apa yang kamu rase...'Kenapala aku dilahirkan kat dunia ni.Aku lebih banyak menyusahkan mak ayah' Itu rintihan hati akak satu ketika dulu waktu akak masih belum berfikiran matang.Setiap anak-anak yang dilahirkan bukan untuk menyusahkan mak ayahnya.Setiap anak-anak telah diperuntukkan rezeki masing-masing olehNYA.Jangan rase diri membebani mak ayah kamu.Kamu adalah insan2 yang terpilih untuk lahir ke dunia ni.Tanggungjawab ayah kamu untuk mendidik,memberi nafkah pada anak2nya.Kita sebagai anak,harus tahu had2 permintaan kita.Jangan paksa mereka untuk memuaskan kehendak hati kita sekiranya mereka tak mampu.Belajar daripada kesilapan.Macam akak kata tadi,jangan diulangi kesilapan yang sama.

Akak tak nafikan jasa mak ayah kita,tak mampu kita bayar walau pun dah bergelar jutawan.Jasa mak ayah tak dapat nak dibandingkan dengan wang yang berjuta-juta ringgit.Tak perlu anak yang bijak dan cantik untuk membanggakan mak ayah.Hanya sekadar menjadi anak yang solehah untuk mereka sudah memadai untuk membanggakan mak ayah kamu.Sekiranya mereka sudah tiada,jadilah anak yang paling setia mendoakan kebahagiaan mereka semasa 'di sana'.

Okay AZLINA ZAHARI!!Jangan jadi orang yang mudah berputus asa.Perjalanan hidup yang penuh berliku-liku akan membuahkan hasil yang lumayan di akhir jalan.Kamu tengok sendiri perjalanan hidup akak.Bila jatuh,akak bangun semula..Bila tersungkur,akak bangun lagi.Bila luka berdarah,akak usaha sendiri,untuk rawat luka tu...dan akhirnya..ini lah yang akak perolehi sekarang.Akak rase syukur snagat2.Tapi tak bermakna liku2 hidup akak berakhir disini.Akak tahu masih lagi ada batu2 kerikil yang perlu akak redah..Jadi kita sama2 harungi hidup yang penuh dengan cabaran ni.ok..Insya-ALLAH,bila sampai di penamatnya,kamu akan bersyukur atas apa yang kamu lalui sepanjang hayat kamu.

p/s:Ayah dan mak kamu pasti rase bangga punya anak seperti kamu.Mungkin mereka tak luahkan...atau kamu sendiri tak perasan rase bangga mak ayah kamu pada kamu.

AZ said...

terima kasih kak. kata-kata akak memang bagi semangat kat saya. syukur saya kita dipertemukan. alhamdulillah. kadang kadang emosi jadi down sangat and terlupa nak bersyukur. nasib ada orang yang masih sanggup nak tarik saya balik ke jalan benar. kalau takde orang macam akak ngan kawan kawan lain mungkin saya dah hanyut dalam dunia sendiri.

terima kasih kak.