Monday, February 15, 2010

Warm up pun penting.

Credit to Nodie


Sambungan cerita dari post sebelum ni.

Selepas berpeleseran tak tentu hala, perjalanan dimulakan. Pit stop pertama, Subang Alam. Pit stop kedua, Putrajaya.

Dari Putrajaya terus ke Semenyih dengan berpandukan alat canggih yang dikenali sebagai GPS. Dengan panduan dari GPS perjalanan berjaya disingkatkan kepada sejam lebih sahaja. Kalau tak, mesti dua atau tiga jam. 

Ok tu dah lebih.

Keadaan sekeliling gelap gelita. Masa tu baru pukul 5 pagi. Orang lain tengah enak dibuai mimpi. Kami berenam tengah menggelabah kena redah ladang kelapa sawit dalam gelap. Nasib baik ada lampu suluh. Tak ada lah gelap sangat masa depan.

Bagi yang tak pernah mendaki (dan tak tidur malam sebelumnya), memang mencabar jugak lah. Banyak kali berhenti ambil nafas. Oh, jangan lupa warm up dulu. Sediakan jantung anda dengan bekalan darah secukupnya.

Bila sampai ke puncak paling rendah, kami berhenti untuk solat. Masa tu dah masuk waktu Subuh dan matahari dah mula menunjukkan diri. 

Masa matahari terbit tu memang rasa semacam dalam diri ni. Tengok sendiri kebesaran Allah depan mata. Perasaan tu lain dari tengok dalam National Geographic atau suratkhabar. 

Allahuakbar !

Aku cadangkan pergi la tengok matahari terbit atas bukit atau gunung. Memang two thumbs up !

Perjalanan turun bukit lebih senang, tapi mencabar jugak. Aku banyak kali tergelincir dan jatuh menjunam cerun tu. Lepas jatuh boleh pula ketawa. Cover malu ! HAHA.

Kasut kena pakai yang sesuai untuk mendaki ye. Penting.

Dalam pukul 9 pagi sampai kat kereta. Terus bertolak ke kedai mamak berdekatan untuk sapdek. Lepas bakar lemak kita tambah lemak lagi. Pastikan seimbang.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia punya mengantuk mengalahkan orang tak tidur seminggu. Mengantuk gila tapi tak boleh tidur sebab duduk shotgun. Orang belakang dah lena. Kalau aku lena sekali, mesti driver pun nak lena jugak. Driver pun lena apa nak jadi ?!

So aku gagahkan mata jangan bagi tutup.

Tapi sampai rumah tak tidur pun. Siap boleh update status lagi. Hehehe.

Penangan teknologi.

^^

No comments: