Friday, May 29, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Malam ni aku akan bertolak ke Kelantan. Akan berada di sana selama 4 hari.

Mungkin tak dapat mem-belog sepanjang aku kat sana. Sebab dengar cerita, Meksis Brodben tak dapat berfungsi.

Nampaknya, teman aku di sana hanyalah Takeshi. Oh dan juga Mak. Begitu juga dengan pakcik-pakcik dan makcik-makcik.

Dah siap kemas beg. Semua sekali ada 2. Sebab aku bawa baju backup kalau-kalau rakyat Kelantan sound aku. Tapiiiiii.....

Aku harap rakyat Kelantan takkan pandang semacam kat aku. Sebagaimana yang berlaku kepada adik aku. Sebab dia tak pakai tudung. Kahkahkah. Serambi Mekah lah katakan.

Tapi, kes sosial boleh dikatakan tahap toxic dose. Macam mana ?

Borong jersi kat sana lah. Amacam ?

Apa barang. Borong kaftan @ baju kelawar lah dengan kain batik/songket. Haha.

Please, please, pleaseeeeeee dapat pergi Pulau Perhentian juga.

Tak nak lah. Baik pergi jumpa Nik Aziz. Mesti boleh masuk frontpage suratkhabar. Kahkahkah.

Tapi kelas mula 1hb ni. Macam mana ?

Ha lu pikirlah sendiri.

Assalamualaikum!


Notakaki : Aku tengah tekanan sebab Mak suruh aku bawa satu beg je. Nanti tak cukup tempat nak letak barang-barang shopping. Macam banyak sangat nak beli. Baik bawa lori macam tu !

Update notakaki : Aku berjaya kurangkan beg menjadi 1 1/2. 1/2 tu sebab aku bawa beg galas. Jadilah kan..

Thursday, May 28, 2009

Aku taip laju juga.

Bila aku bosan selalunya entri aku akan capai 3 untuk satu hari. Jadi ini entri kedua aku untuk hari ni. Relax, jam baru pukul 7.05. Malam nanti mesti aku ada idea nak dikeluarkan.


59 words

Korang pun cuba juga lah.

Mimpi ngeri di pagi hari.

Aku ada seorang pakcik kat luarnegara. Minggu lepas dia ada hantar SMS.

Kalau apa-apa tak elok jadi malam 27 nanti aku tau mesti kau berjaga malam.

Pakcik

Tepat pukul 5.30 pagi, pakcik aku kat luarnegara tu call.

Glory, glory Man United. Glory, glory Man United. Glory, glory Man United. And the Reds come marche....

'Hello...' Aku

'Dah, lepas ni kau tak payah tengok bola lagi. Duk atas katil tu tidur diam-diam. Suweyyy betul !' Pakcik

Dengan terpinga-pinga, 'Ha OK...' Aku

Klik.

Bila aku bangun pagi tengahari ni terus aku check telefon bimbit. Betullah pakcik kat luarnegara tu call. Maknanya....

BETULLAH MANCHESTER UNITED KENE TITIK DENGAN BARCELONA 2-0 PAGI TADI !

Ingatkan aku terbawa-bawa dalam mimpi masa Eto'o dengan Messi jaringkan gol. Dem.

Lepas ni bila Man U dapat masuk final aku tak nak tengok lah. Asal aku tengok je mesti kalah. Asal diorang kalah je aku tengok. Kechiwa aku. Sampai pakcik aku kat luarnegara, SIR ALEX FERGUSON, pun dah sound aku. Huwaaaaaa !!

Kredit kepada ManchesterEveningNews.co.uk

Apa pun aku ucapkan tahniah kepada FC Barcelona kerana memenangi UEFA Champions League 2008/2009. Memang mereka layak menjadi juara sebab Man U main kureng sikit tadi. Kepada fan Barca, DIAM AH ! Kepada fan Chelsheit, Liverfool dan Arse-nal, tak payah cakap banyak. Team korang tak masuk final pun season ni. Diam sudah.


Notakaki : Macam ni kot muka dia masa call aku pagi tadi. =(


Wednesday, May 27, 2009

ON lomo ke 32888

Sekarang ni aku tengah tak sabar menunggu ketibaan abang posmen di depan pintu gate rumah. Tak sabarnyaaaaa...


Aku menunggu ketibaan baby aku lagi satu. Nama dia Diana. Tapi nama tu akan ditukar. Common sangat. Dan tak sesuai dengan abang dia, Takeshi. Aku boleh bagi nama bila dapat pegang. Sekarang ni ilham tak datang lagi. Mungkin dalam bulan depan aku dapat lah.


Macam loser pula bila aku baca balik. Ada ke bagi nama kat kamera. Ahh. Pedulikan tu semua.


Aku nak kasi promosi sikit tempat aku beli Diana F+ Tokyo Rising ni. Untuk peminat-peminat lomo aku syorkan lomokidS.SHOP untuk mengorder barang-barang lomo anda. Kalau ada tau kedai mana-mana yang ada jual barang lomo silalah kongsi ! Sharing is caring.


Nak tau macam mana rupa dia ? Tengok bawah.


kredit kepada Lomography.com


Kepada yang tak tau apa itu Lomography, sila klik sini dan sini. Walaupun kamera nampak macam mainan tapi hasil dari kamera tu tak boleh dijangka dan bagi aku ia adalah seni. Seni itu subjektif. Macam kecantikan luaran manusia.


Sebenarnya, aku baru je nak menceburkan dalam bidang lomo ni. Dunia aku selepas ni internet, digital dan analog. Medic tu selit-selit lah celah mana yang muat. Haha.


Seharusnya lepas ni aku perlu mencari jalan untuk menambah duit poket. Yelah. Hobi-hobi aku ni bukannya makan seringgit dua. Mau ratus ratan, ribu riban. Abah pun dah nak pencen bulan 10 ni. Mana boleh aku nak pau dia lagi. Nak makan apa dia dengan Mak di hari tua nanti ? Baik guna duit pencen untuk pergi melawat Tanah Suci Mekah.


Oh, lagi satu. Kamera ni pakai filem dan bukan kamera digital. Sebab tu wujud perkataan analog. Jangan buat pasal tanya mana LCD dan butang delete. Memang aku piat telinga. Huhu.


Hidup tak palat tapi kau memalatkan hidup

Aku. Benci. Streamox.

Walaupun dia dah berkhidmat lama di rumah aku tapi hari ni dia betul-betul mencabar kesabaran aku. Sampaikan mulut aku yang suci murni ni boleh mengeluarkan perkataan yang tak pernah terfikir dek akal untuk digunakan.

Nasib baik malam-malam kau tak buat hal, Streamox. Kalau tak memang dengan rasminya aku ban kau seumur hidup. Guna Meksis Brodben. Up to date sikit. Haktuih. Up to date waklu !

Tapi walaubagaimana palat kau Streamox aku tetap tak boleh nak bertukar ke brodben jenama lain. Bagi aku kalau dah setia dengan satu tiada lagi yang kedua. Kalau kau dah mampus lain ceritalah kan. Aku cari pengganti terus. Hidup tanpa internet ibarat Kentaki tanpa cheesy wedges. Gitu lah gamak pentingnya.

Dah mula bebel.

Satu hari bersama aku.

Bangun dari tidur, mandi.

Lepas mandi sarung baju Hong Kong, sarung seluar bunga-bunga.

Ambil telefon bimbit. Dail 1300-13-1300. Cakap-cakap sikit. Catat 2 perkara. Siap.

Turun bawah, tekan butang STANDBY kat alat kawalan jauh TV.

Ambil pula alat kawalan jauh ASTRO, tekan butang STANDBY juga. Tekan butang 7, 0 dan 2. ER. Hmmph. Layan.

45 minit kemudian.

Dengar bunyi hon motosikal. Keluar ambil barang. Masuk semula ke dalam rumah.

Atas pinggan kasi letak sos cili 6 peket. Mayonis 2 sudu besar teh.

Bawa pinggan dan plastik depan TV. Duduk. Lepas itu apalagas....

Aku geget-geget Double Cheeseburger. Aku sumbat-sumbat kentang goreng. Aku hirup-hirup Coca-Cola.

PEHHHHH !!!! Nikmat yang tak terhingga.

Lega anak tekak dengan perut aku yang dari tadi buat konsert irama keroncong.


Notakaki : Kempen boikot tengah jalan lagi ke ? Oppss.

Tuesday, May 26, 2009

Bingung.

Aku dah berjaya secure tempat kat Stadium Nasional Bukit Jalil 18 Julai nanti. Korang bila lagi ? Cepat dapatkan tiket untuk diri sendiri, mak, abah, abang, adik, kakak, pakcik, makcik, sepupu, jiran, kawan baik, kawan tak berapa nak baik. Cepat, sebelum terlambat. Heeheehee.

Dengan susah payah aku pergi membeli tiket ni. Sebenarnya tak ada lah susah mana. Susah sebab nak kene mengharungi lautan perkataan yang keluar dari mulut Mak. =p Yelah. Tak ada ribut, tak ada hujan, tiba-tiba je cakap nak pergi tengok bola. Bukan guna duit sendiri pula tu. Mula aku plan nak pergi seorang je (cehh, macam berani!). Tapi memandangkan keadaan semasa yang banyak sangat kes perempuan kene kacau dan sebagainya, aku jadi takut, maka, aku pun mengajak juga adik-adik aku. Aku ajak kawan aku, tak minat. Chait! Aparaa kamu. Sepupu-sepupu aku pun akan berada di sana juga. Siap bawa lagi bini tengah sarat mengandung tu. Mendidik anak dari dalam perut gituu. Heehee. Jadi, 18 Julai 2009, aku ditemani adik-adik aku ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bolasepak diantara pasukan kegemaran, Manchester United dan pasukan tanahair, Malaysia.

Satu soalan. Agak-agak pasukan mana menang ehhh ? Huhu. Tak apa. Aku tetap mengharap pasukan Malaysia dapat menundukkan Man Utd tu. Paling koman pun 1 lah. Malaysia Boleh !

Tapi, soalan terpenting sekarang ni......


Nak pakai merah ke kuning hitam ???????


Bingung, bingung.....


Sunday, May 24, 2009

Cherating. Woohooo !

Akhirnya, dapat juga aku letak entri untuk Cherating setelah sekian lama gambar-gambar tersimpan dalam laptop aku. Heehee.

Mari kita mulakan.

Hari pertama
0800 - Bertolak ke CIMB Menara Choy Fook On
1000 - Bertolak ke Cherating
1430 - Selamat tiba di Sanctuary Resort, check in dan kemudian makan tengahari
1530 - Turun ke pantai walaupun matahari memancar dengan terik
1545 - Tolong staf-staf CIMB tiup belon dan menyiapkan tempat berlangsung Makan Malam
1600 - Naik ke bilik untuk merehatkan badan sementara tunggu Sukaneka bermula
1700 - Turun ke pantai untuk acara Sukaneka
1845 - Sukaneka terpaksa ditamatkan lebih awal dari perancangan kerana kilat telah mula sabung-menyabung, tapi aku dan family naik lambat sikit sebab sibuk menembak gambar. =)
1900 - Naik ke bilik untuk bersiap bagi acara malam
1945 - Turun ke tempat berlangsung Makan Malam
0000 - Naik ke bilik untuk cas tenaga untuk keesokan hari =D

Hari kedua
0845 - Turun untuk bersarapan (tak sempat mandi sebab terbangun lambat, breakfast sampai pukul 9 je =p)
0900 - Bergegas naik ke bilik untuk mandi dan bersiap
1030 - Bertolak ke Kemaman untuk sesi shopping
1100 - Tiba di Kemaman (Aku dan adik pelik sebab ada kedai jual keropok dan yang sewaktu dengannya, ingatkan ada jual baju !)
1130 - Bertolak pulang ke hotel
1200 - Makan tengahari
1345 - Check out
1400 - Ambil gambar kenangan
1415 - Bertolak ke Selangor

Aku lupa sampai pukul berapa. Bila sampai rumah tu aku rasa macam baru balik dari KL je, bukan dari Cherating. =p

Family day kali ni ialah untuk bank tempat Mak kerja. Family day ni ada pun sebab cawangan CIMB di Menara Choy akan ditutup atas sebab yang aku pun tak ingin nak ambil tau. Staf-staf, emmm, ramai yang tak boleh blah lah. Haha. Ada lah seorang dua je yang aku rasa boleh ngam. Yang lain semua agak, macam mana nak terangkan ye, kerek. Mungkin sebab mereka cemburu dengan family Mak yang tak reti malu ni kot. Bak kata orang putih, outspoken. Kahkahkah. Yang kitorang boleh ngam dengan Azie and Aunt ??? (aku lupa lah nama dia). Dengan Aunt Safiah pun ok tapi meluat sikit sebab anak-anak dia semua jenis yang kontrol cun. Kitorang malas sikit nak layan orang macam ni. (Diskriminasi !) Jadi, jarang sangatlah cakap dengan mereka. Staf-staf yang lain ramai yang anak kecil-kecil. Apa pun, anak En. Amir comel ! Hahaha. Tapi, sombong. BOOO !
Dinner yang dianjurkan sangatlah bosan ! Tah apa-apa je yang diorang (MC) bebelkan kat depan tu. Nasib aku bertugas sebagai jurugambar tak berlesen malam tu. Kalau tak, mau aku menguap sepanjang majlis. MC pula memang jenis bangga diri kot. Untuk dinner ada cabutan bertuah. Sebelum bagi hadiah tu, seorang MC ni mesti cakap, 'It cost me around RMxxx for this prize.' Korang tak rasa macam tah apa-apa ke ? Yelah, bukan guna duit dia pun beli barang-barang tu. Guna duit bank. Memang menggila family aku kutuk dia kat dalam bilik lepas dinner. Lagi-lagi Abah. Hahaha. Dah lah tu. Cukup mengutuk orang.

Walaupun tak berapa best family day CIMB ni, tapi aku sangat gembira sebab dapat luangkan masa untuk bercuti dengan family aku. Senang cakap, trip kali ni macam family day kitorang je lah. Heehee. Ok lah. Sekarang tengoklah gambar-gambar yang sempat di'tembak' sepanjang di Cherating.


























Itu saja lah. Ja ! Mata aimashou. =)

Kemenangan mutlak di tangan.

Alhamdulillah. Aku sangat-sangat bersyukur kepada Maha Esa kerana segala kurniaanNya.

Jam di handphone ku menunjukkan 12.35 pagi. Aku menerima satu SMS. SMS pemberitahuan yang bakal menentukan penat lelah aku berbaloi atau tidak. Aku menjadi kaget, kerana di waktu itu aku tidak berada di dalam kawasan yang sewaktu dengannya. Aku mula menjadi resah, gelisah. Badan aku tidak boleh duduk diam. Begitu juga dengan mulut. Jantung mula berdegup kencang. Lub, dub, lub, dub, lub, dub. Jika diukur besar kemungkinan nadi aku mencatatkan kiraan 100 denyut/minit. Aku mula berdoa di dalam hati agar aku cepat sampai. Perjalanan pulang dari Setiawangsa ke Subang Jaya aku rasakan amat lama.

Banyak halangan aku perlu tempuhi untuk memuaskan perasaan ingin tahu aku malam tadi. Aku tekan banyak kali untuk menyegarkannya. Malang sungguh nasibku apabila dia tidak berganjak dari kedegilannya. Aku mula hilang sabar. Aku cuba pada yang seorang lagi. Sama juga. Degil. Tapi kali ni degil yang pada aku boleh diajar. Aku tidak putus asa. Aku cuba berbagai skill untuk menganjakkan kedegilan dia. Akhirnya, usaha aku berjaya. Aku berjaya masuk ! Setelah masuk, aku tekan terus tanpa menunggu sesaat pun. Memang satu cabaran. Kesabaran aku diuji lagi. 'Tak mengapa,' fikir aku. 'Sudah hampir ke garisan penamat.' aku cuba memujuk diri. Dan saat yang ditunggu-tunggu........


























GPA : dot.dotdot
CGPA : dot.dotdot
  • Basic Pharmacology - =D
  • Pathophysiology - =D
  • Toxicology - =)
  • Basic Biochemistry - =)
  • Japanese I - A+

Legaaaaaaa. Melebihi daripada apa yang aku target. Aku lap peluh-peluh sejuk yang ada di dahiku. Senyum lebar sampai ke telinga aku malam tadi dek kerana perkara tersebut. Aku lulus dengan keputusan yang cemerlang. =)))

Haha. Saja je aku buat suspen sikit. Kalau tak jadi, maaflah ye. Aku tengah tak tau nak buat apa. Apa pun aku amat berpuas hati dengan keputusan exam aku semester lepas. Segala penat jerih aku menghafal nota Pharmaco dan Toxico sangat berbaloi ! Dan yang paling penting, Japanese I tuh. Memang mahal lah. Heehee. Satu-satunya subjek sepanjang aku bergelar pelajar yang aku ambil mencatatkan A+. Lagi menyemarakkan semangat aku untuk ke Japanese II.

Mula semester baru nanti aku nak pergi jumpa Cik Hamidah dengan Dr. Nazil. Aku nak ucapkan terima kasih pada mereka yang sudi menggredkan aku A.


Ja ne ! Aku nak sambung edit gambar untuk entri Cherating. Tungguuuuuu...

P/S = Tapi kalau sekarang kau tanya aku pasal Pharmaco dengan Toxico tu aku confirm aku akan jawab dengan tersekat-sekat @ tak boleh jawab langsung ! =p

Saturday, May 23, 2009

Makan-makan

Pagi tu aku ada kelas KPP. Apa itu KPP ? Kurikulum Pendidikan Pemandu. Heehee. Kursus tu adalah requirement untuk menduduki Ujian Komputer Undang-undang. Kursus berlangsung dalam dua sesi. Sesi pertama dengan En. Ramli, sesi kedua dengan En. ?? (terlupa pula nama beliau =p). Dalam kelas pertama aku boleh tahan lagi dengan En. Ramli tu bebel-bebel. Tapi kelas kedua aku memang tak dapat nak tahan lagi mengantuk tu. En. ?? tu cakap ok , memang menarik tapi aku dah mengantuk sangat. Ditambah lagi dengan budak perempuan depan aku dah tersengguk-sengguk kepala dia. Haha. Dah lah duduk depan okayy. Aparaa. Buat malu kompeni je budak tu.

'Siap cepat. Pak Andak ajak makan kat rumah dia. Ada ketam.' Abah

'Hehhh. Malasnyaaaaaa nak mandi...' Aku

Kat rumah Andak, Kak Shereen dan keluarga dah ada. Tengok la betapa comelnya anak dia, Najwa Qistina.

Sekarang ni dia dah tak takut dengan orang asing. Makin hyperactive pula aku tengok budak ni. Satu benda pasal Najwa yang aku perasan, dia suka tengok muka dia kat depan cermin. Mummy dia pun ada cakap dari masa dia baby memang dia suka duduk depan cermin. Haha.


Najwa dengan Mummy and Ayah dia.


Petanda awal untuk mengikuti jejak langkah aunt-aunt dia yang suka syok sendiri (contoh: Aunt Fira, Aunt Ella).

Friday, May 22, 2009

Kembali ke tanah.

Pagi tadi sedang aku enak dibuai mimpi aku terdengar lagu Blink 182-I Miss You. Lepas beberapa saat baru otak aku register yang ada orang call. Aku tengok skrin. Abah daa. Aku tekan butang telefon hijau (kalau bukan Abah memang aku maleh nak angkat =p). Dalam mamai tu aku dengar Abah cakap Tok Timah dah meninggal dunia pagi tadi. Terus segar kepala otak aku. Abah cakap Mak akan balik Johor ikut Paksu Man dan Aunt Chun. Abah tak ikut balik sebab dia baru je lepas cuti 3 hari minggu yang sama. Lagipun, adik-adik aku tak ikut balik. Sekolah.

Tok Timah ni emak kepada pakcik aku. Kira dia besan nenek aku lah. Aku tak rapat sangat dengan Tok Timah, tapi kenal lah. Bila jumpa pun masa raya atau ada majlis sebelah keluarga pakcik aku tu. Jadi, kalau aku nak ceritakan serba-sedikit pasal dia pun aku tak tau macam mana nak cerita.

Apa yang aku boleh buat, berdoa untuk beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. Amin.

Wednesday, May 20, 2009

Cabaran bermula.

Percubaan pertama -> TIDAK BERJAYA !

Haha. Semangat tak cukup kuat untuk menangkis segala godaan daripada katil aku. Tak apa, aku cuba lagi pagi besok. Mahu tak mahu, aku terpaksa juga. Sabtu ni aku ada kursus untuk Highway Code. Ye, anda memang bijak. Aku dah register untuk ambil lesen. Weeeeee~

Jadi, sekarang aku sibuk membaca dan mengingati apa yang ada dalam buku tu. Akhirnya ! Yosh !

Doakanlah aku lulus pada percubaan pertama sebab Abah tak ambil pakej B = Gerenti lulus. Abah dengan yakinnya berpendapat anak dia yang seorang ni sangat genius dan dilahirkan sebagai pemandu berhemah. Takuttttttt...


Ja..


Tuesday, May 19, 2009

Hidup yang perlahan.

Aku nak tidur awal malam ni, dan bangun awal keesokan hari ! Mulai saat ini, aku akan menukar jadual hidup aku yang sangat pemalas kepada hidup yang lebih bermanfaat. Sila doakan kejayaan aku. :p

Sebenarnya, aku tak tau nak tulis apa lagi.

Sekian, terima kasih.


Mata aimashou !


P/S = Aku akan mulakan dengan meng-order kamera lomo dari lomokids.shop. Kasi promote sikit. Heehee.

Sunday, May 17, 2009

Malam kemenangan. Yosh !

Malam tadi memang best lah !

Pertama, Manchester United menang EPL. Kedua, Hafiz menang Akademi Fantasia. Hikhik.

Glory, glory Man United ! Glory, glory Man United ! Glory, glory Man Utd ! And the Reds go marching on, on, on !

Kepada yang frust menonggeng tu (penyokong Arsenal), sorry beb. Pemain korang tak cukup kuat untuk mengalahkan benteng pertahanan Man Utd malam tadi. Better luck next time !

Cabaran lepas ni -> Champions League ! Barca, here comes the boys in Red !


Pertama kali aku buat entri mengenai bola. Demam apa ?

Ja.. !

Friday, May 15, 2009

Mari mencuba rakan-rakan.

Ada benda menarik ni. Korang pun cubalah. Hanya copy and paste ke blog masing-masing.

Pilih satu artis dan jawab soalan-soalan di bawah dengan menggunakan tajuk lagu-lagu mereka. Nampak macam senang, tapi bila buat boleh tahan juga susah. Ikut pada artis tu lah. Aku pilih Lifehouse dan tajuk lagu mereka memang sesuai dengan soalan-soalan tu. Heehee. Selamat mencuba. Ganbaru ne !

Pick Your Artist:
Lifehouse

Are you male or female:
Am I Ever Gonna Find Out (Laki ke perempuan aku ni eh ? Hahaha.)

Describe yourself:
Somewhere In Between

How do you feel about yourself:
Hanging By A Moment

Describe where you currently live:
Empty Space (Biasalah tengah cuti. Empty je hidup ni...)

If you could go anywhere, where would you go:
The Beginning

Your favorite form of transportation:
Sick Cycle Carousel (Hahaha. Memang tak bergeraklah aku ke tempat lain. Ke situ juga pergi.)

Your best friend is:
Quasimodo (Member baik sejak azali. Kahkahkah.)

Your favorite color is:
We’ll Never Know

What's the weather like:
Good Enough

Favorite time of day:
Unknown

If your life was a TV show, what would it be called:
Just Another Name

What is life to you:
Everything

What is the best advice you have to give:
Everybody Is Someone (Ya, jadi janganlah korang rasa diri korang tu tak berguna ok ?)

If you could change your name, what would it be:
Stanley Climbfall

Your favorite food is:
Only One (iaitu pastaaaaaaa !)

Thought for the Day:
Broken

How I would like to die:
Out Of Breath (Sesuai betul. Heehee.)

My soul's present condition:
Make Me Over

My motto:
Whatever It Takes

Wednesday, May 13, 2009

Yo.

Fuuuuuuuuuuuhhhhhhh !
Fuhh fuhh fuhh !

Banyak betul habuk kt blog ni. Baru 4 hari aku tinggalkan.

Untuk yang merindui aku, Konbanwa. Sashiburi ne...O-genki desu ka. Honto ni gomen ne.

Kepada silent reader blog ni, BAH !
Hahaha. Terkejut tak ? Tu la. Jangan main sembunyi-sembunyi. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dah, lepas ni sila komen untuk menunjukkan kehadiran anda. Terima kasih. =D

Kepada yang baru mengunjungi blog ni,
Hajimemashite. Azlina desu. Douzo yoroshiku onegaishimasu.

Aku dah janji nak ceritakan pasal holiday aku kat Cherating kan ? Gomen ne. Gambar-gambar belum di upload dari Takeshi sebab adik-adik aku yang bijak pandai tu tertinggal USB cable kat rumah uncle di JOHOR. Sabar je lah. Dakara, untuk entri kali ni kita bual-bual kosong je lah. Tapi tak kosong sangat lah. Sebab aku ingat nak share dengan korang apa yang aku buat selama menghilang ni. Boleh kan ?

Lepas aku habis tengok dorama Jepun, 1 Liter of Tears, aku sambung dengan dorama Hana Kimi. Best woo cerita tu ! Sangat menghiburkan hati. Sedih pun ada juga. Aku rasa orang Jepun ni memang dah di'stereotaip'kan untuk membuat cerita yang menyentuh hati di samping terselit unsur-unsur kelakar dan kata-kata yang memberi semangat. Hmm, sebab tu aku suka tengok cerita Jepun ! * peace *

Hana Kimi mengisahkan tentang seorang pelajar transfer dari Amerika, Ashiya Mizuki, yang menyamar sebagai seorang lelaki untuk masuk ke Ohsaka Gakuen (Osaka High School). Sekolah tu merupakan all-boys school. Tujuan Ashiya masuk sekolah tu untuk memberi semangat kepada Sano Izumi, lelaki yang telah cedera semasa menyelamatkan dia semasa di Amerika. Akibat daripada kecederaan tersebut Sano, seorang atlet lompat tinggi, tak dapat meneruskan aktiviti kegemarannya tu. Lepas kecederaan tersebut sembuh, Sano menjadi hilang semangat untuk terus menjadi atlet dan di situlah tugas Ashiya bermula. Nak tau apa jadi korang pergi lah tengok sendiri cerita tu. Penat aku nak taip banyak-banyak kat sini.

Lepas Hana Kimi, aku tengok dorama Hana Yori Dango (Boys Before Flowers). Cerita ni mengisahkan tentang Makino Tsukushi di Eitako Gakuen yang di 'control' oleh Flower 4 (F4). F4 terdiri daripada waris-waris kepada golongan hebat-hebat belaka di Jepun (orang kaya lerr..) dan keluarga mereka telah bagi sejumlah wang yang banyak kepada Eitako sebab tu mereka berkuasa kat sekolah tu. Ketua F4 ialah Domyoji Tsukasa, ahli-ahli lain ialah Hanazawa Rui, Nishikado Soujiroh dan Mimasaka Akira. Sesiapa yang cari pasal dengan F4 akan diberikan red notice dan satu sekolah akan buli penerima red notice tu. Nak dijadikan cerita Makino dengan beraninya telah melawan Domyoji, maka dia dapat red notice. Dari situ bermulalah episod gelap bagi Makino. Peristiwa seterusnya korang tengok sendiri okayy...

Yang penting,


Matsumoto Jun................KAWAIIIIIII NEEEEEE ! ;D


Cair aku tengok MatsuJun dalam cerita tu. Aaaaaaaahhhhhhhhh......

Muka dia ada sedikit resemblance Joe Jonas. Tapi tang mana aku pun tak tau. Hahahaha.

OK lah. Cakap lebih-lebih nanti orang muntah pula.


Ja ne. Mata aimashou !

Friday, May 8, 2009

Hoiyehh !

Aku akan ke Cherating esok pagi. Nantikan entri akan datang ! :D

Thursday, May 7, 2009

Airmata jatuh ke pipi.

Mata membengkak dek kerana terlalu banyak mengeluarkan airmata. Kenapa airmata terkeluar ? Kerana mengenangkan kesusahan orang lain yang bernasib malang dalam kehidupan. Aku jadi sedih sangat bila berdepan dengan orang macam ni.

Mungkin aku akan lebih sedih jika aku betul-betul berdepan dengan mereka. Setakat ni aku tengok dalam drama/filem/rancangan kat TV je.

Aku menangis sebab tengok dorama Jepun, 1 Liter of Tears. Tapi tak sampai 1 liter pun tangisan aku. Heehee. Memang sedih sangat cerita tu. Dorama tu pun berdasarkan cerita sebenar. Bukan direka-reka ok ! Esok pagi mesti mata aku bengkak. Macam mana nak keluar rumah ni ? Haha. Selamba je lah. Aku pakai kaca mata esok untuk cover sikit mata bengkak. Episod terakhir 1LoT memang sedih habis. Aku menangis macam orang baru lepas kehilangan.

Orang Jepun ni sangat bersopan-santun bila bercakap. Bila dia kurang ajar pun aku rasa masih lagi dikira bersopan. Aku sangat kagum dengan budaya cara percakapan dan bahasa mereka. Sekali lagi, aku sangat berharap Unisel akan adakan Japanese II.

Ja.. Mata aimashou !

Wednesday, May 6, 2009

Cinta hatiku.

Hari ni aku dah tak tahan nak duduk rumah tak ada buat apa-apa. Baru hari ketiga cuti sem. Bahh !

Hari yang sangat bagus untuk keluar. Memang seronok keluar hari ni. Mula aku pergi Sunway Pyramid dengan Fira. Saja lah jalan-jalan cuci mata. Pukul 5.30 Fira pergi tuisyen. Aku seorang jalan lah kat Pyramid tu. Dah bosan aku pergi Subang Parade pula. Hehehe. Duit tak banyak pun. Saja jalan-jalan luaskan pemandangan. :p Boleh pula Abg Nazri dan Kak Jun ada kat situ. Dengan Ayish !!! Sangat comel lah budak tu. Dia baru bangun tidur jadi mood kurang sikit lah. Tapi yang bestnya bila aku hulur tangan aku nak dukung dia dengan rela hati pergi kat aku. Selalu kalau dia bad mood dia nak dengan Ayah dia je.

Boleh pula ada pekerja kat situ sibuk-sibuk nak ambil budak tu. Best lah layan dengan Ayish tadi. Jalan-jalan dengan dia. Sampai habis aku punya handphone diselaputi minyak dan butter masa kitorang lepak kat Uncle Lim's. Demi Ayish, takpe lah. Dan Ayish ingat nama aku. Aunt. Na. :D :D :D

Kenapa eh budak kecil susah nak sebut 'i' ? Anak sedara aku semua masa umur-umur 2-3 tahun susah betul nak cakap Aunt. Ina. Paling best nama aku siap tukar jadi Tina. Hehe. Cute betul lah budak-budak kecil ni. Eeeee !!!

Apa-apa pun best dapat jumpa Ayish !


Mata aimashou !

Tuesday, May 5, 2009

Soba ni iru ne.

Entri daripada KH telah berjaya mencetuskan kembali minat aku terhadap lagu-lagu Jepun. Heehee. Korang tengok dan dengar Koko ni iru yo (I'm waiting here). Aku pasti mesti perasaan korang akan tersentuh. Lagi tersentuh kalau korang hayati makna bait-bait lirik lagu tersebut.

Dengar balik lagu tu aku jadi teruja untuk dengar lagu-lagu terbaru J-pop. Bermula lah pencarian aku di Google dan YouTube. Ada lah beberapa lagu baru, tapi kebanyakan yang aku jumpa lagu-lagu lama. Best juga layan J-pop ni. Bagi aku kalau ada berkaitan dengan Jepun memang aku sangat suka. Daaaaaaaaaaaaiiiiisuki ! Satu lagi, orang Jepun ni, kalau buat lagu tentang heartbroken dan perkara yang sewaktu dengannya, aku guarantee sesiapa yang dengar mesti menusuk kalbu punya. Serius ! Mereka ni memang bijak lah. Silap. Geniuses !

Yasmin Ahmad akan mengeluarkan karya terbaru beliau mengenai kisah cinta di antara gadis Melayu dan pemuda Jepun bertajuk Wasurenagusa (Forget Me Not).

AAAAAAAAAAA !!! (sambil meletakkan tangan di tepi pipi dan membeliakkan mata)

Cerita macam ni lah yang aku daisuki ! Pelakon utama bagi filem ni ialah Karo Kengo sebagai Masaharu dan Sharifah Amani sebagai Inom. Ok lah. Korang baca lah sinopsis cerita ni.

Inom is a 17-year old Malay girl who lost her parents in an accident in her infanthood. She lives with her only living relative—her 80-year old grandmother who is Japanese, and very wealthy.

Presently, her grandmother, Hamida, is on her deathbed. Feeling sorry for her granddaughter, Hamida asks her to take out an old Japanese lacquer box from inside an old chest.

She holds her granddaughter`s hands tightly and says, "Everything I have, I leave to you. And everything you need to know about my past is contained in this box. After I`m gone, take this box to a little village called Saigou. There you will meet the family. They are farmers. The father of that household is called Yusuke. His mother was my cousin. The last I heard from Yusuke was that he became a father, right before you were born. Take this box to Yusuke, and when he opens it, he will know what to do."

A few days later, Hamida dies. Inom visits her relatives in Japan after her grandma has passed away. There she meets her distant cousin, Masaharu, and soon falls in love.

But he doesn’t like her open behavior, part of her strong Malay culture. Neither does his family. Only the neighborhood children and animals like her.

One day, when a horse in the family is having difficulty giving birth, she suddenly whispers to the horse, and miraculously, the baby is born safely.

Masaharu happens to hear Inom talking in the bathroom. He looks through a hole and finds that she`s talking to the birds. She wears only a thin bath cloth around her. He holds his breath to see her beauty and finally runs away.

From that day onwards, he avoids her even more. One night at dinner, Inom tells the whole family that she loves Masaharu. He says he doesn’t feel the same.

She is hurt and so she packs secretly and leaves them. Masaharu, realizing she is gone, feels such a panic that he takes a horse out to chase after her. But he isn’t able to catch up with the train. Later that day the family talks about how crazy Inom was and laughs about her. Except Masaharu. He quietly leaves for his room. He takes out a pen and a piece of paper to write a letter, but halfway through, he stops and lowers his head sadly.

Terujanya aku nak tengok filem ni !! Pelakon-pelakon pun memang best. Karo tu memang handsome lah ! Tak sabarnya aku. Mesti best dapat tengok pemandangan yang cantik di negara matahari terbit tu. Bila lah masa aku akan tiba untuk menjejakkan kaki ke negara tu ?

Ok lah. Aku nak layan dorama Jepun, 1 Liter of Tears. Ada Nishikido Ryo. ;)

Monday, May 4, 2009

Isnin, 4 Mei 2009

Sorry lah aku tak dapat update semalam. Badan dan kepala aku betul-betul membuatkan aku tak larat nak bangun.

Balik je dari exam aku terus lepak. Finally, the flu took its toll on me. Boleh pula Fira ajak aku pergi Subang Parade untuk tengok kalau Ayish ada kat sana. Dengar nama Ayish je dah cukup untuk buat aku lupakan yang aku tengah sakit. Heh. Tapi, badan aku betul-betul tak dapat overcome keletihan, maka, terbatal lah rancangan tersebut. Yang bestnya pula, petang tu Mak beritahu yang Abg Nazri dan Kak Jun nak datang rumah. Dengan pantas aku terus bangun dari katil dan terus turun bawah untuk tunggu ketibaan mereka. Abg Nazri dan Kak Jun tu parents Ayish. Maknanya, Ayish pun datang ! Aku jadi sangat teruja dapat jumpa Ayish setelah sekian lama.

Dari saat dia jejak kaki dalam kawasan rumah dia dah buat aku geram. Eeee ! Macam nak gigit je pipi dia. Sekarang dia dah pandai bercakap, lagilah bertambah geram aku dengan budak tu. Cara dia bercakap dah lah macam orang besar. Hish, makin aku tulis pasal dia makin aku jadi geram. Baik aku bertenang kejap.

Aku baru je lepas habis baca buku He's Just Not That Into You oleh Greg Behrendt dan Liz Tuccillo. Buku ni ada pro dan kontra, tapi bagi aku lebih banyak kontranya. Untuk pembaca di Malaysia, khususnya orang Islam, aku rasa kurang sesuai kandungannya. Penulisnya dari Amerika jadi dah tentu lah tak sesuai kan ? Tapi demi melayankan hobi aku ni, aku baca je lah. Nak tau juga apa masalah lelaki yang susah bagi wanita untuk interpret. Sebenarnya tak susah pun. Cuma golongan wanita ni lebih bersikap pemaaf daripada menerima kenyataan. Mungkin disebabkan keadaan semulajadi wanita yang lemah lembut, mereka lebih suka mengabaikan kenyataan yang memedihkan daripada mengakui. Kalau korang nak tau, baca lah buku ni. Lepas tu inform aku apa pendapat korang. Ok ?

Aku dalam dilema sekarang. Aku rasa yang dah berlalu sepatutnya dibiarkan berlalu. Tak perlu susah-susah nak ingat lagi, just lupakan. Ada betul ? Ok lah. Tipu lah kalau aku cakap aku dapat lupakan segalanya. My point is, you move on. Kalau kau tak move on, kau akan terperangkap dalam keadaan yang sangat menyakitkan hati dan kau tak akan bahagia selagi kau masih dalam keadaan tu.

Mungkin sebab tu dia kembali...

Saturday, May 2, 2009

Sabtu, 2 Mei 2009

Badan aku hari ni memang betul-betul rasa macam tak bermaya. Nak bagi mata aku berkedip pun aku rasa macam nak angkat lori balak. Ditambah dengan tekak aku yang sakit dan kering ni. Walau banyak mana aku minum air tapi tekak aku tetap rasa kering. Perit woo. Dari pagi tadi sampai sekarang dah berapa botol air kosong aku minum. Sampai aku dapat buat rekod peribadi hari ni. Aku masuk tandas lebih daripada 10 kali. Sebelum ni, 2 kali sehari je aku masuk tandas. Serius !

Esok aku nak pergi klinik lah. Aku takut pula kalau-kalau aku terkena jangkitan influenza H1N1. Tapi aku tak keluar rumah. Hmm, mungkinkah virus itu datang daripada Doublecheese burger semalam ? Mustahil. Apa pun kita tunggu apa kata doktor esok. Time nak last-last exam lah baru badan nak sakit. Macam tau-tau je lepas ni dia kene duduk rumah sepanjang cuti. Heehee. Tapi aku kene sihatkan badan untuk ke Cherating nanti. Weee~

Esok paper terakhir untuk semester ni. Yeah !


Mata aimashou !


p/s= Aku ambil masa 1 jam lebih untuk menaip entri ni. Komitednya aku meng-update.

Friday, May 1, 2009

Jumaat, 1 Mei 2009

Budak-budak kelas aku mesti tengah sibuk menelaah nota-nota Toxico mereka sekarang ni. Tak ketinggalan juga menghafal fakta-fakta yang sangat mengelirukan.

90% metabolized in liver, excreted in urine
APAP --> sulfate + glucuronide conjugates

10% metabolized by CYP2E1
APAP --> N-acetylimidoquinone (NAPQI) binds covalently to hepatic macromolecules which leads to hepatic cell lysis

Liver damage due to excess NAPQI occur under 4 conditions :
  • Excess intake of acetaminophen
  • Excess CYP2E1 activity due to drugs and alcohol
  • Competition for conjugation enzymes
  • Depletion of glutathione storeage in the case of malnutrition and alcohol consumption
Mesti itu yang mereka tengah hafal. Nasib aku dah hafal. :D Tapi banyak lagi yang kene dihafal sebenarnya. Nanti lah.

Sekarang aku kat rumah seorang sahaja. Ida keluar dengan kawan dia, Abg Lee pun keluar juga. Ibu-bapa dan adik-adik aku balik Johor (lagi !) pagi tadi. Bosan betul duduk rumah seorang. Aku tak tau nak buat apa. Haha. Kalau ada orang pun macam lah aku tau nak buat apa.

Kau memang, apa kau tau ?

Eh budak ni.

Sekarang tengah heboh pasal wabak selsema babi swine flu. Aku malas lah nak tulis statistik kematian tu semua, korang baca lah sendiri kat suratkhabar. Tapi yang aku nak tulis tanda-tanda bila anda dijangkiti virus tersebut. Tanda-tandanya ialah :
  • fever
  • sore throat
  • cough
  • body aches
  • chills
  • fatigue
Aku mengalami 2 daripada 5 perkara di atas. Jeng, jeng, jeng.

Sebelum aku terlupa.

Selamat Hari Pekerja !


Terutama sekali kepada pekerja-pekerja buruh binaan, cleaner, pengelap tingkap bangunan, jaga, dan mereka yang sewaktu dengannya. Mereka berhak mendapat cuti hari ni.

Dan mungkin juga kepada warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Nepal dan lain-lain negara yang sewaktu. Tanpa mereka, tak terbina Menara Berkembar PETRONAS tu.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang bergelar pekerja. Kepada yang bukan pekerja, sila abaikan ucapan ini. Kepada budak tadika/sekolah/kolej/universiti, dah tunggu apa lagi ! Pergi lah belajar. Esok kau ada exam pukul 9 pagi.


Mata aimashou !