Thursday, May 7, 2009

Airmata jatuh ke pipi.

Mata membengkak dek kerana terlalu banyak mengeluarkan airmata. Kenapa airmata terkeluar ? Kerana mengenangkan kesusahan orang lain yang bernasib malang dalam kehidupan. Aku jadi sedih sangat bila berdepan dengan orang macam ni.

Mungkin aku akan lebih sedih jika aku betul-betul berdepan dengan mereka. Setakat ni aku tengok dalam drama/filem/rancangan kat TV je.

Aku menangis sebab tengok dorama Jepun, 1 Liter of Tears. Tapi tak sampai 1 liter pun tangisan aku. Heehee. Memang sedih sangat cerita tu. Dorama tu pun berdasarkan cerita sebenar. Bukan direka-reka ok ! Esok pagi mesti mata aku bengkak. Macam mana nak keluar rumah ni ? Haha. Selamba je lah. Aku pakai kaca mata esok untuk cover sikit mata bengkak. Episod terakhir 1LoT memang sedih habis. Aku menangis macam orang baru lepas kehilangan.

Orang Jepun ni sangat bersopan-santun bila bercakap. Bila dia kurang ajar pun aku rasa masih lagi dikira bersopan. Aku sangat kagum dengan budaya cara percakapan dan bahasa mereka. Sekali lagi, aku sangat berharap Unisel akan adakan Japanese II.

Ja.. Mata aimashou !

3 comments:

top_ace7 said...

jari ko berkuasa? selalu korek hidung nih. hehe !

AZ said...

memang la selalu. kahkahkah. takkan kau tidak ? pelikkkkk.

top_ace7 said...

aku cuma korek apabila keadaan memerlukan :p