Thursday, April 21, 2011

Takde tajuk.

Wahhh, entri terakhir bertarikh 27 Januari 2011. Nampaknya sejak aku menginjak ke alam 25 terus berhenti menulis. Bukan malas tapi kerana tiada waktu yang boleh diperuntukkan untuk menulis. Kalau diikutkan ada saja aku menulis tapi tidak ditekan butang publish tu.


Masa aku kebanyakannya hanya diperuntukkan untuk projek tahun akhir dan penulisan tesis. Yang selebihnya digunakan untuk aktiviti seharian seperti tidur, makan, minum, bernafas dan lain-lain. Inilah akibat menangguh kerja. Bertungkus-lumus aku menyiapkan sebelum tarikh akhir. Alhamdulillah, berjaya juga aku siapkan sebelum waktu mati. Maka, dapatlah kiranya aku meluangkan sedikit masa untuk menulis di sini.


Lagi beberapa hari aku akan menamatkan pengajian ijazah. Lagi beberapa hari juga lah tinggal masa untuk aku habiskan bersama-sama rakan sekelas dan yang lain. 


Bahagian atas telah ditulis kira-kira seminggu sebelum semalam. Kenapa aku tak habis menulis ? Adik aku mengganggu. Hahaha.


Dah 2 hari aku duduk rumah melangok tak tau nak buat apa. 2 hari juga kerja aku hanya makan, minum, online, tidur, buat kek. Itu saja. Bermula sudah episod hidup aku yang bosan. Kerja masih belum mula lagi pencariannya. Tapi jika tiada aral melintang, insya-Allah, bulan Jun ni aku akan bekerja sebagai research assistant di salah sebuah institut pengajian tinggi tempatan. Mana satu ? Pikir sendiri lah.


Tapi aku masih belum terima sebarang hitam putih lagi. Bila nak dapat pun tak tahu la. Harap semuanya menjadi la. Kalau tak sia-sia je aku tanam anggur 2 bulan ni.


Masa hari terakhir aku dengan rakan sekelas peliknya aku tak terasa yang itu hari terakhir. Ada sesetengah yang aku rasa susah nak jumpa lepas ni, tapi aku takde lah rasa macam sedih. Entah kenapa.


Sedih juga bila fikirkan balik. Kami berpisah macam acuh tak acuh je. Mungkin sebab kami akan berjumpa semula untuk kenduri kahwin rakan sekelas nanti. Mungkin sebab tu aku tak rasa lagi pengakhiran. Lagipun, kita berkawan untuk selamanya kan. Bukan untuk 3 tahun setengah je. Heheh.