Sunday, March 29, 2009

Berita gembira.

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA !!!

YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES !!!

Perkataan yang aku paling suka sekali buat masa ni. YES. Hahaha. Mesti korang nak tau kenapa kan ? Berikut adalah penjelasannya :

Aku : Abah, nak camera boleh ?
Abah : Camera apa ?
Aku : DSLR Nikon.
Abah : Ahh, buat apa nak beli ? Bukan boleh mendatangkan hasil.
Aku : Ehh, boleh bah. Amik gambar cantik-cantik lepas tu jual.
( Abah terdiam seketika )

Aku : Kat Harvey Norman RM2300.
Abah : Mana camera tu ? Macam Nizam punya ke ?
Aku : Tak lah. Tu dah mahal sangat. Nak beli yang entry-level je. D60.

Aku : Abah, kat sini RM1999, dapat 4G memory card ngan bag.

Abah : Macam mana ?
Aku : OK !

Demikian skrip yang telah diedit untuk memendekkan cerita. :D

Aku berjaya mendapatkan Nikon D60 setelah beberapa lama memujuk Abah untuk belikan aku. Aku berjaya hari ni ! Terima kasih Abah !

So total sebenar pembelian aku ni = RM2238. Aku beli kat Fotokem Sunway Pyramid. Malam sebelum tu aku dah dapat rasakan yang aku akan dapat D60 tu. Heehee. So esoknya, bila Abah kejut aku terus bangun dan bersiap. Abah memang nak pergi Pyramid, dia nak beli TV. TV lama dah rosak dan tak boleh diselamatkan. Sebenarnya boleh, tapi kos nak selamatkan tu tolak campur bahagi darab sama dengan harga TV baru.

Penambahan jumlah tu sebab Abah nak beli warranty 2 tahun. Tambah dengan UV filter lagi. Aku tak tau la ok ke tak harga yang aku dapat tu. Tapi, yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. Heehee. Sekali lagi, terima kasih Abah !

P/S = Aku bukan ucap terima kasih kat sini je. Masa dapat tu terus aku cakap ok. *peace*

P/S = Mak aku belum tau lagi pasal camera ni. :p

Saturday, March 28, 2009

DCIM Show 2009.


Semalam dah start DCIM Show 2009 !!

Sebenarnya aku plan nak pergi hari ni ( Sabtu ). Tapi, takde geng la pulak nak pegi. Yelah, kalau sorang-sorang je pegi aku tak kisah, tapi sebab nak pergi naik komuter tu aku ralat sikit kalau pergi sorang-sorang. Dah la tu, jauh nun kat MidValley tu ha. Ella dengan Fira ada Hari Sukan. Ida keluar pergi rumah kawan dia. Nak ajak Amir dia macam busy pulak. Hmm..Akhirnya aku tak dapat pergi. Tapi hari masih awal lagi. Kalau aku nak pergi sekarang boleh.

Aku dah siap mimpi malam semalam Abah perkenankan hajat aku. Seronoknya kalau dapat Nikon D90 tu.

Friday, March 27, 2009

Split personality. Is it normal ?

Kadang-kadang, aku pelik. Apa tujuan aku sebenarnya ??

Aku cepat membuat keputusan yang akan membuat aku menyesal di kemudian hari.

Adakah ia bagus untuk aku belajar daripada kesilapan tersebut ?

Atau,

adakah ia membuatkan aku nampak bodoh dan tak tetap pendirian ?

Atau,

otak aku terdiri daripada dua pemikiran yang berbeza ?

Atau mungkin,












aku ada dua personaliti. Heehee.

Azlina/Azlinaz.

Azlinaz adalah alter ego aku. I am Azlinaz... (ala-ala Beyonce la :p)

Earth Hour 2009.

Rakyat Malaysia sekarang mesti tengah excited nak tutup lampu esok kan ?

Aku nak cakap sikit lah pasal Earth Hour ni kan. Yelah, esok harinya jadi aku rasa nak sentuh sikit lah. Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau ada kandungan entri ni melukakan hati atau mengguris perasaan pihak yang berkenaan. Aku cuma sampaikan pendapat aku saja.

Terus-terang aku cakap kat sini, aku kurang setuju dengan ideologi Earth Hour ni. Bagi aku kalau korang setakat nak selamatkan Bumi dengan 1 jam tutup lampu (sekali setahun je pulak tu...) tapi baki 356 hari tu korang duk depan laptop/komputer sampai tersembul biji mata, logik ke ? Juga, korang menggunakan peti sejuk/kereta/bas/motor/hairspray yang turut menyumbang kepada pemanasan global. Kenapa takde buat satu hari semua orang tak payah pakai kereta, atau, satu hari tak payah bukak peti sejuk ?

Jangan terlalu cepat melabelkan aku ni tak sayang Bumi. Mana mungkin aku tak sayang. Inilah satu-satunya planet yang aku pernah diami. Tapi, aku rasa kita tak perlu hipokrit dalam perkara serius macam ni. Kalau kau betul nak kurangkan pemanasan global kau buat ALL-OUT. Maksud, kau buang semua perkara yang menyumbang kepada pemanasan global. Macam tu baru aku boleh respek sokongan kau.

Kalau sekarang ni aku tanya orang ramai, ramai yang tahu pasal Earth Hour. Tapi, majoriti yang tau tu semua terasa nak sokong sebab mereka rasa macam dah 'cool' kalau sokong perkara serius macam ni. Nampak mereka ni peka sangat lah terhadap alam sekitar ! Padahal, ada diantara penyokong tu PEROKOK ! Cuba cerita sikit kat aku macam mana perokok-perokok ni boleh nak sokong Earth salvation tapi belakang cerita mereka-mereka nilah yang sedang menghancurkan Bumi.

Tapi yang bodoh sombong macam ni tak ramai lah aku rasa, sebab aku tengok semua yang sokong ni rata-rata dari golongan cerdik pandai. Mereka ada sebab sendiri kenapa mereka menyokong E.H ni.

Aku rasa mesti ada suara-suara yang akan menuduh aku ni meng'kompleks'kan keadaan yang senang. Yelah, tutup lampu je. Bukan susah pun, ye tak ? Hari-hari pun aku buat. Jadi isu tutup lampu selama sejam pada hari yang tertentu aku rasa tak perlu. Macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih dll. Semua tu hanya agenda pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

Aku takde pulak nak kutuk hasrat-hasrat murni sesiapa yang nak menyokong tu. Cuma, aku rasa perkara ni perlu difikirkan dalam konteks yang lebih besar. Isu tutup lampu tak sepatutnya diperbesarkan sampai macam ni.

Aku jadi terlebih emosi bila aku terjumpa dengan golongan yang kononnya menyokong E.H ni, tapi sebenarnya tak tau pun tujuan utama kempen ni. Lagi-lagi, bila aku cakap aku tak sokong dia menentang dan mengutuk aku balik. Heihh, manusia manusia.

Yang lagi best, aku baca suratkhabar mana entah, Sarimah bagi kenyataan yang beliau dan pihak produksi Akademi Fantasia 7 menyokong kempen ni. TAPI. Pada masa kempen ni berjalan, konsert mingguan AF akan tetap bersiaran secara langsung. Apakah ?????

Pelik betul lah perangai spesis aku ni. Heeheeheehee.

Tapi, satu aku puji lah. Logo E.H ni memang stylo ! :p

Thursday, March 26, 2009

Cinta, Love, Ai, Amor.

Hari ni aku nak luahkan perasaan sikit. ;p

Jadi, topik entri kali ni adalah C.I.N.T.A. Pelik ? Heehee. Tak perlu, sebab setiap manusia pasti akan merasa dirinya dicintai dan mencintai. Ok lah, mungkin entri kali ni boleh membuatkan anda loya atau geli-geleman bila membaca. Cuma ingatlah, berat bahu memandang, berat lagi yang memikul. Aku yang tulis ni lagi lah rasa geli, tapi kene jugak tulis sebab aku nak luahkan apa yang terpendam. Bersabar je lah ye. Terima kasih.

Bagi korang apa itu cinta ? Sebelum tu, cinta ni berlainan definisi bagi setiap orang. Jadi, korang tau sendiri je lah apa itu cinta bagi korang. Dari mata turun ke hati, love at first sight, semua ayat tu menjelaskan bagaimana cinta tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Apa relevannya aku cakap macam tu ? Aku rasa korang boleh faham. Macam mana bila korang tengok pujaan hati untuk pertama kali, jantung berdegup dengan lebih pantas, perasaan jadi lain macam, tangan menghasilkan peluh dll. Betul kan ?

Tak payah tipu. Aku tau korang rasa macam tu. Itu orang putih namakan sebagai 'love at first sight'. Bagi aku, aku tak percaya ada cinta seumpama itu. Sebab tak pernah terjadi kat aku. Heehee. Aku pernah dengar cerita dari kawan aku benda macam tu jadi pada dia. So, besar kemungkinan memang wujud lah 'love at first sight' tu. Mungkinkah ia cinta sejati ? Hanya tuhan saja yang tau.

Kebanyakan lagu zaman sekarang, terutama sekali kat Malaysia ni, semua berkisarkan cinta.

Kenapa ? Apa kepentingan cinta dalam hidup seseorang itu ?

Cinta perlu hadir dalam manusia untuk mengelakkan keganasan. Cinta sesama manusia perlu untuk menyambung zuriat dan melahirkan generasi pewaris. Cinta perlu untuk menyebarkan dakwah-dakwah Islam ke seluruh dunia. Cinta juga perlu untuk mengelakkan kehancuran manusia di muka bumi ni. Dari situ terciptalah ungkapan 'Make love not war'. Emm, jangan fikir yang lain pulak ayat tu. :p

Bayangkan dunia tanpa cinta. _____________________________________________. Tak perlu lah aku cerita satu persatu apa akan jadi. Korang sendiri pun tau. Dunia sekarang dah ada pun contoh-contoh yang terbaik. Bodoh lah mereka. Memang bodoh !

Cinta hadir tanpa sapaan. Tak semua bersedia bila cinta hadir. Namun, tiada siapa akan tolak cinta apabila ia hadir. Tak semua cinta indah, dan tak semua juga yang buruk. Kebijaksanaan seseorang menentukan keindahan cinta. TAPI, cinta itu buta, bak kata pepatah Melayu. Betulkah ? Atau itu semua hanya alasan semata-mata ? Terpulanglah pada empunya diri. Sendiri terima sendiri tanggung.

Namun, cinta yang paling agung, yang paling utama sekali, ialah cinta kepada Pencipta. Cinta yang tiada bandingan di dunia ni. Cinta yang paling indah. Cinta yang paling memberi kenikmatan. Cinta yang kekal di dunia dan di akhirat.

Aku macam rasa entri ni terjadi terlebih serius pulak. Padahal nak cakap sikit je. Heeheeh. Ok lah. Aku sebenarnya dah mula ke arah topik entri ni. Tapi aku tak cakap perasaan aku ni cinta. Mungkin satu fasa yang perlu dilalui untuk menemui pujaan hatiku/cinta sejati/teman sejati yang menunggu di luar sana. Hahaha. Tapi, buat masa sekarang, inilah yang aku rasa. Apa aku rasa ?

Hmm....Lu pikirlah sendiri.















Amacam ? Dah cukup geli ? Heeheeheehee. Enjoy lah lirik kat bawah ni. Salah satu daripada lagu favourite aku.

All You Need Is Love
The Beatles

Love, love, love, love, love, love, love, love, love
There's nothing you can do that can't be done
Nothing you can sing that can't be sung
Nothing you can say but you can learn how to play the game
It's easy
There's nothing you can make that can't be made
No one you can save that can't be save
Nothing you can do but you can learn how to be you in time
It's easy

All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love, love is all you need
Love, love, love, love, love, love, love, love, love
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love, love is all you need
There's nothing you can know that isn't known
Nothing you can see that isn't shown
Nowhere you can be that isn't where you're meant to be
It's easy
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love is all you need
All you need is love ( all together now )
All you need is love ( everyone )
All you need is love, love, love is all you need.

Wednesday, March 25, 2009

T-shirt Rasmi

Ok guys, sorry dah lama tak masukkan entri untuk beberapa minggu ni. Sangat busy lah, dengan mid-sem exam and other stuff. Minggu lepas memang sangat memenatkan. Sampai ada beberapa kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan gangguan emosi. Heehee.

Sepanjang minggu lepas aku sibuk dengan plan t-shirt for Degree MLS student. Firstly, kitorang (the AJK) belum dapat final design for the t-shirt. So kitorang kelam-kabut la design minggu lepas. Nasib baik lah Miss Kecoh ada design yang MELETOP. Heehee. So dengan design tu bermula la kitorang punya plan. Actually, plan t-shirt ni nak dimulakan dari sem lepas lagi. Tapi sebab masalah kreativiti, plan tertunda sampai sem ni. Tapi kali ni masing-masing dah bertekad nak teruslam plan ni.




Itulah designnya. :)

Simbol biohazard tu melambangkan kami ni bukan innocent-next-door-student. :p Walaupun kami mungkin nampak seperti 'nerd' ataupun 'uncool', tapi kami ada sifat-sifat yang berbahaya bile tak didekati dengan sopan-santun. Heehee. Warna oren tu pulak melambangkan sifat kami yang ceria.

Wednesday, March 18, 2009

Things that describe you as a person.

I did a quiz to know what my birthday month say about me. So here's the result.

JANUARY :
Stubborn and hard-hearted. Ambitious and serious. Loves to teach and be taught. Always looking at people's flaws and weaknesses. Likes to criticize. Hardworking and productive. Smart, neat and organized. Sensitive and has deep thoughts. Knows how to make others happy. Quiet unless excited or tensed. Rather reserved. Highly attentive. Resistant to illnesses but prone to colds. Romantic but has difficulties expressing love. Loves children. Loyal. Has great social abilities yet easily jealous. Very Stubborn and money cautious.

It's hard to believe, but I find it actually describe myself. Except for the 'know how to make others happy' and 'has great social abilities'. Heehee.

Friday, March 13, 2009

Ego.

Kali ni nak tukar lah kata ganti diri. Nak guna aku pulak. Guna saya macam kurang kena dengan jiwa raga aku yang 'keras'. :p

Semalam budak kelas aku tanya aku macam mana nak keraskan hati jangan bagi sensitif sangat. Dengan penuh terkejutnya aku tanya dia balik aku ni keras ke ? Dia balas balik, kau kan ego. Adess, buat pertama kali aku sedar yang rupanya orang lain pun sedar aku ni seorang ego. Bukan dia seorang tu je yang cakap. Setakat yang aku tau, 3 orang dah cakap aku ego. Heehee. So macam mana ni ? Adakah aku rasa tak puas hati mereka melabel aku macam tu ? Adakah aku menyampah dengan mereka sebab label aku begitu ? Hmmm...

Sebenarnya, aku tak kisah sangat pun. Aku mengaku, aku seorang egois. Itu semua hasil daripada proses pembesaran aku di sekitar orang-orang yang egois. Jadi dengan semulajadinya sifat egois tu tertanam dalam diri aku. Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal-hal sebegini ? Tuan punya badan atau orang yang membesarkan mereka ? Bagi aku, dua-dua salah. Bukan dalam hal ni je, tapi dalam semua hal. Bak kata pepatah Inggeris,' There's 2 sides of every story'. Dua-dua pihak ada betul, ada salah.

Berbalik pada sifat aku tadi, aku dibesarkan dengan cara yang sama orang tua aku dibesarkan. Boleh kata macam keturunan lah ni. Heh. Sejak aku pandai gunakan akal fikiran aku dah tanam azam dalam diri aku, bila aku ada anak aku akan pastikan yang anak aku takkan jadi macam aku. Dalam zaman moden ni, aku rasa mustahil bagi ibubapa untuk didik anak mereka macam zaman datuk nenek kita dulu. Zaman moden, ibubapa perlu jadi kawan kepada anak mereka. Betul tak ? Kalau kau cakap tak betul pun, aku tak kisah sebab aku memang tak kisah. :p Kita manusia rambut je sama hitam, hati lain-lain. Jadi pendapat pun berbeza.


Kadang-kadang tu ada terfikir jugak nak ubah diri ni. Tapi aku fikir balik, seorang yang ego ni tak semestinya tak baik. Tengok jugak la tahap ego seseorang tu macam mana. Kalau ego tinggi menggunung tu memang teruk lah, macam doktor dalam gambar atas tu Aku rasa aku tak tergolong dalam kategori tu. Aku masih boleh rendahkan ego aku bila aku rasa perlu. Mungkin aku macam lawyer tu. Sekurang-kurangnya aku boleh mintak maaf bila aku tau kesalahan aku. Senang cakap, aku forgive and forget ! :D :D

Sekian saja lah entri mengenai ego. Nantikan entri seterusnya lepas aku balik dari JB nanti.

Aku akan ada di JB dari hari Sabtu sampai Selasa. Insya-allah kalau sempat aku update lah blog ni.

Thursday, March 12, 2009

I'm sorry, it's all me.

Hmm. Terasa diriku sungguh tak beradab dan berbudi bahasa bila baca entri yang lepas. :p

Whatever.

2-3 hari lepas saya dapat tau yang auntie saya masuk hospital. Dia muntah berdarah and ber** berdarah. Dapat tau malam tu nak dekat pukul 12 auntie saya dibawa ke hospital. Doktor semua check rupanya usus auntie saya berdarah. So semalam dia undergo operation and lepas tu masuk ICU. Alhamdulillah. Hari ni dia dah sedar tapi still lemah lagi and cakap pun sikit-sikit je. Weekend ni saya nak balik JB tengok auntie saya. Sepatutnya ada lawatan pergi rumah PERNIM tapi terpaksa lah cancel. Saya pun memang dah rindu sangat nak balik JB. :( Doakan lah auntie saya cepat sembuh and sihat sejahtera.

Agenda utama hari ni, meeting Prostar. :) Meeting kali ni between AJK and members. Tapi tadi Presiden tak dapat join. In fact, ramai yang tak dapat join sebab terikat dengan komitmen masing-masing. Wah, ayat ! Hehe. Mula saya pun macam malas nak pergi, tapi pergi je lah alang-alang dah ada class pukul 2 tu. Tadi pun beli t-shirt Prostar. Tapi design kureng sikit lah. Demi nak support persatuan, saya pun beli lah. Tak mahal sangat pun, RM16 je. From the meeting jugak saya baru tau yang mereka-mereka ni dah banyak buat aktiviti. Hmmm, kenapa kitorang tak tau ye ? Tak aci betul. :(( Members selalu jadi mangsa birokrasi. Huhu. Tak relevan sungguh.

Mak saya dah bising ni. Lagipun kene tidur awal sikit hari ni. Mengantuk sangat. Sleep deprived ! :p

Dewa, mata !

Wednesday, March 11, 2009

$%##!&#$#$&!$#@ !!!!!

Betul lah orang cakap kalau kita tidur tak cukup, otak pun jadi biol. End result dia ? Satu hari yang paling huru-hara dan sangat tak best ! Dalam erti kata lain, hari yang sangat fakap. Arghhhh !!!!!!! So, sebab aku mood tak berapa baik, dalam entri kali ni Azlina dibahasakan sebagai aku okayy.

Aku sangat geram hari ni. Tapi nak salahkan orang lain, memang takde lah. Sebab apa yang jadi hari ni sebab salah aku jugak. Aku tak boleh tidur malam tadi. So aku online balik tengok gambar Jonas Brothers. Heh. Tengok punya tengok sampai lah pukul 3 lebih baru aku rasa mengantuk balik. To make matters worse, pagi esoknya pulak aku kene pergi class pukul 9. Jadi kene lah bangun awal pagi buta. Kira dalam 3-4 jam je lah aku dapat tidur. Korang bayangkan lah macam mana liat aku nak bangun pagi tadi. Ikut hati memang aku malas nak pergi, tapi terpaksa lah sebab hari ni ada lab session. Kira rugi lah kalau aku tak pergi buat benda-benda tu semua, walaupun aku dah pernah buat time diploma dulu. Tapi, ni machine baru wooo. Aku dah cakap memang rugi kalau tak pergi. Bila lagi aku nak test machine yang ada kat lab tu. Class kitorang pun bukan selalu dapat buat lab. Hampeh betul !

Dalam lab tadi aku punya lah semangat. Mula-mula kitorang kene bersihkan workbench dulu sebelum start. So aku dengan budak group aku penuh semangat pergi amik alcohol spray ngan tisu nak lap workbench tu. Tengah lap-lap tu tiba-tiba je lecturer aku ni sergah aku suruh pakai glove. Aku memang terkejut habis ! Sampai budak class aku cakap muka aku macam nak nangis. Aku bukan nak nangis masa tu, tapi macam terpinga-pinga aku jadi. Yelah, tiba-tiba sergah macam tu masa aku tengah buat kerja. Memang lecturer aku tu tengah angin pagi tadi sebab ada student buat taik masa jumpa dia pagi tu. Tapi, tak pasal-pasal kitorang jadi mangsa dia jugak. (...Actually tujuan utama nak lepaskan geram aku kat lecturer aku tu je...) Aku tak boleh ah orang buat taik macam tu kan. Bila student dah semangat nak belajar, lecturer buat macam tu macam mana student nak belajar ?? Lecturer angin tak tentu pasal, kalau dekat orang yang dia angin tu takpe jugak lah, relevan jugak. Tapi ni kat student yang takde kene mengena. APA HAL WEHHHH ?!!!! Nasib baik lah tadi ada sekali satu assistant lecturer ni. Sejuk sikit angin aku tengok muka handsome dia. Haha. Dalam angin-angin tu sempat lagi radar aku menjalankan fungsi dia. :p So berbalik kepada cerita asal, aku malas nak dengar apa lecturer tu cakap tadi. Nampak je macam aku dengar tadi, tapi sebenarnya otak aku kat tempat lain. Dah la pulak dia ajar tadi macam ada salah lepas tu apa yang kitorang buat tadi tak berapa jadi. Lepas tu pulak, kerja lecturer ni asyik nak hentam je student dia. Aku memang tak berapa suka lah kalau lecturer macam tu kan. Memang la kitorang ni student degree tapi COME ON lah wehh, majoriti budak dalam class tu dari STPM/Matrik KOOOOOOTTTTTTTT ! Mana lah diorang nak tau semua benda dalam lab or dekat lab. Dia punya expectation BAPAK lah TINGGI mengalahkan tinggi gunung Everest tu ! Huh. Aku bengang gila ni dengan dia.

And sebab dia sound aku pagi tu la ditambah lagi dengan keadaan aku yang memang tak cukup tidur ni, hari ni apa aku buat semua macam huru-hara. Tapi nasib baik la masa class Nihongo tadi sensei berjaya menceriakan kepala otak aku ni. Sensei memang tiap-tiap class dia tak pernah fail buat kitorang gelak ketawa dan bergumbira. Suka betul aku pergi class Nihongo. Kalau miss pun rasa macam rugi hilang RM1 juta. Serius cakap ! Sensei nak pergi umrah minggu depan, so 2 minggu class Nihongo takde. TAK SUKA, TAK SUKA, TAK SUKA !

Lepas tu pulak, bila otak semua kusut-masai memang dah tentu lah aku akan attract negative energy, so bila aku balik tadi pun komuter lambat sampai. Nak dekat 30 minit aku tunggu kat stesen tu. BERDIRI. Nak terukkan keadaan lagi, sekeliling platform tu orang merokok. Arghhh ! Aku benci, benci, benci dan BENCI orang merokok kat sekeliling aku ! Bila komuter dah sampai, punya lah ramai orang dalam tu. Pelik pulak aku apahal pulak tiba-tiba ramai orang. Tapi maybe memang ramai pun pada hari-hari lain. Lantak ah, yang penting dengan kaki aku yang dah penat berdiri tunggu komuter tu, kene lagi berdiri dalam komuter sebelah mamat-mamat yang keluarkan bau kurang menyenangkan. Lepas tu pulak, bila dah sampai stesen aku nak turun tu, orang yang nak naik punya lah tak sabar. MACAM KOMUTER TU NAK JALAN BEFORE DIORANG NAIK !! Aku tak paham betul lah macam mana akal fikiran yang Tuhan bagi kat diorang untuk berfikir tu diorang gunakan. Last-last aku nak keluar tu aku sempat lah sound beberapa hamba Allah. Aku tak tau lah kalau diorang amik pot ke tak apa aku cakap tu. Tapi yang penting aku dah lepaskan.

Sampai rumah adik aku pulak macam $#^%@. Tapi tu aku tak berapa kisah sangat sebab dia memang $#^%@ pun. So kiranya adik aku tu lah yang trigger aku untuk tulis entri ni sebab aku memang tak dapat lagi idea nak tulis apa untuk bacaan kamu, kamu dan kamu. Sorry lah kalau macam kasar bahasa aku kali ni. Baca balik apa aku tulis kat About Me.

Dah lah tu bebelan aku. Takut pulak lepas ni orang label aku perempuan tak beradab. Maaf lah, aku juga manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau aku ada sakitkan hati sesiapa dalam entri ni, mintak maaf ye. Gomen nasai.

Dewa, mata !

Monday, March 9, 2009

Girlfriend.

Hey, hey, hey, hey, I wanna be your girlfriend !

Mintak maaf lah ye. Demam lepas tengok JB hari tu belum reda lagi. Heehee. Mana taknya, dua malam berturut-turut mimpi dapat jumpa diorang. Hahaha. Pathetic ? Mungkin. Tapi tak kisah lah kan. Nak saya cerita mimpi tu ? Hmmm, takpe lah. Biarlah rahsiaaaaa. Apa yang boleh saya cakap, those dreams really made my day, EVERYDAY !! Haha.


Ok lah. Enough about the dreams. Saya baru beli webcam and mic+headphone today ! Ingatkan tadi nak letak video. Tapi fikir balik macam malas la plak kan. Heehee. So lepas ni, let's webcam-ing ! :D Esok ni ada mid-sem exam sebenarnya. For Pharmaco subject. :p Instead, saya boleh pulak update blog ni. Heehee. Bukan malas nak study tapi macam susah sikit lah nak masuk otak bila takde mood ni. I still have one more chapter to go. Takpe lah. Esok je lah sambung study.

Oh my, ibuku memanggil. Dewa, mata !

Friday, March 6, 2009

A Concert Experience.


OMJ. I just watched Jonas Brothers : 3D Concert Experience !!!!!!!!!!!!

If you are a JB fan, please please please please, don't miss the movie ! You'll love every second of it. Heehee.

Nasib baik lah petang tadi browse thrrough website TGV, saja je nak tengok showtime for movie2 yang best, like Seven Pounds, Marley and Me, Role Models and yep, the Jonas Brothers 3D Concert Experience. Actually, malas nak keluar hari ni. Yelah, lepas exam so kepala ni macam ketat sikit. Huhu. Buuutt, when I saw the Joe's face on the website, instantly, terus teruja gila nak pergi tengok. Ajak lah Ella pergi tapi dia ada tuition until 7 pm. The earliest show was at 7 pm. So tak sempat lah kalau nak tengok at 7. The next show was at 9.30 pm. Despite the time, saya pergi jugak tengok. Tagging along also Ella and Fira.



Dalam cinema tu, guess what ? Ada 6 orang je, including us. Memang macam awkward habis lah. Hahaha. Tapi semua tu tak dapat melemahkan semangat saya. 6 orang pun boleh lah. When the movie first start I was reluctant to woohoo-ing and all, but when I heard their music for the first song, OMJ, I was singing along without my realising it. Hahaha. Lepas tu, nasib lah kan. I acted like I was in one of their concert ! Singing along and screaming and all that. Takleh nak bayangkan la if I were to really go to their concert. Tak sabar gila sehh World Tour JB !!



And the first time I heard the new song, Love On Its Way, my heart meltssssss. Adoi, sangat sweet okayyy lagu tu. Lagi dengan video clip yang diorang buat. Hmmm...Sangat mengasyikkan. Haha. And Joe. Joe, Joe, Joe. JOEEEEEEEEEEEE !! :p



Sorry lah kalau ada yang rasa menyampah or nak muntah dengan post ni. Bila saya tengah excited macam ni lah jadinya. Dalam panggung tadi pun macam orang gila. I was the only one who were screaming and singing my heart out. Kekeke. But, nasib lah Fira pun ada nyanyi sikit. Kalau tadi ramai orang dalam cinema tu mesti lagi best. Mesti lagi ramai yang akan jadi over-excited macam saya. Heehee.


Sangat hot kan ? ;)

Seriously. Saya tengah high sekarang ni. If only JB are coming this month. On the 11th diorang akan announce their World Tour dates. Wooooohooooo ! Toloooooooong lah jangan bulan May nanti. Or bulan-bulan sebelumnya. Tapi saya rasa maybe end of the year kot. Tapi tak kisah lah bila pun. Yang penting saya akan beli tiket for front row ! That I am sure. Tak kisah lah mahal macam mana pun. Apa yang pentinggggg ? Tak bukan kerjasama, DUIT. Heehee. Kalau takde duit macam mana nak beli tiket front row kan ? :p

Jonas Brothers are running to MEEEEEEEE ! Heehee. How I wish that everyday. ;p

Dah lah. I want to go and dream about them. Oyasuminasai. :D

Monday, March 2, 2009

Dilupakan :(

You know what ? When I was on the bed this morning, I actually planned to skip Toxico class. But being the goody-two-shoe that I am, I went anyway. Since I skipped Toxic class more than I should. Hihi. And guess what I get ? The lecturer forgot we have class this morning. Yes, I repeat, FORGOT. F.O.R.G.O.T ! Huh. Memang menguji kesabaran setiap pelajar. Can you imagine ? Nasib baik lah kitorang ni student terbaik. Sabar je lah. At first, he said the class was cancelled, but since we were all there he decided to have it anyway.

Sangat sedih okayyyy ! Our class has always been forgotten. Itulah yang dimaksudkan dengan 'anak tiri'. :(

That is all that is interesting enough to tell. Today has been a very 'kecoh' and boring day at the same time.

Sunday, March 1, 2009

Stormbreaker.

Ada sesiapa pernah baca novel Alex Rider series by Anthony Horowitz ? Saya tak pernah baca, so kalau ada sesiapa yang pernah baca, could you please email me. :) Saya nak tau best ke tak buku tu untuk dibaca.

Sebenarnya bukan nak cakap pasal buku tu sangat. First book dalam siri tu, Stormbreaker dah difilemkan pada tahun 2006. Sadly, saya baru je tengok cerita tu tadi kat Star Movies.

Kalau korang semua tak suka cerita yang agak tak logik, then korang tak payah lah tengok cerita ni. Memang tak logik lah sebenarnya. Heehee. Tapi best jugak bila tengok. Well, mainly sebab hero cerita tu koooottt. Alex Pettyfer ! ;) Memang HOT lah dia tu. Masa starting cerita tu start tengok dia macam familiar muka, tapi tak terfikir lagi lah kat mana. Then, lepas dah lama-lama tu baru teringat yang dia pun berlakon dalam Wild Child. The main point is dia memang hot ! Huhu. So, it wasn't a surprise to know that he's a model. Dia antara model-model untuk Burberry The Beat. Gaya habis ah gambar-gambar dia. (Tapi kene open-minded sikit yee, gambar dia mostly tak berbaju :p) Nak tengok sikit ?


Hahaha. Takkan lah nak letak kan gambar macam tu. So amacam ? Berminat ? Hahaha.

Let's doodle !

I got this from Yahoo. Very true ! Enjoy reading. :)

Take Note: Doodling Can Help Memory


By HealthDay - Fri Feb 27, 8:48 PM PST

- FRIDAY, Feb. 27 (HealthDay News) -- You might look like you're not paying attention when you doodle, but science says otherwise.



Researchers in the United Kingdom found that test subjects who doodled while listening to a recorded message had a 29 percent better recall of the message's details than those who didn't doodle. The findings were published in Applied Cognitive Psychology.



"If someone is doing a boring task, like listening to a dull telephone conversation, they may start to daydream," study researcher Professor Jackie Andrade, of the School of Psychology at the University of Plymouth, said in a news release issued by the journal's publisher. "Daydreaming distracts them from the task, resulting in poorer performance. A simple task, like doodling, may be sufficient to stop daydreaming without affecting performance on the main task."

For the experiment, a two-and-a-half minute listing of several people's names and places was played for test subjects, who were charged with writing down only the names of the people said to be attending a party. During the recording, half the participants were asked to simultaneously shade in shapes on a piece of paper without attention to neatness. Participants were not told they were taking part in a memory test.


When the recording ended, all were asked for the eight names of those attending the party as well as eight place names mentioned in the audio. Those asked to doodle wrote down, on average, 7.5 names and places, while those who didn't doodle listed only 5.8.


"In psychology, tests of memory or attention will often use a second task to selectively block a particular mental process," Andrade said. "If that process is important for the main cognitive task, then performance will be impaired. My research shows that beneficial effects of secondary tasks, such as doodling, on concentration may offset the effects of selective blockade."



In everyday life, Andrade said, doodling "may be something we do because it helps to keep us on track with a boring task, rather than being an unnecessary distraction that we should try to resist doing."



So, tell me what do you think about this.