Sunday, January 31, 2010

To infinity and beyond ! Buzz Lightyear style~


Hari ni aku tengok jari jemari tak ada lagi helaian rambut yang meriah melekat keliling tu. Oooo sangat melegakan ! Kalau tak sebelum ni, mesti aku sentiasa paranoid. Takut okay nanti jadi macam Sharifah Amani dulu. 


Satu Malaya kontroversi nanti.


@@@
Malam ni kali kedua aku menjamu selera di Chilli's bersama Amir, Faid, Farhan, Sureen dan Ili. Occasion, birthday celebration for moi. Makan mushroom swiss burger sambil bergembira. 


What ? Lame.


Get it ?


 


 


 


 


 

@@@


Yang penting hari/malam ni United menang. Terima kasih Nani, Rooney dan Park Ji Sung. Ada tengok Nani punya goal ? Pehh. Mengancam ! Makan hati Arshavin ngan Fabregas tengok. 


Confirm tadi kena hambur habis dengan Wenger. Haha. At least lepas Evans tolong scorekan goal untuk Arsengal, Wenger tak ada lah lari menggelabah keluar dari dugout, terpekik terlolong (macam Mancini poyo). 


Depan penyokong sendiri pulak tu kalah. Tsk tsk tsk...


 Hik hik hik...^_^


Chelsea, wait for us. We're just one point behind you. :)))

Saturday, January 30, 2010

Bermulanya.....


Jika tiada aral melintang, insyallah aku akan mulakan Projek Tiga-Enam-Lima pada bulan Februari.


Woohoo ! Syiok woo, walaupun belum mula lagi. *gelak*


Sekarang aku tengah kumpul idea-idea bernas untuk sesi menembak. Jadi kalau sesiapa ada idea boleh la kongsi. Gong Xi, Gong Xi, Gong Xi Ni....


Projek Tiga-Enam-Lima ni berkenaan dengan fotografi la. Sedia maklum, setahun ada 365 hari. Satu hari, satu gambar dan sedikit catatan mengenai gambar tersebut. Pada aku, projek ni agak fun la. Tahun depan kau tengok balik mesti rasa best teringat peristiwa di sebalik gambar tersebut.


Selain tu, skill dan teknik mengambil gambar boleh diperbaiki lagi. Practice makes perfect, tak gitu ?


So far, aku dah catatkan beberapa idea tapi aku nak tau juga dari pandangan orang lain apa yang mereka nak lihat. Ruang komen di bawah, keyboard depan mata, guna jari untuk menaip apa ada dalam kepala anda. *senyum*

Friday, January 29, 2010

Wajah baru

Tiba-tiba je rasa menyampah dengan layout merah tu. Walaupun aku ni termasuk dalam kategori die hard fan warna merah.


Layout sekarang kan lebih cool dan menenangkan kepala otak sesiapa yang melihatnya. Aaaahhhh...


Feel dia macam kau tengah baring di tepi pantai beralaskan tikar mengkuang kain sambil angin bayu.....


Angin bayu membawa dirimu,
Sepintas lalu ku terkenangkan mu,
Memori silam meresap malam,
Kenangan bersama ku simpan selamanya~


*screeeeeeeechhhh*







Tengah cakap pasal apa eh ? Ahhhh, abaikan saja.


@@@


Bulan tujuh ni tibalah masa untuk aku meninggalkan rakan-rakan dan ahli keluarga.


..........................


....................


.............


.......


...


.


Gila macam bunyi orang nak bunuh diri. Astaghfirullahalazim.


Bulan tujuh aku pergi praktikal lah. *gelak*


Hari tu head programme suruh senaraikan pilihan tempat untuk praktikal. Sudah aku senaraikan. Sekrang tunggu je lah dapat tempat ke tak.


Kepochi-kepochi di luar sana mesti nak tau. Aku letak Sabah sebagai pilihan pertama.


Sungguh berani pilihan aku. *gelak lagi*


Sabah best apa. Ada seafood, ada laut, ada gunung, ada......ada......ada.....ada apa lagi ah ?! Aku tak tau lah apa ada kat sana sebenarnya.


Sebab tu aku nak pergi sana. Merantau ke tempat orang untuk menimba pengalaman baru. Jauh perjalanan luas pemandangan.


Tu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, terpaksalah aku bermandi peluh dan sakit kaki naik komuter.


TAK SUKAAAAAAAAAAAA !!!




Notakaki: Cipan betul adik aku privatekan blog dia. Macam mana aku nak jalankan OPS STALK aku ni ???

Thursday, January 28, 2010

Cerita zaman sekarang.

Lepas layan A7X, kepala aku rasa ringan sikit untuk menulis. Hari ni memang penat. Ditambah dengan aku tak cukup tidur sebab berjaga pukul 4 sampai 6 tengok United vs Manchester City.


Nasib baik menang oh. Berbaloi sikit pengorbanan tidur aku tuh. We're going to Wembley !


Wembley, Wembley, we're the famous Man United and we're going to Wembley ~


Ni la Wembley Stadium. Lagi satu stadium yang tak dapat dipisahkan dengan United. ;D


Selingan kejap.


Harapan menggunung pagi tu untuk segalanya berjalan lancar dan tanpa sekatan. Walaupun aku tau jauh di lubuk hati ianya tak mungkin, tapi ku harapkan juga. Harapan hanya tinggal harapan.


Saat itulah mulanya otak aku merasakan ruang di dalam tempurung kepala ni sangat sempit. Ditambah dengan meningkatnya intraocular pressure, kepala ni seolah-olah mahu meletup ! Dan kelakuan manusia-manusia yang susah nak membuat keputusan di saat genting tidak membantu emosi aku untuk terus berada dalam keadaan stabil.


Aku tak faham.


Soalan mudah. Tak perlu menggunakan formula algebra, mahupun perlukan statistik dikira.



Hanya perlu jawab, YA atau TIDAK.


Akhirnya, emosi menguasai diri. Kata-kata yang tidak boleh ditarik balik dikeluarkan. Mangsa keadaan menerima padah.


Aku hanya perlukan maafku diterima.


Dan, kelakuanku dilupakan......


@@@


Proses pembesaran, dari tadika sehingga sekolah menengah, aku dikelilingi oleh pelbagai kaum dan berlandaskan agama yang berlainan. Cina, India, Kristian dan Buddha majoritinya. Bangsa dan agama lain-lain pun ada sekali, tapi aku tak tau pulak apa nak namakan (sebab aku tak pernah tanya).


My point is, I've grown in a harmonious multi(racial+religion) environment. And I'd like to keep it that way till the day the world ends.


Gambar hiasan


Jadi janganlah pergi rumah ibadah agama lain, main letup-letupkan atau letak kepala babi !!!

Wednesday, January 27, 2010

8760 days old.

Sekadar gambar hiasan. Ni bukan kek aku...


Ok, this is it. Hari yang ditunggu telah tiba. 27 Januari 2010. Tarikh keramat yang menukarkan aku dari 23 ke 24.


Peh. 24 tahun dah aku hidup. Lama tuuuu...


Sejujurnya, aku takut untuk menghadapi hari lahir. Kenapa ?


Bukankah hari tu adalah hari istimewa ?
Bukankah hari tu hari untuk aku boleh buat ikut suka hati ?
Bukankah hari tu kau boleh makan kek banyak banyak sampai muntah ?


Tapi disebalik kegembiraan, ada ketakutan. Takut dengan realiti. Realiti yang membuat kau berpijak di bumi yang nyata dan apa yang kau lihat tak seindah apa yang kau pernah lihat masa berumur 5 tahun.


Masa tu memang tiada ketakutan. Hanya kegembiraan terpancar di muka birthday girl tatkala mahu meniup lilin dan memotong kek harijadi dengan disaksikan rakan-rakan dan cikgu-cikgi di tadika.


Masa tu semua indah belaka. Makan kek, bergambar, main musical chair apa semua, bagi party pack kat classmates. Memang bahagia !


Tapi sekarang, semua sudah berubah. Macam yang aku tulis dalam post Tahun Baru ni, banyak benda nak kena fikir bila dah menginjak ke alam dewasa. Not everyday is your leisure day. Not anymore.


Aku belum rasa lagi macam mana hidup di luar rumah. Hidup berdikari. Hidup di atas kaki sendiri.


Ya, selama 24 tahun aku hidup belum sekali pun aku pernah hidup berdikari. Maksud, aku tak pernah tinggal rumah dan duduk di asrama, rumah sewa dan sebagainya. Takat tinggal dua tiga hari kat bilik hostel member tak kira.


Anak manja ? Jauh ayam panggang dari api.


Jadi, sempena hari kejadian (as Faid called it) ke-24 ni, aku wish dapat hidup berdikari sebelum meninggalkan dunia pelajar aku.


Nak duk mana ?


SABAH ?!?!


*faint*

Thursday, January 21, 2010

Ketidakseimbangan emosi

Sebagai manusia tak kisah la dia tu berpangkat atau tidak mesti ada hak. Hak sebagai ibu bapa, hak sebagai anak, hak cikgu, hak murid, hak pemimpin, hak lelaki, hak perempuan...you get the drift. Dan hak tersebut perlu dihormati untuk menjamin kerukunan sesebuah institusi.


Bayangkan hak kau sebagai seorang pelajar dirobek dengan buas oleh orang yang tidak bertimbangrasa. Apa kau rasa ?


Geram, marah, bengang, pissed off, meluat ? Dah tentu.


Tapi apa yang kau boleh buat kalau bila emosi kau dalam keadaan tak seimbang begitu ? Jawapan dia, tak ada apa-apa. Maksud, tak ada apa-apa yang boleh mendatangkan faedah sejagat. No win-win situation la.


Buang masa je kan nak marah-marah semua ni ? HAHAHAHA. (Aku tengah tengok cermin)


Jadi, apa kita boleh buat ialah jiwai emosi amarah tu buat seketika. Kemudian, tenangkan perasaan. Duduk ke bersila ke sumbat cekelat dalam mulut, kunyah kuat-kuat ke, SUKA HATI. Lepas dah tenang sikit, mulakan operasi brainstorming, iaitu operasi mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kembali hak masing-masing.


Cakap senang oh tapi nak buat kemain susah !


DUH. Mana ada benda yang senang dalam dunia. Semua kena ada usaha. Tak ada usaha mana nak dapat. Pfft, korang ni.


Sekarang ni susah sebab ada dinding penghalang yang dengan tidak sengaja menghalang perjalanan aku yang smooth sailing ni. Biasalah. Harapkan cerah sampai ke petang, tiba-tiba tengahari awan mendung datang, petang hujan lebat pula. Aku pula lupa sediakan payung. Akhirnya......


BASAHHHHH !


Tapi harap dinding tu takde la susah sangat nak overcome. Unless dia ada letak duri. Eh, kejap. Apa aku merepek ? -___-"


Berjuang sebelum mengaku kalah. Ke....bertindak mengikut arahan ?


Heih..di persimpangan dilema !

Wednesday, January 20, 2010

Tukarrrrr

Ooooooo dah tukar url address. Hahaha.

Nak cakap tu je. Blog ni dah tukar url address dari bilajariberkuasa ke gajahkartun. :D

Tuesday, January 19, 2010

Ni bulan Januari.

Aaahhhhh..semester baru dah bermula semalam, tapi kelas belum mula lagi secara official. Macam biasa, sebelum semester start dah dengar khabar angin yang tak berapa memberangsangkan untuk didengar. Tapi takpe lah. Tu lain kali cerita. Kalau cerita sekarang mesti sakit hati.

Dah masuk tahun 2010. Azam, resolusi apa benda semua tu tak ada. Sebab dari kecil aku dah berazam tak nak berazam bila tahun baru tiba. Setakat ni azam tu je lah yang berjaya aku laksanakan. Dan tak terfikir pun nak perbaharui. Hehehe. Kita kena realistik. Kalau rasa tak mampu nak buat dan capai, baik takyah pasang angan-angan. Jangan berangan mat jenin. Realistic people, realistic !

Masuk tahun ni juga aku akan menjejak ke alam baru. Alam apa ? Alam 24 tahun. Haha. Tapi belum lagi la. Ada lagi beberapa minggu sebelum aku dengan rasmi berumur 24 tahun. Nak tau bila pi tengok kat Facebook.

Takut jugak bila umur dah mendekati alam dewasa (sekarang belum dewasa lagi, baru young adult). Masa dewasa ni la dah mula banyak beban yang duduk atas bahu tanggungjawab. Dah tak boleh enjoy enjoy, fun fun semua. Setiap perbuatan atau keputusan menentukan masa depan. Tersilap langkah je, padah la. Heihh.. Mengeluh pun tak guna. Sampai bila nak tersekat jadi remaja je kan ? Sampai satu tahap kena la berubah.

Banyak cakap. Stop addiction kat Facebook tu dulu baru boleh berubah. :p

Sekarang dah kena fikir pasal masa depan. Pasal keluarga. Pasal kerjaya. Pasal hidup. Banyaknya nak kena fikir !!!

Jom layan lagu rock dulu lah. Release tension dulu sebelum kembali ke alam realiti. ^_^