Tuesday, June 30, 2009

Pilihanraya Manek Urai.

Tak ada kene mengena pun. Haha.


Satu buat aku tak suka bila berada dalam persimpangan dilema ialah bila terdetik dalam diri kita 'Betul ke apa yang aku pilih ni ?'.


Memang sucks. Sebab kita manusia hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalanya. Walaupun kita pasrah dan tawakal dengan pilihan yang di buat, persoalan tu mesti akan tiba tanpa diundang. Ok scratch that. Persoalan tu selalu tiba apabila diundang. Silap aku di situ.


Hidup ni sentiasa memerlukan kita untuk buat pilihan. Hari ni nak pergi kelas ke tak nak, perlu ke tak beli baju hari tu nampak kat Pyramid, nak siapkan ke tak nak report ni, _______________, ________________. Sila isi tempat kosong.


Lagi satu benda, akibat. Akibat daripada pilihan yang kita buat. Sama ada baik atau buruk. Baik tu tak ada hal lah. Dah nama pun baik, siapa yang tak suka betul ? Buruk tu yang mendatangkan mudarat pada diri. Bila dah tersilap catuan apa lagi, suka atau tak terpaksa terima akibatnya. Tapi amalkan pemikiran macam Friedrich Nietzsche,

What doesn't kill us makes us stronger

Dari pilihan yang buruk kita dapat belajar mengenai kehidupan. Kalau kita tak buat silap macam mana kita nak tau benda tu salah kan ? Cuba semua tapi dengan batasan. Jangan main hentam keromo je. Silap hentam masuk penjara pula. Tu boleh bla lagi. Kalau masuk neraka ? Nauzubillah.


Tolong jangan masuk neraka. Dah cukuplah kawan syaitan dalam tu.


Aku dah lalui keadaan di persimpangan. Apa yang aku harap jalan yang dipilih cerah sentiasa, tak berbatu atau berliku, dan di tengah jalan ada jejaka Jepun menunggu aku untuk sama-sama sampai ke penghujung. Heeheee.


Once our sacred ring of trust is broken, it can never be mend again.


Tolong lepaskan. Let the memory fade away.


Be strong ! Be strong ! Be strong !


Ganbatte ne Azurina-chan. (suara KimuTaku)


*drools*


Monday, June 29, 2009

Hari terakhir.

Esok hari terakhir kelas memandu. Dan aku malas nak pergi. Hahahahha. Tapi kene pergi juga sebab aku nak dapat lesen cepat-cepat.


Dah lah esok kene pergi Gombak. Gila jauh ! Dan mungkin aku dijangka akan tersekat lagi dalam kesesakan lalulintas dalam perjalanan pulang. Bayangkanlah, pukul 5 ke atas adalah waktu puncak orang kerja balik. Kelas aku pukul 3 mula. 3 jam. Dah tentu pukul 6 tamat.


Tapi dapat lesen cepat pun bukannya ada kereta nak dipandu. Ahh pedulikan. Bila lesen dah ada aku akan cari akal untuk dapatkan kereta untuk dipandu.


Dah seminggu tak bawa kereta. Masih ingat lagi macam mana ? Hehehe.


Kereta pertama aku confirm auto. Pecah kepala guna manual !

Nenek yang ku panggil Atuk.

Lama meninggalkan blog ni. Aku balik kampung di Johor untuk tolong bersihkan rumah Atuk kat Pontian. Sambil-sambil melawat Atuk juga.


Penaaaaaaaat tau ! Tapi sebenarnya kerja aku tak adalah berat sangat. Takat lap lap bersihkan habuk yang melekat atas bingkai gambar. Cuma kepanasan tahap membara yang buatkan aku rasa letih sangat. Pontian tak ada api.


Faham tak api tu apa benda ? Orang Johor panggil elektrik, api.


Masa nak balik Atuk lain macam sikit. Dia ingat semua orang nak balik KL, padahal semua nak balik semula ke Kulaifornia.

'Atuk nak duduk kat sini sorang ke ?' Aku
'Ha'a lah..' Atuk
'Ish, takkanlah nak tinggalkan Atuk sorang kat sini. Kita semua nak balik Kulai.' Aku


Atuk dah tak berapa kuat ingatan dia. Sedih aku tengok muka Atuk.


Di Kulaifornia, Atuk terbuang air besar atas katil. Yang membimbangkan kami ialah warna najis hitam. Lepas kejadian tu aku tengok muka Atuk sugul je. Anak-anak dia tanya pun dia tak jawab. Diam seribu bahasa. Suasana dalam rumah bertukar menjadi suram. Sesekali terdengar suara gelak tawa penghuni dek kerana kerenah Sari, pembantu Aunt Chon yang agak pelik. Mungkin entri lain aku ceritakan pasal minah ni. Sepanjang petang Atuk tidur. Atuk ingat dah waktu malam. Bila malam dia ingat siang. Atuk dah tak tau nak bezakan siang dan malam.


Aku salam dan cium Atuk sebelum kami bertolak pulang. Aku baru nak tarik tangan, Atuk minta maaf jika dia ada buat salah atau sakitkan hati. Pantas kelenjar air mata aku menjalankan tugas. Hati aku jadi sebak. Aku potong cakap Atuk dan beritahu dia aku yang patut minta maaf.


Sejak semalam aku jadi risau. Risau kalau-kalau sesuatu terjadi. Kalau boleh aku nak berada dekat dengan Atuk sekarang. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.


Mak, jom balik Johor lagi.

Friday, June 26, 2009

Kembali kepadaNya.

Pernah tengok Thirteen Ghosts ?


Sekarang ni perasaan aku sama je macam pelakon-pelakon dalam cerita tu. Ok, tolak part ada hantu hantu tu.


Walaupun dalam rumah tapi hati aku tetap tak tenang. Aku bagai terkurung dalam rumah sendiri. Apa sebabnya ? Maaf, aku tak dapat kongsi di sini.


Tak pernah aku alami perasaan takut berada di dalam rumah sendiri macam aku alami petang tadi. Namun, aku bersyukur kerana penghuni rumah ni tak mengalami apa-apa. Terima kasih Allah kerana melindungi hambaMu ini.


Pengajaran untuk aku. Janganlah lalai dalam menunaikan kewajipan kau kepada Tuhan. Seandainya kau mengalami kesukaran, kembali kepadaNya. Nescaya Dia akan melindungi kau. Dan sekiranya kau memperoleh kesenangan, jangan sekali-kali kau melupakanNya.


Sujud kepadaNya.


Rintih kepadaNya.


Dengan hati yang ikhlas dan tawaduk, Dia akan makbulkan doa hambaNya.



Ya Allah. Tetapkan hati dan imanku. Amin.

***

Kadang-kadang aku perlu mengingatkan diri aku mengenai Pencipta aku. Apa salahnya kalau aku tulis di sini untuk mengingatkan korang sekali. Tolong jangan salah faham entri ni.


Jom solat Maghrib !

Thursday, June 25, 2009

Hari pulau sedunia.

Aku tengah pelik. Minggu ni minggu ke pantaikah ?

Kejap.

Minggu ni Pulau Redang ada buat tawaran hebat ke ?


Berdasarkan pemerhatian aku di Facebook, ramai pula kawan aku yang akan ke sana hujung minggu ni. Tak ketinggalan Langkawi. Pelik seh. Kenapa semua nak pergi ke pulau-pulau peranginan ni ?


Entri dengki semata-mata. Tapi aku pun tak duduk rumah hari minggu ni. Nak balik Johor jumpa Atuk. Ngeeeee ~


Tapi kene siapkan report.


Benci.

Wednesday, June 24, 2009

Penukar. Betulkah ?

Hari ni aku tau memang ramai yang menunggu. Sampai ada yang sanggup ambil MC daripada kerja dan lagi teruk, ponteng sekolah.


Aku seperti juga warga kotaraya yang lain tak ketinggalan untuk turut serta dalam hype hari ni. Dan ternyata, memaaaaaaaaaaang berbaloi !


Terutamanya masa bahagian besi keleting keletung. Peh, memang aku terasa nak melompat-lompat saat tu juga. Bila tamat, aku memang melompat. Ha ha ha.


Semua ni takkan terjadi jika Doreen dan Kamila tak ada tiket lebih. Thank you so much Doreen and Kamila !


Sekarang, siapa nak bagi aku Camaro kuning ?





Notakaki: Doreen dan Kamila adalah orang yang tak dikenali. Mereka tiada hubungan terus dengan aku mahupun ahli keluarga aku. Tapi mereka memang baik hati. :)

Tuesday, June 23, 2009

Mana satu nak pilih ni ?

Sudah tibakah masanya untuk membuat keputusan ?



Nak....................

ke

tak nak.................?



Ok. Kalau umur masih panjang, akhir minggu ni keputusan akan dibuat.

Monday, June 22, 2009

Lethargic sangat.

Selalunya, akan terlintas dalam kepala aku apa entri yang aku nak tulis. Tapi dengan penuh sombong aku tak tulis kat mana mana sebab bagi aku otak aku masih kuat lagi untuk mengingati perkara remeh macam ni.

Tapi bila aku nak tulis balik mesti aku blank. Tak tau apa aku nak tulis. Jadi, aku mulalah merepek meraban dalam ni.



Malam ni tak nak lah buat macam tu.



Esok ada sambutan 10 tahun UNiSEL kat kampus utama. Aku akan turut serta. Tak pernah aku jejak kaki kat sana.



Hari esok bermula seawal 6 pagi.


Yosh !

Friday, June 19, 2009

Cubaan pertama. GAGAL !

Jari-jemari aku sakit dek kerana Ayano.


Perhatian ! Sesiapa yang tau bagaimana nak load filem dalam Diana F+ sila emel aku di elephantoons@yahoo.com.my.


Aku dah letak filem tapi dah nak dekat sampai nombor 1 tu dah tak boleh nak pusing. Kenapa eh ? Filem tu dah ter-expose pun. Aku duk bukak tutup betulkan kedudukan banyak kali.


Pening otak aku. Tambah lagi satu benda yang memeningkan. Heih.


Tak baik mengeluh. Tuhan tak suka.


Ok tarik balik.

Thursday, June 18, 2009

6+1 = 7.

Maafkan aku. Aku berfikiran pendek. Tidak menimbang segala pro dan kontra. Aku kaget kerana takut kehilangan kau.


Namun, aku sedar semuanya tak semudah seperti yang kita harapkan.



Jalan penyelesaian ?

Kami berserah kepadaNya. Walaupun kami dah berusaha dan masih lagi berusaha. Aku redha. Kami redha.



Namun, perjalanan masih jauh. Kami baru memulakan perjalanan.

Doakan kami.

Amin.


***

Maaf sekiranya entri aku tak selesa untuk dibaca. Aku dalam mood yang sangat down kerana terlalu banyak perkara yang terjadi dan perlukan perhatian minda dan jasad aku.

Disini saja tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati.

The angel from my nightmare.

I should have updated last night. But depression came out of nowhere and without a warning. Nothing came across. Plus, I was too tired from my driving lesson. I was driving around busy neighborhoods for two straight hours !

***

Please, I need you now. And forever.



I am the trophy.

But it seems you have lost interest in the game.

And in the end, no one wins.

The trophy just sat on the shelf.

Alone.



I am very vulnerable. Guess I wasn't strong as I thought I was.



Yes. It lasted till this very date.

















The L word.

Tuesday, June 16, 2009

Entri kambing.

Ye, tak habis lagi.

Kenapa aku asyik nak cerita pasal kambing ? Sebab masa kecil adik aku ada cakap dia tak nak naik kuda tapi nak naik kambing. Sangat random dan buat aku akan ingat sampai bila-bila.

Minta perhatian. Adik aku dari kecil skru dia longgar. Terbawa-bawa sampai ke besar. Hahahahahahahha.

Apa kena mengena ? Aku tak faham.

Dah tak payah faham. Golongan cendekiawan je yang boleh faham.


Aku faham keadaan sunyi tu sebab aku mengalami situasi yang sama. Tapi itu tak bermakna kita perlu menurut kepada nafsu dan perasaan semata-mata. Dua-dua tu tak penting sangat sekarang. Banyak lagi perkara penting yang perlu didahulukan. Muka aku belum lagi masuk frontpage Utusan bawah tajuk 'Azlina terima Anugerah _______'. Sila isikan tempat kosong.


Jangan selfish. Aku benci.

Dan sekarang aku suka dalam benci.

Arghhhhh bencinya !

Monday, June 15, 2009

Boling alley.

Pagi Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Sebab hari tu aku ada date dengan Nino (bukan nama sebenar). Malam sebelumnya (atau malam kelmarin aku tak berapa nak ingat dah), Nino ajak aku keluar. Jadi, pagi tu aku ponteng aktiviti mingguan kelab boling. Aku tulis pagi sebab masa ni tingkatan dua ok. Sekolah sesi petang. Hari minggu kena duduk rumah. Mak tak bagi keluar.

Nino jumpa aku depan tempat boling. Aku ajak kawan aku teman, tapi dia dengan baik hati suruh aku pergi sendiri, baru romantik kata dia. Kitorang pergi makan McD. Masa ni kira McD yang paling handal untuk bawa pergi makan. Belum mampu lagi nak pergi Secret Recipe, Chilli's bagai semua. Mak bapak masih support. Sekarang PTPTN support.

Beberapa minit lepas tu dia ajak pula kawan dia, S, jalan dengan kitorang. Dalam hati aku dah mengutuk. Tadi aku nak bawa kawan dia tak kasi. Ni dia pula bawa.

Jalan punya jalan punya jalan, kitorang masuk Tropicana Life. Aku mengekor je lah. Berdirilah aku macam tunggul kayu kat depan pintu kedai sebelah tempat display wallet yang hip dan happening zaman tu. Tiba-tiba Nino suruh aku pergi kat kaunter. Katanya amoi tu nak jumpa. Dengan lurus bendul aku pergi. Amoi tu minta tangan aku dan dia pakaikan gelang warna hijau lumut ada manik-manik kuning dan merah. Aku yang bodoh-bodoh ni pun iakan je lah. Lepas tu aku pergi kat Nino dan S.

'Awak beli untuk saya ?' kata aku dengan penuh rasa teruja.
'Ha. Suka tak ?' Nino.
'Suka. Thanks.' balas aku.

Dalam blur blur Nino ni pandai juga dia ambil hati perempuan. Bertambah cair hati I, you !

S beritahu aku dia dah couple dengan K, kawan aku. Tepat-tepat sehari selepas Nino dan aku. Dalam fikiran aku, desperate betul budak ni. Kawan ada couple, dia pun kena ada juga ke. Tapi aku macam biasa, stoic kan muka ku. Nino pun. Sebab dia dah tau. Ha cepat buka kamus cari makna stoic tu apa.

S tak puas hati bila aku tak percaya. Dia bawa aku pergi telefon awam terdekat dan dail nombor rumah K. Tapi aku tau masa tu K ada kat dalam bangunan yang sama. Aku biar jelah dia telefon K.

Dipendekkan cerita, aku, Nino, K dan S lepak sama-sama. Aku jalan dengan K, Nino jalan dengan S. K cerita kat aku pasal S. K cakap dia tak tau nak jawab apa masa S tanya dan automatik dia terima. Haha. Gila betul.

Yang kelakarnya, si S ni tiru cara Nino buat awal-awal tadi. Tapi dia tak pergi Tropicana Life. Dia pergi Vincci. Bajet up lah tu. Tiru habis aku cakap ! Sungguh tak original. Padan lah suhu badan K maintain 37 darjah Celcius.

Gitu gini gitu gini date kitorang pun tamat. Sebab Nino nak pergi main CS kejap sebelum pergi sekolah. Dia memang kemaruk CS masa ni. Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak pergi 15 main CS. Heih. S buat muka tak puas hati sebab Nino tarik dia sekali.

Bila lelaki-lelaki dah tak ada, aku dan K mula sesi gossip. Hahaha. K cakap dia tak suka pun S. Tapi terpaksa terima sebab dia kesian. Adoi ! Kalau S tau ni mesti dia malu yang teramat nak datang sekolah.

Kami berempat satu kelas. Menarik bukan ?

****

Sampai sekarang aku suka ingat date ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab gelang hijau lumut tu. Ya, gelang hijau lumut.

Kami bertahan tak lama. 2 minggu je. Sama jangka hayat dengan gelang hijau tu. Kihkihkih. Masa tu budak-budak kan. Cinta monyet. Tapi sampai sekarang aku sayang dia. Tapi hanya sebagai kawan.

Selalunya aku teringat date ni sebab perkataan boling. Dan hari ni memang banyak boling tu keluar.

Sebab tu wujudnya entri ni. Layankan je lah.


Notakaki: Kisah S dan K tu mungkin lari sikit dari keadaan sebenar. Aku tak berapa ingat. Tak kuasa nak ingat pun.

Sunday, June 14, 2009

Kasihan Abah.

Hari ni aku kesian tengok Abah. Sepatutnya hari minggu terutamanya hari Ahad ialah masa untuk dia lepak-lepak, dengar kicauan burung, hisap rokok keluarkan asap kepul-kepul.

Tapi. Masa untuk dia buat semua tu terpaksa cancelllllll. Masa Abah terisi dengan membetulkan paip kat tandas bilik dia sebab dah patah. Sinki terpaksa dikeluarkan dan digantikan sementara dengan kepala paip. Mungkin sampai masa untuk kami berpindah baru dipasang semula sinki tu. Huehuehue.

Jadi sekarang bilik air tu dah jadi old school sikit. Rasa macam kat rumah Atok di Pontian pula. Memudahkan sikit lah untuk berwuduk. Ehem. Dan rasa luas sikit nak gerak.

Nak tau punca sebenar kenapa Abah tak dapat lepak ?

Fikirlah sendiri.


































Ni lah padahnya kalau suruh yang berkenaan buat kerja. Sampai luka-luka jari. *peace*

Saturday, June 13, 2009

Kambing.

I have been stood up. Tak ada ilmu punya kambing. Kau apasal tak nak pergi sekolah dulu ?

Kasi boo sama diaaaa. BOOOOOOOOO!



Aku tak kecewa. Tapi. Aku. Sangat. Geram. Dan. Rasa. Diperbodohkan.

Sebenarnya, kau yang rugi. Sebab tak dapat jumpa aku. Kahkahkahkah. Serius. Kau rugi doh. Aku dah bagi peluang kau sia-siakan.

Lepas ni, ayat kambing busuk mana pun kau bagi minta maaf lah bang. Aku tak layan. Ambil semua ayat-ayat sampah kau tu campak dalam laut biar tenggelam di dasar laut. Harap-harap tak akan timbul ke permukaan lagi.







Bunyi macam marah je ?

TAK PUN !

Friday, June 12, 2009

Aku dan Ayano.

Cara pembungkusan yang sangat berkesan. Tapi berpeluh aku nak buka. Sebab dah tak sabar.


Jeng jeng jeng. Hasil daripada titik peluh aku. Hikhik.
Yang kanan: Lomo Notebook. Cool kan design ?
Yang kiri: nama asal Diana, nama baru Ayano. Comel kan ?



Satu lagi tarikh bersejarah.

12 Jun 2009. Detik perkenalan aku dan Ayano.

Ayano. Hasil gabungan perkataan 'Aya' dan 'no'. 'Aya' bermaksud warna atau rekabentuk, 'no' bermaksud kepunyaan. Bila digabungkan ia bermaksud warna saya atau rekabentuk kepunyaan saya. Memang sesuai dengan ciri-ciri baby baru aku ni.

Korang dah tengok macam mana rupanya. Kalau lupa, klik sini.

Sekarang perasaan teruja memang memuncak dalam diri aku. Malangnya, perasaan tersebut tak dapat untuk dipuaskan buat seketika. Filemnya belum dibeli. Kenapa aku tak order sekali hari tu aku tidak tau. Akhirnya, terpaksa memendam perasaan dulu sementara filem sampai ke tangan.

Aku nak cuba guna filem 120 dulu. Tak kenal maka tak cinta. Harap-harap jatuh cinta lah. Heehee.

OK, terima kasih lomokids.SHOP ! Kepada yang berminat, jangan teragak-agak untuk order dari mereka. Servis mereka tip top !

Thursday, June 11, 2009

Zon sekatan.

Hidup mesti ada sekatan. Tanpa sekatan manusia bebas melakukan sesuka hati tanpa memikirkan akibat.










Tapi hidup yang terlalu disekat mendatangkan tekanan menuju puncak.

Aku berada di dalam zon itu.

Wednesday, June 10, 2009

Syaitan bertopengkan manusia.

Hidup tanpa tujuan. Bayangkan hidup kau macam tu. Kejap, aku pun nak ikut sekali bayang juga.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tak best kan ? Mesti rasa macam nak bunuh diri.


Iklan kejap.

'Kau nak kerja kat T***** T*** ke ?' Ella.

'Ha'ah' Aku

'Half-time eh ?' Ella.

'Huh ? Part-time lah bijak !' Aku

Mari kita gelak ramai-ramai. Hahahahahahahahahahahahahahahhahaha. Adik aku memang bijak pandai cerdik dan genius !

Aku nak cerita pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan perkara-perkara di atas.

Masalah utama aku yang paling besar sekarang ialah pengangkutan. Disebabkan oleh seorang pemandu teksi syaitan, aku diharungi perasaan takut dan paranoid untuk menggunakan perkhidmatan awam itu. Jadi, dengan perasaan itu aku menjalani perintah berkurung dalam rumah sehingga aku mempunyai lesen. Sucks wehhhh terperap dalam rumah je !

Bahaya dunia sekarang ni. Pepatah Melayu berbunyi 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya' memang sesuai diaplikasi pada abad ke-21 ni. Sekarang perempuan pun dah pandai jadi jahat. Dulu lelaki je. Sekarang ramai perempuan bertudung tapi bukan untuk menutup aurat. Dulu perempuan bertudung betul-betul sebab nak tutup aurat dari pandangan bukan mahram. Manusia, manusia.

Di dada akhbar sekarang kita boleh lihat banyak kes rogol berlaku. Yang terbaru berlaku di kawasan perumahan aku sendiri dan mangsa ialah kawan sekolah adik-adik aku. Begini cerita dia.

Dina (bukan nama sebenar) mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang berada di SS15.

'Dina, what time are you coming here ?' Kawan A.
'I'm on my way there. Chill lah. Tengah tunggu cab ni' Dina.
'Ok. We'll wait for you' Kawan A.

Dina ternampak kelibat teksi berwarna merah putih dari jauh dan menahan teksi tersebut.

'SS15 please.'

Pemandu berbangsa India itu mengangguk dan menggerakkan kenderaan. Selepas beberapa ketika, Dina menyedari pemandu tersebut membawanya ke arah yang berlainan.

'Excuse me. You salah jalan lah. 15 is on the other side.' Dina
'Ye saya tau. Saya mau pergi ambil barang sekejap.' Pemandu keparat
'Turunkan saya depan sana je lah.' Dina
'........' Pemandu keparat

Pemandu tersebut tidak menghiraukan arahan Dina dan terus membawa Dina tanpa sepatah perkataan. Dina telah mengesyaki perkara yang bukan-bukan dan terus mendail nombor Kawan B yang telah diletakkan dalam speed dial. Disebabkan takut diapa-apakan, Dina berpura-pura duduk diam. Pemandu tersebut membawa Dina ke arah Shah Alam.

'You buka baju sekarang.' Pemandu keparat
'Tolong lah. Jangan buat apa-apa pada saya. Saya boleh bagi you duit dan handphone ni.' Dina
'Diam, jangan cakap banyak ! Buka baju you sekarang !' Pemandu keparat

Setelah di bawa meronda di TTDI Jaya, Dina dibawa pula ke Kelana Jaya. Pemandu tersebut memberhentikan kereta di tepi kawasan sebuah kondominium. Di situlah Dina dirogol tanpa belas kasihan oleh pemandu teksi keparat. Selepas dirogol, Dina ditinggalkan di tepi jalan.

Beberapa jam kemudian, Dina dijumpai oleh anggota polis. Turut bersama mereka ialah kakak Dina yang telah dimaklumkan oleh Kawan B mengenai perbualan Dina dan pemandu keparat di dalam teksi.

Ha macam tu lah ceritanya. Bila baca mesti korang pun rasa takut dah nak naik teksi. Bagi perempuan lah. Lepas dengar cerita ni dari adik-adik aku, memang aku jadi takut gila nak tahan teksi. Yelah, benda ni berlaku dalam kawasan perumahan aku. Cuak tak cuak lah !

Budak tu cuba untuk larikan diri tapi tak dapat sebab teksi tu dah dikunci guna central lock. Jadi dia tak dapat nak buka pintu. Dan mungkin kawan dia lambat bertindak dan tak sempat polis nak selamatkan dia.

Pemandu keparat tu dah pun diberkas. Kena tangkap dalam Subang Jaya juga. Macam haram kan ? Mesti tengah cari mangsa seterusnya. Dia ingat buat dosa ni boleh lepas ke dari pandangan Tuhan. Sorry lah bro. Tuhan takkan lepaskan orang macam kau macam tu je. Walaupun kat dunia kau dapat hukuman tak setimpal, tapi kau tunggu lepas kau mampus. Tu pun kalau kau tak sempat nak bertaubat lah. Kalau dapat kat aku lah jadi penguatkuasa undang-undang, orang macam kau ni memang aku terus jadikan makanan harimau kat Zoo Negara tu, kau tau tak !

Maaf, aku terlebih emosi pula.

Walaupun sebelum ni aku pernah dengar kes-kes rogol oleh pemandu teksi, aku tak ambil pot sangat sebab tak jadi dalam kawasan di bawah radar aku dan tak jadi pada orang yang aku kenal. Tapi budak ni dah lah duduk kawasan perumahan sama, adik-adik aku kenal, kira dekat lah juga dengan aku.

Kepada sesiapa yang baca artikel (?) ni, aku sertakan sekali langkah-langkah persediaan untuk naik teksi.

1. Usha pemandu dan teksi tu. Agak-agak teksi nampak dalam keadaan terbaik, bersih apa semua. Pemandu pula jenis pakai uniform butang sampai atas.

2. Test keberkesanan pintu supaya bebas dari child lock. Kalau tak tau apa tu buat macam ni. Lepas tutup pintu tu kau cakap kat pemandu tu, 'Eh kejap. Ada barang terjatuh !' Kalau pintu tak boleh buka alamatnya dah masuk perangkap.

3. Ambil gambar pemandu dan MMS kepada kawan/ahli keluarga beserta dengan nama dan nombor pendaftaran teksi. Kalau dia tak nak, cari je teksi lain.

4. Letak nombor telefon balai polis berdekatan dalam speed dial. Lepas buat langkah 1-3, bersedia untuk menekan butang telefon hijau.

Sedikit sebanyak tips-tips yang boleh diberikan kepada pembaca sekalian. Nampak remeh tapi ia berbaloi sekiranya anda terselamat daripada perangai syaitan mereka. Tapi, yang paling penting sekali ialah naluri hati korang. Kalau rasa lain macam je lepas usha pemandu tu, lupakan lah niat nak naik teksi dia. Berlambak lagi teksi kat Malaysia ni. Apa yang penting ?

Maruah dan keselamatan anda.


Notakaki : Cerita tu sebahagian isi aku tokok-tambah. Tapi keseluruhan cerita lebih kurang macam tu lah kisahnya.

Notakaki 2 : Jangan label sesuatu kaum di sebabkan salah seorang melakukan kesalahan. Label individu tersebut sahaja. Ingat, syaitan tak kenal kaum bila menghasut.

Tuesday, June 9, 2009

Mata pedih.


Sabtu lepas aku ada ujian Undang-undang. Alhamdulillah, aku lulus dengan 44 markah. Lesen P, lagi sikit je aku akan menawan kau ! Hahahaha.


Satu hari suntuk kerja aku depan laptop ni. Pedih mata dah. Nak tau apa aku buat ?

Klik sini. Kalau nak komen, sila komen. Kalau tak nak, lantak kau lah.

Kebencian.

Entri kali ni aku nak senaraikan sebanyak mungkin perkara-perkara yang aku benci. Kalau rasa-rasa korang tak sanggup nak baca boleh lah bergerak ke laman sesawang yang lebih kurang berfaedah. Atau lebih senang, klik saja butang berwarna merah dengan huruf X berwarna putih. Terima kasih.


1. Aku benci bila balik rumah tak tau nak buat apa. Sebab akhirnya aku akan menghadap laptop juga. Dan menghadap laptop tanpa arah tujuan adalah satu perkara yang meletihkan mata.

2. Aku benci bila perut aku kenyang rasa mengantuk datang dengan pantas.

3. Aku benci bila orang merokok atau pegang rokok sesuka hati dan asap rokok tu masuk dalam sistem kardiovaskular orang yang tak merokok. Dengan tak semena-mena mereka yang tak bersalah ni mendapat risiko tinggi untuk mati lebih cepat daripada perokok-perokok tegar tersebut. Selfish !

4. Aku benci bila orang potong cakap. Lagi aku benci bila tengah nak cakap pasal benda penting, dia tanya benda remeh macam...macam-macam lah!

5. Aku benci kawan pilih bulu. Kau ingat lifestyle kau macam tu dah cukup bagus ?

6. Aku benci bila pekerja kedai mengekor belakang pelanggan macam belangkas. Ingat kitorang nak curi ke ? Puh-leaseeeee. Apa barang curi-curi. Rompak terus !

7. Aku benci bila aku benci orang.

8. Aku benci bila orang buat benda yang aku dah bagitau aku tak suka. Lepas tu bila aku buat dunno baru terhegeh-hegeh macam sampah nak minta maaf. Pigidah !

9. Aku benci bila aku tengok ruang komen aku kosong. Ha ha ha.

10. Aku benci bila abang aku menderita dan aku tak mampu untuk buang penderitaan dia. :(

11. Aku benci bila orang anggap mereka kenal siapa aku dan mula meletakkan pelbagai label terhadap diri aku. Tapi hakikat sebenarnya, aku dan dia tak pernah mempunyai satu perbualan yang bukan sekadar 'Hello, apa khabar ? Apa cerita sekarang ? OK bye'.

12. Aku benci bila aku terlebih cakap. Sebab bila jadi macam ni banyak benda bodoh yang keluar dan mungkin akan menyinggung perasaan orang sekeliling.

13. Aku benci bila orang suruh aku jalan dulu. Sebab aku tau kalau aku buat silap dia mesti tak ulang kesilapan tu dan akhirnya dia punya je perfect. Selfish !

14. Aku benci bila lelaki gunakan ayat-ayat cliche untuk mengorat perempuan. Sebagai contoh, 'Hai, boleh berkenalan?' atau 'Cantik awak punya gambar. Yelah muka dah cantik.' Tak berilmu langsung !

15. Aku benci bila bekas teman lelaki cakap 'I miss you' tapi belakang cerita tengah usha perempuan lain. Ni lagi satu tak berilmu !

16. Aku benci bila orang tak ada pendirian. Tapi kadang kala aku benci juga orang atas pagar.

17. Aku benci hipokrit. Siapa tidak, ada betul ?

18. Aku benci orang yang menyusahkan hidup orang lain. Contoh: pemandu teksi/bas berperangai macam binatang.

19. Aku benci orang yang suka melihat bangsa/saudara sendiri jatuh. Tak ada semangat brother/sisterhood langsung !

20. Aku benci bila aku terlupa apa aku nak cakap/tulis. Ahhhhh !!

21. Aku benci bila dengar orang cakap kot. Contoh ayat: 'Dia memang duduk situ kot !' atau, 'Aku dah ambil kot !' atau 'Dah lama kat situ kot !'. Apa masalah korang eh ? Cakap macam sampah.

22. Aku benci bila kejadian menjerit berlaku. Buat aku rasa nak lari dari rumah.

23. Aku benci bila orang berpura-pura. Samalah dengan hipokrit kan ?

24. Aku benci keadaan di Kelantan. Tak habis-habis lagi. :p Untuk makluman lanjut, klik sini.

25. Aku benci bila aku rasa aku tulis panjang sangat.


Sebab aku dah rasa benci maka aku berhenti di sini saja.


Notakaki : Jangan salah anggap no.24 tu. Tak ada kena mengena dengan parti apa yang memimpin. Cuma aku harap mentaliti orang sana perlu diupgradekan sikit. Harap maklum.

Saturday, June 6, 2009

Moral 100%

Masa aku di Kelantan untuk memeriahkan suasana kenduri kahwin sedara belah Mak, aku terdengar seseorang bercerita mengenai anak saudara beliau.

'Baby, tak eloklah duduk macam tu depan orang datang. Apa ni ?' Pengurus Anuar Zain

'Biarlah !' Baby

'Kata Pendidikan Moral dapat 100%...' Pengurus Anuar Zain

'...... (sambil layan main game kat PSP beliau yang berwarna putih dan membuatkan aku sangat dengki)' Baby

Persoalannya sekarang,

Pendidikan Moral terbuka kepada semua kaum kah ?

Aku pelik kejap masa tu. Tapi macam biasalah, aku malas nak tanya lebih-lebih. Layankan saja. Kalau ada sesiapa yang tau mengenai perkara tersebut silalah beritahu aku.

Lepas tu, hampir setiap 5 minit ayat moral-100% akan kedengaran. Heih, perempuan ni kalau dah duduk sekumpulan ramai-ramai memang tak ada benda lain. Mesyuarat je kerjaaaaa.

Bercerita mengenai Kelantan, aku nak meluahkan pendapat aku mengenai negeri yang dahulu pernah diberi gelaran Serambi Mekah.

Perasaan aku sepanjang berada di sana ialah terhimpit. Ya, aku rasa terhimpit. Dan atas sebab itu aku rasa ini mungkin aku takkan kembali ke sana dalam jangka masa yang lama. Sangat tak best !

Dan pemandangan sangatlah tak sedap mata memandang. Aku tak tau nak jelaskan bagaimana tak bestnya kepala otak aku berpusing dek kerana pemandangan di tepi jalan. Itu belum lagi sikap kurang ajar pekerja-pekerja restoran, warung, dan kedai. Sungguh tak ramah melayan pelanggan ! Dengan muka sombong dan sikap acuh tak acuh mereka memang sentiasa buat aku naik darah. Tau lah kami ni orang luar, bukan orang sana. Cuba kalau aku cakap loghat Kelantan mungkin mereka layan elok sikit. Bluek !

Tapi tak semua perkara tak best. Ada yang best. Contoh pertama ialah makanan. Laksa Kelantan adalah laksa kedua terbaik selepas laksa Johor. Walaupun mula-mula aku geli sebab kuah berwarna putih tapi lepas hujung lidah aku terasa je, pehh terus laju aku hirup kuah tu. Cuma sayang masa aku makan tu perut tengah tak berapa nak OK, jadi terpaksa lupakan nak makan dengan cili sambal.

Kedua, kalau nak diikutkan peratus, aku rasa dalam 70% lelaki yang berumur di antara 19-30 tahun mempunyai rupa kacak. Kahkahkahkah. Dengan kulit putih dan dahi licin, ai seh men, mampu membuatkan aku langgar tiang semasa berjalan. Tapi bila mereka bercakap, lagi sekali ai seh men. TURN OFF gila aku cakap. Mampu membuatkan aku tepuk dahi 5 kali. Lain kali korang jangan cakap tau, tunjuk muka sengih-sengih je macam kerang busuk.

Aunt Fai lagi best. 'Ni first and last time aunty datang Kelantan !'

Hahaha. Kalaulah ada rakyat Kelantan sebelah dia masa keluar statement tu, mesti kitorang dah kene pandang semacam.

Aku terkena juga dengan pandangan semacam dengan orang-orang sana. Memang bermasalah seh mereka ni. Tak paham betul aku.

Satu je lagi. Kebersihan. Memang fail !

OK lah. Sekian entri ke-100 aku. =D


Notakaki : Kepada rakyat Kelantan yang baca ni aku harap jangan kecil hati. Ini hanyalah kritikan membina. Tak ada niat untuk menjatuhkan. Diharap pihak kerajaan dapat menaiktaraf kawasan jajahan-jajahan dengan sistem perparitan supaya tak banyak lopak-lopak air wujud.