Saturday, September 5, 2009

Sambung cerita ujian.

Ok kat sini aku dah cerita perihal hari aku gagal ujian JPJ bahagian III bulan lepas. La ni aku nak cerita pula masa aku buat ujian ulangan minggu lepas. Ya, dah basi baru aku nak cerita. Banyak kerja lah nak kena selesaikan. Jangan risau, cerita pendek je.


Tak payah cakap banyak. Aku dah lulus. Baca: LULUS. Huahuahua. Aku dah cakap, kalau dapat JPJ lelaki baru aku bleh lulus. Kalau tak, haraaaaaammm. Terima kasih En. Kasturi bin Kasiman. Lu memang rock !


Ok ? Pendek je cerita aku. Ha ha.


Oh ye, aku belum ucapkan selamat datang pada ahli keluarga baru yang selamat tiba ke dunia pada 17 Ogos lalu. Aku dah cakap aku lambat, banyak kerja wehhh.


Welcome to the family Nur Zara Alana !


Nak gambar ? Kena tunggu dulu. Belum dapat pelepasan dari pihak berkuasa lagi. :)

Friday, September 4, 2009

RudeBoy Rooney pledged his allegiance to United.


"I've always said I love this club and, as long as I'm wanted here, I'll play here," Rooney was quoted as saying this week. "It's as simple as that. I can't see one reason why I should want to move. I honestly can't see me going anywhere else unless I'm told otherwise by the manager."
Petikan diambil dari sini.

Ronaldo has now lauded the stocky striker, claiming Rooney to be the best in the division. “It is a league of amazing talent, but for me the stand-out player is Wayne Rooney,” he told The Sun.

“His ability is fantastic, but his attitude when he plays football is that he is willing to die for the team.”
Petikan diambil dari sini.


Bergenang airmata aku untuk beberapa minit lepas baca dua-dua perenggan tu. Aku tak sangka RudeBoy ni seorang yang setia pada yang satu. Aku salute tahap kesetiaan dia. Dan aku harap dia akan mengikut jejak langkah Giggsy yang bermain untuk Manchester United selama 19 tahun. Atau mungkin lebih. Walaupun kau tak sekacak David Beckham dan tak sehebat Cristiano Ronaldo, tapi kau memang true United !

Thursday, September 3, 2009

Dugaan.

Tiap kali bulan puasa aku mesti akan mengalami benda yang sama. Boleh kata penyakit bermusim juga. Aku susah betul nak segarkan mata untuk bangun sahur. Susah gila ! Masa kecil-kecil dulu situasi tidur depan nasi memang perkara biasa. Tapi bila dah besar ni, perkara luar biasa kalau jadi. Hahaha.


Aku pun tak tau kenapa susah sangat nak bangun. Hasutan syaitannirrojim ? Kan dah kena ikat. Entah lah.


Oh tidak. Dah nak pukul 12 malam. Confirm aku tak sahur kejap lagi.


Melepas lagiiiiiiii....

Ujian JPJ.

Ujian JPJ aku sepatutnya dijalankan pada 12 Ogos 2009, tapi atas sebab-sebab JPJ tak nak bagitau aku tarikh ujian ditunda ke 14 Ogos. Bagus juga ditunda sebab aku terlupa pasal ujian ni dan belum buat pra-ujian lagi. Huehuehue. Jadi bila dapat tau je ujian ditunda aku terus telepon cikgu aku, Abg Wan, untuk buat pra-ujian. Lepas bagitau dia pasal ujian ditunda dia set pada petang Khamis. Dalam hati aku dah kira bagus lah sebab ujiannya esok, hari Jumaat. Masih boleh ingat lagi lah macam mana nak gerakan kaki untuk klac dan minyak.


Hari Khamis aku bertugas di kampus untuk proses penyaringan H1N1. Dapat duit woo, mesti lah aku nak buat. Kalau tak dapat duit pun aku nak buat juga. Tak payah susah-susah beratur panjang-panjang sampai berpeluh untuk daftar semester baru. Sebab aku ada pra-ujian hari tu aku bertugas setengah hari je lah. Abg Wan cakap dia datang ambil aku pukul 3 kat rumah tapi aku tunggu punya tunggu, pukul 4.30 baru dia datang. Memang orang Malaysia betul. Pra-ujian ni aku buat sekali dengan lagi seorang pelajar, Cik J. Jadi lepas ambil aku Abg Wan pergi ambil Cik J kat Bandar Sri Damansara. Lepas tu barulah kami bergerak menuju ke Institut Memandu SKEM yang terletak di Gombak.


Jauh kan ? Sebab SKEM cas sekolah memandu murah, itu pasallah. Masa mula-mula aku duduk belakang stereng aku jadi kelam kabut. Bukit ke mana, garisan kuning ke mana, klac ke mana, semua benda entah ke mana-mana perginya. Ambil masa juga lah untuk aku tune balik dengan cara bawa kereta tu. Maklumlah, dah lebih sebulan aku tak pegang stereng. Bila tune aku dah datang balik barulah aku boleh buat semua. Bukit, parkir, 3-point-turn. Semua tak ada hal. Tapi kadang-kadang kantoi juga kat parkir tu, sebab berbukit.


Dilajukan ke esok hari.


Nombor giliran aku ialah 32 dan aku dalam sesi pertama. Cuak memang tak payah cakap lah. Perut aku tu macam ada orang tengah tekan-tekan. Kadang-kadang ada juga terasa macam nak buang air besar, tapi itu semua amaran palsu. Masa tunggu giliran tu aku tengok jugalah calon-calon lain buat. Ramai juga yang kantoi. Lagi buat aku cuak. Bila sampai calon nombor 15 ada seorang kakitangan SKEM beritahu yang JPJ hari ni semua OK, mesti lulus melainkan kamu sendiri tak dapat buat dengan betul. Lega sikit perut aku. Yalah, hari Jumaat kan. Mesti JPJ semua nak buat pahala sikit. Dapat ke tak aku tak nak cakap. Itu hal mereka dan Tuhan.


Sampailah giliran aku. Bila dapat signal untuk jalan, aku pun menggerakkan kereta. Dengan penuh yakin aku tekan minyak kuat sikit. 3-4 saat lepas tu aku terus tekan klac dan brek. Terlantun aku ke depan kejap. Aku free gear, tarik hand break, aku tengok kat pakcik JPJ A. Dia geleng sambil cakap turun balik, ni peluang kedua ha, buat elok-elok. Aku undur kereta, ambil nafas dalam-dalam sambil baca Bismillah dan doa sikit supaya aku lepas kali kedua ni. Habis semua tu aku masuk gear dan tekan minyak lebih sikit dari tadi dan tunggu lama sikit sebelum tekan klac dan brek. Belum sempat aku lepas tangan dari stereng pakcik A dah suruh turun. Dah sampai bawah bukit aku pergi jumpa pakcik A. Alhamdulillah, aku nampak palang dalam kotak LULUS masa nak tandatangan. Selamat aku senyum manis dekat pakcik A tu sebelum turun tadi. :D


Cabaran kedua. Lepas aku tandatangan dokumen aku terus berharap aku takkan dapat kawasan parkir 3 atau 4. Tapi nasib tak menyebelahi aku, aku dapat yang paling susah, parkir 4 ! Aku hilangkan gabra, panik dan segala macam anasir-anasir jahat yang boleh menggagalkan aku. Dokumen dah aku bagi pada pakcik B. Aku kasi senyum manis lagi satu, baik punya. Sampai giliran aku gerakkan kereta. Semua teknik aku ikut betul-betul, tak ada satu pun aku salah. Sampai je nak tegakkan kereta dalam kotak aku gagal. Enjin mati. Panik, gabra, cuak semua datang balik. Aku cuba lagi. Gagal lagi. Enjin mati. Cuba lagi, gagal. Enjin mati. 3 kali enjin mati aku dah mula ada perasaan yang aku akan kecundang pada cabaran kedua. Tengok cermin sisi aku nampak pakcik B mengorak langkah ke tempat aku. Tekad tak mahu pakcik B gagalkan aku, aku kumpul segala keyakinan, aku gunakan teknik balancing untuk tegakkan kereta. Sampai aje pakcik B depan kereta, dia menunjuk tanda OK dan suruh aku keluar. Tarik nafas lega aku keluar dari kotak dan hampir-hampir melanggar bahu jalan.


Cabaran ketiga. Cabaran ni memang tak mencabar sangat. Jadi badan aku mula longgar dan tak keras masa cabaran kedua tadi. Keluar saja dari petak 3-point-turn tu aku kembalikan semula kereta di kawasan bukit dan naik untuk berjumpa pakcik B untuk tandatangan dan dokumen. Pakcik B tengok aku dan suruh duduk sebelah dia. Soalan pertama beliau mendatangkan semula anasir jahat tadi. 'Lepas keluar parking kau langgar bahu kan ?' Dengan muka naif aku jawab, 'Tak adalah'. Pakcik B diam tanpa berkata apa-apa dan menyerahkan dokumen untuk aku tandatangan. Aku lihat kedua-dua kotak LULUS bertanda. Yabedabeduuuuuu ! Aku berjaya melepasi Bahagian II.


Bahagian III. Di awal ujian aku dah diberitahu oleh seorang calon untuk bahagian III majoriti JPJ adalah perempuan. Memang mampusss lah macam ni, hati kecil aku berkata. Jadi sementara menunggu giliran aku untuk bahagian III aku berdoa semoga seorang JPJ lelaki ditugaskan untuk menguji aku. Macam biasa, kita tak akan dapat apa yang kita mahukan. Aku dapat juga JPJ perempuan.


Kesalahan pertama -
Aku baik sangat dengan makcik tu. Terlebih mesra. Mungkin dia meluat sebab dari pagi tadi semua nak mesra lebih-lebih dengan dia.

Kesalahan kedua -
Aku terlupa nak check sama ada gear bebas atau tak sebelum jalan.

Kesalahan ketiga -
Punat hand break kereta tu sangat lah ketat sampaikan aku tak boleh nak tekan. Makcik kurang sabar dan tolak tangan aku dan turunkan hand break.

Kesalahan keempat -
Aku nampak lampu isyarat hijau menyala dan dengan penuh keyakinan meneruskan perjalanan.


Lepas aku buat kesalahan keempat (masa tu aku tak rasa bersalah lagi sebab aku yakin lampu hijan), makcik suruh berhenti tepi. Lepas berhenti ini sesi dialog yang berlangsung :

Makcik: Awak tak nampak ke lampu isyarat merah tu tadi ?
Aku: Ha ? Tak. Saya nampak hijau yang menyala.
Makcik: Hijau apa. Lampu merah tadi. Awak main jalan je. Hish, tak tau lah apa nak jadi dengan korang semua ni. Buat undang-undang sendiri. Tau tak salah langgar lampu isyarat merah tu.
Aku: ....................
Makcik: Bla bla bla bla bla..tak tau apa yang korang belajar..bla bla bla bla bla bla bla bla (sambil isi borang aku with unnecessary force). Dah awak turun.
Aku: Ok.


Jadi, aku GAGAL. Perasaan memang tak dapat nak digambarkan. Geram dan geram. Bukan geram sebab aku gagal patuhi ujian, tapi geram sebab makcik tu dengan tak semena-mena melepaskan geram dia kepada calon ujian. Dan yang paling buat aku sakit hati bila dia keluarkan ayat yang diboldkan tu. Nasib baik aku tak marah dia masa tu juga. Fikirkan dia tu orang yang lebih tua dan penguji aku, takkan nak balas masa tu juga kan. Maunya aku kena blacklist dengan JPJ. Keluar dari kereta aku ucap selamat kepada calon seterusnya. 'Good luck to you, you'll need it with her' aku cakap pada budak tu. Dia Cina kenalah speaking sikit. Budak tu dah buat muka cuak. Menyesal pula aku cakap macam tu.


Aku bagitau Mak dan Abah. Mak telepon aku tanya semua benda, dari A sampai Z. Sempat lagi dia nak marah aku. Lagi terbakar jiwa raga aku hari tu. Aku dapat SMS dari Abah.

Biasalah tu. First time dia takkan bagi lulus punya.

Abah ku terbaik. Aku lega sikit baca SMS Abah. Eh panjang gila cerita aku ni. Dipendekkan cerita,


aku gagal ujian JPJ bahagian III disebabkan melanggar lampu isyarat merah yang kelihatan seperti hijau. Dan juga salah satu faktor kepada kegagalan aku ialah makcik JPJ tu ada masalah yang tak dapat diselesaikan di rumah atau dia tengah nak menopause.


Sekian.

Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah Ramadan (Harap bukan time Ramadan je..)

Hari ni aku banyak masa terluang sebab aku ponteng kelas untuk sepanjang hari. Bukan saje-saje ok, aku ada ulangan ujian JPJ Bahagian 3. Kenapa ulangan ? Tu entri seterusnya aku cerita. Tunggu je lah.


Sambung cerita. Jadi untuk mengisi masa lapang aku jalan-jalan dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain dan akhirnya aku jumpa laman web ni www.zaharuddin.net. Salah satu tajuk artikel yang terdapat dalam laman web tersebut ialah mengenai aurat wanita. Terkesima aku kejap bila baca. Serius. Banyak point-point yang ada dalam artikel tu kena tepat kat batang hidung aku. Tak perlulah aku ulas panjang pasal tu kan. Bila dah jadi macam tu buat aku terfikir balik. Apa tujuan hidup aku ni ? Nak dapat kebahagiaan sementara di dunia atau kebahagiaan kekal abadi ? Jawapan aku semestinya kebahagiaan kekal abadi. Tapi bila dilihat balik pada ibadah yang aku buat nampak macam aku lebih pentingkan kebahagiaan sementara dari yang kekal. Macam mana tu ?


Kenapa kita susah sangat nak melawan nafsu ?
Kenapa kita susah nak melawan syaitan ?
Kenapa kita susah nak jadi orang yang beriman ?
Kenapa kita hidup dengan anggapan dunia ini kekal sentiasa ?
Kenapa kita tak takut melanggar perintah-Nya ?
Kita tak takut masuk nerakakah ?
Atau,
Kita rasa kita sempat nak bertaubat ?


Apa saja jawapan yang diberikan itu semua hanya alasan. Mungkin jawapan bagi soalan ke-6 saja yang kita boleh jawab dengan jujur. Tak kira budak tadika/sekolah/universiti mahupun orang dewasa. Dan soalan terakhir tu, tepuk dada tanya selera. Emm aku rasa semua soalan tu kena tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri. KENAPA ?


Aku ambil contoh aurat ni. 1 contoh je lah. Kalau banyak sangat contoh aku bagi sampai bulan Syawal pun aku tak habis cerita. Ya, aku memang pakai tudung, tutup rambut dari pandangan lelaki bukan muhrim. Tapi kalau nak bandingkan dengan cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam jauh beza macam langit dan bumi. Aku pakai tudung tapi tak tutup dada. Aku pakai baju kurung tapi tak pakai sarung kaki. Aku pakai baju lengan panjang tapi menampakkan lengan.





Untuk gambar lebih jelas klik sini dan sini.


Jadi macam mana ? Termasuk dalam kategori mana satu ? A, B, C, D, E, atau F ?


Bagi yang tak pakai tudung pula mereka gunakan kata pepatah Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Maksud disebaliknya, walaupun mereka tak bertudung dan menutup aurat tapi mereka sembahyang, buat baik kepada makhluk Allah, bersedekah and so on. Senang cakap, walaupun mereka free hair tapi mereka orang baik. Point ni Ustaz tu ada bincangkan dalam artikel. Aku cerita sikit lah apa yang dibincangkan.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang."

Rasanya bos tu nak percaya ke cakap pekerja tu ? Tanpa sebarang bukti atau perbuatan yang menunjukkan pekerja tu ikhlas.


Rasanya Allah SWT akan terima alasan tu walaupun dengan terang-terang kita dah langgar perintah dia ?


Don't judge a book by its cover, BUT actions do speak louder than words.


Jadi apa kata kita sama-sama lah buktikan apa yang terdapat dalam hati nurani masing-masing dengan menzahirkan pada luaran. Jika hati kita bersih, luar kita bersih, peribadi kita bersih, tak mustahil umat Islam akan dipandang bersih di mata semua.


Bawah artikel tu, dalam bahagian komen-komen daripada pembaca ada satu komen yang tanyakan soalan.


Posted by aime, on 18-11-2008 01:13, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
saya wanita tidak memakai hijab, tetapi saya mendirikan solat? adakah solat saya diterimaNya..kerana saya kerna ALLAH melaksanakannya..dan saya pernah terdengar solat wanita tidak memakai hijab tidak diterima...tolong terangkan ustaz :? :?

UZAR (Ustaz Zaharuddin) : Pakai hijab dalam solat adalah syarat sah solat..jika tak pakai maka batal solat.

Pakai hijab di luar solat adalah wajib..jika tak pakai berdosa tetapi ia tidak beri kesan sah atau batal kepada solat fardhu..hanya kekhusysukan akan hilang akibat dosa2 tidak berhijab di hadapan lelaki asing.

Akhirnya, solat hilang kualiti di sisi Allah dan buktinya, apabila solat itu gagal membentuk diri sdri utk berhijab di luar solat, itu tandanya solat itu nilainya semakin jatuh pada pandangan Allah.


Tak ke ayat-ayat Ustaz tu membuatkan kita terfikir balik sama ada solat kita tinggi atau tidak nilainya bagi Maha Pencipta ? Ikut pemahaman aku, bagi diri yang diselubungi dosa atau melanggar perintah Allah nilai solatnya adalah rendah.


Wow.


Aku tulis entri ni bukan nak riak atau berlagak bagus. Cuma nak kongsi pandangan dan untuk peringatan, kepada diri sendiri dan semua. Aku pun manusia yang punya kelemahan dan buat kesilapan. Sebaik-baiknya kita cuba untuk tebus kesilapan tu dan mohon keampunan daripada Allah setiap masa. Sentiasa mengingatkan diri sendiri dan orang di sekeliling mengenai tanggungjawab kita pada agama. Kawan-kawan, ingatkan aku bila aku mula lupa ok ?


Itu yang aku sedang cuba buat. Come on !

Air batu campur kosong satu boss ! Gula kasi lebih !

Berhabuk sudah tempat ni. Nasib aku tak ada penyakit asma. Kalau tak mesti salur pernafasan aku dah menjalankan tugas melindungi badan aku dari sebarang serangan agen-agen perosak yang terdapat dalam debu-debu dan udara. Topeng dah habis. Aku tak sempat nak beli untuk lindungi diri dari selesema babi.


Tak faham sila buat-buat faham.


Nak cerita pasal perlawanan United vs Arsenal hari tu semua orang dah tau keputusan dan banyak dah reviu-reviu dibuat di alam maya ni. Dan mungkin juga orang dah malas nak dengar/baca mengenai betapa hebatnya Arsenal main tapi tak ada nasib malam tu. Mungkin juga orang dah penat bersorak dan bagi pujian melambung pada Darren Fletcher sebab memperkasakan benteng pertahanan United yang agak goyah disebabkan ketiadaan Ferdinand. Tapi aku rasa orang belum jelak lagi melihat tandukan Abou Diaby yang menewaskan penjaga gol pasukan beliau. 'Orang' dalam ayat-ayat aku tu dah tentulah penyokong United. Sebab penyokong Arsenal dah tentu masih lagi meratapi kekalahan mereka malam tu dengan menangis dalam bilik air selama 7 hari 7 malam. Lagi teruk, ada juga penyokong Arsenal yang melakukan aksi merempit bila pergi dan balik kerja. Nak lepas geram kasi preng preng sikit lah. Konon nak tunjuk hebat lah depan penyokong United.


Please dude. Your team lost, no matter what. Hahahahahaahahhaha.


Aku yakin Wenger menaruh dendam kesumat yang teramat terhadap Fletcher, dan mungkin juga pada Ferguson. Tapi yang pasti dendam ni akan bertambah parah lagi bila United bergelar juara EPL buat kesekian kalinya. Bawa ke musim seterusnya dan seterusnya dan seterusnya sampai lah Wenger bersara akibat tekanan perasaan tak dapat merampas gelaran juara EPL dari United.


Ok selesai sesi menjatuhkan maruah mereka.
Opppssss, tercerita pula. Maklumlah, I beremosi sikit bila cerita pasal United.


Ok ok, ni bukan blog bola. Jauh sekali blog rasmi Manchester United. Maka aku hentikan cerita berunsurkan bola buat sementara. Untuk entri ni je.


Aku amat bahagia sekarang kerana Mak dah tak boleh halang aku untuk menjadi pengawal stereng kereta lagi. Dengan rasminya hari ni aku menjadi seorang pemandu berwarganegara Malaysia yang sah di sisi undang-undang. Dengan lesen P. Tapi aku tak rasa aku sah di sisi Mak aku lagi. Tak apa, jalan ni masih jauh lagi untuk dilalui.


Ingat tau jalan biar ke depan, jangan ke belakang. Selingan iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52 bertemakan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Utamakan habissssssss! Tambang teksi naik, tambang bas naik, harga minyak naik, stok gula kurang. Apa ni Uncle Najib ???? Janganlah bagi rakyat makin susah. Tengah-tengah kegawatan ekonomi ni lagi nak naikkan tambang pengangkutan awam. Uncle tak tau ke majoriti pemandu teksi kat Subang Jaya dan Shah Alam tak pakai meter ? Uncle tak tau ke betapa peritnya bila minta ayah sendiri duit lebih untuk bayar tambang teksi yang tak setimpal dengan perkhidmatan ? Uncle tak tau ke ayah I nak pencen dah ? Susah lah macam ni. Nasib baik bulan puasa tau, kalau tak I terpaksa ikat perut untuk kurangkan perbelanjaan ayah I. Sedih tau macam ni. 1Malaysia 1Malaysia juga. Tapi bila dah menyusahkan rakyat macam mana nak 1Malaysia ?! Jangan sampai 1Malaysia jadi Malaysian Malaysia. NO.


Sebelum aku tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku ditahan dalam ISA baik aku berhenti. Dah lah. Nak pergi buat assignment dan tutorial yang berlambak-lambak tu. Lagi lama aku peram lagi lambat aku nak sampai tahap optimum untuk dapat Anugerah Dekan. Ceeeeeeewah!!


Selamat tinggal.