Wednesday, February 3, 2010

Budak tecik !


Bila bila tengah tension aku rasa perkara yang paling sesuai untuk meng-cool-kan diri kau ialah tengok muka baby senyum.


Pada aku, semua masalah jadi tak penting bila melihat muka baby senyum. Memang rasa bliss gila ! Especially kalau dia senyum lepas kau agah dia. Senyuman paling ikhlas dan tak berpura-pura.


Masa baby mana kau reti nak jadi talam dua muka kan ?


Sebab tu aku faham sangat kalau orang cakap mereka yang baru ada anak ni takkan rela berenggang lama-lama dengan famili, walaupun untuk satu jam. Masa ni lah masa penting untuk kau cherish every moment. Moment yang kau tak boleh nak ulang semula.


Walaupun aku belum ada anak tapi aku dah rasa benda ni dengan anak-anak buah aku. Tapi rasanya perasaan yang aku rasa sekarang tak sama bila terjadi dengan anak sendiri. Confirm ah !


Aku suka baca/tahu mengenai perkara yang berkaitan dengan budak-budak. Dari pasal mengandung sampai kepada cara-cara mendidik anak. Dari segi psikologi sehingga lah ke pemakanan. Pendek kata, semua lah.


Mesti kau macam, " Haaaa...dah nak anak ehhhh ? " atau " Haaaa...dah rasa nak kahwin ehhh ? "

Ni yang kawan aku cakap bila nampak aku membaca majalah di bahagian Parenting kat MPH.


Sejujurnya, YA. Aku memang rasa nak kahwin dan ada anak sendiri sekarang. 
Tapi aku tahu masanya belum sesuai lagi. 
Masanya belum tiba lagi.
Seru belum sampai.
Ya, aku tau.


Jadi, waktu sekarang ni aku suka habiskan masa jaga anak-anak buah aku. Biarlah orang nak kata apa. Walaupun penat tapi puas. Puas melihat keletah baby, puas mendengar gelak ketawa mereka.


Bila tengok ibu mengandung kadang-kadang rasa sayu juga. Dalam hati tu terdetik bila pula giliran aku. *gelak*


Kawan kelas aku sekarang tengah menunggu ketibaan anak sulung dia. Mungkin dalam bulan 5 ni, insyallah, dapatlah dia melihat dunia dan mak ayah dia. Sejak dah membesar perut kawan aku tu, kalau boleh setiap kali jumpa aku nak pegang perut. Nak rasa baby bergerak. Tapi selalunya masa aku pegang dia duduk diam-diam. 


Apa rasa bila baby tu bergerak eh ? Lagi aku nak tau, apa rasa bila baby tu bergerak dalam rahim aku. 


Ayah aku pun dah mula tunjuk ciri-ciri nak menimang cucu. O_O
Mak aku memang dari dulu dah ok dengan baby baby ni. Natural, kata orang putih. ^_^
Adik-adik aku dah sibuk suruh aku kahwin dan dapat anak. -___-"


Satu hari nanti, insyallah.


Doakan aku dapat jodoh dulu yeeee. Insyallah.




Muse aku untuk entri kali ni. Nur Zara Alanna binti Yazid. 5 months ++. 

Aku panggil budak tecik pipi cebol. Kerana dia, aku bangun pagi pada hari tiada kelas. Kerana dia, aku gagahkan tangan menampung kilogram dia. Kerana dia, geraham aku dah feel lain macam.


Kerana dia ~


2 comments:

Unknown said...

Tak dinafikan gelak tawa bebudak kecik boleh mendamaikan hati kita yang betul2 tengah stress.Buat masa ni akak cuma bermanja dengan anak-anak buah akak la... :) Coming soon insya-ALLAH with my child.

Apa rase bila baby bergerak???Tendag2 perut kita....hmmm..First time akak rase tendangan dia,waktu malam.Ya ALLAH rase macam terperanjat sangat2.Rase takut pun ada gak.hehehe...'Eh,ada benda gerak ar dalam perut aku'Masa tu husband akak takde.Bila teringat yang dr akak cakap bila dah masuk bulan ke 4 akak dah boleh rase pergerakkan baby..rase takut+panik pun ilanglaa..hehehe.Then sejak dari tu,akak selalu berbual dengan dia.Dia akan selalu bagi respond dengan memberi tendangan yang sungguh mendamaikan hati.heheheh

Saat yang paling mengharukan bila kali pertama akak scan perut,akak dapat tengok ada 'benda hidup' dalam perut akak.Ya ALLAH,hanya TUHAN aje yang tahu apa perasaan akak masa tu.Bergenang air mata...Macam tak percaya 'I will become UMMI'...One day,kamu akan rase apa yang akak rase.Akak doakan kamu akan jumpa soul mate kamu.On d way rasenya.hehehe.Insya-ALLAH.Banyakkan berdoa k..Tak salah mintak di percepatkan bertemu jodoh..

AZ said...

hehe. saya tengok orang punya scan pun dah bergenang airmata. nanti time saya banjir terus. haha. thanks kak doakan saya. :))