Tuesday, October 12, 2010

Kata Kunci: Mungkin

Atas nasihat dari seorang rakan.

Selepas nasihat itu aku baru sedar, bila aku tak menulis (atau cuba untuk menulis) emosi aku lebih menjurus kepada depresi. Bila aku menulis sekurang-kurangnya emosi berada di tengah-tengah. Tiada terbuku dalam hati dan menanggung seorang diri.

Kadang-kadang bila difikir balik mengapa kita memendam sesetengah perkara. Mengapa tidak kita hanya jujur dan berterus-terang apa yang kita rasa ? Mungkin dengan berterus-terang berlaku kurang salah faham. Mungkin juga kita akan kehilangan seorang kawan. Entah. Semuanya mungkin yang kita tak berani untuk jadikan ia realiti.

Aku cukup kagum dengan mereka yang mampu untuk jujur kepada diri sendiri dan orang lain. Mereka yang tidak takut untuk melantangkan suara dan bertindak terhadap apa yang mereka tidak suka. Kadang-kadang (bila berjumpa dengan orang semacam ni) membuatkan aku ingin berada di dalam diri mereka. Apa yang mereka rasakan ketika itu ? Bagaimana mereka dibesarkan ? Kenapa mereka tidak takut ? Persoalan yang susah untuk dijawab jika aku tanya secara berdepan. Dan persoalan yang tak mungkin akan terjawab kerana adalah mustahil untuk aku berada dalam diri mereka, secara logik akal.

Bukan tak bersyukur atau tak cinta diri. Cuma terkadang perasaan ini datang tanpa diundang. Dan aku tak cukup kuat untuk menidakkan perasaan ini. Aku hanya hamba Dia yang diselaputi dengan kekurangan.
.

No comments: