Thursday, October 14, 2010

Bukan senang nak memilih

....bukan senang juga untuk dipilih.

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi.

Maka, berkawanlah dengan mereka yang tinggi agamanya dan bukan mereka yang umpama racun, yang hanya membawa kita kepada kebinasaan serta mendekatkan kita kepada neraka.

Nauzubillah.



Ada 3 jenis kawan : kawan seperti udara, kawan seperti ubat dan kawan seperti racun.


Udara tidak memberi kesan sampingan kepada kita. Udara memberi kita kesegaran dan kesenangan apabila kita bersama dia. Kita memerlukan Udara sebagai keyakinan bahawa kita berhak untuk bahagia setiap hari di dunia. Udara sentiasa berada bersama kita, tak kira ketika susah atau senang.


Ubat hanya perlu diambil sekiranya perlu. Sama ada ketika kita sedih, marah, sakit, malah gembira. Kita hanya mencari Ubat apabila kita memerlukan dia. Kerana kita tahu Ubat akan menghilangkan segala kerunsingan yang ada dalam diri kita. Sayang, apabila hilang semua itu Ubat juga kita 'hilangkan'.


Tidak perlu untuk merungkai panjang lebar mengenai Racun. Tiada kebaikan yang hakiki datang daripada Racun, hanya bencana. Racun menyebabkan kita hidup sambil lewa tanpa memikirkan hal lain. Racun membawa kita ke arah kehidupan yang sangat menyimpang dari yang dituntut agama.


Kita yang mana satu ? Macam mana pula penilaian kawan-kawan kita ? Harap-harap aku bukan racun kepada sesiapa.


Aku terasa rindu pula untuk berjumpa dengan kawan lama aku tu. Dah berapa tahun kami terputus hubungan. Perkembangan hidup dia juga susah untuk aku tahu kerana tiada sumber untuk aku bertanya. 

Okay dah terlebih perasaan pula. Selamat malam !


P/S1 : Susun atur gambar tidak melambangkan apa-apa. Baik aku jelaskan sebelum ada yang salah faham.

P/S2 : Feel free to be honoured because that's what I feel right now.
.

2 comments:

Anonymous said...

}:|

AZ said...

Tidak dapat dirungkai maksudnya.