Sunday, October 24, 2010

Jujur habis dah ni !

Kepada yang berkenaan,

Saya sudah lama memerhatikan awak. Sejak kebelakangan ni saya rasa awak dah berubah. Dan perubahan awak ni saya dapat lihat dengan mendadak sekali. Walaubagaimanapun saya masih tak dapat tentukan sejak bila saya nampak perubahan awak ni. Dan ia membuatkan saya berasa kecewa kerana perubahan yang awak lakukan ini bukan satu berita baik. 

Awak bongkak, angkuh, pentingkan diri sendiri, pemalas, panas baran dan yang paling mengecewakan sekali, EGO !

Padan lah awak tak ramai kawan sebab awak bukan kawan yang baik. Kawan yang awak ada sekarang ni pun mungkin tak suka awak sangat dan mereka tak tunjuk depan awak. Tapi awak masih dengan sikap awak yang tak menghargai orang.

Tolong sedar sebelum awak lebih hanyut dalam dunia awak sendiri. Tak perlu untuk menjadi yang terbaik dan betul dalam segala hal. 

Saya harap awak sudi mendengar nasihat saya. Saya sayang awak sebab tu saya berterus-terang dengan awak. Saya tak mahu awak kehilangan kawan-kawan dan keluarga yang terpaksa bermuka-muka depan awak. Saya mahu awak disayangi oleh semua orang.
.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

adeh ...deh terasa la...hampir 90% sama, cuma bongkak dan pemalas(tangguh kerja tu adela) tu tak der dalam senarai....

saya memang tak ramai kawan pun, kawan- kawan yang saya ada sekarang pun rasa macam diorangla saudara-mara saya,

kenalan tu lainla mukin ada yang bermuka-muka ,tapi saya tak pandai bermuka- muka dengan orang (kecuali kalau terpaksa) terutama sekali orang yang keji :P ...orang2 macam ni kalau saya dah takder kepentingan saya buat tak tahu je (he...he..he)

kalau saya tak ramai kawan tu mungkin atas pilihan saya sendiri saya tak suka layan macam-macam kerenah manusia yang ehtah apa- apa bagi pandangan sy.(kalau tak ade kepentingan).

kalau tentang menghargai orang ,bab ni saya memang tak pandai walaupun kawan2 rapat saya sendiri.......(kalau diorang terasa nasib la :P

hanyut dalam dunia sendiri, kawan rapat saya pun cakap benda yang sama bagi saya apa salahnya kita hidup ikut apa yang kita suka asalkan ianya tak mendatangkan dosa dan tak menyusahkan orang lain.apasalahnya kalu kita nak betul dan perfect?????.

Untuk orang yang saya sayang , saya tak kisah kehilangan kawan atau kenalan kerana mereka salih berganti dalam kehidupan (tapi kalau my close friend to nagis jugak la)

Tapi untuk rakan dan kenalan yang seagama ,kita dituntut untuk saling berkasih sayang,jaga hubungan silraturrahim : itu yang diajar oleh tuhan kita.

Tapi apabila hanya kita yang memahami persaudaraan dalam islam,kasih sayang(kadang2salah faham kata kita gay), akhlak dan adap pergaulan dengan rakan seagama tapi satu pihak lagi tidak kita akan jadi lemah dan akan buat mereka macam bukan rakan seagama dengan kita, kan bagus jika masing2 memahami

Keluarga bagi saya sesuatu yang berharga selepas Allah s.w.t dan Nabi Muhammad,tak ada yang bermuka-muka dgn sy dalam keluarga semua cakap depan2 kalau bermuka dengan saya memang nak kena sembur..tak suka tak ape saya tak kisah :P

untuk yang tersayang apa yg dirisaukan sebenarnya ?

hidup ni akan diteruskan sy bertindak mengikut keperluan sehingga berjumpa tuhan...:)

AZ said...

Terima kasih atas respon anda.