Aku baru je dengar tadi. Lupa pula dari mana aku dapat tau tentang lagu ni. Hmm..tak kisah lah kan. Aku sangat kagum dengan suara Afgan ni.
Afgan ni dari Indonesia. Baru je 18 tahun. Tapi suara dia tak macam budak 18 tahun langsung. Memang power lah. Pertama kali dengar lagu dia, Terima Kasih Cinta tu, mendayu-dayu perasaan aku dibuatnya. Hahaha. Memang feeling habis lah. :) :)
Tengok lah video ni. *tersenyum lebar sampai ke telinga*
Hari Rabu yang lalu satu azab dah lepas. Sekarang tinggal lagi 4. Tapi lagi 2 yang akan datang ni cabaran terhebat. Basic Pharmacology dan Toxicology. Dua subjek ni adalah subjek yang paling aku tak minat, paling aku benci, paling aku tak faham, dan segala paling lagi lah. Memang dua subjek ni punca aku selalu dalam keadaan tekanan yang teramat. Dari awal semester aku memang tak boleh terima dua benda ni dalam hidup universiti aku. Heehee. Macam ada unsur-unsur ter'over' pula. :p
Sekarang ni pun aku dapat update blog ni sebab kepala aku tepu sungguh dengan maklumat-maklumat daripada nota Pharmaco Cik Hamidah tu. Walaupun aku rasa aku tak boleh nak keluarkan dengan tepat apa yang masuk, tapi kira dah OK lah tu. Ada juga benda dalam otak aku ni. Hahaha. Selasa depan dalam dewan aku pandai-pandai lah goreng sikit dengan bahan yang sedia ada ni. Untuk pengetahuan korang, selalu bila peperiksaan dalam bahagian esei aku lebih banyak goreng daripada hafal bulat-bulat dari nota. Alhamdulillah, setakat ni hasil gorengan aku berjaya mendapatkan aku pointer yang memberangsangkan. Jadi, nasihat aku di sini, pandai-pandai lah kumpul bahan untuk digoreng yee. Dan hendaknya bahan yang korang cari dan kumpul tu sesuai lah dengan masakan yang nak dimasak. Bukan main hentam keromo je ok. Asalkan jangan goreng sampai hangus. Nanti habuk pun takdak. Takkan nak bagi lecturer makan masakan hangus kan ?
OK lah. Aku pun nak sambung balik cari bahan untuk digoreng.
Selamat menggoreng !
Mata aimashou !
P/S = Goreng untuk entri kali ni bukan pasal goreng makanan okayy. Goreng dalam menjawab soalan esei untuk peperiksaan. Harap maklum. Heeee...

No comments:
Post a Comment