Thursday, April 30, 2009

Buah oren yang sedang dikupas.

Tora datang lagiiii !! Dengan permainan baru.


Korang ingat lagi tak iklan tu ? Dulu aku selalu beli benda alah tu untuk dapatkan permainan yang merepek-merepek tu. Heehee. Fikir balik macam rugi pula duit Abah. Yelah, aku beli pun sebab nak permainan tu je. Biskut bersalut coklat bulat-bulat tu bukannya aku makan pun. Tak sedappp ! Wekk. Permainan tu pula bertahan beberapa hari je. Lepas tu masuk tong sampah. :p

Tora tu pesanan penaja je. Entri kali ni aku nak ceritakan pasal benda/orang/peristiwa lama. Dalam erti kata lain, perkara yang telah berlaku.

Aku tengah mental block sekarang. Lupa apa aku nak tulis.

Ha ! (keluar mentol berwarna kuning kat tepi kiri kepala)

Aku mendapat panggilan daripada orang yang dah lama aku lupakan. Ok, aku tipu. Orang yang dah lama aku cuba untuk lupakan. Jadi, bila dia telefon aku terkesima seketika. Otak aku memang kosong kecuali flashback dalam kepala aku ni. Untuk pengetahuan korang, aku belum jawab lagi panggilan dia. Aku tarik nafas panjang-panjang dan menjawab, "Hello..".

Ingat lagi ke siapa ni ?

Mesti lah ingat.

Macam mana boleh ingat ?

Sebab cam suara lah.

Kenal ke ?

Kenal lah.

Kenal rapat ke ?

Errrrr.....boleh lah.

Selepas tu, bermula lah sesi mengenang semula. Aku benci. Aku benci bila orang mengeksploitasi keadaan dan membuat aku kelihatan seperti orang bodoh. Tak suka, tak suka tak suka ! (sambil menunjuk ke arah dinding yang dicat guna cat antibakteria)

Orang lama lagi bagus. Lebih memahami.
Kalau yang lama lebih memahami, kenapa dia jadi lama ?
Emmmm....

YES. Aku berjaya menyerang balas !

Panggilan telefon tersebut ditamatkan dengan rasa ragu-ragu. Kenapa ? Sebab dalam perbualan tu seperti ada udang di sebalik mee kari kat kedai Kak Pah (bukan kedai sebenar). Aku bingung seketika. Dan selepas perbualan yang membingungkan tu, aku jadi hilang mood. Apa yang dibuat semua serba tak kena. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

KANTOI TAK MANDI ! Mana ada orang mandi tak basah.

Diam lah kau !!

Aku jadi teringat balik kenapa, mengapa, bagaimana. Malangnya, aku tak dapat jumpa jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Nak ditanya, ego aku masih dikategorikan sebagai toxic dose.

Tak apa lah. Lain kali je kita kupas lagi buah oren ni.


Mata aimashou !

No comments: