Thursday, April 16, 2009

Kahwin ??

Aku tak berjaya melawan godaan daripada laptop ni. Aku geram dengan diri aku sendiri. Sangat geram.

Geram, geram, geram, geram, geram. Gerammmmmmmmmmm !

Sebenarnya hari ni aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada semua perkara. Aku rasa semua ni berkaitan dengan .........

Bila jadi macam ni aku rasa sangat susah hati. Bukankah sepatutnya aku perlu rasa gembira ? Mengapa aku berperasaan sebaliknya ? Tak kisahlah kan. Yang penting, hmmm, apa yang penting ? Memang sah aku dah merepak sekarang ni.

Aku baru lepas baca blog isteri Adi Nang, Hidd. Dalam entri terbaru dia tulis mengenai cabaran semasa bertunang. Aku bukannya akan bertunang dalam masa terdekat ni. Cuma lepas aku baca buat aku terfikir, macam mana aku bila bertunang nanti. Jauh kan aku berfikir ? Heehee.

Sejak dua menjak ni aku banyak mengeluarkan perkataan 'kahwin'. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata aku dah gatal sangat nak kahwin, calon pun aku tak ada lagi. Hahaha. Oh, bercakap pasal kahwin ni, aku teringat apa aku beritahu Mak aku. Aku cakap pada Mak aku kalau aku dah berumur 28 tahun tapi masih belum ada calon untuk dijadikan si suami, aku nak Mak aku carikan calonnya. Macam mana ? Menarik tak cadangan aku tu ? Kahkahkah.

Jadi, Mak, sekarang ni silalah berkenalan dengan orang baru yang ada anak bujang. Hahahahaha.

Apa-apa pun, perjalanan hidup aku masih panjang lagi, insya-allah. Tempat dalam hati aku pun masih kosong lagi. Kepada sesiapa yang berminat, sila ambil nombor dan isi borang permohonan. Tiada tempoh untuk submit borang tersebut. Tetapi, jangan ambil masa isi borang tu. Bila tempat dah diisi, korang yang melepas nanti.

Hahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahaha. Memang aku dah merepek !

Dah lah. Sebelum aku merepek meraban lagi baik aku sambung study.


Mata aimashou !


p/s= Aku rindu kau. Sangat lama tak berjumpa. :(

No comments: