Sunday, April 26, 2009

Hari kedua.

Yatta !

Aku sangat gembira sebab aku berjaya menjawab kertas Japanese I dengan jayanya. :D :D Rasa-rasa boleh dapat markah penuh ke ? Hmm, berlagaknya budak ni. Anak sapa lah ni. HUH.

Sekarang cabaran yang sebenarnya akan bermula. Selasa nanti Pharmaco. Jadi malam ni dan hari esok adalah masa aku untuk berhempas pulas memasukkan nama segala jenis ubat dan kesan-kesan sampingan akibat 'overdose'. Pehhhh, aku cakap dengan korang memang banyak lah ubat-ubatnya. Tak terhafal aku. Macam mana lah orang boleh minat subjek ni. 'Complicated' sungguh. Tapi kalau tak ada subjek ni macam mana saintis nak cipta ubat untuk menyembuhkan dan mengurangkan kesakitan kita kan ? Hmm takpe lah. Yang pasti aku memang tabik spring lah kat sesiapa yang cemerlang dalam bidang Pharmacology ni.

Aku tengah layan cerita The Golden Compass kat HBO. Aku dah pernah tengok sebelum ni. Tapi kurang sikit lah kualiti gambarnya. Yelah tengok VCD cetak rompak mana nak best kan. Jadi, aku bersemangat lah nak tengok kat HBO ni. Malangnya, cerita ni sangatlah membosankan. Aku lagi suka baca bukunya.

Buku-buku aku tengah beratur tunggu masa aku nak baca mereka. Dalam simpanan setakat ni ada lah dalam 2-3 buku. Cuti nanti aku nak pulun habis-habisan baca buku ni semua. Kalau ada rezeki lebih aku nak pergi tambah lagi koleksi buku aku. Aku ada senarai buku-buku yang patut dibaca sebelum mati. (Kahkahkahkah, lawak betul bunyi bila dah translate)

Dah lah. Aku mahu tidur. Oyasuminasai.


Mata aimashou ! <-- Ayat ni keluar dalam exam tadi. Dengan pantas aku menjawab. :D :D :D

No comments: