Semalam aku dapat lah menderma darah aku yang tak seberapa ni. Alhamdulillah, tak ada sebarang komplikasi semasa dan selepas proses tu. Cuma aku adalah rasa pening-pening lalat sikit sebab tak cukup tidur malam sebelumnya.
Tengok la keadaan aku sebelum darah aku diambil. Benda kelabu yang aku pegang tu fungsi dia sebagai ala mengepam. Haha. Masa jarum dah dimasukkan dalam salur darah aku kene 'pump' sikit supaya darah tu cepat sikit keluar, dan banyak. Cerah pulak nampak lengan aku tu. Heehee.
Nampak tak beg darah tu ? Banyak tu darah aku kene ambil. 450 ml. Heehee. Masa jarum besar tu dicucuk kat lengan aku tak tengok. Aku buat-buat berbual dengan Rita. Heehee. Aku ok je nak tengok, tapi masa Cik Misi tu tunjuk jarum aku jadi panik pula. Entah apa pasal.
Budak kelas aku semua memang 'sporting' lah. Semua semangat nak menderma. Tapi, disebabkan beberapa faktor yang memang tak dapat dielakkan ada yang tak dapat meneruskan hajat. Antara yang menderma, Shamini, Hidayah dan Hafiq. Yang nak menderma tapi tak dapat, Rita, Jaegan, Syue dan Jana. Takpe lah lain kali kita derma lagi. Heehee.
Tengok Hidayah tu. Badan je kecik tapi relax je darah kene ambil. Darah dia kene ambil dalam 350 ml sebab berat dia 46 kg je. Gambar Shamini dan Hafiq aku tak dapat nak ambil. Yelah, dah terbaring atas kerusi tu. Sedap woo kerusi tu. Kalau aku dapat letak satu kat rumah pun best juga.
Mahu sehari aku tak bangun. :p
Mata aimashou !
No comments:
Post a Comment