Wednesday, April 15, 2009

Kelas terakhir.

Aku sedang mencuri masa daripada masa belajar aku. Heehee.

Hari ni merupakan hari terakhir aku ada kelas. Mula dari 22hb aku punya final exam. Arghh, sangat stress untuk minggu ni sehingga 3hb !!

Setakat ni, keadaan mental dan emosi aku masih lagi boleh dikatakan normal. Haha. Tapi aku tak tau lah macam mana hari Ahad nanti. :p Mungkin aku akan berubah menjadi orang gila sekejap.

Kat rumah aku ni memang susah lah kalau nak study. Bising yang amat ! Penuh sangat dengan manusia sampai tak ada satu tempat pun yang aku boleh dapat ketenangan. Eh kejap, biar aku ulang semula. Tak ada satu tempat pun yang boleh aku belajar. Dalam bilik memang sah-sah aku tak dapat nak study. Atas katil beb, macam mana ?

Jadi, dalam masa peperiksaan ni aku akan berkampung di perpustakaan Unisel. :D Aku harap-harap lah pelajar-pelajar Unisel semua nak belajar kat rumah supaya tenang sikit aku nak study kat perpustakaan tu. Yelah, kalau ramai sangat orang boleh jadi bising. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman, sebab aku yang buat bising tu. Hahahahahaha. Maaf lah kepada sesiapa yang sakit hati bila aku dan budak kelas aku ada kat situ. Kami ni memang tak boleh berkumpul ramai-ramai. Ada je benda yang nak dibualkan.

Berbalik kepada keadaan sekarang, aku kene study betul-betul dan dapatkan cGPA yang tinggi sebab aku tengah bersaing dengan budak kelas aku. Siapa yang dapat pointer paling rendah akan dikenakan denda. Nak tau apa dendanya ? Lari keliling padang Unisel 40 kali + belanja pemenang makan. :D :D :D Jadi, dengan sedaya upaya aku nak jadi pemenang. Tak nak aku lari 40 kali. Hahahaha. Satu round pun aku confirm tak larat !

Takeshi aku hampir-hampir menjadi bahan pertaruhan. Tidaakkkkkkk ! Aku bukan ibu yang kejam, sanggup menjual anaknya.

Tujuan sebenar nak cerita tentang kelas terakhir aku. Heehee. Kelas terakhir aku ialah Japanese 1. Lepas ni tak dapat lagi lah dengar celoteh dan lawak jenaka sensei. :( :( Aku sangat sedih ! Dalam banyak-banyak matapelajaran yang aku ambil, aku rasa kelas sensei ni lah yang paling best sekali. Yang terbaik ! Takpe lah. Lepas ni kalau terserempak dengan sensei aku akan tegur dia menggunakan bahasa Jepun. Konbanwa sensei ! (sambil melambaikan tangan) Sebelum berpisah kami sempat mengambil gambar. Heehee. Sayangnya, aku tak bawa Takeshi ke kelas seperti sebelum-sebelum ni. Jadi gambarnya tak lah secantik mana. Gambar diambil menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson W910i.

Itulah Sensei Arbain. Sensei terbaik kat Unisel. Heehee.

Ok lah. Mata aimashou !

p/s = Aku mungkin tak akan dapat sempat untuk update blog ni sampai lah habis exam. Jadi, kepada pembaca-pembaca yang budiman sekalian, jenguk-jenguk lah blog ni semula lepas 3hb Mei ok ?

No comments: