Sunday, April 12, 2009

Beautiful imperfections. Embrace it.

Sepet, Gubara, Muallaf, Mukhsin, dan terbaru Talentime.

Umum ketahui siapa pengarah kesemua filem-filem tersebut. Ya, Yasmin Ahmad. Aku terpanggil untuk berkongsi mengenai pengarah yang hebat ni.

Aku bukan nak buka cerita lama tapi entri ni lebih kepada kebijaksanaan dah tahap kreativiti beliau, yang pada aku memang mengagumkan. Pengarah hebat ni berjaya membuatkan aku tabik hormat habis pada dia.

Sepet merupakan titik pengenalan kami. Sebelum itu, aku memang tak pernah dengar namanya apalagi mengenali beliau. Pada aku, filem-filem beliau wajar tergolong di bawah kategori filem Malaysia. Jalan cerita dalam setiap filem beliau memang nampak keikhlasan dan ketulusan hati anak jati Muar, Johor ni. Apa yang beliau tunjukkan dalam filem beliau, realitinya itulah yang berlaku. Menerusi mata aku, filem beliau tiada unsur kepura-puraan.

Walaupun setiap filem yang beliau hasilkan akan disertai dengan kontroversi, namun, beliau berjaya menyampaikan mesej di sebalik jalan ceritanya. Hal-hal remeh seperti berkemban, adegan mesra tak hengat di antara pelakon dan lain-lain bagi aku perkara biasa dalam industri perfileman. Tidak adil lah kalau disebabkan perkara-perkara tersebut anda tidak menyokong niat murni beliau untuk memantapkan lagi industri perfileman di negara kita. Senang cakap, filem beliau banyak bagus dari tak bagus. Itu yang penting. Itulah perkara pokok yang perlu kita bincangkan.

Aku neutral. Tak memihak mana-mana pihak. Tapi kalau aku diminta pilih antara Nana Tanjung atau Sepet, tanpa perlu berfikir aku akan memilih Sepet. Maaf kata, cerita-cerita seperti Nana Tanjung bagi aku adalah sampah. Bukan niat untuk menghina atau mengutuk, tetapi sekadar menyatakan pendapat. Aku tengok rakyat Malaysia ni suka sangat tengok filem yang tak perlu gunakan otak. Macam Nana Tanjung tu lah. Setakat duduk dalam wayang, gelak pada lawak jenaka yang kurang bijak, keluar wayang balik rumah tidur. Pada aku membazir lah RM10 yang kamu keluarkan. Aku tak rasa dapat banyak input lepas tengok filem tu.

Fenomena di negara kita ni agak berlainan sedikit berbanding dengan negara jiran. Filem bermutu dianaktirikan, filem entah apa-apa disanjung tinggi. Senario jaguh kampung lebih diutamakan di Malaysia ni. Jadinya, tak terkejut lah Mukhsin menang anugerah di festival filem luar negara tetapi dalam negara penghargaannya kosong. Aku geleng kepala banyak kali tengok senario ni.

Ok, aku tak cakap filem Yasmin Ahmad sahaja yang bagus. Ada juga pengarah lain yang hasilkan filem bermutu dan bercirikan Malaysia. Sebagai contoh Cinta, Sepi dan .......( tak terkeluar pula nama filem lain ). Tapi, filem Yasmin Ahmad ni ada feel lain sikit. Sesiapa yang dah pernah tengok tu faham lah. Sesiapa yang non-judgemental lah. Sampaikan Mak aku yang tak gemar tengok wayang pun jadi suka tengok filem-filem Yasmin Ahmad ( walaupun dia tak setuju juga dengan adegan peluk tu ). Mak aku cakap dia tenang tengok Mukhsin. Itulah yang aku maksudkan. Tenang, sarat dengan emosi. Itulah yang menggambarkan filem Yasmin Ahmad.

Satu lagi perkara menarik dalam karya beliau ialah perpaduan antara kaum. Kalau kita lihat, semua karya beliau ada kaum Melayu, India dan Cina. Dan tak ada pergolakan kaum, diskriminasi dan dengki sesama sendiri dalam karya beliau. Apa yang bagusnya, beliau mengambil dari sudut positif. Dan kita dapat lihat betapa harmoninya hidup ini jika semua orang dapat bersikap JUJUR.

Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar daripada karya beliau. Aku biarkan pada pendapat korang lah untuk menilai mana yang baik. Bak kata pepatah, 'Hanya jauhari mengenal manikam'. Kalau korang dapat kenal manikam tu, maka korang ni jauhari lah. Kalau tak kenal, hmmmm, mungkin korang hanya batu biasa je kot. :p Gurauan semata-mata. Jangan ambil hati yee.

Sebenarnya, aku cuma nak kongsi pendapat sahaja. Sekali lagi, bukan niat untuk menghina atau mengutuk. Apa kata korang tengok video di bawah ni ? Salah satu daripada hasil Yasmin Ahmad. Tapi video di bawah ni bukan dibiayai oleh Malaysia, tetapi Singapura.

Lihat, orang luar lebih menghargai kreativiti beliau.....



Rakan-rakan pembaca, mulai sekarang apa kata kita lupakan perkara yang remeh. Fokus kepada yang lebih penting. Orang putih kata, 'Look at the bigger picture'. Kita boleh jika kita kata kita boleh ! Sesiapa yang tak tersentuh lepas tengok video ni, sila pergi jumpa doktor. There's something wrong with you.

No comments: