Sunday, April 12, 2009

Aku makan di Chilli's.

Akhirnyaaaaa, aku dapat juga jumpa dengan kawan aku yang seorang ni.

Hmm, lama juga lah aku tak jumpa dia. Sejak dia balik dari Europe bulan lepas. Aku dan dia macam ada rutin. Kami tak berjumpa selalu, tapi dalam masa sebulan tu dapat jumpa sekali dua dah cukup. Dengan dia sahaja aku dapat buat pengecualian untuk melepak.

Lepak dengan dia bukan lepak berbual kosong je. Kami bincang berbagai perkara. Dari cerita mengenai kehidupan masing-masing ke politik ke teknologi terkini, bab AF pun masuk sekali. Haha. Hampir semua tajuk perbualan kami bukan perkara remeh atau lebih tepat lagi, mengumpat. :p

Aku dapat ole-ole daripada Europe. Heehee. Betul-betul tak sangka Amir sanggup susah-payah nak belikan aku ole-ole. Terima kasih banyak-banyak lah Amir. Aku hargai sangat pemberian kau ni. :D :D

Rancangan awal aku hari ni sebenarnya untuk ulangkaji, tapi petang tadi bila Amir telefon ajak lepak dengan pantasnya aku batalkan rancangan aku. Aku rindu nak jumpa dia kot ! Makan malam tadi Faid pun ada juga. Seronok lepak dengan mereka ni. Faid ni memang jenis suka buat lawak lah. Dan mungkin sebab kami banyak sependapat dalam beberapa hal, sebab tu aku boleh layan berbual dengan mereka ni.

Amir bawa kami makan malam di Chilli's Bangsar. Pertama kali aku pergi makan kat Chilli's ni. Yep, aku tau. Kesian kan. :( Dan hidangan pertama aku ialah Cajun Club Sandwich, minuman ice lemon tea. Ok juga lah sandwich tu. Yang menariknya, air aku tu boleh di refill. Kau boleh refill sampai perut kau kembung dengan air. Heehee. Sebab tu juga aku tak dapat habiskan sandwich tu. Kenyang betul lah. Alhamdulillah. Merasa juga aku makan kat situ. :D :D

Tadi juga Amir ajar aku serba sedikit mengenai setting kat Takeshi. Tapi aku tak dapat tembak banyak gambar. Yelah dah sibuk berbual dan makan, mana lah sempat. 2-3 gambar sahaja dapat tembak.

Ok lah. Enjoy lah gambar yang ada ni. Aku nak pergi tidur. Penat ! :D


p/s= Aku miss AF malam ni. Tak dapat tengok Hafiz ! :(

No comments: