Saturday, November 27, 2010

Rancangan Memasak #2 dan seterusnya

Malas rasanya nak campuradukkan semua hal dalam satu blog. Benda gembira, sedih, hal kolej, hal aku bosan, hal nak kongsi gambar. Kalau semua campuraduk dalam satu blog aku rasa semak untuk tengok. Kalau aku tuan punya blog semak apa lagi orang yang membaca. Jadi, untuk lebih menyejukkan mata aku memandang aku dah buat satu blog baru khusus untuk aku tulis mengenai projek masak-memasak. 


Maka, Rancangan Memasak #2 dan seterusnya akan bersambung di Bake Or Broke. Tapi aku takkan update post setiap hari. Bila aku masuk dapur barulah aku post dengan hasilnya, okay ? 


B.O.B akan ditulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan aku bercerita. Sebab kebanyakkan resipi yang aku dapat dalam bahasa tu. Jenuh la kalau aku nak translate semuanya. Kalau tak faham boleh buka kamus Dewan Bahasa atau apa-apa jenama kamus yang ada.




Kebetulan pula malam tu kami bertiga pakai jersey United. Cuma berlainan season saja. Gempak kan ? Saja untuk tontonan sempena Manchester United berjaya melayakkan diri ke knockout stage untuk Champions League selepas mengalahkan Rangers hari tu hasil jaringan RudeBoy Rooney.
.

5 comments:

Aka-chan said...

woo!! bagus bagus :)
weh blog url baru ku :)

Anonymous said...

eh bukan adik kaca mata ni dulu pakai jersi chelsea ke

AZ said...

Aka-chan ? Siapakah ?

Encik/Cik Anon, seumur hidup aku tak pernah pakai jersey team lain dowh. Cakap baik-baik sikit.

Anonymous said...

ada orang perasan la...org cakap budak lelaki kat sebelah tu :p

AZ said...

Budak tu pun sama lah.