Wednesday, June 10, 2009

Syaitan bertopengkan manusia.

Hidup tanpa tujuan. Bayangkan hidup kau macam tu. Kejap, aku pun nak ikut sekali bayang juga.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tak best kan ? Mesti rasa macam nak bunuh diri.


Iklan kejap.

'Kau nak kerja kat T***** T*** ke ?' Ella.

'Ha'ah' Aku

'Half-time eh ?' Ella.

'Huh ? Part-time lah bijak !' Aku

Mari kita gelak ramai-ramai. Hahahahahahahahahahahahahahahhahaha. Adik aku memang bijak pandai cerdik dan genius !

Aku nak cerita pasal benda yang tak ada kena mengena langsung dengan perkara-perkara di atas.

Masalah utama aku yang paling besar sekarang ialah pengangkutan. Disebabkan oleh seorang pemandu teksi syaitan, aku diharungi perasaan takut dan paranoid untuk menggunakan perkhidmatan awam itu. Jadi, dengan perasaan itu aku menjalani perintah berkurung dalam rumah sehingga aku mempunyai lesen. Sucks wehhhh terperap dalam rumah je !

Bahaya dunia sekarang ni. Pepatah Melayu berbunyi 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya' memang sesuai diaplikasi pada abad ke-21 ni. Sekarang perempuan pun dah pandai jadi jahat. Dulu lelaki je. Sekarang ramai perempuan bertudung tapi bukan untuk menutup aurat. Dulu perempuan bertudung betul-betul sebab nak tutup aurat dari pandangan bukan mahram. Manusia, manusia.

Di dada akhbar sekarang kita boleh lihat banyak kes rogol berlaku. Yang terbaru berlaku di kawasan perumahan aku sendiri dan mangsa ialah kawan sekolah adik-adik aku. Begini cerita dia.

Dina (bukan nama sebenar) mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang berada di SS15.

'Dina, what time are you coming here ?' Kawan A.
'I'm on my way there. Chill lah. Tengah tunggu cab ni' Dina.
'Ok. We'll wait for you' Kawan A.

Dina ternampak kelibat teksi berwarna merah putih dari jauh dan menahan teksi tersebut.

'SS15 please.'

Pemandu berbangsa India itu mengangguk dan menggerakkan kenderaan. Selepas beberapa ketika, Dina menyedari pemandu tersebut membawanya ke arah yang berlainan.

'Excuse me. You salah jalan lah. 15 is on the other side.' Dina
'Ye saya tau. Saya mau pergi ambil barang sekejap.' Pemandu keparat
'Turunkan saya depan sana je lah.' Dina
'........' Pemandu keparat

Pemandu tersebut tidak menghiraukan arahan Dina dan terus membawa Dina tanpa sepatah perkataan. Dina telah mengesyaki perkara yang bukan-bukan dan terus mendail nombor Kawan B yang telah diletakkan dalam speed dial. Disebabkan takut diapa-apakan, Dina berpura-pura duduk diam. Pemandu tersebut membawa Dina ke arah Shah Alam.

'You buka baju sekarang.' Pemandu keparat
'Tolong lah. Jangan buat apa-apa pada saya. Saya boleh bagi you duit dan handphone ni.' Dina
'Diam, jangan cakap banyak ! Buka baju you sekarang !' Pemandu keparat

Setelah di bawa meronda di TTDI Jaya, Dina dibawa pula ke Kelana Jaya. Pemandu tersebut memberhentikan kereta di tepi kawasan sebuah kondominium. Di situlah Dina dirogol tanpa belas kasihan oleh pemandu teksi keparat. Selepas dirogol, Dina ditinggalkan di tepi jalan.

Beberapa jam kemudian, Dina dijumpai oleh anggota polis. Turut bersama mereka ialah kakak Dina yang telah dimaklumkan oleh Kawan B mengenai perbualan Dina dan pemandu keparat di dalam teksi.

Ha macam tu lah ceritanya. Bila baca mesti korang pun rasa takut dah nak naik teksi. Bagi perempuan lah. Lepas dengar cerita ni dari adik-adik aku, memang aku jadi takut gila nak tahan teksi. Yelah, benda ni berlaku dalam kawasan perumahan aku. Cuak tak cuak lah !

Budak tu cuba untuk larikan diri tapi tak dapat sebab teksi tu dah dikunci guna central lock. Jadi dia tak dapat nak buka pintu. Dan mungkin kawan dia lambat bertindak dan tak sempat polis nak selamatkan dia.

Pemandu keparat tu dah pun diberkas. Kena tangkap dalam Subang Jaya juga. Macam haram kan ? Mesti tengah cari mangsa seterusnya. Dia ingat buat dosa ni boleh lepas ke dari pandangan Tuhan. Sorry lah bro. Tuhan takkan lepaskan orang macam kau macam tu je. Walaupun kat dunia kau dapat hukuman tak setimpal, tapi kau tunggu lepas kau mampus. Tu pun kalau kau tak sempat nak bertaubat lah. Kalau dapat kat aku lah jadi penguatkuasa undang-undang, orang macam kau ni memang aku terus jadikan makanan harimau kat Zoo Negara tu, kau tau tak !

Maaf, aku terlebih emosi pula.

Walaupun sebelum ni aku pernah dengar kes-kes rogol oleh pemandu teksi, aku tak ambil pot sangat sebab tak jadi dalam kawasan di bawah radar aku dan tak jadi pada orang yang aku kenal. Tapi budak ni dah lah duduk kawasan perumahan sama, adik-adik aku kenal, kira dekat lah juga dengan aku.

Kepada sesiapa yang baca artikel (?) ni, aku sertakan sekali langkah-langkah persediaan untuk naik teksi.

1. Usha pemandu dan teksi tu. Agak-agak teksi nampak dalam keadaan terbaik, bersih apa semua. Pemandu pula jenis pakai uniform butang sampai atas.

2. Test keberkesanan pintu supaya bebas dari child lock. Kalau tak tau apa tu buat macam ni. Lepas tutup pintu tu kau cakap kat pemandu tu, 'Eh kejap. Ada barang terjatuh !' Kalau pintu tak boleh buka alamatnya dah masuk perangkap.

3. Ambil gambar pemandu dan MMS kepada kawan/ahli keluarga beserta dengan nama dan nombor pendaftaran teksi. Kalau dia tak nak, cari je teksi lain.

4. Letak nombor telefon balai polis berdekatan dalam speed dial. Lepas buat langkah 1-3, bersedia untuk menekan butang telefon hijau.

Sedikit sebanyak tips-tips yang boleh diberikan kepada pembaca sekalian. Nampak remeh tapi ia berbaloi sekiranya anda terselamat daripada perangai syaitan mereka. Tapi, yang paling penting sekali ialah naluri hati korang. Kalau rasa lain macam je lepas usha pemandu tu, lupakan lah niat nak naik teksi dia. Berlambak lagi teksi kat Malaysia ni. Apa yang penting ?

Maruah dan keselamatan anda.


Notakaki : Cerita tu sebahagian isi aku tokok-tambah. Tapi keseluruhan cerita lebih kurang macam tu lah kisahnya.

Notakaki 2 : Jangan label sesuatu kaum di sebabkan salah seorang melakukan kesalahan. Label individu tersebut sahaja. Ingat, syaitan tak kenal kaum bila menghasut.

No comments: