Monday, June 15, 2009

Boling alley.

Pagi Jumaat memang hari yang ditunggu-tunggu. Sebab hari tu aku ada date dengan Nino (bukan nama sebenar). Malam sebelumnya (atau malam kelmarin aku tak berapa nak ingat dah), Nino ajak aku keluar. Jadi, pagi tu aku ponteng aktiviti mingguan kelab boling. Aku tulis pagi sebab masa ni tingkatan dua ok. Sekolah sesi petang. Hari minggu kena duduk rumah. Mak tak bagi keluar.

Nino jumpa aku depan tempat boling. Aku ajak kawan aku teman, tapi dia dengan baik hati suruh aku pergi sendiri, baru romantik kata dia. Kitorang pergi makan McD. Masa ni kira McD yang paling handal untuk bawa pergi makan. Belum mampu lagi nak pergi Secret Recipe, Chilli's bagai semua. Mak bapak masih support. Sekarang PTPTN support.

Beberapa minit lepas tu dia ajak pula kawan dia, S, jalan dengan kitorang. Dalam hati aku dah mengutuk. Tadi aku nak bawa kawan dia tak kasi. Ni dia pula bawa.

Jalan punya jalan punya jalan, kitorang masuk Tropicana Life. Aku mengekor je lah. Berdirilah aku macam tunggul kayu kat depan pintu kedai sebelah tempat display wallet yang hip dan happening zaman tu. Tiba-tiba Nino suruh aku pergi kat kaunter. Katanya amoi tu nak jumpa. Dengan lurus bendul aku pergi. Amoi tu minta tangan aku dan dia pakaikan gelang warna hijau lumut ada manik-manik kuning dan merah. Aku yang bodoh-bodoh ni pun iakan je lah. Lepas tu aku pergi kat Nino dan S.

'Awak beli untuk saya ?' kata aku dengan penuh rasa teruja.
'Ha. Suka tak ?' Nino.
'Suka. Thanks.' balas aku.

Dalam blur blur Nino ni pandai juga dia ambil hati perempuan. Bertambah cair hati I, you !

S beritahu aku dia dah couple dengan K, kawan aku. Tepat-tepat sehari selepas Nino dan aku. Dalam fikiran aku, desperate betul budak ni. Kawan ada couple, dia pun kena ada juga ke. Tapi aku macam biasa, stoic kan muka ku. Nino pun. Sebab dia dah tau. Ha cepat buka kamus cari makna stoic tu apa.

S tak puas hati bila aku tak percaya. Dia bawa aku pergi telefon awam terdekat dan dail nombor rumah K. Tapi aku tau masa tu K ada kat dalam bangunan yang sama. Aku biar jelah dia telefon K.

Dipendekkan cerita, aku, Nino, K dan S lepak sama-sama. Aku jalan dengan K, Nino jalan dengan S. K cerita kat aku pasal S. K cakap dia tak tau nak jawab apa masa S tanya dan automatik dia terima. Haha. Gila betul.

Yang kelakarnya, si S ni tiru cara Nino buat awal-awal tadi. Tapi dia tak pergi Tropicana Life. Dia pergi Vincci. Bajet up lah tu. Tiru habis aku cakap ! Sungguh tak original. Padan lah suhu badan K maintain 37 darjah Celcius.

Gitu gini gitu gini date kitorang pun tamat. Sebab Nino nak pergi main CS kejap sebelum pergi sekolah. Dia memang kemaruk CS masa ni. Sanggup ponteng sekolah semata-mata nak pergi 15 main CS. Heih. S buat muka tak puas hati sebab Nino tarik dia sekali.

Bila lelaki-lelaki dah tak ada, aku dan K mula sesi gossip. Hahaha. K cakap dia tak suka pun S. Tapi terpaksa terima sebab dia kesian. Adoi ! Kalau S tau ni mesti dia malu yang teramat nak datang sekolah.

Kami berempat satu kelas. Menarik bukan ?

****

Sampai sekarang aku suka ingat date ni. Tak tau kenapa. Mungkin sebab gelang hijau lumut tu. Ya, gelang hijau lumut.

Kami bertahan tak lama. 2 minggu je. Sama jangka hayat dengan gelang hijau tu. Kihkihkih. Masa tu budak-budak kan. Cinta monyet. Tapi sampai sekarang aku sayang dia. Tapi hanya sebagai kawan.

Selalunya aku teringat date ni sebab perkataan boling. Dan hari ni memang banyak boling tu keluar.

Sebab tu wujudnya entri ni. Layankan je lah.


Notakaki: Kisah S dan K tu mungkin lari sikit dari keadaan sebenar. Aku tak berapa ingat. Tak kuasa nak ingat pun.

No comments: