Monday, June 29, 2009

Nenek yang ku panggil Atuk.

Lama meninggalkan blog ni. Aku balik kampung di Johor untuk tolong bersihkan rumah Atuk kat Pontian. Sambil-sambil melawat Atuk juga.


Penaaaaaaaat tau ! Tapi sebenarnya kerja aku tak adalah berat sangat. Takat lap lap bersihkan habuk yang melekat atas bingkai gambar. Cuma kepanasan tahap membara yang buatkan aku rasa letih sangat. Pontian tak ada api.


Faham tak api tu apa benda ? Orang Johor panggil elektrik, api.


Masa nak balik Atuk lain macam sikit. Dia ingat semua orang nak balik KL, padahal semua nak balik semula ke Kulaifornia.

'Atuk nak duduk kat sini sorang ke ?' Aku
'Ha'a lah..' Atuk
'Ish, takkanlah nak tinggalkan Atuk sorang kat sini. Kita semua nak balik Kulai.' Aku


Atuk dah tak berapa kuat ingatan dia. Sedih aku tengok muka Atuk.


Di Kulaifornia, Atuk terbuang air besar atas katil. Yang membimbangkan kami ialah warna najis hitam. Lepas kejadian tu aku tengok muka Atuk sugul je. Anak-anak dia tanya pun dia tak jawab. Diam seribu bahasa. Suasana dalam rumah bertukar menjadi suram. Sesekali terdengar suara gelak tawa penghuni dek kerana kerenah Sari, pembantu Aunt Chon yang agak pelik. Mungkin entri lain aku ceritakan pasal minah ni. Sepanjang petang Atuk tidur. Atuk ingat dah waktu malam. Bila malam dia ingat siang. Atuk dah tak tau nak bezakan siang dan malam.


Aku salam dan cium Atuk sebelum kami bertolak pulang. Aku baru nak tarik tangan, Atuk minta maaf jika dia ada buat salah atau sakitkan hati. Pantas kelenjar air mata aku menjalankan tugas. Hati aku jadi sebak. Aku potong cakap Atuk dan beritahu dia aku yang patut minta maaf.


Sejak semalam aku jadi risau. Risau kalau-kalau sesuatu terjadi. Kalau boleh aku nak berada dekat dengan Atuk sekarang. Aku tak nak menyesal di kemudian hari.


Mak, jom balik Johor lagi.

No comments: