Wednesday, July 1, 2009

Urbanscapes dan Selsema Babi.

Aku sokong Pak Rais. Sila gunakan selsema babi !


Aku tak pergi pun Urbanscapes 2009 tu. Dengar cerita ada pengunjung yang terkena jangkitan selsema babi. Jadi, siapa yang pergi hari tu silalah berjumpa dengan doktor anda untuk menjalani ujian ye. Kau jangan sebarkan pada orang lain yang tak pergi pula. Jangan jadi babi ok !


Sebut pasal selsema babi.


Aku harap rakyat Malaysia janganlah selfish atau dalam bahasanya pentingkan diri sendiri. Kalau ye pun kau hadap sangat nak melawat negara asing, tak payah lah dalam jangkamasa terdekat ni boleh ? Kau nak mati sangat ke ? Aku cakap selfish sebab kau balik nanti mesti ada je kes terbaru selsema babi.


Statistik meningkat, demand ubat rawatan makin tinggi, merisaukan orang ramai. Yang lagi menyusahkan semua yang jumpa kau kene kuarantin. Kalau kuarantin kat tempat best tak apa. Ni kuarantin dalam rumah. Menyusahkan tau tak !


Tunggu je lah sampai wabak ni reda. Lepas tu kau nak pergi mana pun lantak kau lah. Jangan pergi mati bunuh diri sudah.


Memang aku cakap banyak tapi aku tak kena kuarantin pun. Nasib lah. Bagi sedar sikit rakyat yang lain.


Lepas ni aku harap penternak-penternak babi jangan bagi haiwan mereka mengawan untuk mengurangkan populasi babi. Hahaha. Boleh ke ? Nanti kang ada yang menggelupur tak dapat makan babi.


Sedap ke eh ?


***


'Yang kau nak tu tak ada. Tapi ada maxi plus.' Abah
'Aaaa overnight memang tak ada ke ?' Aku
'Tak ada..' Abah
'Beli je lah apa-apa tapi nak ada wing.' Aku
'Ok.' Abah
'Thanks Abah.' Aku


Amacam ? Abah aku rock kan. Rock memang rock. Tapi dinding muka aku ni nipis. Merah padam tau tak. Ok tipu.


Bulu roma meremang.


Kiranya aku ni tak adalah urban sangat. Hahahahahahahhaha.


Menyampah aku dengan perkataan tu. Ptui.

4 comments:

susudalambotol said...

pelikkan kenapa nak malu untuk sebut babi? ia bukan perkataan mencarut pun. dah nyata memang dalam bahasa melayu perkataannya babi. kan lebih senang guna bahasa terus.

AZ said...

tu la kak hid. mungkin dah terbiasa anggap babi tu perkataan mencarut, jadi ralat nak guna meluas.

atau mungkin sbb nanti mereka tak selera nak makan. hehhe. if you know what i mean. :p

top_ace7 said...

'Beli je lah apa-apa tapi nak ada wing.'

hahahaha.

AZ said...

Hahaha. Kau paham ye Acid ?