Friday, March 13, 2009

Ego.

Kali ni nak tukar lah kata ganti diri. Nak guna aku pulak. Guna saya macam kurang kena dengan jiwa raga aku yang 'keras'. :p

Semalam budak kelas aku tanya aku macam mana nak keraskan hati jangan bagi sensitif sangat. Dengan penuh terkejutnya aku tanya dia balik aku ni keras ke ? Dia balas balik, kau kan ego. Adess, buat pertama kali aku sedar yang rupanya orang lain pun sedar aku ni seorang ego. Bukan dia seorang tu je yang cakap. Setakat yang aku tau, 3 orang dah cakap aku ego. Heehee. So macam mana ni ? Adakah aku rasa tak puas hati mereka melabel aku macam tu ? Adakah aku menyampah dengan mereka sebab label aku begitu ? Hmmm...

Sebenarnya, aku tak kisah sangat pun. Aku mengaku, aku seorang egois. Itu semua hasil daripada proses pembesaran aku di sekitar orang-orang yang egois. Jadi dengan semulajadinya sifat egois tu tertanam dalam diri aku. Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal-hal sebegini ? Tuan punya badan atau orang yang membesarkan mereka ? Bagi aku, dua-dua salah. Bukan dalam hal ni je, tapi dalam semua hal. Bak kata pepatah Inggeris,' There's 2 sides of every story'. Dua-dua pihak ada betul, ada salah.

Berbalik pada sifat aku tadi, aku dibesarkan dengan cara yang sama orang tua aku dibesarkan. Boleh kata macam keturunan lah ni. Heh. Sejak aku pandai gunakan akal fikiran aku dah tanam azam dalam diri aku, bila aku ada anak aku akan pastikan yang anak aku takkan jadi macam aku. Dalam zaman moden ni, aku rasa mustahil bagi ibubapa untuk didik anak mereka macam zaman datuk nenek kita dulu. Zaman moden, ibubapa perlu jadi kawan kepada anak mereka. Betul tak ? Kalau kau cakap tak betul pun, aku tak kisah sebab aku memang tak kisah. :p Kita manusia rambut je sama hitam, hati lain-lain. Jadi pendapat pun berbeza.


Kadang-kadang tu ada terfikir jugak nak ubah diri ni. Tapi aku fikir balik, seorang yang ego ni tak semestinya tak baik. Tengok jugak la tahap ego seseorang tu macam mana. Kalau ego tinggi menggunung tu memang teruk lah, macam doktor dalam gambar atas tu Aku rasa aku tak tergolong dalam kategori tu. Aku masih boleh rendahkan ego aku bila aku rasa perlu. Mungkin aku macam lawyer tu. Sekurang-kurangnya aku boleh mintak maaf bila aku tau kesalahan aku. Senang cakap, aku forgive and forget ! :D :D

Sekian saja lah entri mengenai ego. Nantikan entri seterusnya lepas aku balik dari JB nanti.

Aku akan ada di JB dari hari Sabtu sampai Selasa. Insya-allah kalau sempat aku update lah blog ni.

No comments: