Aku nak cakap sikit lah pasal Earth Hour ni kan. Yelah, esok harinya jadi aku rasa nak sentuh sikit lah. Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau ada kandungan entri ni melukakan hati atau mengguris perasaan pihak yang berkenaan. Aku cuma sampaikan pendapat aku saja.
Terus-terang aku cakap kat sini, aku kurang setuju dengan ideologi Earth Hour ni. Bagi aku kalau korang setakat nak selamatkan Bumi dengan 1 jam tutup lampu (sekali setahun je pulak tu...) tapi baki 356 hari tu korang duk depan laptop/komputer sampai tersembul biji mata, logik ke ? Juga, korang menggunakan peti sejuk/kereta/bas/motor/hairspray yang turut menyumbang kepada pemanasan global. Kenapa takde buat satu hari semua orang tak payah pakai kereta, atau, satu hari tak payah bukak peti sejuk ?
Jangan terlalu cepat melabelkan aku ni tak sayang Bumi. Mana mungkin aku tak sayang. Inilah satu-satunya planet yang aku pernah diami. Tapi, aku rasa kita tak perlu hipokrit dalam perkara serius macam ni. Kalau kau betul nak kurangkan pemanasan global kau buat ALL-OUT. Maksud, kau buang semua perkara yang menyumbang kepada pemanasan global. Macam tu baru aku boleh respek sokongan kau.
Kalau sekarang ni aku tanya orang ramai, ramai yang tahu pasal Earth Hour. Tapi, majoriti yang tau tu semua terasa nak sokong sebab mereka rasa macam dah 'cool' kalau sokong perkara serius macam ni. Nampak mereka ni peka sangat lah terhadap alam sekitar ! Padahal, ada diantara penyokong tu PEROKOK ! Cuba cerita sikit kat aku macam mana perokok-perokok ni boleh nak sokong Earth salvation tapi belakang cerita mereka-mereka nilah yang sedang menghancurkan Bumi.
Tapi yang bodoh sombong macam ni tak ramai lah aku rasa, sebab aku tengok semua yang sokong ni rata-rata dari golongan cerdik pandai. Mereka ada sebab sendiri kenapa mereka menyokong E.H ni.
Aku rasa mesti ada suara-suara yang akan menuduh aku ni meng'kompleks'kan keadaan yang senang. Yelah, tutup lampu je. Bukan susah pun, ye tak ? Hari-hari pun aku buat. Jadi isu tutup lampu selama sejam pada hari yang tertentu aku rasa tak perlu. Macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih dll. Semua tu hanya agenda pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.
Aku takde pulak nak kutuk hasrat-hasrat murni sesiapa yang nak menyokong tu. Cuma, aku rasa perkara ni perlu difikirkan dalam konteks yang lebih besar. Isu tutup lampu tak sepatutnya diperbesarkan sampai macam ni.
Aku jadi terlebih emosi bila aku terjumpa dengan golongan yang kononnya menyokong E.H ni, tapi sebenarnya tak tau pun tujuan utama kempen ni. Lagi-lagi, bila aku cakap aku tak sokong dia menentang dan mengutuk aku balik. Heihh, manusia manusia.
Yang lagi best, aku baca suratkhabar mana entah, Sarimah bagi kenyataan yang beliau dan pihak produksi Akademi Fantasia 7 menyokong kempen ni. TAPI. Pada masa kempen ni berjalan, konsert mingguan AF akan tetap bersiaran secara langsung. Apakah ?????
Pelik betul lah perangai spesis aku ni. Heeheeheehee.
Tapi, satu aku puji lah. Logo E.H ni memang stylo ! :p

No comments:
Post a Comment