Thursday, February 26, 2009

Random facts.

Post hari ni saya nak ceritakan serba sedikit mengenai yours truly ( saya la tu ). :D Apa yang saya tulis kat bawah ni just some random things yang keluar kat kepala otak saya masa typing. Jom kita baca apa yang saya tulis !

1. Saya tak suka perempuan yang pakai make up terlebih-lebih sampai muka tukar colour jadi kelabu.

2. Saya sukaaaaaaa sangat makan benda yang tak elok utk kesihatan. Gula, coklat, cake and semua yang sewaktu dengannya.

3. Saya tak suka makan ikan kecuali ikan keli. Walaupun rupa macam anaconda tapi TERBAIK !


4. Bahasa Jepun paling saya suka lepas Bahasa Malaysia. Watashi wa nihongo ga daisuki desu.

5. Dalam banyak-banyak benda saya nak buat is sarapan setiap hari, tapi sampai sekarang takde pun. Susah lah nak bangun pagi !

6. Kalau saya baru first time jumpa orang memang saya tak reti nak berbual. Unless orang tu yang start dulu.

7. Tahun ni azam saya nak tau apa ? Saya nak muat balik dalam jeans lama saya saiz 27. Sekarang saya pakai seluar saiz 29. :p

8. Saya tak suka hujan and saya paling takut bila ada guruh, petir, kilat.


9. Bila time nak tidur saya akan biar lampu bilik sentiasa ON.

10. Sebenarnya saya tak suka keadaan yang basah. Air pun saya tak suka. Trust me, kalau saya tak pentingkan personal hygiene saya takkan mandi. :p

11. Pada saya lepak-lepak tu satu aktiviti yang buang masa and duit. Kan bagus kalau pergi buat aktiviti lain, like pergi picnic ke, buat dinner party kat rumah ke. Aktiviti yang ada benda lain untuk buat selain bual kosong, order air sampai 3-4 gelas and kayakan kedai mamak tu.

12. Sejak holiday kat JB hari tu mulut saya ni tak boleh stop dari terasa nak mengunyah. Maybe sebab tu lah badan saya cepat je nak naik sekarang ni.

13. Saya sangat suka baby. Kadang-kadang tu terasa macam tak nak diorang membesar. :p

14. Saya masuk dalam bidang sains sebab saya nak belajar pasal apa yang jadi dalam badan saya.

15. Kawan saya cakap saya ni nampak kuat.

16. Tapi, saya tak boleh tengok cerita hantu/seram without tutup mata dengan tangan. :p


17. Saya tak suka tinggal dalam rumah sorang.

18. Saya baru sedar yang saya reti guna otak saya lepas sekolah menengah. Heehee.

19. Saya tak suka binatang.

20. Saya takut tinggi tapi saya suka berada di atas. ;)

21. Saya rabun dan ada masalah silau tapi saya benci pakai spec ! (Tu lah dulu suka sangat nak pakai, padan muka.)


22. Saya jenis yang tak suka cakap sangat so sebab tu saya prefer SMS/email/YM daripada call.

23. Saya tak suka share dengan orang selain family.

24. Saya sangat suka Russell Crowe. Saya rasa dia sangat seksi walaupun dia tak kacak. ;p

25. Nak tau apa benda terbaik dalam dunia ni ? Ray Ban Wayfarer.


26. Sekarang saiz baju saya 12/14(UK)/M/L. Dulu saiz saya S ! Perubahan yang sangat drastik dalam masa 2 tahun.

27. Seumur hidup saya, tak pernah saya pakai rantai/cincin/gelang lebih daripada seminggu.

28. Saya sangat suka coklat M&M kacang.


29. Saya sangat selesa bila pakai baju warna hitam. Saya rasa selamat and nampak slim sikit. Heheh.

30. Saya sangat boros. Asal ada duit je saya mesti nak belanjakan. Tapi selalunya benda yang saya beli tu mesti makanan. Haha.

31. Saya sangat bangga jadi orang Johor. Saya dilahirkan kat Hospital Pakar, JB.


32. Saya tak suka SEMUTTT !! Benci sangat !

Dah la tu. Setakat ni je lah saya boleh bagitau pasal diri saya. Nanti saya update lagi. Gambar-gambar tu semua saya amik dari internet. Not from my personal pictures.

No comments: