Wednesday, February 25, 2009

Meet the family.

Hari ni saya nak perkenalkan family saya. Yeay !

Ini adalah bapa saya, En. Zahari. Di sebelah beliau, ibu saya, Pn. Ashikin. Sila abaikan muka Abah saya. Dia bukan tak suka amik gambar tapi dia memang tak reti amik gambar. Haha. Tak reti senyum depan camera. Susah nak dapat gambar dia senyum. Gambar ni lah yg terdekat. :p Tapi kalau Mak, hmmmph, asal nampak camera point kat dia je terus automatik senyum. Heehee. Sebab tu lah anak-anak perempuan dia pun macam tu kot ? Abah dah 59 tahun, Mak 53 tahun. Tahun depan Abah retire. Mak pulak dah tak sabar-sabar nak berhenti kerja. Dia tengah tunggu offer VSS/MSS je sekarang ni. Dua-dua kerja kat CIMB Bank. Tapi Abah kat branch KL, Mak pulak kat branch PJ. Bertemu jodoh pun kat tempat kerja. Dolu-dolu diorang kerja sama tempat, Bank Bumiputra kat Johor. Heehee. Dah 28 tahun kahwin. Lama kan ? Semoga umur mereka panjang lagi untuk tengok anak-anak mereka kahwin. Amin.

Ni abang saya and anak sulung dalam famili., Azlee. Panggil dia Abg Lee. Umur dia tahun ni 28 tahun. Still single and available. Heehee. Dia tak banyak amik gambar. Gambar ni pun amik masa cousing kitorang kahwin tahun lepas. Sekarang dia dah makin berisi. Dalam famili dia pendiam. Sangat control adik-adik perempuan dia. Memang jaga betul lah kitorang. Kadang tu rasa kesian kat dia sebab dia takde geng nak bermesra macam kitorang. Yelah, dah dia sorang je lelaki. Sebab jarak umur jauh, kitorang tak rapat dengan dia. Tapi belum lambat lagi nak destroy jurang tu. Kan Abg Lee ? :)





Hmm, siapa pulak ni ? Heh. Inilah saya. Anak kedua dalam famili. Famili semua panggil Ina je. Tapi saya tak suka orang selain famili panggil nama tu. Saya lebih suka dikenali as Azlina. Tapi bila orang dah panggil jugak nama panggilan tu saya jawab jugak. Tindakan refleks. Hehe. Umur saya 23 tahun. Taaapiiiiiii, saya sangat suka Jonas Brothers !! :p Lantak lah apa orang nak cakap.









Ini adalah adik saya, Zahidah. Tapi dalam famili dipanggil Ida. Umur dia 21 tahun. Dia sekarang tengah study kat UIA Gombak, amik Economics. Sangat banyak cakap. Dia ni mangsa buli adik-adik dia sebab kadang-kadang dia ni lurus bendul. Haha. Dia ni jelah anak mak yang paling rajin. Bila weekend dia balik rumah suka kemas. Kitorg pun suka jugak, sebab bilik akan sentiasa kemas. :p Tapi dia ni jiwa sensitif. Kalau ada yang tak puas hati, cepat je airmata jatuh. And kuat mengamuk. :p







Ini adik saya juga, Zafirah, panggil Fira. Still sekolah menengah lagi. Tahun ni dia amik SPM. Lepas raya pulak tu. Haha. Kesian, raya kene study. Dia ni cita-cita tinggi. Nak study kat Australia. Dia amik English literature tapi still tak tau lagi apa dia nak jadi. Suka sangat amik gambar. Tak kisah apa jenis camera yang ada, tak kisah siapa punya. Tapi satu benda yang penting, mesti amik gambar muka dia !! Syok sendiri !








Ni pulak adik bongsu saya, Zalilah, panggil Ella @ Adik. Baru je 15 tahun tapi dia yang paling gabak sekali antara perempuan-perempuan dalam famili. Haha. Oleh sebab dia bongsu, so dialah yang selalu jadi mangsa kakak-kakak dan abang dia. Dah tertulis anak bongsu memang selalu akan kene 'pau' and buli. Jangan salahkan kami. :p











Gambar ni amik masa cousin kitorang, Am Hasli, kahwin. Wife dia, Kak Intan ,and sekarang dah ada member baru dalam famili, Syaquera. Lupa lah tahun bila majlis ni. Tapi Quera dah nak masuk setahun.

Ok, sekarang dah kenal family members saya. Walaupun mereka ada sifat-sifat atau tebiat yang saya kurang gemar tapi saya tetap sayangkan mereka. Sebab walau apa pun yang saya buat, salah ke, kurang betul ke, bagus ke, cemerlang ke, saya tau mereka ni lah yang akan sentiasa bersama saya sampai akhir hayat. And saya nak ucapkan terima kasih kat mereka sebab terima saya walaupun saya banyak buat benda yang diorang tak suka. (Tapi sebenarnya diorang terpaksa.. :p)

Sekian saja sesi pengenalan kali ni. Heehee.

Lepas ni mesti kene sakat ngan budak-budak tu. Nak tau apa ayat diorang lepas baca ni ?
Awww, Ina so sweet ! Aku pun sayang kau jugak...

Urghhh !! Geli geleman.

No comments: