Thursday, April 30, 2009

Khamis, 30 April 2009 (2)

Sekarang aku tengah kebingungan.

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pasal nama aku. Tapi, dua tiga hari lepas aku dengan secara tiba-tiba terfikir nama aku.

Kenapa nama aku Azlina ?

Kenapa Azlina ?

Azlina. Azlina. Azlina. Apa ada pada Azlina ?

Sampaikan aku menyebut nama aku kuat-kuat. Dan bila aku sebut datang satu perasaan yang sangat aneh. Aneh kepada nama tu. Maksud aku, nama tersebut yang telah menjadi identiti aku selama 23 tahun, adalah satu nama asing bagi aku. Aku tak kenal nama tu. Aku tak kenal tuan punya nama tersebut. Aku tak suka perasaan tu.

Dan selama ni juga aku tak pernah tau maksud di sebalik nama aku. Aku pernah tanya Mak apa maksud Azlina tu, tapi aku lupa lah dia jawab ke tak. Aku rasa tak jawab kot. Sebab aku tak ingat apa jawapan dia. Jadi, tadi aku tanya Pak Cik Google apa maksud nama aku. Malang sungguh jawapan yang diberikan. Semua jawapan Pak Cik Google bagi berkenaan dengan Azlina Jelani @ Lina Joy. Alah, perempuan Islam yang murtad tu lah. Aku rasa aku dah click butang next tu dah puluh-puluh kali. Tetap juga keluar nama perempuan tu.

Berdasarkan apa yang aku tengok, ramai juga yang tak tau maksud Azlina ni. Ada satu website tu dia letak entri pasal pengertian nama-nama Islam. Teka lah berapa komen entri tu.

500 ++ beb !

Semua tanya apa maksud nama yang mereka nak berikan kepada anak/cucu/sedara-mara/sepupu sepapat. Banyak juga lah aku tengok nama pelik-pelik yang keluar. Berpinar mata aku baca komen. Ada juga yang tanya berkenaan nama Azlina, tapi tuan punya blog tak dapat jawab daaa. Hampa aku. :(

Jadi sekarang, kepada semua pembaca-pembaca yang budiman, kalau korang tau maksud nama Azlina, sila lah letak di ruangan komen yee.

Untuk pengetahuan, nama aku ditulis dengan 'ain dan bukan alif. Harap maklum. :)

Oh, apa yang aku dapat mengenai personaliti di sebalik nama. Tengok lah kat bawah ni.



You Are Bold and Fearless



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.



You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.

You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.

You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.



You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.



You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you... especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.



You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.

You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.

You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.



Kebanyakan memang betul. TIPU.

Ok lah. Memang semua betul pun ! Arghh. Cekik juga budak ni kang.

Khamis, 30 April 2009

Yeay ! Ada layout baru. Yeay, yeay !

Diam lah budak kecik ! Dush dush dush, hiyaaa !!!

Aku ada layout baru. Heehee. Saja je rasa nak tukar. Dah bosan dengan layout sebelum ni. Layout kali ni aku pilih sebab ia berwarna merah. Merah kan warna feveret aku. :D

Nikmatilah layout terbaru daripada ku. (Walaupun sebenarnya aku download je dari website) Nak tau siapa yang mereka layout ni ? Scroll sampai bawah. Mesti ada tulis. Oh, dan untuk layout kali ni aku sertakan sekali link untuk komen-komen bernas daripada pembaca. Jadi apalagas, dah reti baca reti lah tinggalkan komen ! (sambil cekak pinggang dan buat muka bengis)

Yang leceh tukar layout ni sebab aku kene letak balik blogroll tu semua. Nanti lah aku update kan. Sekarang aku nak pergi baca balik nota-nota Toxicology. Sabtu ni examnya. Doakan kejayaan aku menjawab soalan. Amin. :D


Mata aimashou !

Buah oren yang sedang dikupas.

Tora datang lagiiii !! Dengan permainan baru.


Korang ingat lagi tak iklan tu ? Dulu aku selalu beli benda alah tu untuk dapatkan permainan yang merepek-merepek tu. Heehee. Fikir balik macam rugi pula duit Abah. Yelah, aku beli pun sebab nak permainan tu je. Biskut bersalut coklat bulat-bulat tu bukannya aku makan pun. Tak sedappp ! Wekk. Permainan tu pula bertahan beberapa hari je. Lepas tu masuk tong sampah. :p

Tora tu pesanan penaja je. Entri kali ni aku nak ceritakan pasal benda/orang/peristiwa lama. Dalam erti kata lain, perkara yang telah berlaku.

Aku tengah mental block sekarang. Lupa apa aku nak tulis.

Ha ! (keluar mentol berwarna kuning kat tepi kiri kepala)

Aku mendapat panggilan daripada orang yang dah lama aku lupakan. Ok, aku tipu. Orang yang dah lama aku cuba untuk lupakan. Jadi, bila dia telefon aku terkesima seketika. Otak aku memang kosong kecuali flashback dalam kepala aku ni. Untuk pengetahuan korang, aku belum jawab lagi panggilan dia. Aku tarik nafas panjang-panjang dan menjawab, "Hello..".

Ingat lagi ke siapa ni ?

Mesti lah ingat.

Macam mana boleh ingat ?

Sebab cam suara lah.

Kenal ke ?

Kenal lah.

Kenal rapat ke ?

Errrrr.....boleh lah.

Selepas tu, bermula lah sesi mengenang semula. Aku benci. Aku benci bila orang mengeksploitasi keadaan dan membuat aku kelihatan seperti orang bodoh. Tak suka, tak suka tak suka ! (sambil menunjuk ke arah dinding yang dicat guna cat antibakteria)

Orang lama lagi bagus. Lebih memahami.
Kalau yang lama lebih memahami, kenapa dia jadi lama ?
Emmmm....

YES. Aku berjaya menyerang balas !

Panggilan telefon tersebut ditamatkan dengan rasa ragu-ragu. Kenapa ? Sebab dalam perbualan tu seperti ada udang di sebalik mee kari kat kedai Kak Pah (bukan kedai sebenar). Aku bingung seketika. Dan selepas perbualan yang membingungkan tu, aku jadi hilang mood. Apa yang dibuat semua serba tak kena. Makan tak kenyang, mandi tak basah.

KANTOI TAK MANDI ! Mana ada orang mandi tak basah.

Diam lah kau !!

Aku jadi teringat balik kenapa, mengapa, bagaimana. Malangnya, aku tak dapat jumpa jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Nak ditanya, ego aku masih dikategorikan sebagai toxic dose.

Tak apa lah. Lain kali je kita kupas lagi buah oren ni.


Mata aimashou !

Monday, April 27, 2009

Soalan bocor ke ??

Kemungkinan soalan Basic Pharmacology esok :

1. Pelajar yang masih tinggal di Akademi untuk minggu ke-8.
  • Yazid
  • Hafiz
  • Aishah
  • Claudia
  • Aril
2. Lagu tugasan untuk minggu ke-8.
  • What Time Is It
  • Slot Akasia
  • Terima Kasih Cinta
  • Gives You Hell
  • Breathing
Soalan esei pula..

1. Senaraikan tenaga-tenaga pengajar yang berada di dalam Akademi.
2. Terangkan persembahan Yazid pada konsert minggu ke-7.

Kahkahkahkahkah.

Di saat aku sepatutnya membaca nota-nota Pharmaco, di sini pula aku berada dan juga di depan TV. Ngeee...

Sejujurnya, aku dah malas lah nak baca. Aku berserah je lah. Malasssssssssss !

Sunday, April 26, 2009

Hari kedua.

Yatta !

Aku sangat gembira sebab aku berjaya menjawab kertas Japanese I dengan jayanya. :D :D Rasa-rasa boleh dapat markah penuh ke ? Hmm, berlagaknya budak ni. Anak sapa lah ni. HUH.

Sekarang cabaran yang sebenarnya akan bermula. Selasa nanti Pharmaco. Jadi malam ni dan hari esok adalah masa aku untuk berhempas pulas memasukkan nama segala jenis ubat dan kesan-kesan sampingan akibat 'overdose'. Pehhhh, aku cakap dengan korang memang banyak lah ubat-ubatnya. Tak terhafal aku. Macam mana lah orang boleh minat subjek ni. 'Complicated' sungguh. Tapi kalau tak ada subjek ni macam mana saintis nak cipta ubat untuk menyembuhkan dan mengurangkan kesakitan kita kan ? Hmm takpe lah. Yang pasti aku memang tabik spring lah kat sesiapa yang cemerlang dalam bidang Pharmacology ni.

Aku tengah layan cerita The Golden Compass kat HBO. Aku dah pernah tengok sebelum ni. Tapi kurang sikit lah kualiti gambarnya. Yelah tengok VCD cetak rompak mana nak best kan. Jadi, aku bersemangat lah nak tengok kat HBO ni. Malangnya, cerita ni sangatlah membosankan. Aku lagi suka baca bukunya.

Buku-buku aku tengah beratur tunggu masa aku nak baca mereka. Dalam simpanan setakat ni ada lah dalam 2-3 buku. Cuti nanti aku nak pulun habis-habisan baca buku ni semua. Kalau ada rezeki lebih aku nak pergi tambah lagi koleksi buku aku. Aku ada senarai buku-buku yang patut dibaca sebelum mati. (Kahkahkahkah, lawak betul bunyi bila dah translate)

Dah lah. Aku mahu tidur. Oyasuminasai.


Mata aimashou ! <-- Ayat ni keluar dalam exam tadi. Dengan pantas aku menjawab. :D :D :D

Saturday, April 25, 2009

Entri Akademi Fantasia aku.

Aku sangat gembira malam ni sampai aku nak masukkan entri kedua untuk hari ni. Wheeee~

Berbaloi lah aku tak study untuk tengok AF. Kahkahkahkah.

YA, AKU TENGOK AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7.

DAN, YA, AKU JUGA TENGOK DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7.

Kalau korang tak boleh terima, lantak kau lah. Aku tak kisah pun. Yang penting aku tak kacau hidup korang. Ada betul ?

(Ayat tu aku tujukan untuk yang suka kutuk mereka yang tengok AF. Sekian terima kasih )

Tujuan utama aku untuk review sikit persembahan pelajar-pelajar AF tu, terutamanya Hafiz dan Aril. Aku memang tak ada kelayakan dalam bidang seni ni. Apa yang aku tulis ni hanyalah dari pandangan seorang manusia yang gemarkan hiburan (tapi takde sampai tahap melampau okayyy..).

Malam ni mereka punya persembahan memang the BOOOOOMMBBBBBBB !!! Aku yang dah berjanji pada diri sendiri untuk tak mengAFUNDI telah mungkir janji. Gahh, lantak lah. Dan dari aku tak minat pada Aril boleh jadi aku minat dia malam ni. Sebab persembahan dia memang terbaikk ! Malam ni aku rasa pelajar-pelajar lelaki yang meletopppp tebabom pom pom pom ! Hafiz, Aril dan Yazid. Akim tu 50-50 je lah. Tak berapa meletop sangat. Tapi menarik juga.

Aku tulis yang aku suka je lah ye. Kita start dengan Aril lah, sebab dia pelajar pertama yang buat persembahan.

Aril :
Seperti yang aku telah nyatakan di atas. Memang terbaik lah. Seksi pun ada. Hahaha. Sesuai lah dengan tajuk lagu dia, Panas. Ada ala-ala dangdut sikit kalau dengar lagu asal. Tapi bila Aril nyanyi tak dengar pula dangdut tu. Memang syiokkk woo tengok persembahan dia. Pandai dia berkomunikasi dengan penari-penari and penonton. Untukmu Aril, 10 bintang ku berikan.

Hafiz :
Dalam diari untuk minggu ke-7 ni memang banyak fokus kat Hafiz sebab minggu ni dia dapat lagu yang memerlukan Hafiz untuk rap. Jadi, dia banyak 'down' dan memang nampak lah kesukaran dia untuk menghafal lirik. ( Pehh, aku dah macam pengikut setia pula... ) TETAPI, persembahan dia malam tadi, macam Aril juga, TERBAIKKKKKKK ! Ok lah. Ada lah sikit tergelincir tapi tak ada lah nampak ketara sangat. Dengan gaya, bahasa tubuh dia memang aku bagi 2 ibu jari atas ( two thumbs up, dalam bahasa Inggerisnya ). Sebelum dia mula nyanyi aku memang dah seram sejuk je. Takut lah dia terlupa lirik lepas tu tak tau nak buat apa untuk coverline. Dah tu pula, ASTRO duk panggil Najwa nyanyi sama atas pentas. Najwa tu penyanyi asal lagu ni, sekali dengan Malique. Nasib lah dia pandai nak berinteraksi dengan Najwa. Apa-apa pun aku bagi 10 bintang kat Hafiz !

Yazid :
Dalam konsert-konsert sebelum ni, Yazid memang gagal lah dalam bab-bab tunjukkan emosi masa buat persembahan. Aku yang minat kat dia pun boleh jadi bosan bila tengok persembahan dia. Dengan muka selamba dia, suara pun ala kadar je keluar emosi. Tapi, malam tadi persembahan dia lain daripada yang lain. Tak keterlaluan kalau aku cakap persembahan dia yang paling TERBAIK dari segala segi. Kau bayangkan M.Nasir buat persembahan macam mana. Haa, lebih kurang macam tu lah persembahan Yazid. Dia berada dalam dunia dia sendiri malam tadi. Gerak-geri dan bahasa tubuh dia betul-betul menampakkan yang dia menghayati lagu tu secara total. Walaupun bila kita tengok dia bergerak macam pelik je, tapi cara dia bergerak tu betul-betul menarik. Untuk Yazid aku bagi 15 bintang !

Ok. Aku dah kehabisan bintang. Baik aku pergi kumpul bintang balik untuk konsert minggu depan.

Oh, sebelum aku pergi tidur, doakan kejayaan aku menjawab soalan Jepun esok petang.



Mata aimashou !

Edit

TIDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!

Baru aku mula minat masa ni lah dia diundi keluar ! Argghhhhh tidak dan tidak dan tidak ! Konsert kali ni Aril keluar ! Adoi. Aku dah cuba untuk naikkan dia punya peratus.

Aku sedih balik. :((

Tak patut dia keluar minggu ni. Aishah patut keluar !!

Nihongo benkyou shimasu !

Hajimemashite. Watashi wa Azurina desu. Douzo yoroshiku.

Ashita wa Nihongo no tesuto desu. Shichijihan kara goji made benkyou shimashita. Taihen ne ! Mainichi toshokan ek ikimasu.

Ni terjemahannya...

Hello. I am Azlina. Nice to meet you. Tomorrow I have Japanese test. I did my revision from 7.30 am until 5 pm. Exhausting right ? Everyday I went to library.

Aaaaaahhhhhh. Penat aku perah otak untuk keluarkan beberapa ayat tu. Takat tu je yang aku boleh buat. Heehee. Tak berapa pandai lagi lah beb. Baru habis Japanese I. Kita tunggu lepas aku belajar Japanese II. Mesti aku mahiiiiiiirrrrrrrr berbahasa Jepun. :D :D :D

Hahaha. Lawak betul bila aku baca balik. Memang bahasa buku lah. Aku belum sampai tahap intermediate lagi, Baru je beginner. Harap-harap universiti nanti buat lah Japanese II. Boleh aku memahirkan lagi bahasa Jepun aku. * peace *

Korang tengok lah nanti lepas Japanese II, mesti aku tulis Jepun semua. Biar korang tak faham. Terkapai-kapai korang nak baca entri aku. Kahkahkahkah. Kejam sungguh. Takde lah. Gurau je. Aku ni seorang yang boleh tahan juga lah baik hati. (o_o) Aku buat macam tu karang takde sesiapa nak baca pula blog aku ni. Kan dah jadi tak best.

Aku takde idea nak tulis ni. Tapi aku rasa best pula membebel tak tentu pasal dalam blog ni. Korang pun mesti rasa best baca kan ? Aku tau. :p Harap takde lah korang rasa menyampah tahap gaban bila baca eh. Malu je aku syok sorang-sorang.

Hari ni aku dan keluarga aku dah ditinggalkan oleh Mak. Huwaaaaaaaaa. Aku sangat tertekan dan sedih !













Relax lah beb. Mak aku balik JB hujung minggu ni je. Dengan ditemani Ida. Yang tertekan, perut aku je. Kelaparan yang amat. Hahaha. Abah malas nak pergi beli makanan. Aku malas nak masak. Takde benda pun yang boleh dimasak melainkan air. Apa lagi ? Aku terus mengorder Mekdi. Aku makan Mekdi saja untuk sarapan dan makan tengahari. Malam nanti tak tau lah makan apa. Makan hati jeeeee....

Nenek aku sakit. Mak aku nak jaga mak dia bila saat-saat mak dia sakit. Macam aku jaga Mak bila dia sakit. Cheeeewaaah, sempat lagi aku nak menyelit puji diri sendiri. Hmm, aku takut kalau akan berlaku sesuatu dalam masa terdekat ni. :(

Mari sama-sama kita doakan kesihatan nenek aku kembali semula. Amin yarabbal alamin.

Aku nak pergi sambung benkyou shimasu !

Ganbatte ! Ganbatte ! Hiyaaa, hiyaaa !


Mata aimashou !