Friday, August 20, 2010

Kalaulah boleh jerit tanpa orang pandang semacam.

Dalam tak sedar dah seminggu kita berpuasa tahun ni. Lagi 3 minggu dah nak raya. Lagu raya pun dah makin banyak berkumandang. Semua tak sabar nak raya dah (tak sedar kot ada lagi 3 minggu nak kena puasa). Kalau dah masuk minggu ketiga sesuai la kot dengar lagu raya. Biasalah tu ragam manusia macam-macam. 


Pada firasat aku, rasanya tahun ni raya akan diraikan dengan agak kurang memberangsangkan. Bukan kerana lokasi diubah, tapi kerana dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dalaman berbanding tahun-tahun sebelumnya. Lagi hebat untuk dihadapi, dan lagi besar untuk ditanggung. Bila dah jadi macam ni semangat nak beraya pun dah luntur walaupun belum masanya lagi. 


Macam penyakit berjangkit, penularan dia agak susah untuk dikawal jika manusia disekeliling tak kuat. Alhamdulillah, setakat ni manusia tersebut boleh tahan tahap iman dan takwa untuk menangkis serangan penyakit tu. Cuma ada kadangkala virus tu terlepas masuk dalam badan juga. Kesan sampingannya berlanjutan sampai beberapa hari.


Kenapa melankolik sungguh tahun ni ?



Kalau bukan kerana kau, budak cerdik, makin tertekan lah jiwa aku.
.

7 comments:

Anonymous said...

kenapa nak tertekan ni, nak hilangkan stress baca la Al-Quran ker, solat taubat ker ..pergi jalan-jalan Bukak puasa ker, :)>

AZ said...

Dah buat pun.

susudalambotol said...

Anak dan suami memang painkiller kita kan?

Anonymous said...

then dah tak tenang belum jiwa tu?

AZ said...

Kak Hidd: Betul ! Doakan saya dapat jodoh dan anak yang boleh tenteramkan jiwa. :D

P/S: Budak cerdik tu anak sedara, bukan anak. Heeheee.

Anon: Lepas buat tekanan datang balik. Setiap hari benda sama jadi. Sabar je lahhhh.

Anonymous said...

kalau macam tu cuba dengar ceramah, berbual dengan kawan-kawan, tengok movie, buat benda2 yang buat kita ceria (tapi tak dosa).... bulan puasa ni memang kita dituntut supaya bersabar...jadi bersabarlah kerana pencipta kita telah berfirman yang mana maksudnya.. Dari kesulitan itu akan datang kemudahan, sesungguhnya dari kesulitan itu nakan datang kemudahan[ASH-Syarh 5-6] ayat seterusnya baca sendiri ehhhhh.....hi,...hi..hi selamat buka puasa semoga ramadan kali in menjadikan kita hamba yang bertakwa buat selamanya :D :p...;)

AZ said...

Ye betul. Memang tengah sabar la ni. Kalau tak sabar memang ..... tanak cakap lah. Terima kasih.