Thursday, January 21, 2010

Ketidakseimbangan emosi

Sebagai manusia tak kisah la dia tu berpangkat atau tidak mesti ada hak. Hak sebagai ibu bapa, hak sebagai anak, hak cikgu, hak murid, hak pemimpin, hak lelaki, hak perempuan...you get the drift. Dan hak tersebut perlu dihormati untuk menjamin kerukunan sesebuah institusi.


Bayangkan hak kau sebagai seorang pelajar dirobek dengan buas oleh orang yang tidak bertimbangrasa. Apa kau rasa ?


Geram, marah, bengang, pissed off, meluat ? Dah tentu.


Tapi apa yang kau boleh buat kalau bila emosi kau dalam keadaan tak seimbang begitu ? Jawapan dia, tak ada apa-apa. Maksud, tak ada apa-apa yang boleh mendatangkan faedah sejagat. No win-win situation la.


Buang masa je kan nak marah-marah semua ni ? HAHAHAHA. (Aku tengah tengok cermin)


Jadi, apa kita boleh buat ialah jiwai emosi amarah tu buat seketika. Kemudian, tenangkan perasaan. Duduk ke bersila ke sumbat cekelat dalam mulut, kunyah kuat-kuat ke, SUKA HATI. Lepas dah tenang sikit, mulakan operasi brainstorming, iaitu operasi mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan kembali hak masing-masing.


Cakap senang oh tapi nak buat kemain susah !


DUH. Mana ada benda yang senang dalam dunia. Semua kena ada usaha. Tak ada usaha mana nak dapat. Pfft, korang ni.


Sekarang ni susah sebab ada dinding penghalang yang dengan tidak sengaja menghalang perjalanan aku yang smooth sailing ni. Biasalah. Harapkan cerah sampai ke petang, tiba-tiba tengahari awan mendung datang, petang hujan lebat pula. Aku pula lupa sediakan payung. Akhirnya......


BASAHHHHH !


Tapi harap dinding tu takde la susah sangat nak overcome. Unless dia ada letak duri. Eh, kejap. Apa aku merepek ? -___-"


Berjuang sebelum mengaku kalah. Ke....bertindak mengikut arahan ?


Heih..di persimpangan dilema !

2 comments:

Unknown said...

berjuang sebelum mengaku kalah..bertindak mengikut arahan kalau arahan tu betul!kalau arahannya yang ntah ape2 tak yah laaa ikut.tu bengong namanya.hehehe

AZ said...

Ya betulll !