Wednesday, January 27, 2010

8760 days old.

Sekadar gambar hiasan. Ni bukan kek aku...


Ok, this is it. Hari yang ditunggu telah tiba. 27 Januari 2010. Tarikh keramat yang menukarkan aku dari 23 ke 24.


Peh. 24 tahun dah aku hidup. Lama tuuuu...


Sejujurnya, aku takut untuk menghadapi hari lahir. Kenapa ?


Bukankah hari tu adalah hari istimewa ?
Bukankah hari tu hari untuk aku boleh buat ikut suka hati ?
Bukankah hari tu kau boleh makan kek banyak banyak sampai muntah ?


Tapi disebalik kegembiraan, ada ketakutan. Takut dengan realiti. Realiti yang membuat kau berpijak di bumi yang nyata dan apa yang kau lihat tak seindah apa yang kau pernah lihat masa berumur 5 tahun.


Masa tu memang tiada ketakutan. Hanya kegembiraan terpancar di muka birthday girl tatkala mahu meniup lilin dan memotong kek harijadi dengan disaksikan rakan-rakan dan cikgu-cikgi di tadika.


Masa tu semua indah belaka. Makan kek, bergambar, main musical chair apa semua, bagi party pack kat classmates. Memang bahagia !


Tapi sekarang, semua sudah berubah. Macam yang aku tulis dalam post Tahun Baru ni, banyak benda nak kena fikir bila dah menginjak ke alam dewasa. Not everyday is your leisure day. Not anymore.


Aku belum rasa lagi macam mana hidup di luar rumah. Hidup berdikari. Hidup di atas kaki sendiri.


Ya, selama 24 tahun aku hidup belum sekali pun aku pernah hidup berdikari. Maksud, aku tak pernah tinggal rumah dan duduk di asrama, rumah sewa dan sebagainya. Takat tinggal dua tiga hari kat bilik hostel member tak kira.


Anak manja ? Jauh ayam panggang dari api.


Jadi, sempena hari kejadian (as Faid called it) ke-24 ni, aku wish dapat hidup berdikari sebelum meninggalkan dunia pelajar aku.


Nak duk mana ?


SABAH ?!?!


*faint*

5 comments:

azzraz said...

post la pic bday masa umur 5 tawon. i'm sure ramai wud luv to see that pretty gal.. ;)

AZ said...

Hik hik. Pretty gurl ? Haha. Nanti kalau ada masa boleh la korek album album lama. Maybe hari kejadian ke-25 boleh tengok. Heee...

Unknown said...

jangan takut dengan realiti.tempuhnya dengan keberanian.sekuat mana pun kamu lari dari realiti tu,kamu tetap akan berdepan dengannya jugak...yang penting kena kuatkan semangat.memang akak tak nafikan,makin kita dewasa,makin banyak yang kita kena fikirkan.tanggungjawab sebagai orang dewasa ni lain.kalau dulu mase kecik2,nak apa-apa aje,terus mintak kat mak ayah.sekarang tak lagikan :) kena dapatkannya dengan hasil usaha sendiri.tapi akak rase kamu akan lebih hargai atas apa yang kamu miliki dengan hasil usaha sendiri..k..JANGAN TAKUT DENGAN ALAM DEWASA :)) WELCOME TO UR REAL WORLD..kamu akan nampak lebih jelas dunia sebenar bila kamu melangkah keluar dari teratak mak ayah kamu :) ALL THE BEST

AZ said...

Thanks, Kak Tini for the kata-kata semangat. Saya takde kakak kandung yang boleh saya mengadu, akak lah sekarang jadi kakak saya. Hehe. Insyallah, kalau jadi praktikal kat luar ni dapatlah saya bina hidup luar dari kepompong mak ayah. Walaupun kejap. Huhu.

Unknown said...

Terharu laa plak bila kamu cakap takde kakak kandung.Mana2 bebudak yang bawah umo dari akak,akak anggap semuanya adik2 akak..Selagi akak boleh tunjukkan arah jalan dan selagi diterima petunjuk jalan yang akak beri,akak akan terus tunjukkan arah.No thanks ok...I'm glad to see others people happy...Akak doakan supaya kamu berjaya dalam menempuhi perjalanan hidup kamu.