Monday, August 10, 2009

Harapan

Omaigod, dari minggu lepas sampai minggu ni badan aku asyik rasa macam dalam sauna. Panas memanjang tapi aku tak rasa aku demam. Kalau aku demam dah tentu aku tak larat nak bangun dan melantak puas-puas. Mungkin sebab cuaca yang panas buat organ dalaman aku juga jadi panas. Baru lepas mandi badan mesti dah terasa bahang. Dan buatkan aku rasa nak mandi 5 kali sehari atau lebih, mengalahkan nak ambil air sembahyang. Aku rasa bil eletrik bulan ni mesti setinggi bulan lepas.


Harapnya pemanasan badan ni tak ada kena mengena dengan selesema babi. Kalau tak, kesianlah kepada mereka yang terdedah. Minggu ni minggu pendaftaran pelajar-pelajar baru. Dan aku akan jadi sukarelawan untuk buat proses penyaringan selesema babi. Kalau aku sendiri tak lepas proses penyaringan tu macam mana aku nak buat kat orang lain kan. Semoga aku lepas lah. Bosan lah duduk rumah tak buat apa apa. Aku nak berada di medan perang daripada duduk diam-diam dalam khemah ni. Gila merepek.


Ujian JPJ ditunda hingga hari Jumaat. Patutnya hari Rabu ni. Padanlah cikgu aku tak contact suruh aku buat pre-test. Aku pun malas nak contact cikgu aku. Biar dia cari aku. Jadual dia lagi padat berbanding jadual aku. Jadi buat apa aku nak bazir kredit pergi telepon dia. Dah hampir sebulan rasanya aku tak pegang stereng. Cuak juga nanti masa ujian. Harap pakcik JPJ (atau lagi baik, abang) yang jadi tester aku tu sporting dan tak banyak hal sangat.


Karangan hari ni macam panjang pula. Ok masa untuk noktah terakhir.


Notakaki: Alah, kalau takat menang penalti apa barang. Tak payah lah nak heboh sangaaaat!

2 comments:

top_ace7 said...

ko ok ke ina? aku sokong nota kaki ko tuu. haha. nk wat camne. penalty mmg 50-50. nasib laa sape menang. tp kan. aku tgk evra ngn giggs cm dah tawar hati nk amek free kick. lepas insiden evra dgn ballack. so not like them.

AZ said...

Aku ok je. Mungkin sebab cuaca yang terlalu panas ni kot. Minggu ni aku aktif kat luar rumah. Hehe.

Tu la kan. Obvious sangat lepas Ballack masuk tu ref kasi muka kat diorang. Takpe lah. Kita memang tak berapa kuat amik penalty. Fergie pun dah mengaku.