Thursday, September 3, 2009

Ujian JPJ.

Ujian JPJ aku sepatutnya dijalankan pada 12 Ogos 2009, tapi atas sebab-sebab JPJ tak nak bagitau aku tarikh ujian ditunda ke 14 Ogos. Bagus juga ditunda sebab aku terlupa pasal ujian ni dan belum buat pra-ujian lagi. Huehuehue. Jadi bila dapat tau je ujian ditunda aku terus telepon cikgu aku, Abg Wan, untuk buat pra-ujian. Lepas bagitau dia pasal ujian ditunda dia set pada petang Khamis. Dalam hati aku dah kira bagus lah sebab ujiannya esok, hari Jumaat. Masih boleh ingat lagi lah macam mana nak gerakan kaki untuk klac dan minyak.


Hari Khamis aku bertugas di kampus untuk proses penyaringan H1N1. Dapat duit woo, mesti lah aku nak buat. Kalau tak dapat duit pun aku nak buat juga. Tak payah susah-susah beratur panjang-panjang sampai berpeluh untuk daftar semester baru. Sebab aku ada pra-ujian hari tu aku bertugas setengah hari je lah. Abg Wan cakap dia datang ambil aku pukul 3 kat rumah tapi aku tunggu punya tunggu, pukul 4.30 baru dia datang. Memang orang Malaysia betul. Pra-ujian ni aku buat sekali dengan lagi seorang pelajar, Cik J. Jadi lepas ambil aku Abg Wan pergi ambil Cik J kat Bandar Sri Damansara. Lepas tu barulah kami bergerak menuju ke Institut Memandu SKEM yang terletak di Gombak.


Jauh kan ? Sebab SKEM cas sekolah memandu murah, itu pasallah. Masa mula-mula aku duduk belakang stereng aku jadi kelam kabut. Bukit ke mana, garisan kuning ke mana, klac ke mana, semua benda entah ke mana-mana perginya. Ambil masa juga lah untuk aku tune balik dengan cara bawa kereta tu. Maklumlah, dah lebih sebulan aku tak pegang stereng. Bila tune aku dah datang balik barulah aku boleh buat semua. Bukit, parkir, 3-point-turn. Semua tak ada hal. Tapi kadang-kadang kantoi juga kat parkir tu, sebab berbukit.


Dilajukan ke esok hari.


Nombor giliran aku ialah 32 dan aku dalam sesi pertama. Cuak memang tak payah cakap lah. Perut aku tu macam ada orang tengah tekan-tekan. Kadang-kadang ada juga terasa macam nak buang air besar, tapi itu semua amaran palsu. Masa tunggu giliran tu aku tengok jugalah calon-calon lain buat. Ramai juga yang kantoi. Lagi buat aku cuak. Bila sampai calon nombor 15 ada seorang kakitangan SKEM beritahu yang JPJ hari ni semua OK, mesti lulus melainkan kamu sendiri tak dapat buat dengan betul. Lega sikit perut aku. Yalah, hari Jumaat kan. Mesti JPJ semua nak buat pahala sikit. Dapat ke tak aku tak nak cakap. Itu hal mereka dan Tuhan.


Sampailah giliran aku. Bila dapat signal untuk jalan, aku pun menggerakkan kereta. Dengan penuh yakin aku tekan minyak kuat sikit. 3-4 saat lepas tu aku terus tekan klac dan brek. Terlantun aku ke depan kejap. Aku free gear, tarik hand break, aku tengok kat pakcik JPJ A. Dia geleng sambil cakap turun balik, ni peluang kedua ha, buat elok-elok. Aku undur kereta, ambil nafas dalam-dalam sambil baca Bismillah dan doa sikit supaya aku lepas kali kedua ni. Habis semua tu aku masuk gear dan tekan minyak lebih sikit dari tadi dan tunggu lama sikit sebelum tekan klac dan brek. Belum sempat aku lepas tangan dari stereng pakcik A dah suruh turun. Dah sampai bawah bukit aku pergi jumpa pakcik A. Alhamdulillah, aku nampak palang dalam kotak LULUS masa nak tandatangan. Selamat aku senyum manis dekat pakcik A tu sebelum turun tadi. :D


Cabaran kedua. Lepas aku tandatangan dokumen aku terus berharap aku takkan dapat kawasan parkir 3 atau 4. Tapi nasib tak menyebelahi aku, aku dapat yang paling susah, parkir 4 ! Aku hilangkan gabra, panik dan segala macam anasir-anasir jahat yang boleh menggagalkan aku. Dokumen dah aku bagi pada pakcik B. Aku kasi senyum manis lagi satu, baik punya. Sampai giliran aku gerakkan kereta. Semua teknik aku ikut betul-betul, tak ada satu pun aku salah. Sampai je nak tegakkan kereta dalam kotak aku gagal. Enjin mati. Panik, gabra, cuak semua datang balik. Aku cuba lagi. Gagal lagi. Enjin mati. Cuba lagi, gagal. Enjin mati. 3 kali enjin mati aku dah mula ada perasaan yang aku akan kecundang pada cabaran kedua. Tengok cermin sisi aku nampak pakcik B mengorak langkah ke tempat aku. Tekad tak mahu pakcik B gagalkan aku, aku kumpul segala keyakinan, aku gunakan teknik balancing untuk tegakkan kereta. Sampai aje pakcik B depan kereta, dia menunjuk tanda OK dan suruh aku keluar. Tarik nafas lega aku keluar dari kotak dan hampir-hampir melanggar bahu jalan.


Cabaran ketiga. Cabaran ni memang tak mencabar sangat. Jadi badan aku mula longgar dan tak keras masa cabaran kedua tadi. Keluar saja dari petak 3-point-turn tu aku kembalikan semula kereta di kawasan bukit dan naik untuk berjumpa pakcik B untuk tandatangan dan dokumen. Pakcik B tengok aku dan suruh duduk sebelah dia. Soalan pertama beliau mendatangkan semula anasir jahat tadi. 'Lepas keluar parking kau langgar bahu kan ?' Dengan muka naif aku jawab, 'Tak adalah'. Pakcik B diam tanpa berkata apa-apa dan menyerahkan dokumen untuk aku tandatangan. Aku lihat kedua-dua kotak LULUS bertanda. Yabedabeduuuuuu ! Aku berjaya melepasi Bahagian II.


Bahagian III. Di awal ujian aku dah diberitahu oleh seorang calon untuk bahagian III majoriti JPJ adalah perempuan. Memang mampusss lah macam ni, hati kecil aku berkata. Jadi sementara menunggu giliran aku untuk bahagian III aku berdoa semoga seorang JPJ lelaki ditugaskan untuk menguji aku. Macam biasa, kita tak akan dapat apa yang kita mahukan. Aku dapat juga JPJ perempuan.


Kesalahan pertama -
Aku baik sangat dengan makcik tu. Terlebih mesra. Mungkin dia meluat sebab dari pagi tadi semua nak mesra lebih-lebih dengan dia.

Kesalahan kedua -
Aku terlupa nak check sama ada gear bebas atau tak sebelum jalan.

Kesalahan ketiga -
Punat hand break kereta tu sangat lah ketat sampaikan aku tak boleh nak tekan. Makcik kurang sabar dan tolak tangan aku dan turunkan hand break.

Kesalahan keempat -
Aku nampak lampu isyarat hijau menyala dan dengan penuh keyakinan meneruskan perjalanan.


Lepas aku buat kesalahan keempat (masa tu aku tak rasa bersalah lagi sebab aku yakin lampu hijan), makcik suruh berhenti tepi. Lepas berhenti ini sesi dialog yang berlangsung :

Makcik: Awak tak nampak ke lampu isyarat merah tu tadi ?
Aku: Ha ? Tak. Saya nampak hijau yang menyala.
Makcik: Hijau apa. Lampu merah tadi. Awak main jalan je. Hish, tak tau lah apa nak jadi dengan korang semua ni. Buat undang-undang sendiri. Tau tak salah langgar lampu isyarat merah tu.
Aku: ....................
Makcik: Bla bla bla bla bla..tak tau apa yang korang belajar..bla bla bla bla bla bla bla bla (sambil isi borang aku with unnecessary force). Dah awak turun.
Aku: Ok.


Jadi, aku GAGAL. Perasaan memang tak dapat nak digambarkan. Geram dan geram. Bukan geram sebab aku gagal patuhi ujian, tapi geram sebab makcik tu dengan tak semena-mena melepaskan geram dia kepada calon ujian. Dan yang paling buat aku sakit hati bila dia keluarkan ayat yang diboldkan tu. Nasib baik aku tak marah dia masa tu juga. Fikirkan dia tu orang yang lebih tua dan penguji aku, takkan nak balas masa tu juga kan. Maunya aku kena blacklist dengan JPJ. Keluar dari kereta aku ucap selamat kepada calon seterusnya. 'Good luck to you, you'll need it with her' aku cakap pada budak tu. Dia Cina kenalah speaking sikit. Budak tu dah buat muka cuak. Menyesal pula aku cakap macam tu.


Aku bagitau Mak dan Abah. Mak telepon aku tanya semua benda, dari A sampai Z. Sempat lagi dia nak marah aku. Lagi terbakar jiwa raga aku hari tu. Aku dapat SMS dari Abah.

Biasalah tu. First time dia takkan bagi lulus punya.

Abah ku terbaik. Aku lega sikit baca SMS Abah. Eh panjang gila cerita aku ni. Dipendekkan cerita,


aku gagal ujian JPJ bahagian III disebabkan melanggar lampu isyarat merah yang kelihatan seperti hijau. Dan juga salah satu faktor kepada kegagalan aku ialah makcik JPJ tu ada masalah yang tak dapat diselesaikan di rumah atau dia tengah nak menopause.


Sekian.

4 comments:

top_ace7 said...

rilek2. aku sokong statement ayah ko. aku pon dulu test 2 kali jgk. huhu. yg penting konfiden dan jgn cuak dgn pegawai tuu. perasaan takut tuu yg membawa kepada pelbagai kesilapan. anggap lah dia joe jonas ke, daniel redcliffe ke :p

AZ said...

Haha. First time maybe sebab makcik tu muka garang nak mampus sebab tu aku jadi cuak sket. Takpe, aku dah lulus. :D

Joe Jonas ? Tapi dia gemuuuuukkkk ! Hahahaha.

azzraz said...

gue lulus je 1st time

AZ said...

Tahniah.