Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah Ramadan (Harap bukan time Ramadan je..)

Hari ni aku banyak masa terluang sebab aku ponteng kelas untuk sepanjang hari. Bukan saje-saje ok, aku ada ulangan ujian JPJ Bahagian 3. Kenapa ulangan ? Tu entri seterusnya aku cerita. Tunggu je lah.


Sambung cerita. Jadi untuk mengisi masa lapang aku jalan-jalan dan melompat-lompat dari satu blog ke blog yang lain dan akhirnya aku jumpa laman web ni www.zaharuddin.net. Salah satu tajuk artikel yang terdapat dalam laman web tersebut ialah mengenai aurat wanita. Terkesima aku kejap bila baca. Serius. Banyak point-point yang ada dalam artikel tu kena tepat kat batang hidung aku. Tak perlulah aku ulas panjang pasal tu kan. Bila dah jadi macam tu buat aku terfikir balik. Apa tujuan hidup aku ni ? Nak dapat kebahagiaan sementara di dunia atau kebahagiaan kekal abadi ? Jawapan aku semestinya kebahagiaan kekal abadi. Tapi bila dilihat balik pada ibadah yang aku buat nampak macam aku lebih pentingkan kebahagiaan sementara dari yang kekal. Macam mana tu ?


Kenapa kita susah sangat nak melawan nafsu ?
Kenapa kita susah nak melawan syaitan ?
Kenapa kita susah nak jadi orang yang beriman ?
Kenapa kita hidup dengan anggapan dunia ini kekal sentiasa ?
Kenapa kita tak takut melanggar perintah-Nya ?
Kita tak takut masuk nerakakah ?
Atau,
Kita rasa kita sempat nak bertaubat ?


Apa saja jawapan yang diberikan itu semua hanya alasan. Mungkin jawapan bagi soalan ke-6 saja yang kita boleh jawab dengan jujur. Tak kira budak tadika/sekolah/universiti mahupun orang dewasa. Dan soalan terakhir tu, tepuk dada tanya selera. Emm aku rasa semua soalan tu kena tepuk dada sendiri dan tanya selera sendiri. KENAPA ?


Aku ambil contoh aurat ni. 1 contoh je lah. Kalau banyak sangat contoh aku bagi sampai bulan Syawal pun aku tak habis cerita. Ya, aku memang pakai tudung, tutup rambut dari pandangan lelaki bukan muhrim. Tapi kalau nak bandingkan dengan cara-cara menutup aurat yang dituntut oleh Islam jauh beza macam langit dan bumi. Aku pakai tudung tapi tak tutup dada. Aku pakai baju kurung tapi tak pakai sarung kaki. Aku pakai baju lengan panjang tapi menampakkan lengan.





Untuk gambar lebih jelas klik sini dan sini.


Jadi macam mana ? Termasuk dalam kategori mana satu ? A, B, C, D, E, atau F ?


Bagi yang tak pakai tudung pula mereka gunakan kata pepatah Inggeris 'Don't judge a book by its cover'. Maksud disebaliknya, walaupun mereka tak bertudung dan menutup aurat tapi mereka sembahyang, buat baik kepada makhluk Allah, bersedekah and so on. Senang cakap, walaupun mereka free hair tapi mereka orang baik. Point ni Ustaz tu ada bincangkan dalam artikel. Aku cerita sikit lah apa yang dibincangkan.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang."

Rasanya bos tu nak percaya ke cakap pekerja tu ? Tanpa sebarang bukti atau perbuatan yang menunjukkan pekerja tu ikhlas.


Rasanya Allah SWT akan terima alasan tu walaupun dengan terang-terang kita dah langgar perintah dia ?


Don't judge a book by its cover, BUT actions do speak louder than words.


Jadi apa kata kita sama-sama lah buktikan apa yang terdapat dalam hati nurani masing-masing dengan menzahirkan pada luaran. Jika hati kita bersih, luar kita bersih, peribadi kita bersih, tak mustahil umat Islam akan dipandang bersih di mata semua.


Bawah artikel tu, dalam bahagian komen-komen daripada pembaca ada satu komen yang tanyakan soalan.


Posted by aime, on 18-11-2008 01:13, IP 194.80.178.1, Guest
34. ...
saya wanita tidak memakai hijab, tetapi saya mendirikan solat? adakah solat saya diterimaNya..kerana saya kerna ALLAH melaksanakannya..dan saya pernah terdengar solat wanita tidak memakai hijab tidak diterima...tolong terangkan ustaz :? :?

UZAR (Ustaz Zaharuddin) : Pakai hijab dalam solat adalah syarat sah solat..jika tak pakai maka batal solat.

Pakai hijab di luar solat adalah wajib..jika tak pakai berdosa tetapi ia tidak beri kesan sah atau batal kepada solat fardhu..hanya kekhusysukan akan hilang akibat dosa2 tidak berhijab di hadapan lelaki asing.

Akhirnya, solat hilang kualiti di sisi Allah dan buktinya, apabila solat itu gagal membentuk diri sdri utk berhijab di luar solat, itu tandanya solat itu nilainya semakin jatuh pada pandangan Allah.


Tak ke ayat-ayat Ustaz tu membuatkan kita terfikir balik sama ada solat kita tinggi atau tidak nilainya bagi Maha Pencipta ? Ikut pemahaman aku, bagi diri yang diselubungi dosa atau melanggar perintah Allah nilai solatnya adalah rendah.


Wow.


Aku tulis entri ni bukan nak riak atau berlagak bagus. Cuma nak kongsi pandangan dan untuk peringatan, kepada diri sendiri dan semua. Aku pun manusia yang punya kelemahan dan buat kesilapan. Sebaik-baiknya kita cuba untuk tebus kesilapan tu dan mohon keampunan daripada Allah setiap masa. Sentiasa mengingatkan diri sendiri dan orang di sekeliling mengenai tanggungjawab kita pada agama. Kawan-kawan, ingatkan aku bila aku mula lupa ok ?


Itu yang aku sedang cuba buat. Come on !

No comments: