Sunday, March 29, 2009

Berita gembira.

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHA !!!

YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES !!!

Perkataan yang aku paling suka sekali buat masa ni. YES. Hahaha. Mesti korang nak tau kenapa kan ? Berikut adalah penjelasannya :

Aku : Abah, nak camera boleh ?
Abah : Camera apa ?
Aku : DSLR Nikon.
Abah : Ahh, buat apa nak beli ? Bukan boleh mendatangkan hasil.
Aku : Ehh, boleh bah. Amik gambar cantik-cantik lepas tu jual.
( Abah terdiam seketika )

Aku : Kat Harvey Norman RM2300.
Abah : Mana camera tu ? Macam Nizam punya ke ?
Aku : Tak lah. Tu dah mahal sangat. Nak beli yang entry-level je. D60.

Aku : Abah, kat sini RM1999, dapat 4G memory card ngan bag.

Abah : Macam mana ?
Aku : OK !

Demikian skrip yang telah diedit untuk memendekkan cerita. :D

Aku berjaya mendapatkan Nikon D60 setelah beberapa lama memujuk Abah untuk belikan aku. Aku berjaya hari ni ! Terima kasih Abah !

So total sebenar pembelian aku ni = RM2238. Aku beli kat Fotokem Sunway Pyramid. Malam sebelum tu aku dah dapat rasakan yang aku akan dapat D60 tu. Heehee. So esoknya, bila Abah kejut aku terus bangun dan bersiap. Abah memang nak pergi Pyramid, dia nak beli TV. TV lama dah rosak dan tak boleh diselamatkan. Sebenarnya boleh, tapi kos nak selamatkan tu tolak campur bahagi darab sama dengan harga TV baru.

Penambahan jumlah tu sebab Abah nak beli warranty 2 tahun. Tambah dengan UV filter lagi. Aku tak tau la ok ke tak harga yang aku dapat tu. Tapi, yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. Heehee. Sekali lagi, terima kasih Abah !

P/S = Aku bukan ucap terima kasih kat sini je. Masa dapat tu terus aku cakap ok. *peace*

P/S = Mak aku belum tau lagi pasal camera ni. :p

Saturday, March 28, 2009

DCIM Show 2009.


Semalam dah start DCIM Show 2009 !!

Sebenarnya aku plan nak pergi hari ni ( Sabtu ). Tapi, takde geng la pulak nak pegi. Yelah, kalau sorang-sorang je pegi aku tak kisah, tapi sebab nak pergi naik komuter tu aku ralat sikit kalau pergi sorang-sorang. Dah la tu, jauh nun kat MidValley tu ha. Ella dengan Fira ada Hari Sukan. Ida keluar pergi rumah kawan dia. Nak ajak Amir dia macam busy pulak. Hmm..Akhirnya aku tak dapat pergi. Tapi hari masih awal lagi. Kalau aku nak pergi sekarang boleh.

Aku dah siap mimpi malam semalam Abah perkenankan hajat aku. Seronoknya kalau dapat Nikon D90 tu.

Friday, March 27, 2009

Split personality. Is it normal ?

Kadang-kadang, aku pelik. Apa tujuan aku sebenarnya ??

Aku cepat membuat keputusan yang akan membuat aku menyesal di kemudian hari.

Adakah ia bagus untuk aku belajar daripada kesilapan tersebut ?

Atau,

adakah ia membuatkan aku nampak bodoh dan tak tetap pendirian ?

Atau,

otak aku terdiri daripada dua pemikiran yang berbeza ?

Atau mungkin,












aku ada dua personaliti. Heehee.

Azlina/Azlinaz.

Azlinaz adalah alter ego aku. I am Azlinaz... (ala-ala Beyonce la :p)

Earth Hour 2009.

Rakyat Malaysia sekarang mesti tengah excited nak tutup lampu esok kan ?

Aku nak cakap sikit lah pasal Earth Hour ni kan. Yelah, esok harinya jadi aku rasa nak sentuh sikit lah. Pertama sekali, aku nak minta maaf kalau ada kandungan entri ni melukakan hati atau mengguris perasaan pihak yang berkenaan. Aku cuma sampaikan pendapat aku saja.

Terus-terang aku cakap kat sini, aku kurang setuju dengan ideologi Earth Hour ni. Bagi aku kalau korang setakat nak selamatkan Bumi dengan 1 jam tutup lampu (sekali setahun je pulak tu...) tapi baki 356 hari tu korang duk depan laptop/komputer sampai tersembul biji mata, logik ke ? Juga, korang menggunakan peti sejuk/kereta/bas/motor/hairspray yang turut menyumbang kepada pemanasan global. Kenapa takde buat satu hari semua orang tak payah pakai kereta, atau, satu hari tak payah bukak peti sejuk ?

Jangan terlalu cepat melabelkan aku ni tak sayang Bumi. Mana mungkin aku tak sayang. Inilah satu-satunya planet yang aku pernah diami. Tapi, aku rasa kita tak perlu hipokrit dalam perkara serius macam ni. Kalau kau betul nak kurangkan pemanasan global kau buat ALL-OUT. Maksud, kau buang semua perkara yang menyumbang kepada pemanasan global. Macam tu baru aku boleh respek sokongan kau.

Kalau sekarang ni aku tanya orang ramai, ramai yang tahu pasal Earth Hour. Tapi, majoriti yang tau tu semua terasa nak sokong sebab mereka rasa macam dah 'cool' kalau sokong perkara serius macam ni. Nampak mereka ni peka sangat lah terhadap alam sekitar ! Padahal, ada diantara penyokong tu PEROKOK ! Cuba cerita sikit kat aku macam mana perokok-perokok ni boleh nak sokong Earth salvation tapi belakang cerita mereka-mereka nilah yang sedang menghancurkan Bumi.

Tapi yang bodoh sombong macam ni tak ramai lah aku rasa, sebab aku tengok semua yang sokong ni rata-rata dari golongan cerdik pandai. Mereka ada sebab sendiri kenapa mereka menyokong E.H ni.

Aku rasa mesti ada suara-suara yang akan menuduh aku ni meng'kompleks'kan keadaan yang senang. Yelah, tutup lampu je. Bukan susah pun, ye tak ? Hari-hari pun aku buat. Jadi isu tutup lampu selama sejam pada hari yang tertentu aku rasa tak perlu. Macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih dll. Semua tu hanya agenda pihak tertentu untuk mengaut keuntungan.

Aku takde pulak nak kutuk hasrat-hasrat murni sesiapa yang nak menyokong tu. Cuma, aku rasa perkara ni perlu difikirkan dalam konteks yang lebih besar. Isu tutup lampu tak sepatutnya diperbesarkan sampai macam ni.

Aku jadi terlebih emosi bila aku terjumpa dengan golongan yang kononnya menyokong E.H ni, tapi sebenarnya tak tau pun tujuan utama kempen ni. Lagi-lagi, bila aku cakap aku tak sokong dia menentang dan mengutuk aku balik. Heihh, manusia manusia.

Yang lagi best, aku baca suratkhabar mana entah, Sarimah bagi kenyataan yang beliau dan pihak produksi Akademi Fantasia 7 menyokong kempen ni. TAPI. Pada masa kempen ni berjalan, konsert mingguan AF akan tetap bersiaran secara langsung. Apakah ?????

Pelik betul lah perangai spesis aku ni. Heeheeheehee.

Tapi, satu aku puji lah. Logo E.H ni memang stylo ! :p

Thursday, March 26, 2009

Cinta, Love, Ai, Amor.

Hari ni aku nak luahkan perasaan sikit. ;p

Jadi, topik entri kali ni adalah C.I.N.T.A. Pelik ? Heehee. Tak perlu, sebab setiap manusia pasti akan merasa dirinya dicintai dan mencintai. Ok lah, mungkin entri kali ni boleh membuatkan anda loya atau geli-geleman bila membaca. Cuma ingatlah, berat bahu memandang, berat lagi yang memikul. Aku yang tulis ni lagi lah rasa geli, tapi kene jugak tulis sebab aku nak luahkan apa yang terpendam. Bersabar je lah ye. Terima kasih.

Bagi korang apa itu cinta ? Sebelum tu, cinta ni berlainan definisi bagi setiap orang. Jadi, korang tau sendiri je lah apa itu cinta bagi korang. Dari mata turun ke hati, love at first sight, semua ayat tu menjelaskan bagaimana cinta tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Apa relevannya aku cakap macam tu ? Aku rasa korang boleh faham. Macam mana bila korang tengok pujaan hati untuk pertama kali, jantung berdegup dengan lebih pantas, perasaan jadi lain macam, tangan menghasilkan peluh dll. Betul kan ?

Tak payah tipu. Aku tau korang rasa macam tu. Itu orang putih namakan sebagai 'love at first sight'. Bagi aku, aku tak percaya ada cinta seumpama itu. Sebab tak pernah terjadi kat aku. Heehee. Aku pernah dengar cerita dari kawan aku benda macam tu jadi pada dia. So, besar kemungkinan memang wujud lah 'love at first sight' tu. Mungkinkah ia cinta sejati ? Hanya tuhan saja yang tau.

Kebanyakan lagu zaman sekarang, terutama sekali kat Malaysia ni, semua berkisarkan cinta.

Kenapa ? Apa kepentingan cinta dalam hidup seseorang itu ?

Cinta perlu hadir dalam manusia untuk mengelakkan keganasan. Cinta sesama manusia perlu untuk menyambung zuriat dan melahirkan generasi pewaris. Cinta perlu untuk menyebarkan dakwah-dakwah Islam ke seluruh dunia. Cinta juga perlu untuk mengelakkan kehancuran manusia di muka bumi ni. Dari situ terciptalah ungkapan 'Make love not war'. Emm, jangan fikir yang lain pulak ayat tu. :p

Bayangkan dunia tanpa cinta. _____________________________________________. Tak perlu lah aku cerita satu persatu apa akan jadi. Korang sendiri pun tau. Dunia sekarang dah ada pun contoh-contoh yang terbaik. Bodoh lah mereka. Memang bodoh !

Cinta hadir tanpa sapaan. Tak semua bersedia bila cinta hadir. Namun, tiada siapa akan tolak cinta apabila ia hadir. Tak semua cinta indah, dan tak semua juga yang buruk. Kebijaksanaan seseorang menentukan keindahan cinta. TAPI, cinta itu buta, bak kata pepatah Melayu. Betulkah ? Atau itu semua hanya alasan semata-mata ? Terpulanglah pada empunya diri. Sendiri terima sendiri tanggung.

Namun, cinta yang paling agung, yang paling utama sekali, ialah cinta kepada Pencipta. Cinta yang tiada bandingan di dunia ni. Cinta yang paling indah. Cinta yang paling memberi kenikmatan. Cinta yang kekal di dunia dan di akhirat.

Aku macam rasa entri ni terjadi terlebih serius pulak. Padahal nak cakap sikit je. Heeheeh. Ok lah. Aku sebenarnya dah mula ke arah topik entri ni. Tapi aku tak cakap perasaan aku ni cinta. Mungkin satu fasa yang perlu dilalui untuk menemui pujaan hatiku/cinta sejati/teman sejati yang menunggu di luar sana. Hahaha. Tapi, buat masa sekarang, inilah yang aku rasa. Apa aku rasa ?

Hmm....Lu pikirlah sendiri.















Amacam ? Dah cukup geli ? Heeheeheehee. Enjoy lah lirik kat bawah ni. Salah satu daripada lagu favourite aku.

All You Need Is Love
The Beatles

Love, love, love, love, love, love, love, love, love
There's nothing you can do that can't be done
Nothing you can sing that can't be sung
Nothing you can say but you can learn how to play the game
It's easy
There's nothing you can make that can't be made
No one you can save that can't be save
Nothing you can do but you can learn how to be you in time
It's easy

All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love, love is all you need
Love, love, love, love, love, love, love, love, love
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love, love is all you need
There's nothing you can know that isn't known
Nothing you can see that isn't shown
Nowhere you can be that isn't where you're meant to be
It's easy
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love is all you need
All you need is love ( all together now )
All you need is love ( everyone )
All you need is love, love, love is all you need.

Wednesday, March 25, 2009

T-shirt Rasmi

Ok guys, sorry dah lama tak masukkan entri untuk beberapa minggu ni. Sangat busy lah, dengan mid-sem exam and other stuff. Minggu lepas memang sangat memenatkan. Sampai ada beberapa kejadian yang tak diingini berlaku disebabkan gangguan emosi. Heehee.

Sepanjang minggu lepas aku sibuk dengan plan t-shirt for Degree MLS student. Firstly, kitorang (the AJK) belum dapat final design for the t-shirt. So kitorang kelam-kabut la design minggu lepas. Nasib baik lah Miss Kecoh ada design yang MELETOP. Heehee. So dengan design tu bermula la kitorang punya plan. Actually, plan t-shirt ni nak dimulakan dari sem lepas lagi. Tapi sebab masalah kreativiti, plan tertunda sampai sem ni. Tapi kali ni masing-masing dah bertekad nak teruslam plan ni.




Itulah designnya. :)

Simbol biohazard tu melambangkan kami ni bukan innocent-next-door-student. :p Walaupun kami mungkin nampak seperti 'nerd' ataupun 'uncool', tapi kami ada sifat-sifat yang berbahaya bile tak didekati dengan sopan-santun. Heehee. Warna oren tu pulak melambangkan sifat kami yang ceria.

Wednesday, March 18, 2009

Things that describe you as a person.

I did a quiz to know what my birthday month say about me. So here's the result.

JANUARY :
Stubborn and hard-hearted. Ambitious and serious. Loves to teach and be taught. Always looking at people's flaws and weaknesses. Likes to criticize. Hardworking and productive. Smart, neat and organized. Sensitive and has deep thoughts. Knows how to make others happy. Quiet unless excited or tensed. Rather reserved. Highly attentive. Resistant to illnesses but prone to colds. Romantic but has difficulties expressing love. Loves children. Loyal. Has great social abilities yet easily jealous. Very Stubborn and money cautious.

It's hard to believe, but I find it actually describe myself. Except for the 'know how to make others happy' and 'has great social abilities'. Heehee.