Monday, January 17, 2011

Angin bayu, pantai dan layang-layang.



Bila jejak saja kaki atas pasir pantai ni sepantas kilat rasa tenang menjalar dari hujung jari kaki hingga ke ubun kepala. Ambil masa juga untuk sentuh kulit dengan pasir ni untuk elak rasa kejutan. 


Tiada yang istimewa dan luarbiasa tentang pasir pantai ni. Cuma aku begitu menghargai suasana di tepi pantai. Tak kisah lah pantai mana-mana sekalipun. Angin laut bertiup dengan tekstur pasir dilembap dengan air masin. Matahari tegak di atas kepala tak hirau sekali pun !


Tapi dek kerana kebodohan dan kekhilafan manusia, pantai yang suci telah dirobek kesuciannya. Puntung rokok, plastik, malahan lampin pakai buang bayi (!) bersepah di sekitar kawasan pantai. Benci sungguh mengenangkan sikap tak bertanggungjawab manusia.


Rancangan asal untuk berkelah di tepi pantai bertukar menjadi bermain layang-layang di tepi pantai. Berbekalkan RM6 dapatlah aku miliki layang-layang pertama. Kali pertama aku mencuba bermain layang-layang. Ya, sedikit menyedihkan di situ.




Berada di tepi pantai bertemankan pelancong-pelancong dari Timur Tengah sangat menyeronokkan. Pantai yang dikongsi bersama itu besar dan cukup luas untuk kami berlegar ke sana ke mari tanpa menghalang pergerakan orang lain.




Aktiviti melompat tak ketinggalan untuk dirakam. Ternyata aksi kami melompat menarik minat jejaka-jejaka Arab yang asyik memerhati gelagat kami melompat dan bergelak ketawa seperti pantai itu kami yang punya. Selesai kami melompat kelihatan seorang jejaka Arab melompat di tempat yang sama. Hihihi...




Peluang untuk melihat matahari terbenam tidak kesampaian kerana kepenatan. Kami berangkat pulang sekitar pukul 3 petang.


Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil untuk dijadikan memori indah kami pada hari Jumaat lepas di Pantai Bagan Lalang.












Dengan berpandukan gambarajah di bawah kami berjaya mengharungi jalanraya ke Bagan Lalang tanpa perlu berpusing-pusing. Malangnya, sumber gambarajah di bawah tak dapat dikenalpasti. Kepada tuan punya gambarajah, terima kasih !



2 comments:

top_ace7 said...

Nice picture you got there! Totally awesome! 2 thumbs up from me ;)

AZ said...

Thanksss ! I can't take all the credits though. Some of it were taken by my friends. :D