Tuesday, January 11, 2011

Saja nak buat entri hari ni sebab tarikh menarik.

2011 sudah. 


Tahun ni akan tambah lagi setahun aku hidup di dunia.

Tahun ni akan tamat tugas aku sebagai seorang pelajar di universiti tempatan.

Tahun ni akan bermula hidup baru sebagai seorang dewasa. 


Bila sudah dewasa ni memang tak lari dari tanggungjawab besar. Sejurus aku menamatkan pengajian (insyallah), expectations akan mula menduduki bahu aku yang kecil ni. Sebenarnya, sekarang pun dah rasa tekanan untuk live up to the expectations. Cuma belum full force je lagi.


Bila nak kerja ?

Bila nak reti masak ? (ERK!)

Bila nak rajin kemas rumah ? (ERK!)

Bila nak kahwin ?


Bukan hanya dari orang sekeliling tapi juga dari diri aku sendiri. 16 hari dari sekarang pressure akan bertambah kerana aku harus berusaha lebih keras menyiapkan diri untuk ke fasa hidup seterusnya. 


Tak pernah-pernah aku berdebar bila masuk tahun baru. Tahun 2011 ni pertama kali jantung berdegup kencang untuk menghadapinya. 


Cuma berharap tahun ini seperti tahun sebelumnya atau lebih baik. Insyallah.
.

No comments: