Dulu....masa movie Harry Potter and the Order of Phoenix (ye masih dalam mood Harry Potter lagi) aku pernah masuk contest dari website GSC. Contest tu memerlukan peserta mengumpul seberapa banyak tiket wayang HP dari panggung GSC. Aku ingat lagi hadiahnya ialah merchandise HP macam t-shirt, mug, beg bla bla bla. Aku memang teruja habis bila tengok merchandise tu semua. Jadi aku tanamkan azam untuk menang. Bermulalah pengembaraan aku mengumpul tiket wayang. Hehe.
Pertama kali aku pergi menonton HP5 dengan Amir di GSC One Utama, Gold Class lagi tu ! Saja nak cuba tengok dalam panggung macam tu. Demi HP bayar berapa pun sanggup. Masa tu tengok petang....balik rumah malam tu kawan-kawan masa praktikal kat Lablink pula ajak lepak dan tengok HP5. Aku on saja kalau pasal HP.
Lepas Amir hantar balik siap-siap mandi kawan aku ambil pergi beli tiket di TGV KLCC. Masa ni aku tak tau lagi pasal contest GSC tu. Jadi aku tak beria-ia sangat.
Beberapa hari lepas hari pertama HP5 keluar baru aku dapat tahu mengenai contest tersebut. Apa lagi. Aku ajak semua kawan aku pergi tengok HP5. Aku pesan pada adik aku dan kawan-kawan dia untuk simpan tiket kalau pergi tengok HP5. Aku war-warkan pada semua kenalan dan kawan aku termasuk kenalan dan kawan adik-adik aku untuk simpan tiket HP5 dari GSC dan beri pada aku. Banyak juga yang aku dapat kumpul. Terima kasih banyak-banyak.
Aku ingat lagi masa aku tengok HP5 dengan Zarifi aku buat benda yang tak pernah dibuat orang. Masa tu di GSC Summit. Selepas aku masuk panggung aku sempat pesan kat satu kumpulan lelaki di barisan belakang kami untuk simpan tiket mereka dan beri pada aku lepas habis movie. Terus ja dia bagi pada aku lepas aku cakap tu ! Memang bagus. Aku pesan juga pada couple yang duduk belah kiri aku. Dia bagi juga tiket ! Aku suruh juga Zarifi pesan pada orang duduk sebelah kanan dia. Dapat juga ! Aku rasa gembira sangat ramai yang sudi membantu. Dalam kepala aku dah terfikir untuk bangun dan bagi satu pengumuman untuk pesan semua orang dalam panggung untuk simpan dan beri aku tiket mereka. Tapi masa aku dah dapat keberanian nak bangun panggung dah gelap. Terpaksa lah aku tunggu sehingga movie tamat.
Tamat je movie aku terus tunggu di pintu keluar panggung. Semua orang aku minta tiket mereka. Ada yang bagi, ada juga yang tak sebab mereka dah tinggalkan dalam panggung. Ikut hati aku nak ja masuk balik dan cari tiket-tiket tu tapi kesian pula fikirkan Zarifi yang macam dah segan-segan kucing tengok aku meminta-minta macam orang minta sedekah. HAHAHA !
Dengan tiket-tiket yang aku dapat kumpul tu semua dapat jugalah aku hadiah. Bukan top 5. Hadiah saguhati ja. Hmmpph ! Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tau jumlah tiket aku tu tak seberapa sangat.
Kenangan tuuuu ! Aku harap TGV akan buat contest macam ni. Aku rasa seronok sebab dapat pergi tengok HP banyak kali walaupun duit pun banyak keluar. Heh.
Okay siapa belum tengok HP7 lagi ? Aku bersedia untuk teman.
.
2 comments:
Fanatik gila !
Kenapa pic dekat dua-dua banner tuu posingnya serupa? Hahahahahaha.
Harry Potter tu ! Fanatik sejak kali pertama aku baca buku dia.
Ha'ah ek. Memang serupa gaya posing. Haha. Bajet lentuk kepala kat dada Harry. Waahaahahaha !!
Post a Comment